Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

HARI BICARA AKADEMIK & PENETAPAN GRAF PENETAPAN TARGET

SMK TASEK PERMAI 2022

PENGENALAN

Program Hari Bicara Akademik SMK Tasek Permai merupakan satu program tahunan
yang diadakan pada setiap tahun. Ianya merupakan salah satu cara bagi menjalinkan
kerjasama antara pihak sekolah dengan para ibu bapa dan penjaga dalam menjayakan
Program Kecemerlangan Akademik anak-anak yang terlibat. Pada hari tersebut, ibu bapa
dan penjaga akan diberikan laporan prestasi anak-anak mereka yang meliputi keputusan
Ujian 1 dan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2022.

MATLAMAT

1. Untuk mengadakan perbincangan antara guru dan ibu bapa tentang pencapaian dan
perkembangan akademik dan sahsiah murid di sekolah
2. Membuka peluang kepada ibu bapa dan penjaga berjumpa dengan guru-guru kelas
untuk mengetahui perkembangan prestasi semasa muridmurid mereka
3. Untuk melaksanakan penetapan graf prestasi diri bagi melihat potensi dan
perkembangan akademik murid-murid.
4. Memupuk semangat ukhwah dan kerjasama antara guru dan ibu bapa atau penjaga
demi kecemerlangan murid-murid.

OBJEKTIF

1. Menjalin ikatan atau kerjasama di antara 3 penjuru iaitu murid, ibu


bapa/penjaga dan pihak sekolah.

2. Ibu bapa dan penjaga dapat mengetahui perkembangan akademik dan tingkah laku
anak-anak mereka.
3. Memberi peluang kepada guru-guru bertemu dan berbincang dengan ibu bapa dan
penjaga murid mengenai prestasi pelajaran murid-murid berdasarkan penilaian yang
telah dijalankan.
4. Membantu ibu bapa mengetahui potensi diri anak-anak di sekoah melalui penetapan
graf prestasi diri murid-murid tingkatan 5.
BUTIRAN PROGRAM

Tarikh : 30 September 2022

Hari : Jumaat

Masa : 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari

SASARAN PENYERTAAN
Semua ibu bapa atau penjaga murid-murid SMK Tasek Permai dari tingkatan 1 hingga 5

TEMPAT PERJUMPAAN
Tingkatan 1 hingga 4 - Kelas masing-masing
Tingkatan 5 - Dewan

AHLI JAWATAN KUASA PELAKSANA


Pengerusi :
Naib Pengerusi I : Puan Salina binti Ibrahim (Pk Pentadbiran/Kurikulum)
Naib Pengerusi Ii : Puan Jamilah binti Ishak (Pk Hem)
Naib Pengerusi III : Puan Norhayati binti Mohamed (Pk Kokurikulum)
Penyelaras : Puan Erni binti (Kaunselor/Urus Setia)
Puan Emi Zurayni binti Lot (Kaunselor/Urus Setia)
Setiausaha : Puan Rasidah Kasim (S/U Kurikulum)
Naib Setiausaha : Puan Fatimatul Adnin binti (Naib S/U Kurikulum)
Bendahari :

AJK TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB


Penyelaras Program  Memastikan majlis berjalan dengan
a. En Sazali bin Abdul Jamil lancar
 Menyediakan aturcara pentadbiran
 Memastikan semua jawatan kuasa
berperanan dan melaksanakan tugasan
yang ditetapkan
Setiausaha  Menyediakan kertas kerja program
a. Pn Rasidah Kasim  Menguruskan surat menyurat
 Menyediakan bahan mesyuarat
 Membuat surat jemputan
 Membantu penyelaras memastikan
majlis berjalan lancar
 Menyediakan borang kehadiran ibu bapa
 Membuat senarai semak tugasan yang
telah atau belum selesai
Sambutan dan Protokol  Menyambut ketibaan tetamu AJK PIBG
a. Semua pentadbir dan ibu bapa serta penjaga
b. Semua Guru Kanan Mata Pelajaran

Pengacara Majlis (di dewan)  Mengendalikan acara di dewan.


a. Pn Emi Zurayni binti Lot
 Menyediakan skrip aturcara dan
memaklumkan kepada
pihak pengurusan.-

 Menghantar teks yang telah siap kepada


AJK Dokumentasi untuk tujuan
dokumentasi.

