Anda di halaman 1dari 2

Melodi Rindu Si Empat Kaki

Nurain Athirah Binti Mohd Jamil

Semusim yang lalu, dikedinginan subuh sayup-sayup kedengaran esakan seisi

keluarga meratapi pemergian ayahnya menemui PenciptaNya. Turut terkesan Si

Gemuk yang begitu akrab dengan tuannya. Semenjak pemergian tuannya, Si

Gemuk kelihatan tidak bermaya kerana seluruh semangatnya telah pergi seiring

jasad tuannya dikebumikan. Anak-anak begitu sedih melihat Si Gemuk saban hari

hanya berbaring di tempat jasad tuannya dikafankan.

Siang malam silih berganti namun Si Gemuk tetap sepi di pembaringan tanpa

menjamah sedikit makanan dan minuman pun. Akhirnya terhimpit rindu yang tidak

berpenghujung, anak-anak telah membawa Si Gemuk ke klinik haiwan. Namun

doktor pun tidak mampu memulihkan kembali kegirangan dihati Si Gemuk.

Doktor Irwan :”Selamt pagi, apa yang saya boleh bantu?”

Ahmad :”Doktor bolehkan doktor bantu kucing kami yang langsung tidak

menjamah makanan sepanjang tiga hari yang lalu kerana tuannya

telah meninggal dunia.”

Doktor Irwan :”(agak terperanjat) bahaya ni jika haiwan kesayangan tidak makan

dalam jangka masa yang panjang.”

Ahmad :”Kami hanya mampu menitiskan air sahaja di dalam mulutnya

menggunakan penyedut minuman bagi meneruskan kelangsungan

hidupnya.
Doktor akhirnya memberi suntikan kepada Si Gemuk dengan harapan Si Gemuk

semakin sihat.

Keesokan harinya, Si Gemuk tetap terbaring di tempat ‘ayahnya’ sambil

memandang sepi ikan yang dijamukan bersama dengan nasi, makanan

kegemarannya yang sering diberi oleh ‘ayah’ dahulu.

Dalam kebimbangan untuk memastikan Si Gemuk kembali sihat, kerajaan telah

mengumumkan penutupan dan penyekatan akan dilaksanakan tiga hari lagi. Si

Abang nekad membawa Si Gemuk ke kubur ayah dalam usaha terakhir.

Sampai di sana, Si Gemuk berguling-guling di sisi kubur sepi ayah. Jelas terpancar

kegembiraan dalam kerinduan di mata Si Gemuk. Pulang ke rumah Si Gemuk

akhirnya mengerti bahawa ayahnya telah berpindah rumah baharu namun tetap

kekal dihatinya. Akhirnya Si Gemuk mula menjamah makanan dan minuman dan

terukir senyuman diwajah anak-anak.

293 patah perkataan

Anda mungkin juga menyukai