Anda di halaman 1dari 24

EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO :

ADMIN MEKFA
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

KOLEKSI SOALAN
OBJEKTIF
BAHASA MELAYU
PENGGAL 2

MORFOLOGI & SINTAKSIS

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA


STPM

@himpunan_nota_stpm_senior_cikgu
https://t.me/himpunan_nota_stpm_senior_cikgu

GROUP RASMI :
@SembangSTPM
https://t.me/SembangSTPM
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

1. Bidang linguistik yang mengkaji pembinaan struktur dan bentuk kata ialah
A. Morfologi B. Etimologi
C. Fonologi D. Semantik

2. Yang manakah perkataan yang bukan terdiri daripada morfem bebas?


I. Jurukira II. Seniman
III. Kawan IV. Pesawah
A. I dan IV B. I, II dan III
C. I, II dan IV D. II, III dan IV

3. Yang manakah kata dasarnya terbina daripada kata terbitan?


I. Keterlibatan II. Keberkesanan
III. Kebolehubahan IV. Kehijau-hijauan
A. I dan II B. II dan III
C. II dan IV D. III dan IV

4. Pilih ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif


I. Faizal sedang membaiki kereta abangnya di bengkel
II. Farah menangis kerana dimarahi ibunya
III. Ibu sentiasa berdoa agar ayahnya selamat
IV. Aila sedang mengemas rumah
A. I dan II B. II dan IV
C. II dan III D. III dan IV

5. Kumpulan kelompok di bawah termasuk dalam kelompok


~ Kata Seru
~ Kata Perintah
~ Kata Pembenar

A. Kata penyambung ayat B. Pasca kata


C. Kata prafrasa D. Kata praklausa

1
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

6. Yang manakah antara yang berikut mengandungi kata hubung keterangan syarat?
A. Para penonton bersorak apabila pasukan Malaysia menjaringkan gol
B. Sekiranya saya berjaya ke universiti, saya akan belajar bersungguh-sungguh
C. Ibu sentiasa menasihati kakak agar menjaga maruah diri
D. Walaupun dia gagal, dia tidak pernah berputus asa

7. Antara kata yang berikut, yang manakah akan mengalami perubahan golongan kata
setelah menerima imbuhan?
I. Berlarian II. Pelaksanaan
III. Peperiksaan IV. Petempatan
A. I dan II B. II dan III
C. I dan IV D. II dan IV

8. Yang manakah perkataan yang mempunyai suku kata praakhir terbuka dan suku
kata akhir tertutup?
A. Pelamin B. Mempelai
C. Mahligai D. Pengantin

9. Ayat berikut ialah ayat yang mengandungi unsur morfem terikat kecuali
A. Siapakah nama budak itu
B. Budak itu bernama Faridah
C. Tasha ada dua orang adik perempuan
D. Dia menunggang basikal ke sekolah

10. Berapakah jumlah kata majmuk yang terdapat dalam petikan di bawah?
Guru besar sekolah itu menganggap Nurul sebagai anak emas. Nurul bukan sahaja dilantik
sebagai ketua murid, malah Nurul juga merupakan ayam tambatan dalam beberapa acara
olahraga. Sikap Nurul juga amat disenangi oleh guru-guru dan kakitangan sekolah. Dia juga
memperoleh pencapaian yang cemerlang dalam semua mata pelajaran.

A. Empat kata majmuk B. Lima kata majmuk


C. Enam kata majmuk D. Tujuh kata majmuk

2
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

11. Sekiranya ayat di bawah digabungkan, ayat yang terhasil ialah ayat
Mereka tahu. Beliau bijak mementingkan diri.

A. Majmuk relatif B. Majmuk campuran


C. Majmuk keterangan D. Majmuk pancangan

12. Yang manakah perkataan yang mengalami proses pengimbuhan yang paling banyak?
A. Keperihalan B. Keterbukaan
C. Kepengetuaan D. Keberuntungan

13. Antara ayat yang berikut, manakah ayat yang menepati pola FN + FA?
I. Saya memasakkan tetamu gulai ikan
II. Pak Kaduk berbajukan kertas
III. Badan gurunya tinggi lampai
IV. Pegawai itu terlalu sibuk dengan pekerjaannya
A. I dan II B. I dan III
C. II dan IV D. III dan IV

14. Antara berikut, pernyataan manakah yang benar tentang ayat pasif?
I. Ayat pasif merupakan ayat yang kata kerjanya mengandungi imbuhan kata kerja
pasif “ter-” dan “di-”
II. Ayat pasif merupakan ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif
III. Ayat pasif merupakan ayat yang kata kerjanya terdapat objek tepat dan objek
sipi
IV. Ayat pasif mengandungi perkataan “kena” di hadapan kata kerja dasar yang tidak
menerima awalan
A. I dan II B. I dan IV
C. II dan III D. III dan IV

15. Ayat di bawah ialah ayat majmuk _____________


Mereka yang berpendidikan telah lama berhijrah ke bandar manakala yang tidak, masih tinggal di
kampung

