Anda di halaman 1dari 14

http://cikgusazali.blogspot.

com

MODUL KECEMERLANGAN
BAHASA MELAYU
PT3

KAJIAN ANTOLOGI
GEMA SEPI GADIS GENIUS
TINGKATAN 2
(DRAMA)

CSL
Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Drama

http://cikgusazali.blogspot.com

Sinopsis:

DRAMA HEMODIALISIS
(JAIS SAHOK)

Drama Hemodialisis mengisahkan Abah yang sakit tetapi enggan mendapatkan rawatan terutama daripada
anaknya sendiri Dr. Afif. Abah tidak mahu menyusahkan ahli keluarganya dan lebih selesa berada di
rumah. Abah menganggap dia akan mati tanpamahu berusaha mengubati penyakitnya. Abah cuba dipujuk
oleh cucunya, Nabilah tetapi gagal. Abah dibawa ke klinik secara paksa. Setelah empat jam, abah pulang
bersama-sama mesin hemodialisis yang dikendalikan sendiri.
Abah berasa tidak selesa dengan mesin itu. Dr. Afif menerangkan tindakannya memaksa abah ke klinik
dan merawatnya kerana ingin membalas budi dan mahu abah terus hidup. Abah dikunjungi oleh Fatin
Atiqah dan teman lelakinya Saufi. Fatin Atiqah menyampaikan berita bahawa dia telah lulus dengan
cemerlang dalam peperiksaannya. Abah yang terlalu gembira telah terlucut wayar mesin hemodialisisnya.
Keadaan menjadi cemas. Abah berjaya diselamatkan oleh Dr. Afif.
Pemikiran:
Kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga.
Persoalan:
1.
2.
3.

Persoalan hubungan kekeluargaan yang erat/mesra.


Persoalan tentang tugas dan tanggungjawab doktor.
Persoalan menyerah diri/mengharapkan kematian apabila sakit.

Watak:
Abah
-

Berusia 63 tahun. Mempunyai seorang isteri dan tiga orang anak Dr. Afif, Fiqri dan Fatin Atiqah.
Menantu - Zarina dan cucu - Nabilah.
Menghidap penyakit buah pinggang - terpaksa menggunakan mesin hemodialisis.
Seorang penulis yang hebat diakui oleh Dr. Afif.
Seorang yang tidak mahu menyusahkan anak-anak tak bagi mama menelefon anak-anak.
Seorang yang bersifat penyayang, tegas mendidik anak-anak sehingga berjaya.
Tidak mementingkan diri sendiri tidak mengambil kesempatan walaupun anaknya seorang
doktor.
Seorang yang suka bergurau.

Dr. Afif
-

Bijak - doktor pakar.


Penyayang - ambil berat tentang keluarga.
Mengenang jasa orang tua menyanjung tinggi pengorbanan abahnya.
Cekap bekerja.
Pantas bertindak apabila mendapat panggilan daripada mama.

CSL
Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Drama

http://cikgusazali.blogspot.com

Berkorban untuk bapanya - memberi mesin hemodialisis di kliniknya untuk abah.

Mama
-

Isteri yang penyayang.


Ambil berat akan keluarganya.
Patuh dan taat akan suaminya.
Suka bergurau. Sabar - walaupun kena marah.
Cepat bertindak - tidak mudah panik (abah pengsan).

Fatin Atiqah
Bijak - pelajar cemerlang di universiti.
Sayang akan bapanya - ambil berat.
Cepat panik -terus balik apabila mendapat panggilan daripada mama.
Nabilah
Cucu abah.
Anak Dr. Afif dan Zarina.
Penyayang.
Cakap lepas.
Plot
Plot drama Hemodialisis adalah mengikut kronologi.
i.

Permulaan cerita
Abah sakit perut dan mama mencadangkan supaya memanggil Dr. Afif di klinik. Hasrat mama
ditentang oleh abah.

ii.

