Anda di halaman 1dari 15

TUTORIAL BAHASA MELAYU STPM DAERAH DUNGUN SIRI 2 (2013)

BAHAGIAN A : SOALAN ANEKA PILIHAN

|1
1. Morfem yang mempunyai makna struktur ialah

I kelat III daripada


II pernah IV kiambang

A I dan II C I dan IV
B II dan III D III dan IV

2. Yang manakah kata kerja tunggal?


A Lempar C Komputer
B Lemparan D Pemakanan

3. Imbuhan yang manakah dapat membentuk kata nama terbitan?


A ter- C per-...-an
B memper- D diper-...-kan

4. Ayat yang manakah pelengkapnya terdiri daripada kata nama?


A Emaknya sudah bertambah sihat.
B Mereka akan berjalan kaki sahaja ke situ.
C Beberapa ekor burung hinggap di atas pokok itu.
D Engkau memang tidak ada perasaan kasihan langsung.

5.
Surat aduan itu akan dihantar kepada kementerian berkenaan esok.

Kata nama yang bergaris dalam ayat di atas ialah

A kata nama am tak hidup institusi


B kata nama am hidup bukan manusia
C kata nama am hidup bukan institusi abstrak
D kata nama am hidup bukan institusi konkrit

6. Kata dasar yang manakah apabila digabungkan dengan awalan meN- membawa maksud
menjadi?

I Putih III Gunung


II Kembang IV Seberang
A I dan II C I dan III
B II dan IV D III dan IV

7. Pilih contoh yang tepat bagi penggandaan berentak kata kerja.

|2
Berentak Berentak Berentak
Bebas Pengulangan Konsonan Pengulangan Vokal
A Hempas-pulas Mundar-mandir Cerai-berai
B Semak-samun Berjalan-jalan Muntah-muntah
C Ulang-alik Kucar-kacir Hiruk-pikuk
D Kusut-masai Kecil-kecilan Gotong-royong

8. Kata adjektif yang manakah tergolong dalam jenis keadaan dan pancaindera?
A Tenteram C Panjang
B Cengkung D Gopoh-gapah

9. Ayat yang manakah mengandungi kata pascafrasa?


A Jangan mencela orang lain.
B Bapanya mungkin tidak datang hari ini.
C Sukan rakyat itu berlangsung dengan meriah sekali.
D Kami perlu menghadiri latihan tersebut beberapa kali lagi.

10. Yang manakah ayat yang menggunakan kata pembenda?


A Kacaknya pemuda itu tidak terbandingkan.
B Sememangnya dia patut mengutamakan pelajaran.
C Kucing yang disayanginya tidak pulang-pulang sejak kelmarin.
D Sesungguhnya kami amat kagum akan sikap gigih pelajar tersebut.

11.
I. Dia mengemukakan hal itu dalam mesyuarat jawatankuasa.
II. Mereka ke dalam hutan untuk mencari rotan.
III. Dalam benar sindiran orang tua itu.

Pilih fungsi yang tepat bagi perkataan yang berhuruf condong dalam ayat di atas.

I II III
A Kata arah Kata adjektif Kata praklausa
B Kata hubung Kata bantu Kata adjektif
C Kata sendi nama Kata arah Kata adjektif
D Kata adverba Kata hubung Kata penguat
12. Dalam ayat yang manakah perkataan dengan membawa maksud berserta?
A Permintaan itu ditolaknya dengan baik.
B Dia pergi ke pasar malam dengan siapa?
C Emak mencuci kain buruk itu dengan sabun buku.
D Pencuri itu melepaskan dirinya dengan pantas sekali. |3

13. Ayat yang manakah konstituen subjeknya diisi dengan kata kerja?
A Kedua-duanya baru bertolak.
B Membonceng motosikal dia ke pejabat.
C Belajar berkumpulan memudahkan pemahaman.
D Pelajar yang selalu ponteng sekolah akan dikenakan tindakan keras.

14. Yang manakah antara yang berikut bukan ayat tunggal?


A Johari dan Badrul berkawan baik.
B Sungguh bergaya persembahan kumpulan itu.
C Pendakian ke puncak bukit itu meletihkan peserta.
D Mengapakah kamu tidak terus pulang ke rumah pada petang itu?

