Anda di halaman 1dari 7

1.

0 PENGENALAN

Umum ketahui bahawa masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di

sekolah untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Mengikut Kamus Dewan,disiplin bererti latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh

mengawal diri sendiri dan patuhkepada tatatertib. Disiplin memainkan peranan yang

penting ke arah pembentukan sahsiah para pelajar. Ia adalah salah satu komponen

penting dalam sistem persekolahan yang berkait rapat berkenaan tatatertib, tatasusila,

keadaan, akhlak dan kesopanan. Foucault (1977), menyatakan disiplin merupakan satu

bentuk pengawasan dan membiasakan amalan yang dikehendaki. Pandangan beliau

melihat sekolah sebagai sebuah ‘mesin pedagogi’ dan pelajar-pelajar didisiplinkan supaya

mematuhi peraturan-peraturan. Di sekolah, disiplin menjadi satu kawalan sosial bagi

mewujudkan suasana tenteram supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat

dijalankan dengan teratur dan lancar. Namun di ketika ini permasalahan yang timbul

membabitkan masalah-masalah disiplin pelajar di sekolah merunsingkan banyak pihak.

Mengikut Ee Ah Meng (1990), disiplin merupakan yang dipersetujui oleh sesuatu

kelompok masyarakat bagi mewujudkan tingkah laku yang baik demi kesempurnaan

masyarakat itu sendiri. Disiplin juga merujuk kepada cara berfikir yang tersusun dan

seterusnya membawa kepada sifat rasional serta keyakinan diri seseorang itu. Dalam

sistem pendidikan di negara kita penumpuan terhadap dasar pendidikan untuk melahirkan

insan yang baik, menyeluruh dan bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek

adalah jelas berdasarkan apa yang tersurat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Elemen akhlak, moral dan nilai-nilai mumi merupakan salah satu unsur yang penting

dalam memastikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini tercapai. Berdasarkan

perkara tersebut dapat ditafsir bahawa disiplin amat penting dalam membantu melahirkan

seorang insan yang lengkap kesemua aspek tersebut. Setiap guru masing-masing
mempunyai peranan yang tertentu. Setiap peranan tersebut melibatkan jawatan dan tugas

yang disandang oleh guru tersebut. Tanggungjawab guru adalah dipikul bersama-sama

untuk membentuk murid menjadi murid yang baik dan mematuhi peraturan Oleh itu

terdapat beberapa peranan penting yang perlu dilakukan oleh pihak dalam sistem

pendidikan iaitu pengetua, penolong kanan Hal Ehwal Murid, guru disiplin, dan guru.

Selain itu Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri turut berperanan

dalam menangani masalah disiplin dalam kalangan murid di sekolah.

2.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PENGETUA DALAM MENANGANI

MASALAH DISIPLIN DI SEKOLAH

Pengetua adalah orang yang memainkan peranan yang amat penting di sekolah. Dia

adalah seorang pentadbir, pengurus dan yang lebih besar di situ adalah seorang

pemimpin. Dalam konteks ini, ketiga-tiga tugas itu saya menggunakan istilah pemimpin

atau kepemimpinan sahaja kerana aspek pentadbiran dan pengurusan adalah berkait

langsung dengan kepempimpinan. Ketiga-tiga konsep itu, kita perlu memahami dan

menghayati dengan jelas. Sebagai seorang pentadbir, yang melibatkan diri dalam

pentadbiran pendidikan. maka ia perlu kepada proses kerjasama di antara dua orang atau

lebih yang berasaskan kepada rasional yang tertentu untuk mencapai tujuan yang telah

ditentukan sebelumnya seperti mana yang telah dijelaskan oleh Siondang (1981).

Manakala Syukur (1988) menjelaskan pentadbiran secara amnya tertumpu kepada hal-hal

yang sebahagian besar berhubung dengan pembahagian kerja dan penyelarasan

perhubungan untuk melahirkan kecekapan dalam organisasi.

Pengetua merupakan seorang yang berperanan dan bertanggungjawab ke atas

disiplin sekolah. Perkara tersebut meliputi Kuasa ke atas guru dan pelajar yang telah

diberikan berdasarkan pada Ordinan Pelajaran 1957 dalam Peraturan 4 & 5, Peraturan-
Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959. Selain itu dia turut terlibat dalam

Menggubal dasar disiplin sekolah mengikut kesesuaian sekolah disamping berperanan

untuk memastikan Buku Peraturan Disiplin Sekolah diwujudkan dan menjadi panduan

ketika menjalankan hukuman-hukuman terhadap kesalahan yang dilakukan oleh murid.