Perkembangan cerita
Abah pengsan. Dr. Afif datang ke rumah dan memujuk abah supaya ke klinik untuk mendapatkan
rawatan. Konflik abah bertambah apabila Nabilah datang memujuk abah dan Dr. Leong datang
membawa kerusi roda. Abah dibawa ke klinik secara paksa. Abah pulang dengan mesin
hemodialisis. Abah masih tidak berpuas hati dan berhujah dengan Dr. Afif.

iii.

Klimaks
Wayar mesin hemodialisis Abah tercabut.

iv.

Peleraian cerita
Abah diselamatkan oleh Dr. Afif.

Latar
Masa
Siang hari.
Waktu pagi.
CSL
Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Drama

http://cikgusazali.blogspot.com

Tempat
Ruang tamu rumah Abah.
Masyarakat
Golongan tua yang sakit enggan mendapatkan rawatan.
Masyarakat yang berpendidikan / berpelajaran.
Masyarakat yang mengutamakan / memikirkan kepentingan
Masyarakat yang hanya berserah kepada takdir- tua,sakit-mati.
Gaya Bahasa
i.

Sinkope
Contoh: nak (hendak), ni (ini), dah (sudah), tak (tidak), tu (itu)

ii.

Sajak
Contoh: m/s: 27

iii.

Bahasa Inggeris
Contoh: I am a doctor, and I want to be your doctor. I promise to be your good doctor.(m/s 8)

Nilai Murni
1.

Nilai kasih sayang


Contoh: Kasih sayang anak-anak terhadap bapa yang sakit.

2.

Nilai hormat menghormati


Contoh: Dr. Afif tetap menghormati abahnya.

3.

Nilai menghargai jasa


Contoh: Dr. Afif amat menghargai jasa abahnya.

4.

Nilai prihatin
Contoh: Mama amat prihatin terhadap kesakitan yang dideritai oleh suaminya.

5.

Nilai kesabaran
Contoh: Dr. Afif tetap bersabar dengan karenah bapanya yang tidak mahu ke kliniknya untuk
berubat.

6.

Nilai menghargai ilmu


Contoh: Fatin Atiqah belajar di salah sebuah universiti dan telah lulus dengan cemerlang.

CSL
Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Drama

http://cikgusazali.blogspot.com

Pengajaran:
i.

Kita perlu menyayangi setiap ahli keluarga.

ii.

Kita mesti menghormati orang yang lebih tua dan berpengetahuan daripada kita.

iii.

Kita perlu menghargai jasa kedua-dua ibu bapa yang telah mendidik kita.

iv.

Kita harus mengambil berat akan masalah yang dialami oleh orang lain.

v.

Kita perlu bersabar untuk mengelakkan persengketaan.

vi.

Kita perlu bersabar menghadapi karenah orang tua.

vii.

Kita harus menghargai ilmu yang dimiliki oleh seseorang / Kita perlu menuntut ilmu sepanjang
hayat.

CSL
Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Drama

http://cikgusazali.blogspot.com

Sinopsis:

DRAMA INFLAKASTA
(HASHIM YASSIN)

Drama ini mengisahkan Dibisi dan Marhen yang kelaparan telah berkenalan secara kebetulan dalam
suasana peperangan. Mereka menceritakan latar belakang diri masing-masing. Muncul Siti yang sasau
mencari Inflakasta. Siti menuduh Marhen dan Dibisi berperang menyebabkan anaknya hilang. Mereka
bertiga telah dikepung dan Kastabung cuba menangkap mereka.
Marhen cuba melawan tetapi dilarang oleh Dibisi. Dibisi merayu supaya dilepaskan. Kastabung dan
Marhen bergelut tetapi dihalang oleh Taliba dan Siti. Jakidan datang melaporkan keadaan kekuatan
pasukan Kastabung. Marhen dan Dibisi cuba mengingatkan Kastabung dan Jakidan tentang kesan dan
akibat peperangan tetapi tidak diendahkan oleh mereka.
Marhen dan Dibisi bertengkar sehingga bergelut menarik perhatian Kastabung. Taliba cuba menembak
mereka tetapi senjata kuasa bahayanya dirampas oleh Siti. Siti mengarahkan Kastabung supaya
memberitahu konco-konconya agar beredar dari tempat itu. Siti leka meluahkan perasaannya tentang
peperangan sehingga ditembak oleh pengikut Kastabung. Siti rebah, Marhen menyambar senjata kuasa
bahaya daripada Siti. Dibisi turut ditembak semasa memapah Siti. Marhen yang geram melepaskan
tembakan senjata kuasa bahaya mengakibatkan semua orang rebah. Keadaan menjadi sunyi.
Muncul Infla dan Kasta mencari ibu mereka. Mereka memapah Siti dari celah batu dan menyeru ibunya
(Siti) bangun dari tidurnya. Siti menasihati Infla dan Kasta supaya tabah menghadapi dugaan hidup serta
mendoakan kesejahteraan mereka.
Pemikiran:
Drama Inflakasta memaparkan pemikiran tentang kesan dan akibat daripada peperangan
kepada manusia dan kehidupan sejagat.
Persoalan:
1.
2.
3.
4.
5.

Persoalan peperangan menyebabkan manusia menderita.


Persoalan kanak-kanak dan wanita menjadi mangsa peperangan.
Persoalan perjuangan untuk meneruskan kehidupan.
Persoalan golongan yang mengambil kesempatan atas penderitaan orang lain.
Persoalan kemusnahan alam sekitar.

Watak Utama
Marhen
Nama penuhnya Marhen bin Daif.
Seorang yang berwajah bengis,
Bermisai dan berjambang tidak menentu.
Pakaiannya kehitaman dan kotor.
CSL
Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Drama

http://cikgusazali.blogspot.com

Sebelum peperangan,dia seorang petani.


Agresif/Berani.
Kasar dari segi pertuturan.

Dibisi
-

Nama penuhnya Dibisi bin Elita.


Seorang berwajah intelek dan bersopan.
Pakaiannya carik dan kotor.
Masih memakai tali leher yang lusuh dan mengelek coat berdebu.
Kelihatan letih.
Seorang pemimpin/ketua dalam negeri.
Bakal menjadi pengeluar utama besi waja di dunia.
Rasional.
Tenang menghadapi situasi yang genting.
Terbunuh semasa cuba menyelamatkan Siti.

Siti
-

Seorang ibu muda.


Berpakaian gaun kebiruan yang lusuh dan carik-carik.
Sasau kerana kehilangan anak.
Pandai menyanyi.
Berani dan juga bijak.
Tidak suka akan peperangan.
Penyayang - menasihati Infla dan Kasta.

Watak sampingan
Kastabung
Diktator yang zalim.
Berpakaian jubah (Dracula) dan memegang tongkat perakam.
Ketua pasukan - mempunyai ramai pengikut.
Taliba
-

Pakaian ala robot.


Pertanda yang menjaga senjata kuasa bahaya.
Simpati terhadap wanita
Infla dan Kasta (lelaki/perempuan)
Berpakaian biasa yang lusuh.

Anak-anak Siti.
Sayang akan ibunya.

CSL
Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Drama

http://cikgusazali.blogspot.com

Plot
Secara keseluruhannya, plot drama ini mengikut urutan kronologi. Plot Inflakasta dapat dibahagikan
kepada:
i.

Permulaan
Drama dimulakan dengan perkenalan Dibisi dan Marhen selepas berebut kotak kosong yang
disangka berisi makanan. Mereka menceritakan latar belakang diri masing-masing.

ii.

Perkembangan
Pada bahagian ini,drama berkembang dengan kemunculan watak Siti yang mencari anaknya,
Kastabung, Taliba dan Jakidan.

iii.

Konflik
Mereka mula bertengkar dan menyalahkan antara satu sama lain. Dalam pergelutan Marhen dan
Dibisi, Siti merampas senjata kuasa bahaya daripada Taliba.

iv.

Klimaks
Marhen melepaskan peluru senjata kuasa bahaya. Keadaan menjadi sunyi.

v.

Peleraian
Infla dan Kasta dapat bertemu dengan ibunya, Siti.

Teknik Penceritaan
i.
Deskriptif (pemerian)
Teknik pemerian drama ini hanya terdapat dalam suara latar
Latar
Masa
i.

Suasana peperangan
Siang sehingga malam.

Tempat
i.
Gurun Gersang
Runtuhan-runtuhan rumah batu.
Masyarakat
i.
Masyarakat yang berperang untuk meneruskan kehidupan.
ii.
Masyarakat yang menggunakan kekuatan fizikal untuk menguasai orang lain.
iii.
Masyarakat yang mementingkan kekuasaan dan kedudukan untuk menjamin kelangsungan hidup.
iv.
Mangsa peperangan yang hidup menderita.

CSL
Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Drama

http://cikgusazali.blogspot.com

Gaya Bahasa
Keseluruhannya drama ini menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami.
i.

Ayat Seruan
Contoh : Hei! Bongkak!
Undur! Aku bunuh semua.

ii.

Sinkope
Contoh: Namaku Marhen
Dalam perang tak ada jenaka tau?

iii.

Repitasi
Contoh: Lapar bersama, mati bersama.
Tembak, tembak

iv.

Peribahasa
Contoh: Padang jarak padang tekukur, tak kenal maka tak cinta.

v.

Lirik Lagu
Contoh: Do-di-do-doi, dodoi di dodoi,
Tidurlah anak di dalam buaian
(korus)
Lailahaillah, Muhammadan Rasullulah (2x)
Tidurlah anak, ibu dendangkan,
Lekaslah besar bimbing negara. (m/s 164)

vi.

Bahasa Asing
- Bahasa Arab
Contoh: Syukur Alhamdullah.
-

Bahasa Inggeris
Contoh: sorry, neck tie dan coat, exhaust, fragile, food

vii.

Hiperbola
Contoh: Luahkan peluru itu.

viii.

Simile
Contoh: Letupan bergegaran seperti halilintar.

ix.

Personifikasi
Contoh: Cahaya laser menjunam mencari sasaran.

x.

Perlambangan
Contoh: Primitif dalam negeri kami.

CSL
Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Drama

http://cikgusazali.blogspot.com

Nilai Murni
i.

Nilai kasih sayang


Siti amat menyayangi anaknya Infla dan Kasta

ii.

Nilai bertanggungjawab
Infla dan Kasta membawa makanan untuk ibu mereka.

iii.

Nilai Menghargai Persahabatan.


Persahabatan antara Dibisi dan Marhen terjalin semasa mereka mencari makanan.

iv.

Nilai bekerjasama
Dibisi dan Marhen bekerjasama mencari makanan kerana kelaparan.

Pengajaran:
i.

Kita hendaklah mengelak daripada peperangan kerana akan menyebabkan hidup manusia
menderita.

ii.

Kita janganlah membelakangkan orang tua.

iii.

Kita mestilah taat dan setia kepada pemimpin.

iv.

Kita mestilah bijak dalam membuat keputusan.

