Anda di halaman 1dari 15

Menyampaikan isi karangan

Cadangan Isi Langkah : melalui penguatkuasaan undang-undang

APA?
-Penguatkuasaan undang-undang

BAGAIMANA?
- buat pemantauan di sempadan.
- tangkap pendatang asing tanpa izin
- hantar mereka pulang
- kenakan hukuman berat kepada penduduk tempatan yang
melindungi mereka

MENGAPA?
- ingatkan pekerja asing tentang kesukaran memasuki negara ini
- berikan kesedaran kepada rakyat negara ini tentang hukuman
yang bakal dihadapi

APA KESAN SELANJUTNYA?


Jika penguatkuasaan undang-undang ini berkesan, kemasukan
pekerja asing akan berkurang.

CONTOH PENULISAN ISI KARANGAN YANG LENGKAP:

Langkah mengatasi masalah kehadiran pendatang asing tanpa


izin ini adalah melalui tindakan penguatkuasaan undang-undang.
(Sebut isi) Sehubungan dengan itu, pihak berkuasa hendaklah
membuat pemantauan yang berterusan di sempadan negara
untuk menangkap mereka. Pendatang asing yang dapat
ditangkap akan dihantar pulang dan dikenakan hukuman yang
berat ke atas mereka. Hukuman yang berat juga wajar
dikenakan kepada penduduk tempatan yang melindungi mereka
Tindakan sebegini dapat mengingatkan pekerja asing tentang
kesukaran memasuki negara ini dan turut memberikan kesedaran
kepada rakyat negara ini tentang hukuman yang bakal dihadapi
sekiranya mereka membantu pendatang tersebut. (Hurai isi) Jika
penguatkuasaan undang-undang seperti ini berkesan, kemasukan
pekerja asing sudah pasti akan berkurang. (Simpul isi) [100
patah perkataan]

INGAT!: Soalan berbentuk cadangan memerlukan huraian yang


menggunakan perkataan hendaklah /sewajarnya/ perlulah/
mestilah/ haruslah dll

Contoh Isi Faktor: Punca remaja terjebak dalam gejala sosial:


Kelalaian ibu bapa melaksanakan tanggungjawab mereka.

Punca utama masalah remaja terjebak dalam gejala sosial ialah


kelalaian ibu bapa dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.
(Nyatakan isi) Kini, ibu bapa sibuk bekerja dan tiada masa untuk
mendidik anak-anak dengan sempurna. Sejak kecil kebanyakan
ibu bapa mengalihkan tanggungjawab menjaga anak-anak
mereka kepada pengasuh. Waktu untuk ibu bapa berada di
rumah bersama-sama keluarga yang terbatas menyebabkan
kenakalan anak-anak tidak dapat dipantau oleh ibu bapa dengan
sebaik-baiknya. Anak-anak pula berasa ibu bapa tidak
menyayangi mereka, lantas melakukan sesuatu yang agresif
untuk menarik perhatian ibu bapa mereka. (Hurai isi) Sekiranya
kenakalan anak-anak tidak dipantau, kenakalan itu mungkin
akan membenihkan gejala sosial yang lebih serius. (Simpul isi)
[97 patah]

Contoh Isi Kesan: Kesan kemasukan pekerja asing di negara ini:


Budaya hidup masyarakat tempatan tercemar
Budaya hidup masyarakat tempatan turut tercemar akibat
kemasukan pekerja asing di negara ini. (Sebut isi) Perkara ini
berlaku kerana pekerja asing pasti akan mengamalkan budaya
hidup mereka di negara ini, yang kebanyakannya bertentangan
dengan budaya hidup masyarakat tempatan. Contohnya, budaya
pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, tingkah laku yang
kasar, dan berbagai-bagai perlakuan di luar batas susila
ketimuran boleh mempengaruhi anak-anak muda tempatan
untuk meniru gelagat mereka. Perkara ini bukan sahaja berlaku
di kota-kota besar di negara kita, malah kini sudah menular ke
kampung. (Hurai isi) Ini bererti, jika kemasukan pekerja asing
dibiarkan berleluasa, tidak mustahil budaya sopan santun yang
menjadi identiti masyarakat tempatan akan hilang. (Simpul isi)
[102 patah perkataan]

Contoh frasa yang boleh digunakan dalam penulisan isi karangan

1) Faktor ibu bapa yang sibuk menjadi punca utama….


2) Pelbagai punca yang dikenal pasti….
3) Punca utama masalah… ialah….
4) Pertambahan bilangan kenderaan juga menjadi faktor…
5) Terdapat pelbagai langkah yang dapat dijalankan…
6) Salah satu langkah yang paling berkesan ialah…
7) Selain itu, faktor…
8) Di samping itu, sikap remaja juga…
9) Selain itu, kerajaan juga…
10) Langkah lain yang boleh diambil termasuklah….
11) Penguatkuasaan undang-undang ialah langkah terbaik bagi
menangani masalah pencemaran alam sekitar.