Dalam proses untuk membentuk jawatan kuasa disiplin di sekolah pengetua merupakan

individu yang bertanggungjawab dalam memastikan jawatankuasa tersebut berperanan

dan berkesan dalam menangani masalah disiplin di sekolah. Selain daripada menjalankan

hukuman pengetus turut berperanan untuk menurunkan kuasa disiplin dan kuasa

menjalankan hukuman kepada guru-guru lain serta mematuhi perintah apabila ada

perintah bertulis daripada kementerian.

Dalam pelaksanaan tugas seorang pengetua terdapat beberapa konsep yang

diamalkan untuk memastikan tugas yang dilaksanakan berkesan dan mengikut panduan

yang telah ditetapkan. Pertama sekali adalah terdapat konsep peraturan yang harus

dipatuhi dalam menjalankan kuasa disiplin yang terdiri daripada kuasa dan budi bicara

diberikan, mengamalkan keadilan, mengikut peruntukan yang dinyatakan dalam peraturan

dipatuhi, ‘natural justice’ diperhatikan, hak untuk dibicarakan, dakwaan dan tuduhan

dimaklumkan, hukuman dijatuhkan selepas pembelaan dan peluang membuat rayuan serta

didengari. Keduanya adalah langkah-langkah yang harus diambil ketika melaksanakan

tugas dalam bidang disiplin iaitu menerima aduan, pastikan kebenaran aduan, siasatan

awal dan pastikan kes itu bersabit. Selepas itu memberi peluang kepada pelajar untuk

menafikan dakwaan atau tuduhan dan membela diri dan akhirnya mencadangkan

hukuman yang sesuai. Ketiga pula adalah dalam membuat keputusan. Pengetua

berperanan untuk membebaskan pelajar jika tuduhan tidak mempunyai bukti dan

tindakan selanjutnya adalah tidak perlu diteruskan. Namun jika Pelajar mengaku bersalah

atau didapati bersalah maka hukuman perlu dikenakan di atas kesalahan tersebut.
Walaubagaimanapun Hukuman yang hendak dilakukan mestilah adil dan seterusnya

memastikan rekod disiplin dilakukan dan disimpan secara sistematik.

3.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG KANAN HAL EHWAL

MURID DALAM MENANGANI MASALAH DISIPLIN DI SEKOLAH.

Umumnya kita ketahui bahawa Peranan utama Penolong Kanan Hal Ehwal Murid adalah

menjalankan tugas dan tanggungjawab pentadbiran semasa ketiadaan Guru Besar dan

Penolong Kanan Pentadbiran. Beliau berhak membuat keputusan dan menandatangani

dokumen bagi pihak Guru Besar. Beliau juga perlu mengajar sebilangan waktu bagi mata

pelajaran tertentu mengikut bidang pengkhususan beliau atau mengikut arahan Guru

Besar dari masa ke masa. Selain dari itu, beliau bertanggungjawab terhadap Guru Besar

dalam soal kurikulum, ko-kurikulum, disiplin, bimbingan dan kaunseling. Beliau juga

perlu memastikan keselamatan murid adalah terjamin semasa berada di kawasan sekolah

dan memastikan setiap tindakan yang akan dilakukan mengikut prosedur dan peraturan

yang telah ditetapkan.

Peranan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid adalah dalam lembaga disiplin dan

tatatertib. Beliau bertanggungjawab untuk menerapkan amalan-amalan dan nilai murni di

kalangan murid di sekolah. Sebagai contoh, murid perlu memberi salam kepada guru jika

berselisih dengan guru. Beliau juga perlu memastikan semua murid mematuhi arahan dan

undang-undang sekolah dan bertanggungjawab untuk mengambil tindakan terhadap

murid yang melanggar peraturan. Tindakan yang di ambil perlu mengikut peraturan  yang

telah di gariskan. Bagi murid yang terlibat dalam salah laku peraturan, beliau perlu

menyediakan rekod disiplin agar murid yang sama tidak melakukan kesalahan yang

berulang. Satu laporan yang lengkap perlu dibuat mengenai perkara berkenaan dan

dibentangkan kepada lembaga tatatertib sekolah. Selain itu, beliau salah seorang individu
yang bertanggungjawab untuk melantik badan pengawas dan menjadi penyelaras badan

tersebut. Perbandingan dengan topik satu dengan peranan dan tanggungjawab sebenar

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid adalah sama. Ini kerana lembaga disiplin dan tatatertib

adalah antara tugas utama beliau dalam pengurusan hal ehwal murid tetapi dari segi

perlantikan pengawas, beliau tidak mempunyai kuasa penuh untuk melantik pengawas.

