Anda di halaman 1dari 22

(Tajuk Teater: Rahsia)

Genre: Dramatik, Moden

Bahasa: Bahasa Melayu

Penerbit: Kumpulan 2 BAYU Drama dan Teater

Watak dan Deskripsi

Nama Ahli Watak

Rivaldo Billy Abang

Siti Norashikin Laila

Rachel Nasha

Viviana

Erica

Priscillia
Plot

Permulaan 1. Bapa meninggal dunia

2. Abang sulung memikul tanggungjawab

3. Fast forward (3 tahun kemudian)

4. Watak-watak sampingan masuk ke babak seterusnya (adik


beradik perempuan, ibu dan teman Wanita)

5. Babak abang sulung bekerja keras dan ditegur oleh majikan

6. Babak abang sulung dan teman Wanita (dating)

7. Babak abang sulung dan kakak bertengkar//berbincang tentang


masuk ke university

8. Babak Ibu sakit tenat

9. Babak abang sulung merahsiakan masalah peribadi dan


masalah keluarga daripada teman Wanita

10. Babak abang meminta kerja lebih masa daripada majikan agar
mendapat gaji lebih
Klimaks 1. Babak kakak menangguhkan pengajian untuk menjaga ibu sakit
dan bekerja untuk membeli ubat

2. Babak ibu memerlukan kos rawatan yang tinggi, abang bekerja


keras sehingga sakit

3. Babak teman Wanita mengajak abang sulung untuk bertunang

4. Babak kakak mendapat tahu bahawa abang menggunakan wang


yang banyak untuk bertunang (planning)

5. Babak kakak dan abang sulung bertengkar dan diketahui teman


Wanita

6. Babak kakak menjauhkan diri dari abang dan teman Wanita


berjumpa kakak

7. Babak abang berasa sedih dan tertekan

8. Babak teman Wanita membantu abang sulung untuk mencari


wang, merawat ibu

9. Babak kakak menyambung pengajian

10. 4 tahun kemudian, kakak graduasi dan mendapat tawaran


pekerjaan

11. Babak kakak graduasi dan ibu kembali sihat

Penutup 1. Babak ibu berehat di rumah, abang dan tunang melawat ibu
dan memberitahu berita gembira

2. Kakak pulang dari kerja, gembira melihat abang dirumah

3. Abang memeritahu bahawa dia akan berkahwin pada akhir tahun

4. Keluarga gembira, abang tidak menyimpan masalah dan sentiasa


meluah kepada keluarga
SINOPSIS

Teater Rahsia ini adalah bertemakan kekeluargan. Teater ini mengisahkan seorang abang

sulung (bernama Khaleef) yang sering berahsia dan tidak suka bercerita mengenai

masalahnya. Keluarga Khaleef adalah keluarga yatim dimana dia sudah kehilangan ayahnya

sejak dia masih bersekolah menengah akibat serangan jantung. Keluarga khaleef terdiri

daripada ibu dan adiknya. Ibunya, adalah seorang peniaga nasi lemak. Akibat kedaifan hidup

mereka, khaleef terpaksa berkorban banyak hal demi keluarganya. Khaleef adalah tulang

belakang keluarganya dalam membantu keluarganya kerana ibu nya telah berusia. Khaleef

sentiasa memendam rasa dan jarang menceritakan masalah kepada ahli keluarganya walaupun

sebesar mana pun masalahnya. Itulah punca mengapa Khaleef lebih suka berahsia mengenai

hal kepada ahli keluarganya.

Namun pada suatu hari dia telah bertemu seorang gadis yang berjaya merebut hatinya.

Gadis itu bernama Laila. Laila adalah seorang gadis yang sangat cantik dan bekerja sebagai

pegawai di sebuah syarikat terkemuka. Khaleef pula bekerja sebagai sebagai akauntan di

sebuah syarikat kejuruteraan. Walaubagaimanapun, Khaleef tidak pernah berkongsi mengenai

hal keluarga kepada Jesnita kerana dia merasakan hal itu tidak begitu penting dalam

perhubungan mereka.

