Anda di halaman 1dari 6

TAJUK: JADILAH MENURUT KEHENDAKMU..

Babak 1
Muzik instrumental dimainkan.
Pencerita: Dalam kesenangan, mudah sekali melupakan Tuhan. Dalam kesusahan, susah sekali
melupakan Tuhan. Yang penting, bukan berapa lama kita hidup tetapi yang penting adalah
seberapa bergunanya kita bagi sesama selama kita hidup di dunia ini. Terkadang masalah kita terlihat
seperti raksasa dan kita harus mengangkat kepala kita untuk melihat raksasa tersebut. namun, perlu
diingat, Tuhan melihat masalah tersebut dengan menundukkan kepalaNya kerana masalah kita terlalu
kecil buat Dia. (time part ini ada lakonan sikit2)

(Cadangan lakonan: semasa muzik dimainkan Watak manusia pelbagai masalah dan sukacita
masuk. Ditengah-tengah itu, masuk seorang kanak-kanak perempuan memegang kertas putih dan
sebatang pen, berjalan di hadapan. Dia duduk dan menutup matanya. ~ pencerita membacakan
kata-kata prolog/pembuka.. (habis ayat ketiga - watak manusia keluar pentas) Kanak-kanak
membuka mata pada perkataan terkadang masalah kita terlihat seperti, seterusnya mendongak ke
atas pada perkataan mengangkat kepala kita dan pada perkataan namun, perlu diingat mulai
berada dalam posisi berdoa. Apabila pencerita tamat berkata, kanak-kanak akan senyum gembira,
berdiri dan meninggalkan kertas tersebut pada kerusi lalu ke belakang pentas. Pada kertas itu tertulis
Surat kepada Bapa: Jadilah menurut kehendakMu.. ~)


Babak 2
Muzik 2
2 orang sahabat, Emmy dan Rina masuk pentas. Mereka sudah lama tidak bertemu. Emmy membantu
perniagaan keluarganya di luar negara. sedangkan, Rina tidak mempunyai apa-apa untuk
dibanggakan apatah lagi kekayaan harta seperti yang ada pada Emmy. Rina mendekati Emmy
dengan penuh gembira.
Emmy: Jangan dekat saya! Tengok baju kau. Sudahlah selekeh. Kalau mau kasi banding sama saya,
macam saja tu langit sama bumi bah. (nada sombong).
Rina: (Terkejut). Hah?? Kenapa kau berubah sudah ni Emmy.
Emmy: Berubah?? Berubah apa? Sama juga pun..ada mata..ada hidung..ada telinga...
Rina: Dulu sikap kau tidak macam ni. Dulu kita kawan baik. Saya mau jumpa kawan pun tidak
bolehkah? (nada sedih)
Emmy: Hurm!! Kawan konon! Minta kasihan la la tu. Dulu saya bawa kau pigi luar negara, kau tidak
mau ikut. Kalau kau ikut saya dulu, mesti hidup kau tidak miskin macam ni.
Rina: Ta..ta..pi..
Emmy: Ah..sudah..! Sudahlah hp pun buruk. Tinggal mau hancur saja lagi tu. Zaman moden sekarang
ni, mana ada orang pakai hp mcm tu. Tengok mcm saya, pakai i-phone bah! Sekarang, saya sudah
kaya dan sangat kaya! Hahaha!! Setakat kawan macam kau, tiadalah. Kau yang miskin macam ni
tidak layak jadi kawan saya! Bikin malu saya saja!
Emmy berlalu pergi dengan penuh keegoan dan meninggalkan Rina yang menangis seorang diri dia
atas pentas. Rina mencuba menahan rasa sakit atas hinaan sahabatnya itu sebentar tadi.
Rina: (sambil menangis) Saya cuma ingin bertanya khabar kepada kau Emmy. Saya bergegas ingin
berjumpa kau selepas mendengar berita tentang kepulangan kau. Saya sedar yang saya ini cuma
seorang anak yatim piatu yang miskin. Tapi saya tidak malu dengan diri saya yang miskin. Malah, saya
bersyukur kepada Tuhan dengan diri saya seadanya. Tidak kira apa sekalipun, kau tetap sahabat
kesayangan saya untuk selamanya.
Rina keluar pentas.
Babak 3
Malaikat bersama-sama dengan Nini masuk pentas & Menyanyi lagu Happy Ya Ya.
Happy ya ya ya
Happy ye ye ye
Aku senang jadi anak Tuhan
Siang jadi kenangan
Malam jadi impian
Cintaku semakin mendalam
Rina masuk pentas.
Malaikat2 keluar pentas.
Nini: Kakak Rina! (gembira)
Rina: Wahh... Adik nampak gembira la.
Nini: Mestilah.
Rina: Adik sudah makan? (sambil tersenyum)
Nini: Belum. Saya mau tunggu kakak. Saya mau makan dengan kakak.
Tiba-tiba Nini jatuh pengsan.
Rina: Nini..nini... (panik)
Rina & Nini keluar pentas.
Babak 4
Watak Rina, Nini & Doktor masuk pentas.
Rina membawa Nini ke hospital. Doktor memberitahu Rina bahawa penyakit Nini menyerang Nini lagi.
(Muzik) Sel kanser telah menyerang hingga ke bahagian otak. Rina tidak mempunyai wang yang
cukup untuk membiayai pembedahan untuk Nini. Harapan untuk sembuh semakin nipis. Setiap kali
mendapat pemeriksaan, Nini muntah-muntah, sakit sendi dan rambutnya mula gugur.
(Muzik)
Nini: Kak..saya sayang kakak. (sambil memeluk Rina)
Rina: Kakak pun sayang adik juga. Jangan risau dik. Tuhan pasti ada rencana yang indah buat adik.
Nini hanya mampu mengangguk-anggukkan kepalanya sahaja sambil tersenyum.
Rina: Esok adik boleh pulang sudah.
Nini: Wahh.. betul kak? (gembira)
Rina: Iya dik... (sambil angguk2 kepala)
Watak Rina dan Nini keluar pentas.
Muzik
Watak Nini masuk pentas dan diikuti oleh watak rakan-rakan Nini. Rakan-rakan Nini yang terserempak
dengan Nini mentertawakan keadaan kepala Nini yang botak. Nini berasa sangat sedih.
Rakan2 nini meninggalkan nini yang menangis seorang diri di atas pentas.
Watak Rina masuk pentas.
Rina: Kenapa dik?
Nini: Saya malu kak. Kepala saya botak. Semua kawan ketawakan saya. (sambil menangis)
Rina: Tapi kakak tidak malu ada adik macam Nini. Nini tetap adik kakak.
Nini: (sambil mengelap air mata) mm...kak.. minggu depan birthday saya yang kelapan.
Rina: Kakak ingat dik. Adik mau hadiah apa?
Nini: Saya cuma ingin kakak ada di sisi saya. Saya tidak mau apa-apa.
Rina: (sedih).. Adik suka Teddy Bear kan?
Nini: eee....suka sangat..
Rina: Adik maukan kalau kakak bagi hadiah Teddy Bear?
Nini: Mau kak!! (gembira)
(Pencerita: Nini kelihatan sangat gembira. Sedangkan tidak bagi Rina. Rina merasakan bahawa dia
belum bersedia untuk kehilangan adik kesayangannya itu.)
Watak Rina & Nini keluar pentas.