Bacaan doa  Menyediakan teks doa dan membacanya


a. Ustaz Mohamad Hakim Bin Hashim di dalam majlis.-

 Menghantar teks doa yang telahsiap


kepada AJK Dokumentasiuntuk tujuan
dokumentasi

Persiapan tempat (kelas dan dewan)  Memastikan bilik darjah dan dewan
a. Semua guru kelas di kelas masing- dalam keadaan bersih dan sedia diguna.
masing  Persediaan di dalam dewan sebelum dan
b. Semua guru tingkatan 5 di dewan selepas program
(dengan bantuan murid tingkatan 5)

Siaraya  Memastikan peralatan siaraya berfungsi


a. En Izhar bin Nordin (dewan) dengan baik
 Memastikan keperluan mikrofon dalam
keadaan baik
 Menyediakan LCD dan komputer riba.
Data Peperiksaan / Marksheet  Menyediakan data dan marksheet untuk
a. Pn Norhidayah binti Ismail diedarkan kepada guru kelas
b. Cik Asma Alia binti Mohd Jamil  Menyediakan laporan PBD untuk
diedarkan kepada guru kelas
Graf Prestasi Diri (GPD)  Menyediakan semua bahan berkaitan
a. Pn Erni binti Jamil pembinaan GPD

Buku Program (anyflip)  Menyediakan buku program


a. Pn Khoirunnisa binti Abdul Razak
b. Pn Nur Nabilah binti Mohd Azhar
Pendaftaran (tingkatan 5)  Menyediakan meja pendaftaran
a. Penyelaras tingkatan 5  Memastikan semua ibu bapa dan guru
yang hadir menulis nama di meja
pendaftaran sebelum masuk ke dewan

Fotografi  Mengambil gambar semasa


a. Pn Fatimatul Adnin binti Sulaiman majlis berlangsung.
b. Murid  Menghantar gambar-gambar menarik
kepada AJK Dokumentasi untuk tujuan
Pelaporan dan Dokumentasi dokumentasi.
a. Penyelaras tingkatan 1 - 5  Menyediakan laporan mengikut
tingkatan
 Mengumpulkan laporan yang diperlukan
daripada AJK-AJK berkaitan.
 Menyediakan dokumentasi seminggu
selepas majlis tamat.
 Menjilidkan Buku Dokumentasi

Semua guru kelas  Menyemak Fail Kelas yang mengandungi


a. Senarai Kehadiran sehingga Ogos
b. Slip Peperiksaan PPT
c. Borang Kehadiran ibu bapa
 Memastikan murid membuat latihan
yang telah disediakan oleh guru subjek
Disiplin  En Fakri Mohd Noor

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERBELANJAAN ANGGARAN HARGA (RM)


1 Cetakan Markah Peperiksaan 50.00
Tingkatan 1 – Tingkatan 5
2 Dokumentasi 30.00
3 Fotostat Tunjuk Arah dan lain-lain 20.00
JUMLAH 100.00

PENUTUP
Semoga program ini dapat memupuk ukhwah di antara pihak sekolah dengan guru-guru
selain meningkatkan pencapaian murid-murid SMK Tasek Permai khususnya dalam bidang
akademik.

Disediakan oleh Disemak oleh Disahkan oleh

………………………… ……………………………….. ………………………………

(PN RASIDAH KASIM) (EN SAZALI BIN ABDUL JAMIL PN SALINA BINTI IBRAHIM

SETIAUSAHA KURIKULUM PENYELARAS PROGRAM GPK PENTADBIRAN

Anda mungkin juga menyukai