Pada masa yang sama, keluarga Khaleef mengalami masalah yang besar iaitu masalah

kewangan di mana ibunya sakit dan adik perempuan mendapat tawaran di pantai timur. Konflik

berlaku apabila Jesnita turut mengajak Khaleef untuk bertunang. Akan tetapi, Jesnita tidak tahu

akan masalah bakal tunangnya kerana dia terlalu berahsia.


Rahsia, sebuah naskhah yang buat kita berteka-teki tentang keputusan yang bakal

dilakukan oleh Khaleef, sama ada mahu mendahulukan keluarga atau keduanya.

Jawapannya.... pastilah kedua-dua nya kerana berahsia akan lebih membuatkan banyak hati

terluka.
PERWATAKAN

Abang/Khaleef

Sudah berusia 20-an. Seorang yang sangat berahsia terutamanya mengenai hal keluarganya

sendiri, kerana sudah sering memendam rasa.

Kakak/Afifah

Seorang remaja lepasan SPM yang mudah marah kerana darah muda yang mengalir di dalam

dirinya dan juga masalah hidup yang tidak pernah berhenti.

Ibu

Berumur 50-an. Meniaga nasi lemak untuk membantu ekonomi keluarga. Seorang ibu yang

sangat penyayang.

Laila

Seorang wanita yang sangat ayu dan manis rupanya. Laila merupakan kekasih kepada Khaleef.

Laila sangat sensitif kepada orang yang tidak suka berterus terang.

Majikan/Boss

Seorang wanita berumur dalam lingkungan 30-an yang sangat tegas dalam kerja namun amat

mengambil berat berkenaan hal pekerja.

Lina

Rakan sekerja kepada abang/Khaleef. Berumur lingkungan 30-an. Sangat supportive dan

sering membantu Khaleef dalam menyelesaikan tugasan


Bahagian: Permulaan

Babak 1

Arahan: Set di tepi pantai, cahaya menyuluh tepat watak abang. Abang yang ketika itu sedang
duduk di kerusi dan sedang mengenang kembali kisah yang berlaku beberapa tahun lalu.
Beberapa saat kemudian, lampu pentas dimalapkan. Lagu latar belakang yang menyedihkan
turut dimainkan menemani kemalapan lampu pentas bersama bisikan hati abang..

Suara Latar: (bisikan abang dalam hati sambil termenenung melihat ombak pantai)..
Pemandangan di pantai ini sangat indah, seindah keluargaku dan isteriku, Jesnita. Hmm, tetapi
isteriku la yang paling indah (kalau tak, terpaksa aku tidur luar malam ni - sambil gelak kecil).
Andaikata dulu aku tidak bersikap begitu, pasti hidup aku tidak seperti laut yang bergelora, hati
tidak penah tenang kerana sentiasa memikirkan masalah yang tidak berpenghujung. Tapi itu
dulu, sekarang ana sudah bahagia!

*Lampu malap*

Babak 2

Arahan: Set di dalam rumah. Semua ahli keluarga sedang bersedih kerana kehilangan seorang
‘role model’ utama dalam keluarga.

Ibu: *menangis teresak-esak* abang, ayah kamu sudah tiada. Bagaimanakah kita akan
meneruskan hidup kita selepas ini. Punca pendapatan ibu, tidaklah seberapa sangat berbanding
dengan ayah kamu. Ibu risau tidak cukup, kerana kamu semua masih bersekolah.
Abang: *berusaha untuk tidak menunjukkan kesedihan di hadapan ibunya* Ibu, janganlah risau,
abang kan ada. Abang pasti akan membantu ibu.
*lagu Dengarlah Bintang Hatiku- De Meises (minus one) dipasang*. Abang menyanyi sambil
memujuk ibunya yang dalam kerisauan.

Lirik:
Dengarlah wahai ibuku,
Aku akan menjagamu,
Dalam hidup dan matiku,
Hanya kaulah yang ku tuju.

Aku akan menjagamu,


Semampu dan sebisaku,
Karna ku tahu,
Kaulah Syurga ku.

* Adiknya, afifah datang memeluk ibunya.

Kakak: Ibu janganlah terlalu risau. Abang pasti akan membantu ibu untuk menyara keluarga. Ibu
jangan sedih. Kakak sayang ibu dan abang.

