Anda di halaman 1dari 6

DRAMA : HADIAH

ARIPIN SAID

Sinopsis
Drama "Hadiah" karya Aripin Said mengisahkan kehidupan
keluarga anak perempuan Pak Mail, iaitu Fauziah yang kematian suami,
Sarjan Akhbar yang terkorban di medan perjuangan di sempadan. Anak
Fauziah, Hayati (15 tahun) sedang menuntut di salah sebuah sekolah
berasrama penuh di Melaka. Atas masalah bayaran asrama sekolah
(masih tertunggak bayaran sebanyak RM40.00), Hayati menulis
sepucuk surat kepada keluarga untuk pulang ke kampung (rumah).
Yang jelas, pencen bulanan arwah bapanya yang sedikit tidak dapat
menyara keluarga. Oleh itu, Pak Mail (datuk Hayati) sedang berikhtiar
untuk menangani masalah persekolahan Hayati dengan bantuan Datuk
Penghulu.
Kehadiran Encik Musa, pegawai tentera daripada Kementerian
Pertahanan Malaysia di Kuala Lumpur dapat meringankan beban
keluarga Fauziah dan dua orang anaknya, iaitu Hayati dan Farid. Encik
Musa telah menyampaikan sekeping cek yang bernilai sepuluh ribu
ringgit kepada Puan Fauziah. Penghargaan kerajaan amat besar ertinya
dan benar-benar dapat meringankan beban keluarga. Sebelum pulang,
Encik Musa berharap agar Hayati dapat belajar rajin-rajin. Esok, Pak
Mail akan menghantar cucunya (Hayati) ke sekolah berasrama semula.

1
SMK DATO PERMAISURI MIRI

SKRIP DRAMA KOMSAS

WATAK

FAUZIAH - Ibu yang berwajah sedih. Berusia 38 tahun

PAK MAIL - Datuk yang sudah tua tetapi masih kuat dan tabah

HAYATI - Gadis yang berusia 15 tahun

DATUK PENGHULU - Penghulu yang mengambil berat akan hal anak buahnya

ENCIK MUSA - Pegawai tentera yang berbadan tegap dan memakai uniform

ABU - Pemuda kampung yang suka menolong

MASA : Pagi hingga tengah hari.

SUASANA : Ruang tamu dengan perabot yang ala kadar. Di satu


sudut terletak sebuah buain anak kecil. Pada dinding
tergantung sekeping gambar seorang tentera yang
kacak berpakaian seragam.

ARAHAN : (FAUZIAH sedang menghayun buaian untuk menidurkan


anaknya. Seketika kemudian, dia bangun lalu menuju ke
meja. Dia mengambil satu sampul surat lalu
mengeluarkan isinya dan membaca surat tersebut)

BABAK 1 : PERANG, AKHBAR (SUAMI FAUZIAH, AYAH HAYATI) TELAH


TERKORBAN DALAM PEPERANGAN TERSEBUT

BABAK 2 : SUARA HAYATI

2
Hayati Akhbar,
Sekolah Menengah Seri Setia,
Melaka

Ke pangkuan bonda, nenda serta adinda yang dikasihi, semoga semuanya sihat dan sejahtera.

Bonda,
Dimaklumkan bahawa anakanda di sini berada dalam keadaan sihat. Janganlah bonda berasa
risau akan anakanda. Anakanda sentiasa ingat akan pesanan bonda dan nenda dahulu.
Walaupun pada masa ini anakanda berada jauh di rantay, namun anakanda dapat merasakan
suasana sedih yang menyelubungi keluarga kita semenjak pemergian ayahanda yang dikasihi.
Bondaku, hidup ini tidak selalunya indah. Sebagaimana yang bonda maklum, dengan
menjelangnya bulan Jun ini telah tiga bulan ayahanda meninggalkan kita. Selain rasa sedih yang
mendalam yang menyelubungi keluarga kita, pemergian ayahanda telah menggugat persekolahan
anakanda juga.
Dua bulan belakangan ini, bayaran asrama anakanda tidak beres sepenuhnya. Anakanda masih
berhutang dengan pihak sekolah sebanyak empat puluh ringgit. Oleh itu, anakanda telah membuat
keputusan untuk pulang ke kampung buat sementara waktu. Sekiranya anakanda terus berada di
asrama, tentulah masalah kita akan bertambah.
Apabila anakanda pulang nanti, anakanda akan menatap potret ayahanda yang tentunya masih
tergantung pada dinding ruang tamu rumah kita itu. Anakanda selalu beringat akan arwah ayahanda.
Sekianlah dahulu untuk kali ini. Sembah salam daripada anakanda untuk bonda, nenda dan
adinda yang dikasihi.

Yang benar,
hAyati

BABAK 3 : DI RUMAH

ARAHAN : (FAUZIAH menangis teresak-esak. Sekali-sekala kelihatan bahunya


bergoncang. Dia melipat surat tersebut serta mengesat air mata
dengan lengan bajunya. Surat itu dipegangnya. Dia kembali ke buaian
lalu menghayun buaian. Dia terus menangis)
PAK MAIL : (Berjalan keluar dari dalam) Kamu baca surat Hayati itu lagi, Fauziah?
Sudahlah. Biarkan dia balik ke sini dahulu. Kemudian, kita sama-sama
ikhtiar supaya dia dapat berlajar terus. Pagi tadi aku berjumpa dengan
Datuk penghulu. Aku telah menceritakan masalah kita kepadanya.
(Menuju ke meja sambil mencari-cari paipnya). Oh, ya! Menurut surat
itu bila Hayati nak balik? (Duduk di salah sebuah kerusi)
FAUZIAH : (Memandang ayahnya) Kalau mengikut suratnya hari ini, ayah. Dia
mungkin akan sampai petang ini.
PAK MAIL : Kalau tak ada apa-apa hal nanti aku akan menunggunya di Kedai Kopi
Ngah Deraman. Tempat bas selalu berhenti itu.
HAYATI : (Dari bawah) Mak, oh mak! Mak, Yati dah balik. (HAYATI naik ke

3
rumah)
PAK MAIL : Aku dengan mak kamu baru saja bercakap pasal kamu.
HAYATI : (Bersalaman dengan ibu dan datuknya) Aoa khabar mak? Apa khabar,
tuk? Ada mak terima surat Yati?
FAUZIAH : Ada Yati. Sudahkah kamu memberitahu guru asrama bahawa kamu
hendak balik hari ini?
HAYATI : Sudah mak. Yati sudah memberitahunya dan Yati telah menceritakan
segala-galanya.
PAK MAIL : Eloklah begitu, Yati. Kamu mesti memberitahu guru asrama, kalau tidak
susah pula orang di sana. Tentang hal persekolahan, janganlah kamu
bimbang. Datuk akan ikhtiarkan.
HAYATI : Adakah peluang Yati untuk meneruskan pelajaran di sekolah itu, tuk?
PAK MAIL : Tuk akan ikhtiarkan Yati. Pagi tadi tuk sudah berjumpa dengan Datuk
Penghulu. Tuk terangkan masalah kita.
HAYATI : Di sekolah pun Yati sudah memberitahu Guru Besar, tuk. Beliau telah
berjanji untuk menolong Yati.
PAK MAIL : Baguslah, Yati. Moga-moga Tuhan akan menolong kita.
FAUZIAH : Pergilah masuk Yati. Tukar pakaian itu. Kalau engkau lapar, nasi ada di
dapur.
HAYATI : Mak dan datuk sudah makan?
FAUZIAH : Datuk kamu sudah makan tadi. Kalau kamu nak makan, makanlah dulu.
Mak akan makan kemudian.
ARAHAN : (HAYATI masuk membawa begnya ke dalam)

PAK MAIL : Ayah nak masuk ke dalam dulu, nak solat.

FAUZIAH : (Hanya menoleh dan menggangguk. Fauziah menhayun buaian sambil


matanya memandang ke hadapan dan berdoa) Ya Allah, besar sungguh
dugaanMu Ya Allah. Berilah ketabahan kepada hambaMu ini Ya Allah.
(Baring lalu tertidur)
BABAK 4 : Fauziah bermimpi suaminya Akhbar datang dengan berpakaian serba
putih. Hanya menghulurkan tangan. Fauziah cuba menggapai tangan
suaminya tapi tak kesampaian
FAUZIAH : (Menjerit) ABANG! JANGAN...JANGAN PERGI
PAK MAIL : (Terkocoh-kocoh keluar) Fauziah..Fauziah.
HAYATI : Ayah..Akhbar mana..dah balik ke?
PAK MAIL : Fauziah.. bawa mengucap nak.
FAUZIAH : (Tersentak) Astafirullahhalazim...ayah, (menangis), saya bermimpi
abang Akhbar balik tadi ayah. Rindu sangat-sangat. Ya Allah, tak
tertanggung perasaan ini. Besar sungguh dugaan kami anak beranak
ayah, pemergian abang Akhbar di saat kami amat memerlukannya ayah.
PAK MAIL : Beginilah hidup kita di dunia, Fauziah. Segala-galanya dalam kuasa
Tuhan. Ada isteri yang kehilangan suami. Ada anak yang kehilangan
bapa. Kita menganggap bahawa kitalah orang yang paling malang di

