Anda di halaman 1dari 10

910/2 STPM 2021

SMK SULTAN IBRAHIM KULAI

BAHASA MELAYU

KERTAS 2

( SATU JAM SETENGAH)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN

SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.

Jawab semua soalan dalam Bahagian A.

Jawab semua soalan dalam Bahagian B.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

ZURAIHA BINTI TAUHID


Bahagian A

( 30 Markah)

1. Yang manakah perkataan yang mempunyai morfem terikat terbahagi ?

i) Pertuturan
ii) Kelembutan
iii) Pemerolehan
iv) Keterbalikan
A. i dan ii
B. i dan iv
C. ii dan iii
D. iii dan iv

2. Yang manakah kumpulan perkataan yang kesemuanya terdiri daripada morfem bebas?

A. Peri, tawa, puja


B. Lamar, tani, dan
C. Kawah, lunak, anai
D. Berang, lajak, terjah

3. Antara ayat yang berikut, yang manakah menggunakan kata imbuhan peR…an dengan betul?

i. Persengketaan antara dua buah negara itu bermula sejak 10 tahun lalu.
ii. Barang-barang yang diberinya itu terdiri daripada perlengkapan bersolek.
iii.Kedua-dua pihak bersetuju untuk melanjutkan tempoh perlucutan senjata
iv Perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah berjalan lancar.

A. i dan ii B. i dan iv
C. ii dan iii D. iii dan iv

4. Antara perkataan yang berikut yang manakah mengalami perubahan golongan kata setelah
menerima imbuhan sisipan?

i. Kelupas iii Kemetot


ii Telunjuk iv Keruping.

A. i dan ii B. i dan iv
C. ii dan iii D. ii dan iv

.
5. Semua perkataan yang berikut merupakan kata tunggal kecuali,
A. Purata
B. Kekisi
C. Harfiah
D. Kelmarin

6. Yang manakah kata terbitan?


i. Polisemi
ii.Poliandri
iii. Ekamatra
iv. Ekstravanganza

A. i dan ii
B i. dan iii
C. ii dan iv
D. iii dan iv.

7. Yang manakah perkataan yang tidak menerima sisipan?


A. Gerudi
B. Pelatuk
C. Semantan
D. Gerangan

8. Yang manakah ayat yang betul penggunaan kata kerja berapitan memper..-kan?
A. Dia mempercepatkan kayuhannya.
B. Qariah dari Senegal itu memperdengarkan bacaanya.
C.Pak Kamil bercadang untuk memperbesarkan rumahnya.
D. Pokok bunga ditanam untuk memperindahkan halam rumahnya.

9.Manakah ayat yang mengandungi frasa nama yang mematuhi hukum D-M?
A. Usahawan muda itu kini memilki mini estet.
B. Kita makan Maggie mi secara kerap.
C. Harga sebotol betik jeruk lebih kurang RM 8.00.
D. Warung goreng pisang itu terbakar malam tadi.

10. Anak perempuan sulung ketua kampung itu menggubah jambangan bunga untuk
dijual bagi memperoleh wang saku pada setiap bulan.

Ayat di atas mengandungi,


A. Dua klausa
B. Tiga klausa
C. Empat klausa
D. Lima klausa.
11.Manakah ayat majmuk komplemen yang betul?
A. Ibu percaya adik tidak terlibat dalam kejadian itu.
B. Kakak mengarang karangan dengan baik untuk lulus peperiksaan.
C. Saya berpendapat tarikh peperiksaan itu perlu ditunda.
D. Pihak polis belum pasti bagaimana pembunuhan itu boleh berlaku.

12 Pilih ayat yang mengandungi awalan ter-sebagai kata kerja aktif transitif.

A. Juadah itu telah lama terhidang di atas meja.


B. Pemuda itu duduk terjelepok akibat keletihan.
C. Pelajar perempuan itu terambil buku gurunya.
D. Gadis itu terjerumus ke lembah kehinaan.

13. Pilih perkataan yang tergolong dalam bentuk kata majmuk kiasan.
i. Lesung pipit
ii. Manis mulut
iii.Mata keranjang
iv. Hidung mancung.
A. i dan ii
B. ii dan iv
C. ii dan iii
D. iii dan iv

14. Ayat yang manakah subjeknya ialah kata adjektif?


A. Bersifat lemah lembut orang timur.
B. Orang-orang timur bersifat lemah lembut.
C. Lemah lembut sifat orang-orang timur.
D. Sifat lemah-lembut amalan orang timur.

15. Yang manakah ayat pasif yang gramatis?

A. Baki duit yang ada dikembalikan oleh kami.


B. Akan saya nasihati anak saudara saya yang nakal.
C. Pantomen akan mereka persembahkan pada malam esok.
D. Kipas yang rosak itu kamu harus perbaiki segera.

