Anda di halaman 1dari 14

KBAT MUDAH,

ASAL MUNASABAH,
LOGIK AKAL,
SEMUA BOLEH
DITERIMA,
TEKNIK PEMARKAHAN KBAT
• ANALITIK – ADA ISI ADA MARKAH
• CONTOH-Bagaimana undang-undang boleh menjadikan negara kita unggul di persada dunia. Beri
cadangan anda.

Hal ini dapat menjamin keamanan(1M). Keamanan boleh menarik pelancong(1M).


Sektor pelancongan boleh membangun ekonomi(1m). Selain itu, negara yang aman
mampu manarik pelaburan luar(1m). Pelaburan luar boleh meningkatkan
pendapatan (1m)rakyat dan negara.
TEKNIK PEMARKAHAN KBAT
•HOLISTIK
•#INFO PEMARKAHAN KBAT
•Aras 4 - (7-8 markah )▪ Fakta + Huraian+ Contoh + Inferens , Fakta tepat +
Huraian merujuk , fakta + contoh sesuai + inferens jelas. + menunjukkan
kematangan dalam jawapan.
•Aras 3 - (5-6 markah )▪ Fakta + Huraian + Contoh @ Inferens▪ Fakta tepat +
Huraian merujuk fakta + contoh sesuai.
•Aras 2 - (3-4 markah) ▪ Fakta + Huraian @ Fakta + Contoh +Fakta jelas +
Huraian kurang jelas
•Aras 1 - (1-2 markah) Fakta Berkaitan dengan maksud yang tersurat / tersirat
PAKEJ: Fakta + Huraian + Huraian Lanjutan + Contoh +
Mulakan kepala ayat Inferens
Fakta menarik pelabur asing Soalan: Bagaimanakah cara untuk memajukan ekonomi negara?
Huraikan hal ini kerana Cara untuk memajukan ekonomi negara ialah dengan menarik
Kesan kesannya pelabur asing ke negara kita. Hal ini kerana, mereka akan
Contoh seperti menanam modal yang akan membangunkan industri di negara
Inferens kesimpulannya/oleh itu, akhirnya kita. Kesannya akan membantu pengeluaran dan produktiviti
selain meningkatkan nilai eksport negara kita seperti, meluaskan
Teknik No.3 pasaran tempatan dan antarabangsa. Kesimpulannya pendapatan
Mahir ayat KBAT + Ayat penyambut (mudah negara akan bertambah dan menjadikan ekonomi negara lebih
untuk hurai fakta) mapan.

