Anda di halaman 1dari 3

Novel Jejak Monpus : Sinopsis Bab 1, 2, 3

Penyelamat Pus Pus

– Zahar lulusan Universiti Teknologi Malaysia dalam bidang Biologi

– Zahar telah membina sebuah makmal kecil yang menempatkan serangga dan larva
rama-rama di sebelah rumahnya

– Zahar sangat meminati serangga, iaitu ulat bulu

– Zahar memelihara ulat bulu supaya ulat bulu tersebut dapat melahirkan larva
seterusnya menjadi rama-rama yang cantik

– Zahar memberikan nama kepada setiap ulat bulu yang dikumpulkannya

– Antara semua serangga yang dikumpulkannya, Zahar paling menyayangi Pus Pus

– Ibu Zahar, Qistina Asraf yang terkenal dengan gelaran Cikgu Qistina sedar bahawa
Zahar meminati dunia haiwan sejak kecil lagi

– Qistina masih ingat bahawa Zahar suka bermain dengan serangga, mengumpulkan
labah-labah, kupu-kupu, kumbang, ulat beluncas, katak puru, dan lipas

– Lamunan Qistina terhenti apabila Zahar memberitahunya tentang niat Zahar untuk
pergi ke Taman Paya Bakau di Tanjung Piai

Hasrat Terpendam

– Zahar duduk menanti Mawar di pantai berhampiran dengan bandar Pontian

– Dia memerhatikan Pulau Pisang yang terbentang di hadapannya

– Sudah lama Zahar ingin ke Pulau Pisang – yakin bahawa ada banyak spesies
serangga baharu yang akan ditemuinya di pulau itu

– Lamunan Zahar terputus apabila Mawar menyapanya


– Zahar teringat akan saat perkenalannya dengan Mawar – Mawar tidak menoleh ke
kiri dan ke kanan semasa melintas jalan untuk ke Fakulti Sains Hayat kerana
kesuntukan masa untuk menghadiri kuliah

– Sejak itulah mereka menjadi teman akrab

– Mawar antara penuntut terbaik Fakulti Sains Hayat – Zahar begitu mengaguminya

Dilanda Misteri

– Qistina dihantar oleh anaknya, Zahar kerana keretanya rosak

– Qistina guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Yasin

– Faridah menawarkan diri untuk membantu Qistina – mengangkat beg Qistina yang
padat berisi buku

– Qistina guru yang berdedikasi

– Sudah 17 tahun Qistina menjadi guru Bahasa Melayu

– Qistina mengerling Faridah – Faridah berhemah dan tertib

– Kalau boleh Qistina mahu mengambil Faridah sebagai anak angkat

– Mahligai cinta Qistina tidak bertahan lama – tidak sempat menambah cahaya
mata

– Faridah anak tunggal sebuah keluarga pekebun di Kampung Mercu Jaya

– Faridah hidup dalam keadaan sederhana – murid yang bijak dan cerdas – dapat
dijadikan teladan oleh murid-murid lain

– Belakangan ini ada sesuatu yang menggusarkan hati Qistina tentang Faridah

– Keresahan Qistina bermula setelah ternampak kelibat seorang lelaki dalam


lingkungan usia hampir separuh abad menemui Faridah pada waktu rehat dua
minggu yang lalu
– Sebaik sahaja kelas tambahan Bahasa Melayu tamat, Qistina terpandang Faridah
didatangi oleh lelaki yang sama – lelaki yang dikenalinya

– Qistina bertanya tentang lelaki itu kepada Faridah

– Menurut Faridah, lelaki itu pak ciknya yang tinggal di London, bekerja sebagai
seorang Profesor Bioteknologi di sana

– Qistina teringat akan lelaki yang pernah mengisi hidupnya dahulu

Anda mungkin juga menyukai