A. Campuran B. Gabungan
C. Pancangan relatif D. Pancangan keterangan

3
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

16. Yang manakah ayat yang predikatnya menepati binaan di bawah?


Kata Kerja Transitif + Objek Tepat + Objek Sipi + Frasa Keterangan

A. Amir memperisteri anak ketua kampung pada minggu lalu


B. Perempuan itu membekalkan nasi goreng untuk anaknya
C. Adik membalut buku teks Sejarah dengan pembalut plastik
D. Cikgu Farhana mengajari kami bahasa Melayu sejak tahun lalu

17. Antara berikut, ayat manakah yang menggunakan kata kerja dengan betul?
A. Batrisyia menghidangkan tetamunya secawan teh
B. Sultan Perak berkenan mengurniakan ahli sukan itu pingat kebaktian
C. Mereka menghadiahi guru mereka sebuah komputer riba
D. Pada setiap bulan, abang tidak pernah lupa untuk mengirimi wang kepada ayah

18. Antara berikut, ayat yang manakah yang menggunakan kata sendi nama dengan
betul?
A. Dia menerima surat dari Kementerian Pendidikan
B. Ubat-ubatan itu dibuat dengan akar kayu
C. Dari pagi tadi mereka berbincang tentang hal itu
D. Markah yang diperolehnya hanya separuh pada markah rakannya

19. Yang manakah berikut merupakan ayat larangan?


A. Harap jangan membuat bising
B. Jangan berhenti sebelum diberitahu
C. Belajarlah dengan bersungguh-sungguh
D. Mohon beri penjelasan

20. Pola subjek dan predikat di bawah ialah


Para pemimpin negara berharap agar rakyat menerima pelaksanaan rasionalisasi subsidi.

A. FN + FN B. FN + FK
C. FN + FS D. FN + FA

4
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

21. Apakah kesalahan bahasa yang terdapat dalam petikan di bawah?


Mengapakah sesetengah orang tidak tahu bersyukur, sedangkan telah terlalu banyak nikmat
yang Tuhan kurniakan kepada mereka? Sehingga saat ini, pelbagai khazanah alam telah
dimusnahkan. Sekiranya keadaan ini terus berlarutan, apakah yang akan terjadi kepada alam ini
di abad yang akan datang?

A. Ayat tergantung dan penggunaan kata sendi nama yang tidak tepat
B. Ayat tidak menepati struktur ayat aktif transitif dan pemilihan kata yang salah
C. Ayat tidak menepati struktur ayat pasif dan penggunaan kata sendi nama yang salah
D. Binaan ayat majmuk tidak tepat dan frasa tidak mematuhi hukum D-M

22. Manakah ayat yang frasa keterangannya boleh digugurkan?


I. Rakyat Sarawak mengundi untuk memilih wakil rakyat mereka
II. Ramai rakyat Jepun terkorban dalam nahas gempa bumi
III. Kaum Suluk telah lama bermastautin di daerah itu
IV. Bas kilang itu menuju ke kawasan perumahan

A. I dan II B. I dan III


C. II dan IV D. III dan IV

23. Manakah padanan pernyataan yang benar tentang proses peluasan dan proses
penyusunan semula dalam penerbitan ayat?
Proses Peluasan Proses Penyusunan Semula
A. Boleh berlaku pada ayat songsang Berlaku melalui pemancangan ayat relatif
B. Berlaku dengan menggabungkan ayat yang Berlaku melalui proses komplementasi
melibatkan dua konstituen
C. Berlaku dengan cara menggugurkan frasa Berlaku melalui penyusunan kembali frasa
nama yang serupa nama sebagai subjek
D. Berlaku melalui proses komplementasi Berlaku dengan keterangan dikedepankan jika
keterangan ingin difokuskan

24. Manakah ayat tunggal


A. Baju kebaya jahitan emak saudara adik angkat saya itu saya simpan dalam almari antik
B. Lelaki separuh umur itu tercegat, memerhatikan adiknya membersihkan halaman rumah
C. Tok Imam berjabat tangan dengan pengantin lelaki lantas melafazkan akad nikah
D. Perabot mewah buatan luar negara itu divarnis semula sebelum sebelum dijual oleh pekedai itu

5
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

25. Apakah jenis ayat majmuk yang terhasil bagi X, Y, dan Z jika ayat-ayat yang
diwakilinya itu digabungkan?
X Mereka sedang berteduh di bawah pokok. Pokok itu rendang.
Y Mereka akan ke Johor esok. Mereka juga akan ke Singapura.
Z Kini dia amat sedar. Kesalahannya sukar dimaafkan oleh rakannya itu.

X Y Z
A. Ayat gabungan Ayat relatif Ayat komplemen
B. Ayat keterangan Ayat gabungan Ayat keterangan
C. Ayat relatif Ayat gabungan Ayat komplemen
D. Ayat relatif Ayat keterangan Ayat gabungan

26. Manakah contoh yang betul bagi ayat pasif kata ganti nama diri orang kedua dan
ayat pasif kata ganti nama diri orang ketiga?
Ayat pasif kata ganti nama diri orang Ayat pasif kata ganti nama diri orang
kedua ketiga
A. Engkau simpan wang ibu Buah-buahan itu sudah diawetnya
B. Keretanya kupandu laju Tindak lakunya polis pantau
C. Rumah kawanku dia sewa Penceramah bebas itu dijemput oleh beliau
D. Lukanya belum dirawat doktor Penjenayah itu kena tangkap polis

27. Yang manakah ayat aktif transitif?


A. Air sungai itu mengalir dengan perlahan sejak wujudnya pembalakan haram
B. Anggota bomba sedang menurunkan mangsa yang terakhir
C. Pemain bola sepak itu mengerang kesakitan setelah dikasari oleh pemain lawan
D. Bas ekspres itu menghala ke utara semenanjung

28. Yang manakah ayat yang mengandungi binaan frasa di bawah?


Kata Penegas + Kata Adjektif + Kata Penguat Bebas

I. Pelajar baharu itu memang bijak amat


II. Menara yang sedang dibina itu sangat tinggi sekali
III. Selain penduduk kampung itu, penduduk di kampung seberang juga daif
sungguh
IV. Cikgu Rahmah menegur pelajar itu kerana tugasannya masih belum sempurna
betul

6
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

A. I dan II B. I dan III


C. II dan IV D. III dan IV

29. Manakah ayat yang mengandungi binaan frasa adjektif inti + inti yang berlawanan
maknanya?
I. Cucur udang enak dimakan dengan kicap lemak manis
II. Mereka tidak endah akan halal haram makanan di restoran itu
III. Suara merdu penyanyi yang kecil molek itu memukau para hakim
IV. Dia tidak tahu akan baik buruk menyertai ekspedisi mendaki gunung itu

A. I dan II B. I dan III


C. II dan IV D. III dan IV

30. Manakah contoh frasa adjektif yang mempunyai maksud seperti S dan T?
Makna Frasa Adjektif S = Keserupaan
T = Kiasan

S T
A. Hijau tua Buah tangan
B. Suam kuku Terang hati
C. Muda remaja Kuning langsat
D. Kelabu asap Rabun ayam

31. Manakah frasa yang menepati binaan di bawah?


Kata Kerja Transitif + Objek Tepat + Objek Sipi + Frasa Sendi Nama

A. Membekali anaknya nasi lemak ke sekolah


B. Menguliti buku bahasa Melayu dengan pembalut plastik
C. Menghadiahi pelajarnya sebuah kamus yang mahal
D. Memperisteri anak ketua kampung pada bulan lalu

7
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

32. Manakah contoh yang betul bagi S dan T?


Binaan Frasa Nama S = Inti + Penerang
T = Inti + Inti

S T
A. Kaki meja, lelaki perempuan Orang Melayu, adik ipar
B. Ikan gelama, mesin jahit Ribut taufan, teruna dara
C. Anak kucing, tikar mengkuang Kain kapas, gigi geraham
D. Wang ringgit, tangan kanan Ayam serama, pinggan mangkuk

33. Manakah kata berimbuhan yang kata dasarnya terdiri daripada kata terbitan?
I. Berkecuali II. Berkelopak
III. Berkeruping IV. Berkecimpung
A. I dan II B. I dan IV
C. II dan III D. III dan IV

34. Makna imbuhan -kan bagi ayat P dan Q ialah


Makna imbuhan Contoh ayat
P Kisah hidup ayah sudah saya bukukan
Q Tasbih ini ingin saya hadiahkan kepada seorang pelajar

P Q
A. Refleksif Kausatif
B. Benefaktif Lokatif
C. Kausatif Refleksif
D. Kausatif Benefaktif

35. Manakah ayat yang mengalami proses peluasan frasa nama sebagai subjek?
A. Ayah mampu menangani masalah yang besar itu
B. Nazreen tidak menyertai rombongan itu kerana Nazreen tidak berduit
C. Pesawat Airbus yang hilang dari radar itu sebenarnya telah terhempas
D. Jurutera Jabatan Penerbangan Awam itu menerangkan bahawa pesawat itu mengalami masalah
teknikal

8
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

36. Manakah ayat yang tidak menepati struktur ayat pasif?


A. Pengembara itu kehausan semasa sesat di padang pasir
B. Esei ilmiah yang sepatutnya dihantar semalam belum bertulis
C. “Sayangnya, rumah agam di tepi pantai itu tidak mampu kita miliki”, keluh isterinya
D. Kerja-kerja pemasangan jalur lebar itu akan syarikat itu dan ASTRO laksanakan segera

37. Yang manakah ayat yang mengandungi binaan frasa nama inti + penerang?
A. Majlis daerah yang mengutamakan aspek pemartabatan bahasa Melayu pada papan tanda akan
diberikan anugerah
B. Ceramah oleh Ustaz Khazim Alias itu memfokuskan isu kesejahteraan hidup suami isteri
C. Untuk majlis kenduri itu, ibu terpaksa membeli pinggan mangkuk baharu
D. Sekolah menjemput ibu bapa pada Hari Bertemu Pelanggan

38. Manakah bukan ayat dasar?


A. Padi huma menguning di lereng bukit
B. Ammar yang kita temui itu pelukis handalan?
C. Gunung yang tinggi itu telah kami daki dengan penuh semangat
D. Pada sebelah petang ini dan keesokannya kejohanan bola sepak akan berlangsung

39. Yang manakah ayat songsang?


I. Kami selesaikan semua tugasan dengan jayanya
II. Minggu depan jugakah mereka akan ke sana?
III. Mereka bermastautin di Johor Bahru sejak kecil lagi
IV. Seorang senator di parlimen boleh memegang jawatan itu sampai bila?
A. I dan II B. II dan III
C. I dan IV D. III dan IV

40. Manakah ayat yang betul penggunaan kata adjektif dalam ungkapan darjah
penghabisan?
A. Encik Ahmad Don tersungguh mahir dalam aktiviti yang melibatkan pengiraan
B. Unsur kecindan dalam lawak pelawak solo tanah air itu paling tersinis
C. Bangunan Burj Khalifa dalam set penggambaran filem itu amat gah sekali
D. Tapak warisan sejarah Portugis dan Belanda paling masyhur sekali

9
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

41. Pilih padanan yang betul antara jenis kata adjektif dengan contoh ayat di bawah
Jenis Kata Adjektif Contoh Ayat
I. Cara P Pokok hiasan pagar itu renek sahaja
II. Ukuran Q Gadis itu segan untuk meluahkan perasaannya
III. Perasaan R Hubungan pasangan Azli dan Farah amat harmoni
IV. Pancaindera S Sikapnya lain akhir-akhir ini petanda dia akan pergi

I II III IV
A. S P Q R
B. P R S Q
C. R S P Q
D. Q R P S

42. Ayat di bawah ayat yang membawa maksud ____________


~ Safea menjahitkan suaminya kemeja baharu
~ Ibu menanakkan keluarganya nasi beriani

A. Lokatif B. Kausatif
C. Benefaktif D. Refleksif

43. Manakah padanan yang betul antara jenis penggandaan berentak dengan
contohnya?
Penggandaan Berentak Contoh
I. Kata nama berentak bebas P Cerai-berai
II. Kata kerja pengulangan vokal Q Porak-peranda
III. Kata adjektif pengulangan vokal R Gunung-ganang
IV. Kata nama pengulangan konsonan S Congek-cakdong

I II III IV
A. S P Q R
B. P R S Q
C. R S P Q
D. Q R P S

10
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

44. Manakah pernyataan yang berkaitan dengan pembentukan perkataan di bawah?


~ Berebut ~ Berendam ~ Berempah ~ Berenang

A. Apabila awalan ber- bergabung dengan perkataan yang konsonan awalnya diikuti -er, -en, -
eb, dan -em awalan ber- digugurkan
B. Apabila ber- bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf r, dua r yang
bergabung itu akan berubah menjadi satu r melalui proses peleburan bunyi
C. Apabila ber- bergabung dengan perkataan yang mempunyai dua e, e yang kedua
dikekalkan begitu juga dengan huruf konsonan yang mengikutinya
D. Apabila ber- bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf r, r kedua akan
berubah menjadi satu r dengan syarat r itu bergabung dengan huruf vokal

45. Pilih padanan yang betul antara aspek makna imbuhan ter- dengan contoh
ayatnya
Aspek Makna Imbuhan ter- Contoh Ayat
I Keupayaan P Gula-gula getah tertelan olehnya
II Keadaan tersedia Q Pemain itu tersepak bola ke gol sendiri
III Tak sengaja (pasif) R Pasukan ATM tewas oleh pasukan Kelantan
IV Tak sengaja (aktif) S Tikar mengkuang terbentang di bawah pokok

I II III IV
A. S P Q R
B. P R S Q
C. R S P Q
D. Q R P S

46. Ayat di bawah menggunakan kata kerja tak transitif berpelengkap, kecuali
A. Kereta yang dikejar oleh kereta peronda polis membelok ke Jalan Mahameru
B. Pelukis yang suka akan alam semula jadi beralaskan rumput kering ketika melukis di perbukitan
C. Keazaman dua orang pemuda anak jati Pahang bertambah kental untuk menawan Everest
D. Emak Afifah yang baru menerima anugerah tersenyum apabila ditemu ramah oleh wartawan

47. Manakah kata akronim yang terbentuk daripada cantuman huruf awal perkataan
atau rangkaian kata?
I. MARA II. ILIM
III. INTAN IV. IPTAR

11
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

A. I dan II B. I dan III


C. II dan IV D. III dan IV

48. Manakah padanan yang betul antara penggandaan penuh dengan contohnya?
Penggandaan Penuh Contoh
I Kata nama tunggal P Ilmuwan-ilmuwan
II Kata nama dengan awalan Q Debunga-debunga
III Kata nama dengan akhiran R Tatabahasa-tatabahasa
IV Kata nama dengan apitan S Pengakuan-pengakuan

I II III IV
A. S P Q R
B. P R S Q
C. R S P Q
D. Q R P S

49. Manakah pasangan kata tunggal?


I. Am, Terumbu II. Ya, Pragmatik
III. Kilometer, Superordinat IV. Munafikin, Selulit
A. I dan II B. I dan IV
C. II dan III D. III dan IV

50. Manakah perkataan yang mempunyai kata dasar terdiri daripada dua suku kata?
I. Celoreng II. Berkerekot
III. Hakisan IV. Kebolehpercayaan
A. I dan II B. I dan III
C. II dan IV D. III dan IV

51. Kata ganda yang berhuruf condong dalam ayat di bawah membawa maksud
perbuatan
Adli berkirim-kiriman surat dengan kekasihnya yang sedang belajar di Jepun

A. Bersungguh-sungguh B. Berpanjangan
C. Saling berbalas D. Berulang-ulang

12
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

52. Antara berikut, yang manakah benar tentang ayat?


I. Konstituen subjek dalam ayat terdiri daripada frasa sendi nama
II. Ayat terbina daripada klausa, frasa dan kata
III. Ayat ialah unit pengucapan paling tinggi
IV. Ayat terdiri daripada subjek dan predikat
A. I dan IV B. I, II dan III
C. I, III dan IV D. II, III dan IV

53. Berdasarkan ayat-ayat berikut, pilih ayat dasar


A. Jangan buang sampah di sini B. Wah, cantiknya awak pagi ini!
C. Mila sedang belajar menjahit D. Maria akan ke Langkawi esok?

54. Pilih ayat yang menggunakan frasa kerja dengan unsur keterangan cara
A. Penceramah motivasi itu sedang berbicara tentang cara-cara untuk mengawal emosi
B. Azri menangkap ikan dengan menggunakan pukat
C. Fatihah pergi melancong ke Australia bersama suaminya
D. Melati sedang melukis pemandangan di pantai

55. Pilih pernyataan yang tepat tentang frasa


I. Frasa boleh terdiri daripada satu kata atau lebih
II. Frasa ada yang bebas dan ada yang terikat
III. Frasa menjadi unsur dalam klausa
IV. Frasa terdiri daripada satu atau lebih klausa
A. I dan II B. II dan IV
C. I dan III D. III dan IV

56. Pilih ayat yang mengandungi binaan frasa seperti di bawah


Kata sendi nama + Kata nama arah + Frasa nama

A. Pemandangan di kawasan itu sungguh indah pada waktu malam


B. Pondok buruk di tepi hutan itu akan dirobohkan
C. Pelajar-pelajar itu sedang bermain bola di padang
D. Ayah sedang mandi di bilik air

13
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

57. Pilih binaan frasa kerja yang menepati ayat di bawah


Pelajar-pelajar itu sedang berbincang di perpustakaan

A. Kata bantu + Kata kerja tak transitif + Keterangan


B. Kata bantu + Kata kerja transitif + Ayat komplemen
C. Kata bantu + Kata kerja tak transitif + Pelengkap
D. Kata bantu + Kata kerja transitif + Objek

58. Ayat di bawah ialah binaan pola ayat dasar


Petang Khamis ini, mereka akan berangkat ke Kelantan

A. Frasa nama dan frasa sendi nama B. Frasa nama dan frasa nama
C. Frasa nama dan frasa adjektif D. Frasa nama dan frasa kerja

59. Pernyataan di bawah merupakan ciri-ciri


~ Menjadi asas pembentukan ayat lain
~ Terdiri daripada ayat penyata sahaja
~ Ragam ayat aktif

A. Ayat tunggal B. Ayat dasar


C. Ayat terbitan D. Ayat majmuk

60. Antara berikut, ayat yang manakah tidak boleh dipasifkan?


I. Fatimah gembira kerana akan menjadi raja sehari pada akhir tahun ini
II. Munif asyik sungguh membaca novel penyiasatan itu
III. Iffah hanya mampu menangis sejak pemergian Hanif
IV. Seorang hartawan yang baik hati telah membiayai projek pembinaan masjid itu

A. I dan II B. I dan III


C. II dan IV D. III dan IV

14
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

61. Padanan yang manakah betul antara jenis ayat dengan contohnya?
Jenis Ayat Contoh Ayat
A. Suruhan Usahlah kamu memikirkan tentang dia lagi
B. Silaan Ambillah wang ini
C. Permintaan Tolong tutup semua tingkap apabila kamu meninggalkan pejabat ini
D. Larangan Jemputlah datang ke rumah saya pada hari raya ini

62. Ayat di bawah ialah ayat ____________


Sekolah Bestari diwujudkan berteraskan usaha untuk memupuk nilai-nilai
moral dan kemasyarakatan yang tinggi kepada pelajar di samping
mengembangkan bakat untuk membentuk individu yang sempurna

A. Majmuk pancangan relatif B. Majmuk pancangan keterangan


C. Majmuk gabungan D. Majmuk campuran

63. Antara berikut, yang manakah ayat majmuk pancangan keterangan?


I. Sesetengah pihak berpendapat, kawasan itu tidak selamat didiami
II. Zafarul bijak dan berdisiplin orangnya
III. Pelajar-pelajar digalakkan beriadah agar dapat menenangkan fikiran
IV. Para penonton terpesona ketika melihat persembahan teater itu
A. I dan II B. I dan IV
C. II dan III D. III dan IV

64. Binaan frasa nama subjek ayat di bawah mengandungi


Seorang atlet negara yang mengungguli acara lari jarak jauh dalam Sukan
SEA muncul sebagai Olahragawan Terbaik sukan tersebut

A. Dua frasa nama B. Satu frasa nama


C. Tiga frasa nama D. Enam frasa nama

65. Manakah ayat perintah yang betul binaannya?


I. Tak perlu kau tolong aku lagi
II. Abang, cepatlah siapkan kerja itu
III. Tolong jangan berniaga di kawasan siar kaki ini
IV. Datanglah ke pameran hartanah itu pada hujung bulan ini

15
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

A. I dan II B. II dan III


C. I dan III D. II dan IV

66. Ayat di bawah ialah ____________


Kebanyakan rakyat Malaysia meyakini bahawa polis di negara ini telah
menjalankan tugas mereka dengan cekap

A. Ayat majmuk komplemen B. Ayat majmuk campuran


C. Ayat majmuk pancangan D. Ayat majmuk pancangan relatif

67. Manakah frasa yang menepati binaan di bawah?


Kata bantu aspek + Kata bantu ragam + Kata kerja transitif + Objek

I. Harus telah menjalani ujian itu


II. Mesti telah menghadiri majlis itu
III. Akan dapat menyiapkan kerja itu
IV. Belum boleh menjalankan tugasnya
A. I dan II B. II dan III
C. I dan III D. III dan IV

68. Manakah ayat majmuk keterangan?


A. Amat sulit untuk beliau maju semula
B. Untuk dia menyelesaikan masalah itu mustahil sekali
C. Untuk mencapai kejayaan kita mestilah rajin berusaha
D. Senang sangat untuk gadis itu mempercayai orang lain

69. Manakah pasangan perkataan yang menggunakan awalan pinjaman bahasa


Sanskrit?
I. Swasta, homogen II. Prokerajaan, prabajet
III. Tatatertib, pancaindera IV. Prasarana, dwiwacana
A. I dan II B. I dan III
C. II dan IV D. III dan IV

70. Manakah bukan pasangan kata nama tunggal


A. Perkeso, jenama B. Belantara, cempedak
C. Gelanggang, kemuncup D. Busjaket, cenderawasih

16
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

71. Perkataan-perkataan di bawah mempunyai dua morfem, kecuali


A. Keadaan B. Bersinambung
C. Perbatuan D. Penamaan

72. Padanan manakah yang betul antara kata bilangan dengan jenisnya?
Kata Bilangan Jenis Kata Bilangan
I. Sekalian P Pisahan
II. Setengah Q Pecahan
III. Berabad-abad R Tak tentu
IV. Masing-masing S Himpunan

I II III IV
A. R Q S P
B. Q S P R
C. S R Q P
D. R P S Q

73. Pasangan awalan peN- di bawah membawa maksud penanda ukuran hasil
daripada melakukan sesuatu, kecuali
A. Penggali, penumbuk B. Pemanah, pelaung
C. Penanak, penggalah D. Pengayuh, pemeluk

74. Manakah kata nama yang kata dasarnya ialah kata terbitan?
A. Keibubapaan B. Keberkesanan
C. Pemuliharaan D. Ketidakaturan

75. Manakah padanan yang tepat antara jenis morfem terikat dengan contoh perkataan
yang menggunakan morfem tersebut sehingga membentuk morfem bebas?
Satuan Terbahagi Kompleks
A. Lantaran Keraian Anai-anai
B. Terkecuali Memperindah Kerakyatan
C. Ketawa Pertapa Diperbaharui
D. Masing-masing Pendudukan Memperdengarkan

17
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

76. Manakah padanan yang betul antara jenis kata dengan contohnya?
P Kata akar Q Kata tunggal R Kata terbitan

P Q R
A. Asbut Tapa Kelarai
B. Mudi Purata Celapak
C. Laku Hakis Cemerlang
D. Anai Cemomot Terpemanai

77. Manakah pasangan perkataan yang mengalami proses peleburan fonem?


A. Mengusung, menge-melkan B. Melabur, mendakap
C. Menyerah, menetas D. Mengetut, mengecas

78. Manakah ayat yang menggunakan kata dalam yang menepati ciri P, Q dan R?
P ~ Dalam sebagai kata arah
Q ~ Dalam sebagai kata sendi
R ~ Dalam sebagai kata adjektif

P Q R
A. Di dalam semak ada ular Dalam hal ini, kami setuju Perkara ini dibincangkan
dalam mesyuarat
B. Kami tunggu di dalam Kami terlibat dalam Permukaan arca itu lebih
dewan itu perniagaan itu dalam pada bahagian ini
C. Dalam sungai itu 10 meter Dia membuang sampah ke Dalam acara itu, sayalah
dalam sungai juara
D. Surat itu ada dalam laci Pelancong itu bertutur dalam Lubang itu amat dalam
bahasa Melayu

79. Manakah ayat yang menggunakan kata sendi nama dengan betul?
A. Kementerian Kesihatan Malaysia membuat pemeriksaan dari rumah ke rumah
B. Perkara itu diteliti daripada pelbagai sudut sebelum dilaksanakan
C. Pada siapa lagi tempat penduduk daif itu hendak mengadu?
D. Buku sumbangan syarikat itu diserahkan pada sekolah

18
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

80. Manakah ayat yang betul penggunaan kata penegasnya?


I. Gadis pilihanku dialah
II. Mereka membincangkan juga isu itu
III. Encik Zulkifli dan keluarganya pun datang
IV. Menteri Luar Komanwel meneruskan mesyuarat lagi
A. I dan II B. I dan IV
C. II dan III D. III dan IV

81. Ayat di bawah mengalami proses pendepanan __________


Masih belum mandi lagi adik dan abang

A. Kata bantu dengan objek


B. Kata kerja dengan kata penegas
C. Kata bantu dengan kata kerja dan objek
D. Kata bantu dengan kata kerja dan kata penegas

82. Manakah ayat yang unsur keterangannya tidak boleh digugurkan?


A. Abang dan kakak berniaga secara maya
B. Ibu dan ayah bercadang untuk ke seberang laut
C. Cikgu Jaafar hanya berseluar jean ke panggung wayang
D. Pohon rumbia di belakang rumah saya membesar dengan cepat

83. Manakah ayat tunggal?


A. Komputer yang rosak itu telah dibaiki
B. Kereta ayah pula dilanggar oleh lori yang melanggar kereta peronda polis
C. Telefon pintar berjenama Samsung kepunyaan adik saya telah dicuri oleh pencuri pada minggu
lepas
D. Bahasa istana mengandungi ungkapan khusus, sistem gelaran khas dan unsur pemulukan dan
pendinaan

84. Manakah ayat yang boleh dipasifkan?


I. Sekumpulan pemuda sedang berbasikal di lebuh raya yang sibuk itu
II. Motobot itu membelok ke muara apabila dikepung oleh bot polis marin
III. Pelancong dari Jepun sudah pun melawat bekas kubu Jepun di Bukit Broga
IV. Semua pelajar memperkemas baju apabila mengetahui kehadiran guru disiplin

19
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

A. I dan II B. I dan IV
C. II dan III D. III dan IV

85. Manakah pasangan kata bantu yang tidak boleh hadir berderetan dalam binaan ayat
di bawah?
A. Semua penjawat awam mahu dapat bonus terutama pada setiap hujung tahun
B. Penyokong bola sepak Kelantan sudah mula bersurai apabila pasukan polis tiba
C. Kami patut boleh dibenarkan melawat pesakit itu walaupun masa melawat telah tamat
D. Kamu mesti mahu menamatkan permainan itu dahulu sebelum menikmati hidangan

86. Manakah ayat yang tidak mengalami proses pengguguran?


A. Yang berkumis tebal itu guru disiplin di sekolah saya
B. Puan Faizah bukan penulis buku ilmiah tetapi penulis buku kreatif
C. Pemuda itu berjaya menjulang kejayaan walaupun hidup dalam kemiskinan
D. Dia akan membeli peralatan sekolah, peralatan khemah dan peralatan memancing

87. Ayat di bawah ialah ayat majmuk ____________


~ Supaya kualiti udara bermutu, pembakaran terbuka mesti dihentikan
~ Nasihatilah pemuda-pemuda itu moga-moga mereka tidak merempit lagi

A. Keterangan musabab B. Keterangan harapan


C. Keterangan tujuan D. Keterangan syarat

88. Manakah padanan yang betul antara bentuk kata dengan cara pembentukannya?
Bentuk Kata Cara Pembentukan
I Kata ganda P Cantuman huruf, suku kata, atau bahagian tertentu daripada
serangkaian perkataan
II Kata terbitan Q Cantuman dua atau lebih kata dasar yang membawa makna
yang khusus
III Kata akronim R Cantuman kata dasar dengan imbuhan sama ada secara
awalan, akhiran, apitan atau sisipan
IV Kata majmuk S Pengulangan kata dasar secara keseluruhan kata atau
sebahagian daripada kata berkenaan