Babak 3
Arahan: set di tempat kerja abang. Ada meja dan kerusi, serta beberapa fail bertimbun di atas
meja

*bunyi bising menyelak fail menunjukkan kegigihan abang bekerja


Majikan abang/boss: ewah (3x)... tekun betul kamu belek kertas itu ya sampai tidak perasan
sekarang sudah waktu makan tengahari. Takkan harini pun kamu tak lunch lagi.

Abang: (tengok jam tangan) Eh yela bos, tak perasan pula saya.

*bunyi perut abang yang sedang lapar


Majikan/bos: haa tengok perut kamu pun sudah berbunyi. Pasti orang kecil dalam perut kamu
pun berbunyi. Kerja tu nanti la kamu sambung.

Abang: eh takpala, bos. Saya siapkan kerja saya ni dulu, nanti saya balik.

*Bos beredar*

Abang: (berbisik di dalam hati) hmm alangkah indahnya jika aku bos, tak perlu aku bersusah
payah begini. Duit pun masyukkk, haa gitu!

*lagu W.A.R.I.S & Nora Danish - Ini lagi Boom!*. Abang menyanyi sambil berangan-angan di
mejanya.

Lirik:
Minta Apa Saja I Beli (I Beli)
Credit Card Dan Semua Jenis Bil (Swipe!)
Five Star Hotel Kereta Serba Mewah (Limousine)
Asalkan ku tidak perlu kerja begini.

Abang: (tersedar dari angan-angan) ahh sudahlah kau. Lambat lagi kau nak jadi bos. Kau tu kuli
ja, sedarlah sikit (mengeluh).

*Tiba-tiba seorang wanita yang sangat cantik datang untuk bertemu dengan bosnya. Abang
terus jatuh cinta dan tanpa melengahkan masa lagi, dia terus meluahkan perasaan kepada
wanita tersebut.

*lagu Senario- Zapin Usik - Mengusik*. Abang dan Laila.

Lirik:
Abang:
Adik pandang-pandang pandang pada siapa

Kalau pada abang hai gembira rasanya

Adik senyum-senyum senyuman yang menggoda

Adik jangan bingung abang belum berpunya

Laila:

Abang lirik-lirik melirik pada siapa

Kalau pada adik gembira rasanya

Abang kenyit-kenyit kenyit mata buaya

Abang baik sikit nanti ku pulas telinga

Hai cik adik, (Ya cik abang)

Manis jelita, (Biasa saja)

Siapa nama, (Itu rahsia)

Tinggal di mana, (Rumah bonda)

Bolehkah abang, (Boleh apanya abang)

Jalan bersama, (Oh itu bahaya)

Jangan bimbang abang bujang trang tang tang

Laila: Nakal la awak ni

Abang: Eh mana ada. Biasa Ja… Kira jadi eh? (sambil tersenyum nakal)
Laila: Onss saja la! (sambil tersenyum malu)

Babak 4

Arahan: set di rumah.

Abang: Ah, akhirnya sampai juga aku kat rumah. Penat betul kerja harini. (sambil duduk
berehat)

Kakak: Abang, tadi ada posmen datang. Dia bagi surat ni.

Abang: Surat apa ni, kak?

Ibu: *menyampuk* alaa itu surat tawaran kakak untuk sambung belajar tu.

Kakak: ya bang. Kakak dapat sambung belajar di pantai timur.

Suara Latar - mewakili keluhan abang di dalam hati:aduh kacau betullah. Aku ni duit nak
makan pun takda sangat. Sudahlah tadi aku baru dapat kekasih hati. Mana aku nak cari duit ni.

Kakak: Abang rasa macam mana? Bolehkah adik pergi?

Abang: tapi kita tak mampu, kak. Duit nak makan pun cukup saja ni.

Kakak: Ada abang pun tidak berguna!

Abang: Kenapa kau cakap begitu? Aku ni abang kau tau? Hormat sikit!

Kakak: eleh hormat konon. Hormat buat apa kalau tidak berduit.

Abang: kau nii!!

Ibu: eh sudahlah kamu berduaaa, jangan bergaduh.

Tiba -tiba ibu jatuh rebah. Abang dan adik terus meluru ke arah Ibu.
Babak 5

Arahan: set di rumah.