Frasa yang boleh digunakan dalam huraian isi karangan

1) Hal ini berlaku kerana…


2) Hal ini demikian kerana…
3) Hal ini disebabkan oleh…
4) Walaupun begitu,
5) Dengan kata lain,
6) Seharusnya kita sebagai…
7) Sehubungan dengan itu…
8) Namun demikian, perkara itu….
9) Namun begitu, hal ini….
10) Sungguhpun begitu hal ini…

Untuk Menyatakan Contoh dalam Karangan

1) Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh……..kes….


2) Masyarakat boleh membantu dalam usaha untuk
mengatasi….ini,misalnya….
3) ……..kes terbaharu ialah….
4) Sebagai contoh….

PANDUAN MEMBUAT KESIMPULAN

Kesimpulan yang baik akan diberikan 3 markah. Antara perkara


yang perlu diberikan pertimbangan semasa menulis kesimpulan
adalah seperti yang berikut.
• Menyimpulkan perkara yang ditulis dan memberikan
pandangan
• Masukkan peribahasa, cogan kata, statistik, pendapat tokoh
yang berwibawa yang berkaitan
• Bebas daripada kesalahan bahasa
AYAT 1 : Sentuh semula isu (ayat lain)
AYAT 2-4 : Ulas sedikit isi
AYAT 5 : Beri pandangan( harapan/ cadangan/ amaran)
Bahan sokongan (pepatah/ cogan kata dll)

Contoh Kesimpulan:
Kepentingan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di
sekolah.

Kesimpulannya, penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum


dapat membantu pembentukan jati diri mereka. Melalui aktiviti
tertentu, pengetahuan dan pengalaman pelajar akan
bertambah. Selain itu, generasi muda yang berdisiplin dan
bertanggungjawab dapat dilahirkan. Nilai-nilai tersebut amat
penting untuk melahirkan modal insan yang dapat memberikan
sumbangan kepada masyarakat dan negara pada masa akan
datang. Oleh sebab itu, Menteri Pelajaran Malaysia, pernah
menyatakan bahawa penglibatan murid dalam aktiviti
kokurikulum amat penting untuk melahirkan insan yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek, sekali
gus bertepatan dengan matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
[87 patah perkataan]
Panduan menghasilkan karangan STPM yang mantap

1. Bagaimanakah pendahuluan karangan yang baik?

Menyatakan gambaran umum tentang isu atau fokus


soalan.
Tidak memasukkan isi karangan dalam pendahuluan.
Pendahuluan tidak harus terlalu panjang atau terlalu
pendek.
Panjang pendahuluan, lebih kurang 80 patah
perkataan.

AYAT 1 : Sebut isu secara umum/ latar belakang isu yang


berkaitan tajuk
AYAT 2-4: Ulas isu + huraian
AYAT 5 : Bayangan kehendak soalan [≥ 80 patah]
2. CONTOH PENYAMPAIAN PENDAHULUAN

Kehendak soalan: Manfaat yang diperoleh negara yang


menganjurkan kejohanan sukan di peringkat
antarabangsa.

(1) Kejohanan sukan di peringkat antarabangsa telah


berlangsung sejak dahulu. (Sebut isu secara umum) (2)
Antara kejohanan sukan yang popular ialah Sukan
Olimpik, Sukan Komanwel, Kejohanan Badminton Piala
Thomas, Bola Sepak Piala Dunia, dan lain-lain. (3) Untuk
menganjurkan kejohanan sukan yang sedemikian, negara
memerlukan wang yang banyak, khususnya bagi
menyediakan prasarana sukan yang lengkap dan terkini.
(4) Meskipun begitu, banyak negara telah menawarkan
diri untuk menjadi tuan rumah bagi kejohanan sukan
yang berprestij itu. (Ulas isu + huraian) (5) Situasi ini
menunjukkan bahawa negara yang terpilih menjadi tuan
rumah akan memperoleh berbagai-bagai manfaat
daripada penganjuran sukan tersebut. (Bayangan
kehendak soalan) [84 patah perkataan]

2.
3.
4. Contoh Ayat Pertama Pendahuluan Karangan

Sekiranya anda menghadapi masalah hendak memulakan


ayat dalam karangan, contoh di bawah boleh anda
gunakan! [Ingat! Latihan yang banyak akan memahirkan
kita.]