15. Apakah persamaan antara ayat songsang dengan ayat pasif?


A Kedua-duanya mengedepankan predikat.
B Kedua-duanya mengalami penyusunan struktur.
C Kedua-duanya mengutamakan subjek asal sebagai judul.
D Kedua-duanya meletakkan predikat pada bahagian belakang.

16. Yang manakah antara ayat yang berikut ialah ayat pasif?
I Mereka sedang bersuka ria di bandar itu.
II Surat daripada jabatan itu belum saya balas lagi.
III Luka kecil pada lengan kawannya sudah berbalut.
IV Semasa melalui tempat itu dia tersandung akar pokok.
A I dan II C I dan IV
B II dan III D III dan IV

17.
Kerana perselisihan faham, dia tidak mahu mengambil bahagian, lalu meninggalkan
majlis.

Yang manakah klausa utama?

A lalu meninggalkan majlis


B Kerana perselisihan faham
C dia tidak mahu mengambil bahagian
D Kerana perselisihan faham, dia tidak mahu mengambil bahagian
18. Yang berikut ialah ayat tanya dengan kata tanya kecuali
A Siapakah yang mendera kamu?
B Budak itu tidak mahu makan mengapa?
C Bilakah Bendahara hendak belayar ke Jawa?
D Berapakah jumlah pelarian yang memasuki negara itu?
|4

19. Pilih ayat majmuk gabungan.


A Pendakwah itu sangat bijak lagi berhemah.
B Dia berjanji bahawa dia akan berkelakuan baik selepas ini.
C Pelajar itu masih berdegil walaupun sudah diberikan amaran.
D Mereka mahu meninggalkan kedai itu sekiranya masih tidak dilayan.

20. Ciri yang dapat membezakan ayat tunggal dengan ayat majmuk ialah
A penggunaan kata hubung
B terjadinya proses transformasi
C penggunaan frasa kerja predikat
D penggunaan ayat songsang seluruh predikat

21.
Kita tunggulah sekejap lagi, kalau-kalau dia datang, kata Razali.

Ayat di atas ialah ayat majmuk pancangan

A keterangan akibat C keterangan harapan


B keterangan syarat D keterangan musabab

22. Pilih padanan yang betul antara ayat majmuk dengan ayat contoh.

Ayat majmuk Ayat contoh


Orang yang merosakkan kereta Kamil merosakkan kereta
A Keterangan
Naimah pula.
Pendapat beliau amat celaru, tambahan pula tidak
B Gabungan
disertakan dengan bukti.
Bahawa ekonomi negara kita menghadapi masalah pada
C Campuran
masa ini tidak tepat sama sekali.
Mereka berjanji sekiranya hal itu dapat diselesaikan dengan
D Relatif
segera, mereka akan terus ke sini.

23. Objek tepat daripada ayat aktif transitif dikedepankan sebagai subjek bagi ayat
baharu.

Pernyataan di atas adalah tentang pembentukan

A ayat pasif C ayat aktif tak transitif


B ayat songsang D ayat aktif transitif dengan satu objek
24. Ayat yang manakah mengalami proses transformasi?
I Jangan berhutang dengan orang itu.
II Pasukan kita akan menentang pemenang perlawanan ini.
III Akan berlangsung di Bangkok Seminar Peradaban Asia Tenggara itu.
IV Persengketaan sesama sendiri akan mewujudkan kelemahan dalam persatuan.
|5
A I dan II C I dan III
B II dan IV D III dan IV

25. Yang manakah ayat pasif susunan songsang?


A Sedang memotong rumput pekerja itu.
B Susunan acara sudah saya muktamadkan pagi ini.
C Hal tersebut memerlukan penjelasan agar tidak terjadi salah faham.
D Mulai tahun lepas lagi projek ternakan ikan air tawar itu dilaksanakan.

26. Pilih ayat yang dibina dengan pola FN + FA.


A Persembahan itu bermula agak lewat.
B Persaingan sengit merancakkan perlawanan itu.
C Keputusan peperiksaan sekolah itu paling cemerlang.
D Orang yang suka membuat kacau tidak disenangi masyarakat.

27. Pilih ayat yang sesuai untuk rajah pohon ini.

A Orang tua itu masih memarahi cucunya.


B Kerbau jantan Pak Ali pernah dilanggar kereta.
C Gadis cantik itu bertelagah dengan teman lelakinya.
D Gambar pemandangan indah itu akan dilelong esok.

28. Ayat-ayat yang berikut mengalami proses sama ada peluasan atau pengguguran kecuali
A Adiknya memilih seluar yang mahal itu.
B Mereka suka akan kek itu tetapi malas membuatnya.
C Laporan bahawa satu perkelahian berlaku telah tersebar namun belum disahkan.
D Yang di-Pertuan Agong telah menganugerahkan pingat keberanian kepada semua wira
negara.
29. Yang manakah ayat permintaan?

I Awak rasalah kuih ini dahulu.


II Harap jangan bising semasa nenek tidur.
III Mohon beri laluan kepada tetamu jemputan kita.
IV Tolong matikan lampu dan kipas sebelum keluar dari bilik ini. |6

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV

30. Ayat-ayat yang berikut mematuhi tatabahasa bahasa Melayu kecuali

I Anak kamu pulang bilakah?


II Semenjak kelmarin dia mendiamkan diri.
III Dari tahun ke setahun tempat itu semakin mundur.
IV Tanahnya yang tidak diusahakan itu sudah ditumbuhi hutan belukar.

A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV
BAHAGIAN B : SOALAN STRUKTUR

1. (a) Apakah peranan perkataan sawah di dalam ayat-ayat berikut dengan berdasarkan | 7
tempat kehadirannya?

(i) Saya suka bersiar-siar di sawah. ............................................

(ii) Sawah itu kepunyaan datuk saya. ............................................

(iii) Datuk sudah lama tidak mengerjakan sawah itu. ............................................

(b) Nyatakan tiga (3) fungsi pengimbuhan:

(i) ....................................................................................................................................

(ii) ....................................................................................................................................

(iii) ....................................................................................................................................

2. Buat ayat dengan konstituen predikatnya terdiri daripada struktur yang berikut.

(i) kata bantu + kata penguat + kata adjektif + keterangan

...............................................................................................................................................

...............................................................................................................................................

(ii) kata bantu + kata kerja transitif + objek + objek

...............................................................................................................................................

...............................................................................................................................................

(iii) kata sendi nama + kata arah + frasa nama + frasa keterangan

............................................................................................................................................

............................................................................................................................................
3. (a) Daripada senarai di bawah, pilih perkataan berimbuhan yang tidak mengubah
golongan kata dasarnya.

(i) .................................................
Memulangkan Dimuliakan
Kehujanan Terhampir (ii) ................................................. |8
Perkampungan Juruterbang
(iii) .................................................

(b) Berikan pengertian:

(i) Kata tunggal ................................................................................................................

........................................................................................................................................

(ii) Objek ...........................................................................................................................

........................................................................................................................................

(iii) Kata majmuk ..............................................................................................................

........................................................................................................................................

4. Apakah ciri frasa dan ayat?

Frasa Ayat

Tidak mengandungi subjek dan predikat Mengandungi makna yang lengkap

Berpotensi untuk diperluas

5. Walaupun hujan sangat lebat mereka masih mahu meneruskan perlawanan itu.

(a) Berdasarkan ayat di atas, nyatakan strukturnya mengikut aspek-aspek yang berikut:

i) Susunan : ...........................................................................

ii) Jenis : ...........................................................................

iii) Bentuk : ...........................................................................


(b) Nyatakan unsur tatabahasa bagi kenyataan yang berikut:

Kenyataan Unsur Tatabahasa


Konstituen yang terdiri daripada frasa nama yang
menjadi judul atau unsur yang diterangkan dalam binaan
ayat. |9
Binaan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya satu
kata yang berpotensi untuk menjadi unit yang lebih besar.
Unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan
predikat dan berpotensi untuk menjadi ayat.
Bentuk ayat ini terdiri daripada satu klausa bebas dan
satu atau lebih klausa tak bebas yang dipancangkan pada
klausa bebas tersebut.

6. Lengkapkan ruang kosong pada rajah pohon di bawah ini.

7. Berdasarkan keterangan yang berikut, apakah jenis ayat majmuk yang dimaksudkan?

a) Perkataan yang digunakan dalam konstituen predikat.

................................................................................................................................................

b) Dalam binaan ayat itu terdapat tiga kata hubung yang berlainan jenis.

................................................................................................................................................
c) Dua ayat yang digabungkan itu bersifat setara.

................................................................................................................................................

8. Nyatakan ayat yang mengalami penyusunan semula. | 10

i) .............................................................................

ii) .............................................................................

iii) .............................................................................

9. (a) Tukarkan ayat yang berikut kepada ayat aktif transitif dengan satu objek.

Dermawan itu menghadiahi setiap keluarga miskin di kawasan itu sebuah motosikal.

...............................................................................................................................................

........................................................................................................................................

(b) Tuliskan satu ayat dengan menggunakan susunan unsur yang berikut.

Kata Nama + Kata Nama + Kata Bantu + Frasa Sendi Nama

...............................................................................................................................................

......................................................................................................................................

(c) Tuliskan satu ayat tanya songsang jenis terbuka yang mengandungi unsur tanya.

................................................................................................................................................

.....................................................................................................................................

(d) Bagaimanakah caranya peluasan ayat terjadi?

...............................................................................................................................................

......................................................................................................................................
10. (a) Apakah ciri yang membezakan ayat tunggal daripada ayat majmuk?

.............................................................................................................................................
| 11
....................................................................................................................................

(b) Proses yang mewujudkan ayat terbitan terdiri daripada

(i) ............................................

(ii) ..........................................

(iii) ..........................................

(c) Apakah jenis ayat songsang di bawah ini?

Sepanjang hari budak-budak itu kelihatan sangat letih.

..................................................................................................................

11. Dengan menggunakan kata untuk, bina satu ayat majmuk komplemen dan satu ayat
majmuk keterangan.

i) ................................................................................................................................................

................................................................................................................................................

......................................................................................................................................

ii) ................................................................................................................................................

................................................................................................................................................

.......................................................................................................................................
12. Kenal pasti kesalahan bahasa yang terdapat dalam petikan di bawah, jelaskan sebab
kesalahan, kemudian buat pembetulannya.

Saya sudah tuliskan hal ini secara panjang lebar sebelum ini. Walaupun begitu,
masih ada pertanyaan daripada pembaca yang perlu saya jelaskan. Hal ketuanan
| 12
Melayu bukan bermaksud sebagai tuan dengan hamba, atau antara Melayu
dengan bukan Melayu. Yang dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan
Malaysia ialah konsep berkerajaan dan kaedah bernegara. Konsep itu tidak sama
dengan perhambaan di Amerika menjadikan orang keturunan Afrika sebagai abdi
orang kulit putih itu.

Bil Kesalahan Sebab kesalahan Pembetulan


NOTA AYAT AKTIF
AYAT AKTIF TRANSITIF AYAT AKTIF TAK TRANSITIF | 13

Ayat yang mengutamakan subjek asal sebagai judul Ayat yang tidak memerlukan objek sebagai penyambut
KONSEP
atau hal yang dibincangkan.
Menggunakan KK/FK transitif dalam predikat Menggunakan KK/FK tak transitif dalam predikat

KK/FK berimbuhan: KK/FK tunggal KK/FK berimbuhan: KK/FK tunggal


- meN-...-i / (makan, - meN-

meN-...-kan minum) - ter-...-kan

- ter- Boleh dipasifkan / Tidak


- ber- ber-...-kan
boleh dipasifkan
CIRI
Perlukan objek (= kata nama / frasa nama): Tanpa pelengkap dan berpelengkap
1 objek
2 objek Tanpa pelengkap Berpelengkap
1 objek 2 objek Tak perlukan objek
atau pelengkap Perlukan pelengkap:
Objek tepat Kata/frasa selepas KN/FN, KA/FA, FS
Objek tunggal
mengikuti KK/FK KK/FK = penerang Pelengkap =
mengikuti KK/FK
Objek sipi mengikuti (keterangan boleh keterangan yang tidak
objek tepat digugurkan) boleh digugurkan
Hazri memenangi Adik menangis (di dalam Budak itu ingin menjadi
pertandingan itu. bilik) penyanyi terkenal.
Juriah menghadiahkan Juriah menghadiahinya Lori itu terbalik ( di Dia baru terpandangkan
sapu tangan kepadanya. sapu tangan simpang tiga). kami.
Polis menyatakan bahawa Umairah membawakan Mereka perlu bertanding Azahari pergi dengan
Contoh perompak itu telah ayahnya secawan kopi. (sekali lagi). berbekalkan azam.
ditangkap. Gerombolan gajah itu Paru-parunya bertambah
Ghani tertendang kaki datang (pada waktu lemah.
pemain lawan. malam). Pengemis itu tinggal di
bawah jambatan.

@ SuhaimiMohdSalleh
1. Aminah menyiram pokok bunga.
2. Rusdi mencarikan isterinya buah nangka.
3. Emak menghadiahi adik basikal baharu.
AKTIF AYAT | 14
4. Kakinya tersandung akar.
AKTI
F
TRANSITIF
1. Pokok bunga disiram (oleh) Aminah.

2. Isterinya dicarikan buah nangka oleh Rusdi.

3. Adik dihadiahi basikal baharu oleh emak.


PASIF
AYAT
4. Akar
6. Mereka kegemparan
tersandung oleh(oleh peristiwa itu).
kakinya.
PASIF
5.
7. Surat
Pokokitu
itubelum berjawab (oleh kakak).
KATA saya tebang.
KERJA / 8. Usahlah awak pikul guni berat itu.
FRASA
9. Mimi kena tipu (oleh penjual itu).
KERJA
BERPELENGKAP
AYAT TAK TRANSITIF
1. Tidurnya beralaskan tikar mengkuang.
DENGAN PELENGKAP
TAK 2. Keadaan ibunya bertambah baik.
TRANSITIF 3. Dia pernah tinggal di Sudan.

TANPA PELENGKAP AYAT TAK TRANSITIF 1. Dia akan bertunang (pada tahun depan).
TANPA PELENGKAP
2. Asri melonjak (sehabis dayanya).

3. Budak itu terjatuh (dari basikal).


AYAT TAK TRANSITIF
BERPENERANG KK/FK + DENGAN PENERANG
1. Gadis itu berkain batik.
KN/FN 2. Adik-adik bermain badminton.
GOLONGAN AYAT BENTUK AYAT
AYAT DASAR AYAT TERBITAN AYAT TUNGGAL AYAT MAJMUK | 15

Ayat yang menjadi sumber Ayat yang terbit daripada Ayat yang terbit daripada Ayat yang terbit daripada
pembentukan ayat lain. ayat dasar. ayat dasar. ayat dasar.

Belum alami perubahan Alami perubahan hasil Belum alami perubahan Alami perubahan hasil
(Ayat asal) Pola: pelaksanaan rumus (= ayat dasar) pelaksanan rumus
FN + FN transformasi/proses Alami perubahan: transformasi/proses
FN + FK gramatis: Susunan gramatis:
FN + FA Aturan/struktur ayat Ragam Aturan/struktur ayat
FN + FA Peluasan ayat Peluasan ayat

Binaan: Binaan: Binaan: Binaan:


1 klausa 1 klausa (= ayat tunggal) 1 klausa Lebih 1 klausa
= 1 subjek + 1 predikat Lebih 1 klausa (= ayat = 1 subjek + 1 predikat = Lebih daripada 1
majmuk) subjek atau 1 predikat
( = ayat dasar)
Susunan: Susunan: Susunan: Susunan:
Biasa (Subjek dahului Biasa (Subjek dahului Biasa (Subjek dahului Biasa (Subjek dahului
predikat) = Ayat biasa predikat) = Ayat biasa predikat) = Ayat biasa predikat) = Ayat biasa
Songsang (Predikat Songsang (Predikat Songsang (Predikat
dahului subjek) = Ayat dahului subjek) = Ayat dahului subjek) = Ayat
songsang songsang songsang

Ragam: Ragam: Ragam: Ragam:


Ayat aktif (Transitif & Ayat aktif (Transitif & Ayat aktif (Transitif & Ayat aktif (Transitif &
tak transitif) tak transitif) tak transitif) tak transitif)
Ayat pasif Ayat pasif Ayat pasif

@ SuhaimiMohdSalleh
Jenis: Jenis: Jenis: Jenis:
Ayat penyata Ayat penyata Ayat penyata Ayat penyata
Ayat tanya Ayat tanya Ayat tanya
Ayat perintah Ayat perintah Ayat perintah
Ayat seruan Ayat seruan Ayat seruan

Anda mungkin juga menyukai