20
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

I II III IV
A. P Q R S
B. S R Q P
C. R P S Q
D. S R P Q

89. Manakah ayat yang menggunakan kata ganda separa?


A. Para-para yang sudah usang itu runtuh semalam
B. Adik tercungap-cungap selepas mengejar kucingnya
C. Pokok-pokok itu tumbang lintang-pukang di atas jalan raya
D. Kami turut bergotong-royong menyiapkan pembinaan rumah anak yatim

90. Perkataan berikut terhasil melalui proses pembentukan kata, kecuali


A. Merpati B. Jejentik
C. Beritahu D. Telunjuk

91. Semua yang berikut merupakan kata tunggal, kecuali


A. Perhilitan B. Tempias
C. Keranjang D. Kemuncup

92. Penentuan kata dalam sesuatu golongan kata boleh dilakukan berdasarkan perkara
berikut, kecuali
A. Penggunaan imbuhan B. Kedudukannya dalam ayat
C. Ciri morfologi D. Kriteria semantik

93. Manakah kumpulan kata yang semuanya mempunyai imbuhan pinjaman?


A. Ekabahasa, kerawang, saintifik B. Tatacara, teknologi, pentafsir
C. Prakata, swasta, karyawan D. Hadirin, autonomi, kritikan

94. Ayat-ayat berikut mengandungi kata ganda semu, kecuali


A. Fariha sukar untuk melupakan detik-detik yang mencemaskan itu
B. Kamal berdoa moga-moga penyakit bapanya sempat sembuh
C. Petani itu memusnahkan api-api yang merosakkan tanamannya
D. Akhir-akhir ini, kelip-kelip di kawasan hutan itu sudah tiada lagi

21
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

95. Manakah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif tak berpelengkap?
A. Pelajar itu memang mempunyai bakat dalam bidang nyanyian
B. Pak Hitam berehat di bawah pokok ketika hujan lebat tadi
C. Orang tua itu bertilamkan akhbar di pondok usang itu
D. Beliau berbaju kebaya ke pejabat pada hari Rabu

96. Manakah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif berpenerang?
A. Beberapa orang pemain badminton wanita negara itu berbaju sukan
B. Berdasarkan pendapat orang ramai, tempat itu tidak selamat
C. Abang Wan menghadiahi Samy sehelai baju
D. Pelajar itu sedang bermain di padang sekolah

97. Ayat yang manakah mengandungi frasa kerja dengan objek tepat dan objek sipi?
A. Kami sudah menamai bayi malang itu Siti Fatimah
B. Pemuda itu membina sebuah pondok di tepi sungai
C. Keluarganya telah memaafkan kesalahannya
D. Haslinda mengambil bapanya segelas air

98. Manakah struktur yang dapat mengisi binaan di atas?


Ke belakang bangunan sebentar tadi

A. Kata sendi nama + kata arah + kata nama


B. Kata sendi nama + frasa nama + frasa keterangan
C. Kata sendi nama + kata arah + frasa nama + frasa keterangan
D. Kata sendi nama + kata arah + frasa keterangan

99. Manakah ayat pasif dengan kata ganti nama orang kedua?
A. Jika tidak berwaspada, kita akan tertipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab
B. Banyak pendatang asing telah kena berkas di kawasan pembinaan
C. Sebilah gunting telah kami beli semalam
D. Peralatan-peralatan lain perlu kalian bawa sendiri

100. Manakah ayat dasar?


A. Hujan sudah teduh
B. Johar yatim piatu sejak kecil lagi
C. Buah rambutan dimakan oleh monyet
D. Mahal sungguh harga lauk di restoran itu

22
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA
PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

CADANGAN SKEMA JAWAPAN 100 SOALAN OBJEKTIF BAHASA MELAYU SEM 2

1. A 2. C 3. A 4. C 5. D 6. B 7. B 8. A 9. C 10. D
11. B 12. C 13. D 14. B 15. A 16. D 17. C 18. C 19. B 20. B
21. C 22. D 23. D 24. A 25. C 26. C 27. B 28. B 29. C 30. D
31. A 32. B 33. C 34. D 35. C 36. D 37. A 38. A 39. A 40. C
41. A 42. C 43. A 44. B 45. C 46. D 47. C 48. D 49. A 50. B
51. C 52. D 53. C 54. B 55. C 56. B 57. A 58. D 59. B 60. B
61. C 62. D 63. D 64. B 65. D 66. A 67. D 68. C 69. D 70. C
71. B. 72. A 73. D 74. B 75. D 76. B 77. C 78. B 79. A 80. D
81. D 82. B 83. C 84. D 85. A 86. C 87. B 88. D 89. B 90. A
91. D 92. B 93. C 94. A 95. B 96. A 97. D 98. C 99. D 100. A

23

Anda mungkin juga menyukai