16 kata bantu + kata kerja tak transitif + penerang

Yang manakah ayat yang mengandungi frasa kerja dengan binaan seperti di atas?
A. Rosmah sedang tidur dibiliknya.
B. Dia ingin belajar bahasa Arab dengan saya.
C. Keluarga jiran saya akan berangkat ke Mekah esok.
D. Beberapa orang pegawai masih berkursus di Kuantan.
17. Yang manakah ayat aktif transitif yang mempunyai objek tepat dan objek sipi?

A. Faizah mengambil sehelai kertas untuk Puteri Mariam.


B. Aida Hazirah menjadikan budak itu sebagai adik angkatnya.
C. Ibu membekalkan adik nasi goreng setiap hari.
D. Sharifah membesarkan rumah datuknya di Kampung Jawa.

18 . Pasangan manakah jika digabungkan akan menghasilkan ayat majmuk gabungan


pancangan komplemen?

i. Saya akui. Kata-katanya itu dusta.


ii. Batik sutera itu berwarna- warni. Batik sutera itu sangat mahal.
iii. Cikgu mengingatkan kami. Kami perlu hadir kelas tambahan.
iv. Saya menaiki kereta kakak. Kereta kakak terlanggar pembahagi jalan.

A. i dan ii
B. i dan iii
C. ii dan iv
D. iii dan iv.

19. Dia meneruskan perjalanannya.


Dia berasa tidak sedap hati
Urusannya di sana itu amat penting

Apakah kata praklausa yang tepat penggunanya untuk menggabungkan ayat-ayat di atas?

A Meskipun, sebab
B Sesungguhnya, kerana
C Walaupun, oleh sebab
D. Sungguhpun, lantaran

20. Ayat yang manakah mengandungi frasa kerja yang betul?

A. Pameran fotografi itu bertemakan tentang alam sekitar.


B. Kumpulan kami juga bercakap mengenai hal yang sama.
C. Kami menghubungi dengan telefon rumah anak yatim.
D. Pemberita itu melaporkan dari Jepun kejadian gempa bumi itu.

21 Yang manakah ayat yang mengandungi perkataan yang menggunakan apitan meN…. kan
yang membawa maksud adjektif?

A. Ibu membenarkan adik pergi bersama-sama abang.


B. Perkembangan anak muda itu menggalakkan.
C. Perilaku seseorang menggambarkan pendidikannya.
D. Kerajaan akan menempatkan mangsa banjir di dewan itu.

22. Yang manakah ayat majmuk gabungan ?

A. Ibu berdoa supaya anak-anaknya sentiasa selamat.


B. Wanita itu menutup mukanya untuk mengelak daripada dikenali.
C. Hujahnya kurang bernas tetapi persembahannya menarik sekali.
D. Dia menjelaskan bahawa perkara itu sedang dipertimbangkan oleh pihak berkuasa.

23. Yang manakah ayat suruhan?

A. Datang ke sekolah.
B. Kamu usah datang ke sini.
C. Datanglah ke rumah kami.
D. Marilah datang ke sini.

24. Lelaki kacak yang baru sampai di pejabat kita itu ialah Ketua Bahagian Kewangan kita
yang baru

Klausa yang baru sampai di pejabat kita itu ialah

A. Frasa keterangan kepada subjek.


B. Keterangan kepada frasa nama predikat.
C. klausa relatif yang menjadi penerang kepada subjek.
D.Klausa relatif yang menjadi keterangan kepada frasa adjektif.

25 . Yang manakah bukan ayat terbitan?

i. Warna hijau muda menyejukkan mata.


ii. Gadis yang berbaju kebaya itu kakak saya.
iii. Kereta baru itu saya baiki petang tadi.
iv Lelaki itu pulang mengambil bahan bukti.
A. i dan iii
B. i dan iv
C. ii dan iii
D.ii dan iv
26 . Dia membuat kerja itu berhari-hari tanpa merasai kepenatan walaupun selalu dimarahi
oleh majikannya yang prihatin.
Yang manakah kata adverba?

A. walaupun
B. berhari-hari
C. yang prihatin
D. oleh

27 Keluh-kesah benar perasaan gadis itu ketika tunangnya merantau jauh.


Apakah subjek bagi ayat di atas?

A. keluh-kesah benar
B. perasaan gadis itu
C. tunangnya merantau jauh
D. keluh-kesah benar perasaan gadis itu.

28. Zawiyah berkata kepadaku,” bajumu itu belum ku jahit. Biarlah kusimpan dahulu bajumu
untuk sementara kerana rendanya belum dibuat.”

Klitik yang menjadi penanda pasif pada ayat kedua petikan ialah
A. -nya
B. –mu
C. ku-
D. –ku

29. Orang ramai bukan sahaja digalakkan malah dinasihati supaya minum air yang dimasak
pada waktu banjir seperti ini.
Ayat di atas ialah ayat,

A. Majmuk relatif
B. Majmuk gabungan
C. Majmuk campuran
D. Majmuk keterangan

30. Yang manakah ayat yang frasa namanya mempunyai dua penentu?
A. Kereta pertama abang saya itu sudah dijual.
B. Anak yang petah ini merupakan anak guru itu.
C. Dialah murid yang terpandai di sekolah tersebut.
D. Kedua-dua anak kembar perempuannya itu seiras.
Bahagian B
( 30 Markah)

Jawab semua soalan

31 Anak Aminah telah menyudahkan kerja yang belum disiapkan oleh kakaknya itu.

a) Nyatakan pergolongan kata bagi kata dasar yang berhuruf condong.

………………………………………………………………………………………………………………………………………..(1M)
b) Berikan satu contoh kata terbitan yang golongan katanya berbeza daripada golongan kata
yang menjadi dasarnya.
………………………………………………………………………………………………………………………………………….(1M)

Kerajaan(i) perlu menerapkan semangat kesetiaan(ii) kepada negara dalam jiwa


generasi muda hari ini.

c) Nyatakan fungsi imbuhan (i) dan (ii).


……………………………………………………………………………………………………………………………………………(1M)
……………………………………………………………………………………………………………………………………………( 1M)

32
P Q
Bubur jagung Pejabat swasta

a) Apakah jenis penerang bagi frasa nama dalam P dan Q

………………………………………………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………………………………………………….( 2M)
b) Anak perempuannya itu selalu berbelanja secara berhemat.
Nyatakan binaan frasa dalam ayat yang berhuruf condong.

………………………………………………………………………………………………………………………………………(1M)
Pada petang semalam, Kamaruddin, adik dan ibunya kembali ke kampung
halaman yang telah lama ditinggalkan oleh mereka.

c) i. Apakah frasa predikat bagi ayat di atas?

…………………………………………………………………………………………………………………………………(2M)
ii) Nyatakan jenis ragam ayat tersebut?
……………………………………………………………………………………………………………………………………(1M)
33
1. Wajah adik menyerupai wajah ibu kandungnya.

2. Kedegilan Aman Sharif memeningkan kepala cikgu Norlela.

Mengapakah kata berhuruf condong dalam ayat 1 dan 2 merupakan kata kerja tak transitif
sedangkan kedua-dua kata kerja itu menggunakan imbuhan kata kerja transitif? Nyatakan dua
sebab.
i) …………………………………………………………………………………………………………………. (1M)
ii)…………………………………………………………………………………………………………………. (1M)

34. Sejak dahulu lagi dia selalu menyatakan bahawa ibunya seorang penyanyi termasyhur di
kampung hulu.

a) Nyatakan klausa tak bebas dalam petikan ayat di atas.

………………………………………………………………………………………………………………………………(1M)
b ) Apakah fungsi klausa tersebut.

…………………………………………………………………………………………………………………………………(1M)

35. Lelaki yang berada di atas jambatan itu tersenyum sambil melambailkan tangannya ke
arah gadis-gadis manis berkebaya warna biru laut.

a) Nyatakan jenis ayat majmuk dia atas?

………………………………………………………………………………………………………………………………..(1M)
b) Pisahkan ayat majmuk dalam petikan itu kepada ayat tunggal.

……………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………. (3M)
36. Lengkapkan binaan frasa di bawah.

i) kata bantu + kata bantu + kata kerja + kata nama + penentu

…………………………………………………………………………………………………………………………………(1M)
ii) kata penguat + kata adjektif + kata kerja + frasa keterangan

………………………………………………………………………………………………………………………………….(1M)

iii) kata bil. + inti + inti+ Frasa sendi + penentu.


………………………………………………………………………………………………………………………………….(1M)
37. Baca petikan yang berikut dan kenal pasti kesalahan bahasa yang terdapat di dalamnya.
Bagi setiap keslahan, jelaskan sebab kesalahan dan kemudian pembetulannya. ( 9M )

Penumpang kapal terbang pada masa depan berpeluang menikmati pemandangan alam
semula jadi dari udara selepas syarikat pembuat kapal terbang, Airbus memfailkan paten
tingkap dan interaktif skrin bagi menjadikan perkara itu sebagai kenyataan. Penumpang akan
mempunyai ruang mencukupi untuk merenggangkan badan sambil menikmati pemandangan
luar dengan kerusi yang membolehkan mereka berbaring. Selain itu, dinding pesawat akan
berubah berdasarkan cahaya dengan paparan permainan dan hiburan dalam pesawat yang
dikeluarkan oleh haba dari badan penumpang.

Bil. Kesalahan Sebab kesalahan Pembetulan

Anda mungkin juga menyukai