Situasi: selepas pulang membawa ibu ke klinik berdekatan.

*memapah ibu masuk ke rumah*

Ibu: Maafkan ibu, abang. Ibu tak sangka ibu boleh menghidap penyakit sebegini rupa. Kos
rawatan ibu juga mahal. Kakak pula dapat tawaran belajar.

Abang: Jangan cakap begitu, nanti abang usahakan cari duit ya ibu.

Kakak: eleh, ye la tu *sambil menjeling ke arah abang*

Babak 6

Arahan: set di tempat kerja abang. Ada meja dan kerusi, serta beberapa fail bertimbun di atas
meja

*abang masuk ke bilik majikan/boss*

Abang: Boss, bolehkah kalau saya mahu kerja lebih masa selepas ini.

Majikan/boss: Boleh, tapi kenapa ya? Selama ini saya tidak pernah menerima permintaan seperti
ini daripada mana-mana pekerja.

Abang: sebenarnya, Ibu saya sakit dan adik saya juga mendapat tawaran belajar di pantai timur.
Jadi, saya memerlukan duit yang banyak, kerana kos agak tinggi untuk menampung keluarga
saya.
Majikan/boss: Baiklah kalau begitu. Saya izinkan. Tapi saya harap awak jaga kesihatan awak ya,
jangan terlalu tertekan.

Majikan/boss: Baiklah. Terima Kasih Boss.

Babak 7

Arahan: Set di kedai makan. Abang dan Laila berjumpa di sana. Abang kelihatan sangat kusut
seolah-olah ada sesuatu yang mengganggu fikirannya.

Laila: awak okay? Saya nampak awak mcm sangat letih.

Abang: okay ja! Saya tidur lambat tengok bola semalam.

Laila: aaa patutlah letih semacam.

Abang: awak pesanlah apa-apa makanan yang awak nak makan. Saya belanja.

Laila: Wah, terima kasih!

Suara Latar: Abang berusaha untuk tidak memberitahu Laila hal sebenarnya kerana dia
merasakan hal keluarganya tidak penting di matanya laila. Namun semuanya akan berubah
apabila….
Babak 8
Arahan 1: Set di rumah. Kakak sedang melipat pakaian manakala ibu sedang menyapu. Ibu
tiba-tiba rebah

Arahan 2: Set di hospital. Kakak menjaga ibu di wad. Kakak kelihatan sangat sedih dan
kecewa.

Kakak: Ibu, kakak berhasrat untuk menolak tawaran pengajian sebab kakak nak jaga ibu.. Kakak
ada melihat iklan jawatan kosong di facebook dan tempatnya tidak jauh dari rumah..

Ibu: Maafkan ibu ya.. Kakak terpaksa berhenti belajar kerana ibu.. Kakak anak yang baik.. Ibu
sentiasa doakan kakak murah rezeki.. Abang apa khabar? Abang tak jenguk ibu ke?..

Kakak: *dengan nada sinis dan kecewa* Abang sibuk bekerja ibu.. Lagipun ada yang penting
sangat dia buat..

Arahan: Set di kedai makan. Abang dan Laila keluar makan tengahari. Laila kelihatan teruja
dan menatap mata abang.

Laila: Awak sihat? Saya nampak awak letih semacam saja. Kalau ada masalah, ceritalah pada
saya.

Abang: Saya sihat saja. Awak sihat? Awak nak makan apa harini? Saya..

Laila: *memotong percakapan Abang* Awak, saya tahu kita baru saja kenal. Saya tahu awak
seorang yang baik dan saya berasa selesa bersama awak. Saya ada sesuatu nak tanya..

*Laila berhenti seketika dan menatap wajah Abang*

Laila:..Jom kita tunang. Saya dah bersedia untuk bersama awak dalam hidup saya.

Abang: Hah?! Saya tak bermimpi kan? Awak tak salah sebut kan? *senyum dan teruja*

Laila: *menganggukkan kepala lalu tersenyum lebar*


Arahan: Set di kedai makan menjadi gelap. Set kembali ke hospital

Kakak: *datang membawa makanan untuk ibu* Ibu, masuk waktu makan ubat tapi ibu makan
dulu ya nasi ni.