Politik = stabil Kemahiran = ICT/ ilmu pengetahuan


Ekonomi = mampan/mapan Berfikiran = terbuka/kreatif/ inovatif
Pemerintahan = sistematik/cekap/telus Teknologi = moden/ sains/ ICT
Masyarakat = harmoni/ Bersatu/ sejahtera Pasaran= tempatan/local/negara/global/antarabangsa/serantau/
Kerajaan = prihatin/berkebajikan/demokrasi luas
Perpaduan= kaum/ masyarakat/ berbilang kaum Kerajaan = prihatin/berkebajikan/demokrasi
Raja = berdaulat/ disanjung Bersemangat = waja/ kental
Undang-undang = tegas/adil/keadilan Era= globalisasi/ ICT
Bagaimanakah penghayatan Prinsip Rukun Negara dapat melahirkan
warganegara yang patriotik? (8m)
Penghayatan Prinsip Rukun Negara dapat melahirkan warganegara yang patriotik
kerana rakyat mempunyai kepercayaan dan pegangan agama. Antaranya,
membentuk masyarakat yang sentiasa mengamalkan ajaran agama supaya
melakukan kebaikan. Hal ini kerana,tiada agama yang menyuruh umatnya berbuat
jahat atau melanggari peraturan . Kesannya akan wujud sikap bertoleransi dan
saling menghormati dalam kalangan rakyat. Contohnya, tidak melakukan provokasi
dengan menghina agama/ penganut agama lain. Akhirnya perpaduan antara rakyat
berbilang kaum dapat disemarakkan.
Selain itu, melahirkan perasaan taat dan setia kepada raja dan negara. Hal ini
kerana, negara kita mengamalkan Sistem Raja Berperlembagaan dan demokrasi
berparlimen. Rakyat taat dan setia kepada raja dan pemerintah demi mewujudkan
kestabilan dalam politik dan kesannya ekonomi akan lebih mampan . Contohnya
akan menarik keyakinan pelabur untuk melabur di negara kita. Oleh itu, rakyat akan
cintakan negara dan sentiasa menyokong dasar kerajaan.
Penghayatan Prinsip Rukun Negara dapat melahirkan warganegara yang
patriotik melalui keluhuran perlembagaan iaitu, rakyat dan pemimpin
patuh kepada Perlembagaan negara dan tidak akan mencabar ketinggian
Perlembagaan. Hal ini kerana, Perlembagaan menjamin kedaulatan dan
keamanan negara kita. Kesannya, tidak akan berlaku rusuhan kaum yang
akan menggugat keamanan seperti, tunjuk perasaan atau bantahan
terhadap institusi beraja yang boleh mencetuskan huru hara dalam
negara. Kesimpulannya, penghayatan prinsip Rukun Negara membentuk
semangat patriotisme dalam kalangan rakyat dan mengukuhkan perpaduan
serta kesejahteraan negara.
CONTOH- BAGAIMANA UNDANG-UNDANG BOLEH
MENJADIKAN NEGARA KITA UNGGUL DI PERSADA
DUNIA. BERI CADANGAN ANDA.
Undang-undang boleh menjadikan negara kita unggul di persada dunia kerana
dapat menjamin keamanan. Hal ini kerana keamanan boleh menarik
pelancong dari dalam dan luar negara untuk melancong di negara kita.
Contohnya pelancong dari Eropah dan Asia akan datang melancong di negara
kita yang aman untuk berehat. Impaknya, sektor pelancongan boleh
membangun ekonomiagar rakyat dapat hidup sejahtera. Selain itu, negara
yang aman mampu menarik pelaburan luar. Hal ini menjadikan pelaburan luar
boleh meningkatkan pendapatan rakyat dan negara. Contohnya pelaburan luar
dapat memberi peluang pekerjaan kepada rakyat dimana mereka memerlukan
tenaga pekerja dalam bidang yang dilaburi. Seterusnya….
1. Rukun negara adalah satu ideologi nasional yang bertujuan mencapai perpaduan demi keharmonian dan kemakmuran negara

Utusan malaysia, 14/6/2016


  a) Mengapakah Rukun Negara diperkenalkan?

……………………………………………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………………………………………

( 2 Markah )
   
  b) Apakah kepentingan menghayati prinsip keempat rukun negara?

……………………………………………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………………

( 4 Markah )
     
  c) Jika anda dilantik sebagai pengerusi Kelab Rukun Negara, cadangkan aktiviti yang boleh dilakukan?

……………………………………………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………………

( 4 Markah )
PENSKORAN PENUH;

BUKTI BERKAITAN DENGAN PERNYATAAN SAHAJA( daripada simulasi soalan tetapi diolah dengan
perkataan sendiri)

BUKTI DISERTAKAN DENGAN HURAIAN YANG SESUAI ( huraian terhadap fakta)

BUKTI DISERTAKAN HURAIAN DAN CONTOH / IDEA BARU YANG SESUAI ( dengan mengemukakan
idea/isi baru contoh fakta tentang politik dihubungkaitkan dengan ekonomi dan sosial)
RUMUSAN

PENSKORAN RUBRIK MEMERLUKAN CALON SPM


MENJAWAB DALAM BENTUK PAKEJ IAITU;

FAKTA+ HURAIAN+ CONTOH+INFERENS (KESAN, FAEDAH


ATAU IDEA BARU)
PESAN CIKGU

 MARKAH KBAT TIDAK BERGANTUNG KEPADA BERAPA ISI JAWAPAN DIBERI. YANG PENTING
PELAJAR BOLEH BERI FAKTA + HURAIAN+ HURAIAN LANJUTAN + CONTOH + INFERENS

 BERANI DAN JANGAN TAKUT MENGELUARKAN APA SAHAJA IDEA YANG LOGIK/ MUNASABAH
WALAUPUN ANDA BERASAKAN IDEA ITU TIDAK HEBAT ATAU MENARIK.

 KAITKAN JAWAPAN ANDA DENGAN KEHIDUPAN SEHARIAN, MATA PELAJARAN LAIN YANG
BERKAITAN, PERISTIWA SEMASA @ ISU-ISU SEMASA, BERITA TERKINI DAN PERSEKITARAN
ANDA.

 CUBALAH BELAJAR BERFIKIR DI LUAR KOTAK @ KRITIS & KREATIF

Anda mungkin juga menyukai