Keputusan perlantikan badan pengawas adalah di buat bersama oleh ahli lembaga disiplin

sekolah..

Peranan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid turut berperanan sebagai naib pengerusi

lembaga disiplin sekolah yang juga individu yang bertanggungjawab terhadap perlantikan

badan pengawas sekolah. Sebelum perlantikan pengawas dijalankan, jawatankuasa

lembaga disiplin dibentuk. Guru disiplin dan guru pengawas dilantik. Beliau bersama-

sama jawatankuasa berbincang untuk meningkatkan tahap disiplin di sekolah. Beliau juga

memberikan garis panduan kepada guru pengawas semasa perlantikan pengawas supaya

pengawas yang dilantik benar-benar layak memimpin. Beliau juga terlibat secara

langsung semasa perlantikan pengawas dibuat dengan beliau adalah salah seorang panel

pemilih badan pengawas. Beliau dilihat begitu komited dalam pemilihan badan pengawas

kerana ini akan mencerminkan budaya dan iklim sekolah. Sebagai Penolong Kanan Hal

Ehwal Murid juga tegas dalam permasalahan disiplin murid tetapi di dalam ketegasan

beliau tetap mempunyai kelembutan di dalam menjalankan tugas-tugas beliau. Ini dilihat

semasa beliau mengarahkan jawatankuasa beliau menjalankan tugas, beliau mengambil

kira sebagai guru mempunyai tugas-tugas mengajar.

4.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU DISIPLIN DALAM MENANGANI

MASALAH DISIPLIN DI SEKOLAH.


Dalam sesebuah institusi pendidikan walaupun setiap orang guru bertanggungjawab

melaksanakan disiplin sekolah, guru disiplin adalah seorang yang amat pening dalam

memainkan peranan melaksanakan tugas-tugas mendisiplinkan murid dan menangani

masalah disiplin murid. Guru disiplin amat dihormati dan ditakuti oleh kebanyakan

pelajar. Denda yang setimpal akan dikenakan sekiranya pelajar tersebut melakukan

kesalahan oleh guru disiplin. Antara peranan dan tanggungjawab guru disiplin adalah

membantu Pengetua merangka atau membuat peraturan peraturan sekolah. Selain itu,

menentukan peraturan-peraturan sekolah harus dipatuhi sepanjang masa apabila kegiatan

dijalankan sama ada di dalam atau di luar sekolah. Seterusnya menjadi penyelaras di

antara guru-guru dan Pengetua/Guru Besar dalam hal berkaitan disiplin murid-murid.

Guru disiplin turut menjadi pegawai perhubungan di antara pihak sekolah dengan ibu

bapa/penjaga di dalam menguruskan masalah disiplin. Tambahan pula guru disiplin turut

bertanggungjawab dalam membantu Pengetua/Guru Besar menimbulkan semangat

kesetiaan dan kekitaan di kalangan murid-murid dan guru-guru.

Di samping itu, menjadi Guru Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah dan menjadi

Setiausaha Jawatankuasa Disiplin Murid. Dalam memastikan reskod disiplin adalah

teratur dan sistematik guru disiplin berperanan untuk menyedia dan mengemaskinikan

rekod disiplin dan laporan murid ( SSDM ). Dalam aspek menjalankan hukuman disiplin

guru disipilin boleh manjalankan tindakan tersebut sekiranya diwakilkan oleh

Pengetua/Guru Besar. Guru disiplin turut memainkan peranan merangka program/aktiviti

yang berkaitan dengan pembangunan diri murid dan program/aktiviti dari segi

pencegahan, pemulihan dan pengayaan sahsiah murid-murid yang bermasalah disiplin.

Perkara utama yang perlu dilakukan leh guru disiplin adalah melaporkan kes pelanggaran

disiplin yang berlaku dan tindakan kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Seterusnya

mendapatkan maklumat daripada komuniti yang berkaitan salahlaku murid di luar


kawasan sekolah serta mengelolakan mesyuarat kes dan mesyuarat Jawatankuasa Disiplin

Sekolah. Akhir sekali menjadi Guru Penasihat Kelab Pencegahan Jenayah (Sekolah

Menengah) dan menyediakan surat-surat tindakan disiplin.

Anda mungkin juga menyukai