Babak 5
Latar: Gereja, ada altar
Muzik Instrumental Lingkupiku dimainkan.
Rina & Nini masuk ke atas pentas. Nini membawa patung yang dihadiahkan oleh Rina semasa menuju
altar. Rina memapah Nini bergerak menuju altar perlahan2 untuk berdoa. Rina & Nini berlutut dan
menutup mata untuk berdoa.
Nini: Tuhan..aku lapar.. sangat lapar..
Tapi aku tidak ingin meminta makanan..
Aku hanya minta..berkati mereka yang kelaparan sepertiku..
Aku sakit..sangat sakit..
Tapi aku tidak meminta kesembuhan..
Aku hanya minta sembuhkan mereka yang sakit sepertiku..
Aku hidup sebatang kara..
Tapi aku tidak meminta penghiburan..
Aku hanya minta hiburkan mereka yang kesepian..
Bajuku penuh tampalan..
Tapi aku tidak meminta baju baru..
Aku hanya minta berkati mereka yang berkekurangan..
Aku tidak ingin mukjizatMu..
Meskipun aku tau, Engkau sanggup melakukannya..
Aku hanya minta tunjukkan mukjizatMu kepada mereka yang tidak mempercayaiMu..
Jika aku meninggal..
Aku tidak ingin ada yang menangis..
Tapi aku ingin mereka tersenyum..
Tersenyum kerana aku bertahan hingga akhirnya..
Malam ini aku tidak minta apa-apa untuk diriku..
Jadilah menurut kehendakMu di bumi seperti di Syurga..
Kerana aku tahu..
bersamaMu..semuanya akan Engkau berikan..
Amin.
Sejurus selepas berdoa, Nini jatuh lembut ke atas pangkuan Emmy. Perlahan-lahan matanya tertutup
rapat. Air mata Rina jatuh berderai tak tertahankan.
Rina: Nini..nini.. bangunlah dik.. dik...(sambil menangis)

Kemudian, diikuti oleh watak malaikat2 muncul perlahan-lahan sambil membawa lilin.
Pencerita: Ramai orang berkata, mengapa kalau saya ikut Tuhan, hidup saya penuh derita..
Dari situ, kita boleh belajar tentang ketulusan hati dalam mengasihi Tuhan Yesus.
Bolehkah kita mencintai Yesus tanpa mengharapkan apa2 dariNya?
Walaupun Dia tidak menyembuhkan kita?
Walaupun pada waktu kita merasakan bahawa Dia tidak menolong kita?
Namun..
Percayalah..
Tuhan Yesus sentiasa mengasihi kita kerana Tuhan Yesus adalah KASIH.
Lagu With All I Am dinyanyikan oleh malaikat2...
Lirik:

Solo 1:
Into Your hands
I commit again
With all I am, for You, Lord
You hold my world
In the palm of Your hand
And I am Yours forever
All:
Jesus I believe in You
Jesus I belong to You
Youre the reason that I live
The reason that I sing 2x
With all I am



Solo 2:
Ill walk with You
Wherever You go
Through tears and joy
Ill trust in You
And I will live
In all of Your ways
And Your promises, forever
I will worship You
I will worship You
(Sambil lagu ini dinyanyikan, watak Emmy dan rakan2 Nini masuk pentas. Mereka memeluk Rina dan
tubuh Nini yang terbujur kaku di atas pangkuan Rina)
Emmy: Maafkan saya Rina.. (sambil menangis dan memeluk Rina)
Rakan2 Nini: Maafkan kami nini..(sambil menangis)
Watak Emmy, Rina, rakan2 Nini keluar pentas. Watak Nini dibangunkan oleh watak Yesus dan berjalan
perlahan2 di atas pentas.
Habis..;)


Time part ni..watak Yesus masuk
perlahan-lahan atas pentas..

Anda mungkin juga menyukai