Doktor: Selamat petang. Saya baru sahaja mendapat analisis kesihatan puan dari makmal. Ini
anak cik ke? Boleh kita keluar sebentar? Saya nak sampaikan sesuatu.

Kakak: Ada apa, Doktor? Ibu saya baik-baik saja kan?

Doktor: Sukar saya nak maklumkan bahawa, ibu cik harus berada di bawah pantauan pihak
hospital dan kami berharap agar cik dan keluarga dapat menerima kenyataan bahawa peluang
untuk sembuh adalah sangat tipis. Ini laporan kesihatan ibu cik bersama kos rawatan….

*kakak terkedu tidak berkata apa-apa. kakak mengesat air mata dan masuk ke wad*

Ibu: Doktor cakap apa dekat kakak?

Kakak: *memandang wajah ibu lalu memeluk ibu sambil menangis* Ibu…

Babak 9

Arahan: Set di tempat kerja abang. Abang duduk di meja sambil termenung. Lina masuk lalu
berbual dengan abang

Lina: Khaleef, kau okay tak ni? *sambil menepuk belakang Khaleef*

Khaleef: eh Lina. Aku okay cuma letih sikit sebab aku overtime beberapa hari ni

Lina: Khaleef, aku kenal kau lama dah. Kalau ada masalah atau perlu pertolongan, aku ada untuk
kau.

Khaleef: *diam sejenak sambil memandang Lina* Beberapa hari lepas, Laila ajak aku
bertunang…

Lina: Wah! Serious Khaleef? Habistu, kenapa kau lemau semacam ni. Semangat la sikit!
Khaleef: Ada beberapa perkara yang aku kena selesaikan dan aku belum berani nak beritahu
Laila. Setiap kali jumpa Laila, aku rasa tenang dan dia selalu gembira dengan aku. Tapi takpa,
aku akan cuba selesaikan masalah tu sebab aku risau Laila tunggu lama. *Khaleef terpaksa
senyum lebar*

Lina: Baiklah, Khaleef. Aku doakan semuanya berjalan dengan lancar. Ada apa-apa, maklum
dekat aku, okay? Aku gerak dulu.

Khaleef: Santai.. Terima Kasih, Lina.

Babak 10

Arahan: Set di luar hospital. Kakak terserempak dengan Lina yang sedang melawat saudaranya
di hospital. Lina menegur kakak yang sedang membeli kuih di gerai.

Lina: Afifah! Apa khabar? Macam mana dengan pertunangan Khaleef, dah set tarikh ke?

Afifah: *diam sejenak dan keliru* Baik, Kak Lina. Kak Lina datang melawat siapa?

Lina: Sepupu Kak Lina baru lepas bersalin semalam. Nak datang beri buah tangan ni. Bila tarikh
pertunangan Khaleef?

*Afifah terdiam mendengar pertanyaan Lina. Rasa kecewa dan sedih membuak-buak, Afifah
berpura-pura tahu akan hal tersebut*

Afifah: Belum set lagi, Kak Lina. Abang Khaleef sibuk beberapa hari ni. Bila Kak Lina dapat
tahu Abang Khaleef nak bertunang?

Lina: Oh, patutlah Khaleef nampak lemau semacam beberapa hari ni. Tiga hari lepas Kak Lina
borak dengan abang awak di pejabat. Tumpang gembira juga dengar berita dia nak bertunang.

*Afifah tersenyum sambil menganggukkan kepala*

Lina: Baiklah, Kak Lina gerak dulu. Kirim salam dekat mak ya?

*Set menjadi kelam, Afifah menitiskan air mata sambil menggenggam plastik kuih*
Babak 11

Arahan: Set di kedai makan. Afifah menerjah Khaleed dan Laila yang sedang makan tengahari.

(Haa tepuk - lagu)

Afifah: Wah! Sweeet-nya! Ibu terlantar di hospital, kau bermesra dekat sini? Dengar berita dah
nak bertunang! Sampai hati kau buat aku macam ni. Siang malam aku jaga ibu, tak ada masa
langsung nak bekerja. Kau? Kau bermesra kat sini!

Khaleef: *cuba untuk menenangkan Afifah* Kakak, dengar dulu penjelasan abang..

Afifah: Dahlah, Khaleef. Kau pentingkan diri kau saja! Kau nak bertunang? Silakan, aku tak
peduli tapi, tolong jangan buat ibu macam ni. Aku tak boleh terima situasi sekarang ni.

Laila: Awak adik Khaleef ke? *Laila cuba menenangkan Afifah*

Afifah: *memandang Laila dengan sinis* Aku penat! Aku tak larat nak layan perangai kau
dengan Khaleef!

Afifah beredar sambil menangis. Laila mengejar Afifah, untuk mendapatkan kepastian tentang
masalah yang mereka hadapi.

Laila: Awak! Awak adik Khaleef ke? Saya merayu, tunggu dulu! Saya Laila, teman wanita
Khaleef…

*Afifah berhenti lalu menoleh ke belakang*

Laila: Khaleef..Dia tak pernah beritahu saya apa-apa tentang keluarga. Kami baru kenal beberapa
bulan tapi saya percaya, orang seperti Khaleef yang saya cari selama ini. Seorang yang dapat
membimbing saya, menjaga saya, saya tahu, dia buat yang sama pada keluarga dia.

Afifah: Keluarga? Abang Khaleef tak macam dulu lagi. Ibu saya sakit, terlantar di hospital,
Khaleef jarang-jarang melawat. Saya, saya terpaksa menolak tawaran belajar untuk menjaga ibu
dan tiada sumber kewangan. Abang Khaleef tak pernah beritahu yang dia nak bertunang…
Laila: Maafkan saya sebab hadir ke dalam keluarga Afifah sebagai total stranger.. Abang
Khaleef sentiasa sibuk, saya tak pernah berpeluang nak ajak berjumpa keluarga, walaupun
keluarga saya…

*Laila memeluk Afifah dengan erat*

Laila: Saya faham… saya tidak terdesak sangat nak bertunang dengan Khaleef… lepasni awak
jangan risau, saya akan pastikan semua kekangan selesai dulu… saya kesian dengan Khaleef, dia
terpaksa bekerja lebih masa setiap hari… sejak kenal dengan Khaleef, saya sudah agak yang ada
benda dia belum ceritakan pada saya… awak berbincanglah dengan Khaleef, tanya isi hati dia.
Sekurang-kurangnya dia tidak memendam masalah itu sendiri…

Afifah: Sekarang saya hanya risaukan ibu saya… Kak Laila tak perlu minta maaf, saya sedar
keadaan sekarang ni susah kita hadapi… Terima kasih… Terima kasih sebab memahami keadaan
keluarga kami…

*Afifah dan Laila berpelukan, Laila menepuk belakang Afifah*

*set menjadi sedih, lagu “Midnight Melancholy” dimainkan*

Babak 12

Arahan: Set di hospital. Khaleef selesai membayar kos rawatan ibu. Khaleef menjenguk ibu dan
bertemu Afifah

*Khaleef berjalan menuju ke wad*

Afifah: Abang…

Khaleef: Macam mana dengan ibu? Ibu dah makan?

Afifah: Ibu okay, dah makan. Abang, abang okay tak?

*set menjadi sayu, Khaleef duduk sambil menundukkan kepala*


Afifah: *sambil menepuk bahu Khaleef* Maafkan adik, kebelakangan ni adik berasa letih dan
tak tentu arah… Adik faham, abang pun sama juga kan? Abang janganlah pendam perasaan tu
sendiri… Adik kan ada

Khaleef: Maafkan abang… abang tak nak ibu dan adik risau dan terbeban. Semuanya abang cuba
selesaikan sendiri sehingga satu tahap abang dah tak mampu… tapi abang kena bertahan.
Maafkan abang, adik terpaksa menolak tawaran belajar, abang terlalu mementingkan diri
sendiri… Tadi, abang dah selesaikan kos rawatan ibu, Laila ada hulurkan sejumlah juga untuk
bantu kita…

*Laila menuju ke set sambil membawa sebakul buah-buahan*

Laila: Hai, mak cik… Saya Laila, teman wanita Khaleef.

Ibu: *sambil terkejut* Kenapa abang tak pernah cerita kat ibu?... Laila,.. Cantik nama tu…

Laila: Terima kasih, mak cik…

*Laila berjalan menuju Khaleef dan Afifah*

Laila: Lepasni, Afifah jangan risau, Kak Laila akan tolong mana yang mampu…

Khaleef: Betul tu… Kami dah berbincang, nak membantu Afifah sambung belajar… masa depan
Afifah lagi penting, nanti dah berjaya, keluarga kita juga senang, kan?

Afifah: Terima kasih abang, Kak Laila *sambil memeluk Kak Lina* Macam mana dengan ibu?
Siapa yang jaga ibu kat sini?

Kak Laila: Abang Khaleef dan Kak Lina kan ada… Afifah jangan risau, kita akan pastikan ibu
awak sihat macam dulu…
Babak 13 (suara latar)

Arahan: Set di depan university (UNIMAS). Afifah memegang kertas penndaftaran. Afifah
mendongak ke atas.

Afifah: Yes! Perjalanan yang baru untuk aku… bukan senang nak belajar medic ni. Ibu, abang,
tunggu Afifah tau. Nanti dah jadi doktor, Afifah akan pastikan kita sentiasa sihat… Ayah, Afifah
sentiasa ingat dekat ayah… Afifah doakan ayah tenang di atas sana ya…

Arahan: Set di hospital. Khaleef menjaga ibu, menatap wajah ibu lalu mendongak ke atas

Khaleef: Ibu.. Khaleef janji, Khaleef akan jaga keluarga kita… Khaleef akan pastikan ibu sihat,
nanti dapat tengok Khaleef kahwin hehehe … Ayah, Khaleef cuba yang terbaik untuk jadi seperti
ayah… Afifah dah sambung belajar, abang dengan Laila akan bantu dia… Kami sentiasa
merindui ayah…

Bahagian: Penutup

Babak 14

Arahan: Set Rumah. Ibu sedang duduk di ruang tamu sambil melipat pakaian.

Abang: Assalamualaikum, Ibu. Abang datang ni.


Ibu: Waalaikumsalam, abang. Ibu ada ni kat ruang tamu ni tengah lipat baju.
Abang: Ibu, cuba teka abang bawa siapa? *sambil tersenyum malu
Ibu: alaa, ibu malas la nak teka.
Abang: Haa ye lah, tak sporting la ibu ni (merajuk sekejap). Tapi, takpe. Sebenarnya, abang nak
bagitahu ibu dan kakak berita gembira.

*kakak balik daripada kerja*

Kakak: Wah, abang! Bila sampai?


Abang: Baru je, kak. Kakak, marilah sini duduk sebelah ibu sebab abang nak buat kejutan untuk
korang berdua.
Kakak: Hah apa tu? Nak bagi kakak kereta baru ke?
Abang: Eh merepek la kau ni.

*abang memberikan isyarat tangan kepada Laila untuk masuk ke rumah*

Abang: Ibu dan kakak, surprise! (sambil tersenyum gembira. Sebenarnya, abang nak bagitahu
yang kami dah buat keputusan untuk bernikah hujung tahun ni, boleh kan, ibu? (sambil
menjeling manja kepada Laila)

Ibu: Boleh, apa salahnya kan? Benda baik janganlah dilengah-lengahkan. Nak buat esok pun ibu
setuju. Sekurang-kurangnya ibu ada teman kalau kayak pergi kerja kan? (dengan nada bergurau)

Kakak: Kalau begitu, boleh la kakak menyanyi lagu ni kan.


Lirik:
Kompang dipalu..
Pengantin baru
Duduk bersanding..
Tersipu malu
Kompang dipalu..
Pengantin malu
Moga bahagia
Ke anak cucu

*abang dan Laila tersenyum malu dek usikan si kakak*

Abang: ishh kakak ni! Janganlah buat abang malu depan kakak Laila kau ni!
Ibu: Korang ni ada-ada sajalah.

*Laila tidak mampu berkata apa-apa kerana terlalu malu dek usikan si kakak*
SUARA LATAR: Sejak abang sudah tidak berahsia kepada Laila mengenai keluarganya,
kehidupan mereka sangat bahagia. Benarlah kata orang, kalau boleh jujur, kenapa perlu
berbohong? Dia sama seperti, kalau boleh berpunya, kenapa pilih untuk sendiri?

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai