Anda di halaman 1dari 3

Pada era globalisasi ini, penggunaan telefon bimbit sudah menjadi satu bentuk

perhiasan yang kini seharusnya dimiliki oleh segenap lapisan masyarakat.Terdapat


pelbagai jenis telefon bimbit yang canggih yang dihasilkan sejajar dengan perkembangan
teknologi dan trend pada zaman ini antaranya Iphone, Huawei, Vivo, dan Samsung yang
telah menarik minat anggota masyarakat. Hal ini dikatakan demikian apabila segelintir
daripada mereka sanggup menahan lapar atau bekerja semata-mata untuk mendapatkan
telefon bimbit tersebut. Keadaan ini menyebabkan ramai yang menganggap penggunaan
telefon bimbit mendatangkan banyak kesan positif malahan tanpa mereka sedari,
penggunaan telefon bimbit turut mendatangkan kesan negatif. Oleh sebab itu, setiap
masyarakat haruslah menitikberatkan kesan penggunaan telefon bimbit dalam kehidupan
seharian.

Satu kebaikan memiliki telefon bimbit ini termasuklah menjadi alat untuk
berkomunikasi dalam kalangan masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana
penggunaan telefon bimbit membolehkan perhubungan dijalinkan tidak mengira masa,
usia atau tempat. Masyarakat kini boleh bertanyakan khabar kepada keluarga dan rakan-
rakan yang berada pada jarak jauh dengan hanya berkomunikasi melalui platform yang
sedia ada seperti melalui aplikasi Skype, Whatsapp, Insatagram dan sebagainya.
Keadaaan ini juga membolehkan ikatan kekeluargaan menjadi lebih erat. Jelaslah
bahawa penggunaan telefon bimbit memberikan kebaikan kepada masyarakat
terutamanya dalam usaha menjalinkan hubungan yang utuh antara masyarakat.

Kebaikan lain penggunaan telefon bimbit termasuklah dapat mencari dan berkongsi
maklumat yang dimiliki dengan lebih berkesan. Hal ini dikatakan demikian kerana kita
boleh melayari Internet dengan mudah bagi mendapatkan sesuatu maklumat dengan
hanya di hujung jari sahaja. Kita berpeluang untuk berkongsi maklumat yang diperoleh,
misalnya berkaitan dengan isu semasa dengan masyarakat sekeliling. Situasi ini secara
tidak langsung berupaya memupuk sikap mengambil berat dalam diri masyarakat.
Jelaslah bahawa penggunaan telefon bimbit yang mempunyai pelbagai guna ini penting
dalam memastikan setiap masyarakat lebih berpengetahuan.

Melalui penggunaan telefon bimbit, segala urusan harian seseorang masyarakat itu
juga akan menjadi lebih mudah. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka berupaya
mengakses email mereka pada suatu masa bagi melakukan urusan luar atau urusan
berkaitan dengan pekerjaan. Pernyataan ini dapat diperkukuhkan lagi apabila mereka
menggunakan email tersebut untuk memberikan segala maklumat diri untuk memohon
sesuatu pekerjaan. Keadaan ini secara tidak langsung akan menyebabkan urusan
tersebut dapat diselesaikan dengan lebih mudah dan cepat. Oleh sebab itu, diharuskan
supaya setiap masyarakat perlu memiliki telefon bimbit yang serba guna ini agar sesuatu
urusan tersebut berjalan dengan lancar.

Namun, setiap kebaikan yang ada pasti terselitnya kesan negatif yang berupaya
mempengaruhi kehidupan seseorang masyarakat tersebut antaranya dapat
menyebabkan berlakunya jenayah siber. Hal ini dikatakan demikian kerana didapati
segelintir masyarakat menyalahgunakan alat komunikasi yang canggih ini dengan
menyebarkan khabar berita yang tidak terbukti kebenarannya. Segelintir masyarakat
sering memuat naik artikel atau maklumat palsu dan menggodam maklumat peribadi
seseorang. Tindakan ini menyebabkan masyarakat tersebut menggunakan maklumat
peribadi itu untuk kepentingan diri sendiri sehingga menyebabkan penganiayan berlaku.
Oleh sebab itu, terbuktilah bahawa penggunaan telefon bimbit ini bukan sahaja
memberikan kesan positif malahan turut memberikan kesan negatif kepada masyarakat
terutamanya dalam isu sosial.

Tidak lupa juga bahawa penggunaan telefon bimbit turut menjejaskan interaksi sosial
sesama masyarakat terutamanya interaksi secara bersemuka. Hal ini dikatakan demikian
kerana masyarakat kini hanya memfokuskan penggunaan telefon bimbit semata-mata
ketika ingin berhubung dengan orang sekeliling. Masyarakat kini lebih memilih untuk
berhubung dengan orang sekeliling secara maya sahaja. Situasi ini menyebabkan
komunikasi antara satu sama lain akan terbatas dan ikatan sesama keluarga atau rakan
juga akan menjadi renggang. Oleh sebab itu, tidak dapat dinafikan lagi bahawa
penggunaan telefon bimbit ini berupaya membataskan sesebuah perhubungan dalam
kalangan masyarakat.

Kesimpulannya, terbuktilah bahawa penggunaan telefon bimbit memberikan


banyak kesan positif mahupun kesan negatif yang mana telah mempengaruhi kehidupan
masyarakat kini tanpa mereka sedari. Masyarakat kini seharusnya menggunakan telefon
bimbit dengan sebaik-baik mungkin agar tidak disalah gunakan ke arah sesuatu perkara
yang tidak mendatangkan manfaat. Oleh sebab itu, kerjasama daripada semua pihak
dalam mendidik dan memantau orang sekeliling tentang penggunaan telefon bimbit yang
betul haruslah dipertingkatkan. Dengan harapan, semua masyarakat dapat
memanfaatkan penggunaan telefon bimbit atas tujuan yang betul bagi mengelakkan
berlakunya perkara yang tidak diingini.

(642 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai