Anda di halaman 1dari 3

Pendahuluan

Alaxander Graham Bell merupakan insan yang bertanggungjawab mencipta alat telekomunikasi
yang dinamakan sebagai telefon. Ciptaan beliau ini telah dimajukan dan dimodenkan melaui
penciptaan telefon bimbit atau dikenali juga sebagai telefor selular. Dalam era yang serba
canggih dengan kemajuan sains dan teknologi, telefon bimbit adalah satu kemestian untuk
dimiliki oleh semua orang terutamanya pelajar zaman sekarang. Telefon bimbit merupakan satu
alat komunikasi yang sangat popular dan semakin meluas dengan kecanggihannya tanpa mengira
harganya. Hal ini kerana pelajar zaman sekarang mampu untuk mendapatkan atau memiliki
telefon bimbit yang canggih dengan teknologi sekarang. Terdapat pelbagai jenama telefon bimbit
di pasaran di negara kita seperti telefon bimbit jenama nokia, samsung, iphone, blackberry
dan   lain-lain. Jika diperhalusi, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar ini
mendatangkan implikasi yang pelbagai kepada para pelajar.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan telefon bimbit banyak memberikan faedah
kepada para pelajar. Salah satu kebaikan yang dimaksudkan ialah telefon bimbit 

Kebaikan:-

1. Alat perhubungan / komunikasi


Telefon bimbit sebagai alat perhubungan. Ini merupakan tujuan asas pembuat telefon bimbit di
mana ianya dijadikan sebagai alat berkomunikasi sesama manusia tidak di kira di mana mereka
berada. Pada masa dahulu manusia hanya dapat berhubung melalui surat yang mana memakan
masa beberapa hari untuk sampai. Telefon rumah hanya untuk mereka yang berada dan telefon
awam boleh digunakan tapi terhad di sesetengah tempat sahaja. Teknologi telah berkembang,
manusia tidak kira masa dan di mana mereka berada boleh berkomunikasi hanya dengan
menggunakan telefon bimbit. Bukan sahaja dengan membuat panggilan tetapi juga boleh
berkomunikasi dengan menggunakan Gtalk, Yahoo Messenger, Skype dan sebagainya.

2. Mendapat maklumat terkini


Telefon bimbit pintar telah banyak memberi kebaikan kepada kita di mana dengan adanya
telefon ini, maklumat terkini dapat diketahui dengan pantas. Ianya hanya dengan melayari
internet ataupun menggunakan applikasi seperti twitter. Di samping itu, maklumat terkini dapat
disampaikan hanya dengan membuat panggilan.

3. Sebagai Alat Hiburan 


Telefon bimbit masa kini telah dijadikan sebagai alat hiburan di mana ianya telah dilengkapi
dengan fungsi untuk mendengar muzik, video, kebolehan untuk mengambil gambar dan
berkongsi gambar dengan kawan-kawan dan juga permainan. Ini telah menarik minat golongan
kanak-kanak dan remaja untuk memiliki telefon bimbit. Telefon bimbit pintar sekarang juga
telah menjadi kegilaaan kepada para remaja kerana kebolehannya untuk mengakses laman sosial
seperti Facebook dan Twitter

4. Memudahkan Kerja
Kebaikan ini dikhususkan kepada mereka yang memang memerlukan telefon bimbit untuk
mengakses email mereka. Ini memberi kebaikan kepada mereka yang banyak membuat kerja
luar. Kebolehan telefon bimbit masa kini untuk mengakses email dan juga applikasi-applikasi
lain seperti maps, words, excel, pdf, calendar, reminder dan sebagainya telah memberi pelbagai
kemudahan kepada mereka dan kita juga khususnya.

Keburukan:-

1. Penyebaran khabar angin


Telefon bimbit telah dijadikan sebagai alat untuk penyebaran khabar angin. Ini berlaku apabila
khabar angin yang nyata palsu telah disebarkan melalui kiriman sms. Kepada mereka yang
mudah percaya tanpa membuat siasatan dahulu dengan mudah menyebarkan kepada pihak lain
tanpa menyiasat kesahihan khabar tersebut. Ini sekaligus telah member impak yang buruk
kepada pihak pihak tertentu.

2. Penyebaran unsur-unsur lucah


Penyebaran unsur-unsur lucah seperti gambar dan video amat mudah dengan adanya telefon
bimbit.  Kebolehan telefon bimbit untuk memuatkan turun gambar/video dan juga fungsi
Bluetooth telah memudahkan penyebaran unsur-unsur lucah ini. Ianya telah memberi impak
yang tidak baik kepada para remaja khususnya kerana sikap mereka yang ingin tahu perkara-
perkara yang baru kepada mereka. Ini merupakan salah satu punca akan kenaikan kadar kes tidak
bermoral di sekolah. 

3. Pembaziran Wang
Pembaziran wang berlaku apabila penggunaan sms, mms, panggilan dan GPRS yang terlampau
banyak dan melebihi kemampuan. Sekiranya telefon bimbit digunakan oleh pelajar, ibu bapa
terpaksa menanggung kos tersebut. Para remaja khususnya begitu mudah terpengaruh dengan
iklan-iklan yang dipaparkan seperti memuatkan turun lagu dan applikasi yang sesetengahnya
dikenakan bayaran. Undian Akademi Fantasia juga merupakan salah satu pembaziran yang tanpa
kita sedari telah member keuntungan berganda kepada pembekal servis talian.

4. Pembaziran Masa
Di antara keburukan lain yang dapat di kenal pasti ialah pembaziran masa. Ini berlaku apabila
masa banyak dihabiskan dengan bermain “games”, melayari laman-laman sosial, melayan
sms/mms dan juga ber”chatting”. Masa yang banyak dengan telefon bimbit telah menyebabkan
masa untuk beriadah, membaca buku, berjumpa kawan-kawan dan masa dengan keluarga telah
terhad. Ini memberi impak yang tidak baik untuk jangka masa panjang.

5. Perbualan di kalangan ahli keluarga / kawan-kawan berkurangan


Kalau kita lihat masyarakat kita di luar sana, hampir semua sibuk dengan telefon bimbit. Contoh
yang ketara apabila kita pergi ke kedai makan, satu keluarga sedang menunggu pesanan mereka
sampai, anak-anak, mak dan bapa semua sibuk dengan telefon bimbit. Perbualan terlampau
kurang. Adakah ini sesuatu yang baik untuk masyarakat kita di masa hadapan?

6. Menjejaskan Kesihatan
Penggunaan telefon bimbit yang terlampau lama boleh menjejaskan kesihatan. Mata terpaksa
bekerja kuat dan akan menjadi cepat letih kerana memberi fokus yang terlampau lama pada
“screen” yang kecil. Bahu dan tengkuk juga akan terasa sakit akibat lama menunduk mengadap
telefon bimbit. Jari juga boleh sakit sekiranya terlampau lama membalas sms. Di samping itu
juga, sinaran radiasi juga dikhuatiri mampu untuk mengganggu kesihatan dalam jangka masa
yang panjang.

7. Menjejaskan Pelajaran
Keburukan ini khusus kepada para pelajar di mana pelajaran mereka boleh terjejas sekiranya
masa yang diperuntukan untuk mengulangkaji pelajaran telah diganti dengan masa melayan
telefon bimbit. Ianya sekaligus telah melalaikan mereka. Pelbagai aplikasi yang menarik dalam
telefon bimbit lebih menarik minat mereka daripada mengadap buku pelajaran. Sekiranya pelajar
membawa telefon bimbit ke dalam kelas, perkara lebih buruk akan berlaku di mana tumpuan
kepada apa yang di ajar oleh guru akan terjejas. Kebenaran untuk membawa telefon bimbit ke
sekolah adalah sesuatu yang perlu difikirkan oleh semua pihak. Jangan hanya kerana satu dua
kebaikan telah menutup empat lima keburukan. Lebih banyak keburukan daripada kebaikan
membawa telefon bimbit ke sekolah.

Kesimpulan

 Sebagai penghias penutup bicara, walaupun terdapat banyak kebaikan yang boleh diterima oleh
para pelajar daripada penggunaan telefon bimbit, para pelajar juga akan menerima kesan negatif
daripada penggunaan telefon bimbit jika tidak digunakan secara berhati-hati. Jika tidak
digunakan untuk kebaikan, perkara ini mampu merosakkan masa depan dan fikiran pelajar itu
sendiri. Sewajarnya para pelajar yang merupakan tonggak negara pada masa hadapan lebih bijak
dalam memikirkan pro dan kontra sesuatu perkara sebelum dilakukan bak peribahasa tepuk dada
tanyalah selera. Oleh itu, para pelajar perlu bijak menggunakan apa-apa sahaja gajet atau alat
yang dicipta dalam dunia serba canggih ini dengan cara yang betul. Ibu bapa juga perlu
menyelamatkan para pelajar daripada ketagih kepada telefon bimbit. Memandangkan
penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar lebih mengarah kepada status dan bukannya
satu keperluan, ibu bapa berhak mengawal penggunaan telefon bimbit. Jika tidak, pelbagai
masalah yang tidak diingini akan wujud sebaik sahaja pelajar yang belum keras ubun-ubunnya
mula menggunakan telefon bimbitnya. Kita sebagai manusia sepatutnya menjadi tuan kepada alat
teknologi dan bukanlah sebaliknya. Diharapkan usaha untuk melahirkan generasi muda yang
cemerlang, gemilang dan terbilang di negara kita dalam pelbagai aspek dapat direalisasikan.

Anda mungkin juga menyukai