(A)
1. Pendapatan negara banyak bergantung kepada industri…
(ISU)…..
2. Sejak dahulu lagi, industri …(ISU)…..merupakan sektor
yang penting.
3. Tidak dapat dinafikan bahawa industri …(ISU)…... di
Malaysia sangat penting.
4. Perkembangan …(ISU)…..yang pesat umumnya membawa
manfaat kepada manusia atau penduduk di sesebuah negara.
5. Sejak sedekad kebelakangan ini, Malaysia …(ISU)…..
6. Dalam kehidupan dunia moden sekarang, …(ISU)
…..Memang tidak dinafikan bahawa…(ISU)…..
7. …(ISU)…..memang telah lama diamalkan di negara ini.
8. …(ISU)….. memainkan peranan penting dalam kehidupan
masyarakat hari ini.

(B)

1. Dalam era sains dan teknologi ini, gejala …(ISU)…..kian


hari kian berleluasa.
2. …(ISU)…..adalah merupakan satu topik yang hangat
diperkatakan oleh orang ramai sejak belakangan ini.
3. Dewasa ini, adalah amat menyedihkan apabila berlakunya
…(ISU)….. di Malaysia.
4. Kita tidak dapat menolak hakikat bahawa kes …(ISU)…..
ini semakin meningkat.
5. Sejak akhir-akhir ini, …(ISU)…...menjadi isu yang hangat
diperkatakan.
6. Masalah …(ISU)….. menjadi semakin membimbangkan
beberapa tahun kebelakangan ini berbanding dua atau tiga
dekad yang lalu.
7. Dalam kehidupan dunia moden sekarang, …(ISU)…...
8. Memang tidak dapat dinafikan bahawa …(ISU)…..

PANDUAN MENGHURAIKAN ISI KARANGAN YANG MANTAP:

Contoh huraian isi karangan

1. Nyatakan isi (Contoh isi :Penguatkuasaan undang-undang)

2. Nyatakan sebab anda berpendapat sedemikian?

a) Jawab soalan: Bagaimana ? (cara untuk laksana)


-pemantauan
-denda
-gantung lesen
-hentikan perkhidmatan

Mengapa? (sebab)
-kehidupan sempurna
-menimbulkan kesedaran
-pengajaran

b) Maklumat sokongan
-Contoh
-Peratus
-Statistik
-Pendapat orang
-Peribahasa
-Cogan kata
-Hadis

3 Rumusan kecil bagi setiap perenggan, iaitu selepas anda


menghuraikan isi (mengikut kesesuaian)
PERBINCANGAN

Tajuk : Pada masa ini, kerajaan sedang giat berusaha untuk memajukan
bidang bioteknologi di negara ini. Pada pendapat anda, apakah sumbangan
bidang tersebut terhadap pembangunan sektor pertanian negara kita.
Bincangkan.

Kehendak soalan: Soalan ini meminta anda membincangkan sumbangan


kajian bioteknologi terhadap usaha kita memajukan sektor pertanian. Oleh
itu, anda perlu menghuraikan kebaikan kajian tersebut kepada kegiatan
sektor pertanian negara ini. Walaupun dalam pernyataan tugasan soalan
terdapat perkataan ‘bincangkan’, disebabkan yang diminta oleh tajuk ialah
‘sumbangan’, maka kesannya tidak perlu disentuh. Soalan telah
menjuruskan anda untuk menjelaskan kebaikan sahaja.

 
KARANGAN LENGKAP

Walaupun di negara yang maju dalam sektor pertanian, seperti Belanda,


dan New Zealand, kajian bioteknologi telah berkembang pesat tetapi di
negara ini bidang bioteknologi masih baharu dan memerlukan penekanan
yang lebih. Bidang kajian ini ialah suatu bidang sains yang menggunakan
bahan kajian bioteknologi untuk dimanfaatkan dalam pengeluaran
industri. Sebagai contoh, penghasilan ubat-ubatan berasaskan hasil
keluaran pertanian ialah daripada kajian dan penyelidikan dalam bidang
bioteknologi. Memandangkan pertanian merupakan suatu bidang yang
telah sekian lama kita usahakan maka peningkatan kajian bioteknologi
memang bermanfaat bagi negara kita.

Sumbangan kajian bioteknologi yang paling asas ialah penemuan baka


ternakan dan benih tanaman yang lebih bermutu dan tahan rintang, yang
dapat menghasilkan pengeluaran dengan lebih banyak, cepat, dan
berkualiti tinggi. Banyak contoh yang dapat kita kemukakan dalam hal
ini, misalnya hasil kacukan biri-biri Australia dengan kambing tempatan,
hasil kacukan lembu tempatan dengan baka lembu dari New Zealand, dan
penemuan benih limau dan belimbing madu, buah duku langsat serta
buah-buahan yang lain. Penemuan baka dan benih baharu yang lebih baik
membawa harapan yang cerah kepada pengusaha sektor pertanian untuk
melibatkan diri dengan lebih aktif dalam kegiatan ini. Perkembangan yang
menggalakkan dalam sektor pertanian di negara ini akan dapat
mengurangkan jumlah import bekalan makanan.

Hasil kajian bidang bioteknologi juga dapat membantu kita menemukan


produk-produk baharu bagi sesuatu hasil pertanian. Kalau hasil daripada
kelapa sawit dapat kita keluarkab produk seperti minyak, susu, lilin,
mentega, dan vitamin E, maka tidak mustahil hasil-hasil pertanian lain
juga dapat kita manfaatkan untuk menghasilkan produk akhir yang
mempunyai nilai komersil yang tinggi. Dalam konteks ini, masih banyak
lagi bahan pertanian did negara kita yang belum lagi kita kaji dengan
mendalam, khususnya tumbuh-tumbuhan yang mempunyai nilai
perubatan. Banyak pokok herba yang tumbuh liar di hutan di negara ini
dipercayai boleh dijadikan asas rawatan sesuatu penyakit jika diproses
secara saintifik. Penemuan produk baharu yang bernilai akan memberikan
satu dimensi baharu kepada ekonomi negara kita.

Selain itu, teknik penanaman moden juga dapat dihasilkan melalui kajian
bioteknologi. Kaedah hidroponik dan earoponik misalnya tidak lagi asing
kepada kita, sebaliknya kaedah ini sudah dimanfaatkan dengan agak
meluas dalam kalangan petani moden di negara ini. Kaedah ini dapat
menjimatkan penggunaan tanah dan hasilnya pula bermutu. Pada masa ini,
satu lagi teknik pertanian yang terkini telah kita import dari Belanda.
Teknik itu dinamakan teknik fertigasi dan teknik ini telah pun digunakan
dengan jayanya dalam penanaman rock melon. Dengan menggunakan
teknik ini, saiz dan kemanisan buah dapat dikawal melalui bekalan nutrien
yang disediakn untuk tanaman. Teknik penanaman ini hanya memerlukan
plastik yang dibubuh dengan air serta baja disamping penyiraman
tanaman sebanyak 2 hingga 3 jam sehari. Buah-buahan musim sejuk dapat
ditanam dengan menggunakan teknik ini.

Baja, racun makhluk perosak, hormon dan ubat-ubatan tidak dapat kita
nafikan kepentingannya dalam kegiatan pertanian. Pokok memerlukan
baja dan racun makhluk perosak untuk tumbuh subur, manakala haiwan
ternakan pula memerlukan hormon dan ubat-ubatan untuk membesar.
Semuanya ini dapat dipenuhi dengan jayanya jika kita memanfaatkan
kajian bidang bioteknologi. Bidang kajian bioteknologi dapat mengenal
pasti nutrien yang diperlukan khusus oleh sesuatu tanaman, begitu juga
dengan cara mengelakkannya daripada dimusnahkan oleh serangga
perosak. Demikian juga dengan pengawalan tumbesaran haiwan.
Pemakanan dan perawatan khusus dapat dikenal pasti melalui kajian
bidang bioteknologi.

Satu lagi sumbangan yang tidak dapat dikesampingkan ialah teknologi


pemprosesan hasil pertanian. Hasil mentah pertanian mungkin tidak
mempunyai nilai yang menguntungkan, tetapi dengan ciptaan teknologi
tertentu, bahan tersebut dapat diproses tanpa menjejaskan mutunya atau
dijadikan produk hiliran yang mempunyai nilai komersil. Sebagai contoh,
buah pisang jika tidak diproses dan dibungkus dengan menggunakan
bahan kimia tertentu, akan cepat masak dan busuk. Tetapi, dengan kajian
yang dijalankan, pisang dapat dibungkus dengan kaedah tertentu dan
tempoh masaknya lebih lambat. Selain itu, pisang juga dapat diproses
menjadi produk lain, seperti kek, dan perasa aiskrim.

Kerajaan kini memang jelas cuba mengubah perhatian masyarakat agar


tidak lagi memandang rendah terhadap sektor pertanian. Pendedahan yang
berkaitan dengan usaha kerajaan itu secara meluas membuktikan hal
tersebut. Usaha tersebut memberikan nafas baharu kepada pengusaha
sektor pertanian dan diharap kita dapat mengembalikan peranan sektor ini
sebagaimana dahulu. Dengan demikian, usaha kerajaan itu perlu diberikan
sokongan. Ini disebabkan negara kita memang pada asasnya ialah sebuah
negara pertanian. Jika kita berjaya dalam bidang bioteknologi, bermakna
masa hadapan kita bukan sahaja cerah dalam sektor pertanian malah juga
dalam sektor hilirannya.

Anda mungkin juga menyukai