Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN AKTIVITI

TAJUK : CERAMAH TALASEMIA DAN HPV


TARIKH : 12 JANUARI 2018
MASA : 10.00 PAGI – 11.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN SEKOLAH
SASARAN : PELAJAR TINGKATAN 1 & 4

PENILAIAN

 Ceramah yang bertajuk Talasemia dan HPV difokuskan kepada pelajar tingkatan 1 dan
tingkatan 4 dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan untuk semua sekolah rendah dan menengah.
Program ini merupakan salah satu aktiviti yang berjaya menarik minat ramai pelajar untuk
menyertai ceramah ini.Seramai 107 murid tingkatan 1 dan seramai 96 murid tingkatan 4 terlibat
dengan sesi ceramah ini.
 Program ini banyak memberikan pendedahan dan kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan
untuk membuat pemeriksaan darah untuk mengenalpasti pelajar yang kekurangan darah dan zat
besi untuk murid tingkatan 4.
 Manakala bagi pelajar tingkatan 1 pula telah diberi pendedahan tentang kepentingan suntikan
HPV untuk mencegah kanser servik (kanser pangkal Rahim)
 Ceramah ini telah diberikan oleh 2 orang jururawat perempuan dan 2 orang jururawat lelaki.
 Sepanjang program dijalankan terdapat pelajar yang memberikan impak yang positif dan
memberangsangkan kerana mengajukan banyak soalan kepada penceramah.
 Penceramah juga menyampaikan beberapa kaedah yang berkesan kepada pelajar untuk menjaga
kesihatan diri bagi mencegah penyakit-penyakit yang berbahaya.
 Semasa sesi LDK ramai pelajar yang memberikan respon dan komitmen yang
memberangsangkan kepada penceramah.
 Disamping itu, tidak ketinggalan juga guru-guru yang memberikan komitmen yang tinggi
sepanjang sesi ceramah dijalankan.
KEKUATAN PROGRAM
 Ruang ceramah yang sesuai memudahkan pergerakan penceramah sepanjang sesi ceramah.
 Kerjasama dan komitmen yang baik daripada pelajar sepanjang ceramah dijalankan.
 Sokongan dan kerjasama yang tinggi pihak pentadbir untuk menjayakan program seperti ini.
 Kerjasama semua guru matapelajaran yang turut serta menjaga disiplin sepanjang ceramah
dijalankan.
 Pelajar bersedia dengan alat tulis dan buku catatan.

KELEMAHAN PROGRAM
 Masalah pengangkutan penceramah menyebabkan sampai lewat ke sekolah.
 Masa ceramah yang pendek

PENAMBAHBAIKAN
 Meminta kepada penceramah untuk sampai awal.
 Panjangkan masa ceramah kerana pelajar sangat berminat tentang Tajuk Kesihatan

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………….. ……………………………………
(Pn. Riswana Begam Bt Abdul Aziz) (Pn. Thiruselvi A/P Pararajasingam)
Guru Kesihatan Pk HEM Smk Seri Puteri

SESI CERAMAH

Anda mungkin juga menyukai