CSL
Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Drama

10

http://cikgusazali.blogspot.com

DRAMA DI SINI BAKTI BERSEMADI


(AJES TUAH)
Sinopsis:
Drama ini mengisahkan muda-mudi yang lebih berminat bekerja sendiri daripada bekerja makan gaji. Hal
ini dibuktikan oleh Tini yang mempunyai diploma tetapi mengusahakan perusahaan kraftangan di
kampungnya. Usaha Tini ini disokong kuat oleh rakan baiknya, Amin yang juga mengusahakan
penternakan ayam.
Pada mulanya hasrat Tini untuk bekerja sendiri mendapat tentangan daripada ayahnya dan tunangnya,
Kamal. Kamal berhajat mempercepat hari perkahwinannya dan hal ini dipersetujui oleh ayah Tini. Tini pula
tidak bersetuju sebaliknya ingin menangguhkannya kerana mahu membangunkan perusahaannya
sehingga berjaya terlebih dahulu.
Amin berjaya menangkap Malek yang cuba mencuri ayam-ayamnya. Amin yang terserempak dengan ayah
Tini mengagumi semangat dan kegigihan Tini. Ayah Tini memuji kejayaan Amin yang sepatutnya menjadi
contoh generasi muda hari ini. Ayah Tini turut menyatakan rasa kesalnya kerana tidak menyokong usaha
Tini pada peringkat awal dahulu.
Amin cedera dan mesin-mesin Tini dirosakkan pada suatu malam. Ayah Tini berjaya memerangkap Malek
sebagai orang yang terlibat dalam kejadian malam itu. Tini pula bertengkar dan memarahi Kamal kerana
menjadi dalang dalam kejadian tersebut. Tini memutuskan pertunangannya dengan Kamal. Tini dan Amin
gembira meneruskan kerjaya mereka masing-masing.
Pemikiran:
Drama ini memaparkan kegigihan muda-mudi yang bekerja sendiri walaupun mempunyai kelulusan yang
tinggi. Sikap nekad ini terbukti berjaya,meskipun mendapat tentangan hebat daripada ahli keluarga sendiri.
Hal ini dibuktikan oleh Tini yang bertekad membuat perusahaan kraftangan di kampungnya sendiri.
Persoalan:
1.
2.
3.
4.

Persoalan kemampuan wanita dalam menjana ekonomi negara.


Persoalan sikap tidak memilih pekerjaan yang setaraf dengan kelulusan.
Persoalan idola/pencetus/pendorong semangat atas kejayaan orang lain.
Persoalan berwawasan dalam kerjaya.

Watak utama
Tini
-

Seorang yang berpendidikan tinggi iaitu memiliki diploma.


Berkawan baik dengan Amin.
Seorang yang gigih berusaha membangunkan perusaahan sendiri - kraftangan.
Meminati bidang perniagaan.

CSL
Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Drama

11

http://cikgusazali.blogspot.com

Seorang yang tegas dan tetap pendirian dalam membuat keputusan.


Tunangan orang tunang kepada Kamal
Seorang yang suka berdikari tidak mahu mengharapkan bantuan orang

Watak sampingan
Amin
Ayah
Kamal
-

Kawan baik Tini.


Mengusahakan penternakan ayam.
Menjadi sumber inspirasi untuk Tini bekerja sendiri di kampung.
Gigih, sabar dan bersemangat tinggi dalam usahanya memajukan bidang penternakan ayam.
Berpandangan jauh / berwawasan.
Mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang perniagaan
Dikenali juga sebagai Pak Hamid.
Menentang hasrat Tini untuk bekerja sendiri pada mulanya.
Yakin / percaya akan kegigihan dan semangat waja Tini untuk berjaya dalam perusahaan
kraftangannya.
Bijak memerangkap Malek dengan berbual-bual dengannya.
Tunang Tini.
Tidak menyokong usaha Tini bekerja sendiri.
Ingin mempercepatkan hari perkahwinannya.
Mementingkan diri sendiri mengupah Malek merosakkan mesin-mesin Tini untuk menggagalkan
perusahaan Tini.

Malek
Seorang pencuri.
Mudah dipengaruhi untuk melakukan sesuatu perkara,asalkan dibayar upah yang setimpal.
Plot
i.

Permulaan
Drama ini dimulakan dengan peristiwa Tini berbual-bual dengan Amin di tempat ternakan ayam
Amin. Tini menyatakan hasratnya untuk bekerja sendiri. Amin menyokong hasrat Tini dan
mengingatkan Tini akan risiko bekerja sendiri.

ii.

Perkembangan
Ayah Tini dan tunangnya, Kamal membantah hasrat Tini untuk bekerja sendiri. Amin melawat
tempat perusahaan kraftangan Tini dan kagum akan perkembangan perusahaannya.

CSL
Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Drama

12

http://cikgusazali.blogspot.com

iii.

Konflik
Kamal datang ke rumah Tini dan menyatakan hasratnya untuk mempercepat hari perkahwinannya.
Tini tidak bersetuju sebaliknya ingin menangguhkannya kerana mahu membangunkan
perusahaannya sehingga berjaya terlebih dahulu. Amin menangkap Malek yang cuba mencuri
ayam di tempat ternakan ayamnya.

iv.

Klimaks
Klimaks drama ini pada peristiwa Amin cedera akibat dipukul dan mesin-mesin perusahaan Tini
dirosakkan.

v.

Peleraian
Drama diakhiri dengan penangkapan Malek dan Kamal. Pertunangan Tini dan Kamal juga telah
diputuskan.

Teknik Penceritaan
Drama Di Sini Bakti Bersemadi tidak memaparkan teknik penceritaan secara langsung mahupun secara
suara latar.
Latar
Masa
i.
Latar masa tidak dinyatakan dengan jelas. Latar waktu senja dinyatakan dalam perbualan antara
ayah Tini dengan Amin.
Tempat
i.
Latar tempat tidak dinyatakan dengan jelas dalam drama. Berdasarkan situasi dialog dan
perbualan watak latar tempat drama ini dapat dikategorikan seperti berikut:
Kampung
Tempat ternakan ayam Amin
Di rumah Tini Perbualan Tini dan ayahnya. Ayahnya menentang hasrat Tini untuk
bekerja sendiri
Tempat Perusahaan Kraftangan Tini
Depan balai polis
Di rumah Amin
Masyarakat
i.
Golongan muda yang suka bekerja sendiri berbanding kerja makan gaji.
ii.
Masyarakat yang memandang rendah akan kemampuan wanita.
iii.
Masyarakat yang iri hati akan kejayaan orang lain.

CSL
Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Drama

13

http://cikgusazali.blogspot.com

Gaya bahasa
Keseluruhannya drama ini menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami.
i.

Sinkope
Contoh: Takkan aku nak ajak dia pula (m/s: 100)

ii.

Peribahasa
Contoh: Di beri betis, minta paha lagi
Telunjuk lurus, tapi kelingking berkait. Nasi sudah menjadi bubur (m/s: 112)
Di mana aku berpijak, di situlah langit aku junjung

iii.

Bahasa Arab
Contoh: Assalamualaikum, Waalaikummussalam, Alhamdulillah

Nilai Murni
i.

Nilai kerjasama
Amin memberikan kerjasama kepada Tini untuk memastikan Tini Berjaya dalam perusahaannya.

ii.

Nilai berdikari
Amin dan Tini lebih suka berdikari membangunkan perusahaan mereka sendiri daripada bekerja
makan gaji.

iii.

Nilai keberanian
Golongan muda iaitu Tini dan Amin yang berani menceburkan diri dalam bidang
perniagaan/perusahaan.

iv.

Nilai kegigihan
Tini dan Amin gigih untuk merealisasikan impian mereka dalam bidang masing-masing tercapai.

Pengajaran:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.

Kita mestilah gigih berusaha untuk memajukan diri.


Kita mesti yakin akan kemampuan diri sendiri untuk terus berjaya.
Kita harus memanfaatkan ilmu yang dipelajari dalam kehidupan.
Kita mesti membantu orang yang memerlukan bimbingan dan nasihat daripada kita.
Kita perlu bijak merancang masa depan.
Jangan berprasangka buruk terhadap orang lain.
Kita perlu jujur dan ikhlas dalam pergaulan.

CSL
Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Drama

14

Anda mungkin juga menyukai