Anda di halaman 1dari 1

Channel PA 900 STPM @ CNM

Tip Score A STPM


1 Buatlah persediaan mental dan fizikal.
a. Mental: Penuhi memori anda dengan informasi yang berkaitan subjek yang ada ambil.
b. Fizikal: Jaga kesihatan diri ada sebelum dan semasa peperiksaan sebenar.

2 Buat bacaan/penyelidikan sebelum sesuatu tema/topik diajar


Cari makna perkataan baharu atau yang tidak difahami maksudnya dengan merujuk Kamus Dewan
atau buat carian di Pusat Rujukan Persuratan Melayu https://prpm.dbp.gov.my/

3 Buat catatan ringkas/ peta minda/ peta konsep berkaitan sesuatu konsep pengajaran dan
pembelajaran anda.

4 Anda perlu ada jadual ulangkaji yang konsisten dan memilih waktu ulangkaji yang paling sesuai
dgn diri anda, contoh pada awal pagi ketika suasana senyap.

5 Belajar secara kumpulan - gunakan kelebihan rakan-rakan untuk membantu memantapkan


penguasaan fakta anda.

6 Membaca sekurang-kurangnya satu akhbar setiap hari untuk pengukuhan & informasi terkini
khasnya untuk subjek Pengajian Am atau mendengar berita di saluran TV

7 Biasakan menjawab soalan latihan dalam jangka waktu seperti diperuntukkan peperiksaan
sebenar.

8 Menjawab soalan hendaklah seperti mana kehendak soalan bukan seperti kehendak anda
menjawab atau apa yang anda tahu.

9 Anda hendaklah belajar menjadi ‘guru muda’ dan mengajar rakan-rakan tentang sesuatu topik.

10 Anda perlu 'menangkap' pelajar yang terbaik dalam sesuatu subjek untuk mengajar anda tentang
sesuatu tema/topik yang kurang difahami sehingga anda menguasai topik berkenaan.

11 Buat ulangkaji dari awal dan konsisten, elakkan ulangkaji saat akhir.

12 Buat kajian & analisis ke atas soalan tahun-tahun lepas bagi mengenalpasti kekerapan
soalan/subtopik/tema ditanya dalam peperiksaan sebenar. Setelah analisis dibuat anda boleh
fokus kepada soalan yang kerap kali ditanya.

13 Memanfaatkan ICT - Disyorkan calon membuka/memiliki akaun twitter utk jadi followers kpd
saluran berita. Anda akan sentiasa mendapat informasi yg terkini.

14 Hadir Kelas PdPR - Catat Nota , Kerap Bincang dengan Rakan

15 Solat, Doa kepada Allah, Minta restu ibu bapa dan guru

16 Jaga adab belajar untuk keberkatan ilmu; apa makna keberkatan ilmu - mudah faham, dapat
mengingati fakta dengan mudah, didatangkan ilham semasa peperiksaan.

Anda mungkin juga menyukai