4
dunia tetapi yang sebenarnya ada orang yang lebih malang daripada
kita.
FAUZIAH : (Sedih) Entahlah, ayah. Saya... saya tidak tahu apa nak buat lagi.
PAK MAIL : Kematian Akhbar menyebabkan engkau kehilangan suami. Aku
kehilangan menantu. Hayati dan Farid pula kehilangan bapa. Akhbar
tidak sempat melihat anaknya yang bongsu, Farid tetapi kita harus
berbangga kerana kematiannya itu sebagai seorang pahlawan. Sekarang,
kita haruslah berani mewarisi kehidupan yang ditinggalkannya.
ABU : Tuk Mail! Tuk Mail!
PAK MAIL : Engkau Abu.. apahal ini. Terkejut pula Tuk..ish..ish nasib tuk ni tak da
sakit jantung..kus semengat
ABU : He he he..maaf tuk. Saya datang ni saja nak bagi tau tuk.. tadi ada orang
tentera.. tuk..orang tentera.. datang cari tuk.
PAK MAIL : Orang tentera apanya Abu.. ish ish budak ni.
ABU : Betul tuk.. dia bercakap dengan Tuk Penghulu tuk
DATUK : Assalamualaikum. (Dari bawah).
PENGHULU
ABU : Tuk Mail..saya balik dulu.
PAK MAIL : (Mengangguk) Yalah..
FAUZIAH : Ayah, ada orang datang.
PAK MAIL : (Bangun menuju ke pintu) Waalaikumussalam. Oh, Tuk Penghulu! Sila
naik, Tuk!
ARAHAN : (DATUK PENGHULU dan ENCIK MUSA masuk ke dalam rumah.)
DATUK : Pak Mail, saya perkenalkan, ini Encik Musa, pegawai tentera dari
PENGHULU
Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur.
PAK MAIL : Apa khabar, Encik Musa? Sila duduk.
ENCIK MUSA : Khabar baik. Terima kasih.
ARAHAN : (Setelah mereka duduk, FAUZIAH masuk ke dalam.)
DATUK : Begini, Pak Mail. Encik Musa datang ke sini kerana ada tugas.
PENGHULU
PAK MAIL : Oh, begitu! Apa halnya, Encik Musa?
ENCIK MUSA : Begini, Pak Mail. Saya datang ini untuk menyampaikan penghargaan
negara kepada keluarga Pak Mail kepada keluarga Pak Mail kerana
kematian Sarjan Akhbar semasa bertempur di sempadan dahulu. Kami
bersimpati benar dengan keluarga Pak Mail, terutamanya kepada Puan
Fauziah dan dua orang anaknya.
PAK MAIL : Terima kasihlah, Encik Musa. Kami memanglah sedang menghadapi
masalah sekarang ini, terutamanya dalam hal persekolahan Hayati. Hari
ini dia pulang dari asrama.
ENCIK MUSA : Mengapa begitu, Pak Mail?
PAK MAIL : Masalah belanja, Encik Musa. Nampaknya, saya terpaksa mencari satu
punca tetap untuk membantu persekolahannya. Saya sudah pun
memberitahu Tuk Penghulu akan hal ini.
DATUK : Betul, Encik Musa. Saya akan berikhtiar untuk mengatasi masalah yang
PENGHULU
dihadapi oleh Pak Mail sekarang. Pak Mail tentu tidak dapat

5
mengharapkan pencen bulanannya yang sedikit itu untuk menyara
keluarga.
PAK MAIL : Betul, Tuk.
ENCIK MUSA : Begini, Pak Mail. Kedatangan saya ini juga untuk menyampaikan
sekeping cek yang bernilai sepuluh ribu ringgit untuk Puan Fauziah. Di
manakah Puan Fauziah sekarang, Pak Mail?
PAK MAIL : Dia di dalam agaknya. (Memanggil) Fauziah!
FAUZIAH : (Dari dalam) Ya, ayah.
PAK MAIL : Keluar sekejap.
FAUZIAH : Baik, ayah. (FAUZIAH keluar.)
ENCIK MUSA : Begini, Puan Fauziah. Kami datang untuk menyampaikan sekeping cek
bantuan untuk keluarga puan. (Bangun untuk menyampaikan cek itu).
Jadi terimalah cek ini. (Mengunjukkan sekeping cek).
FAUZIAH : (Sambil menerima) Terima kasih, encik. (Mengesat air matanya).
ENCIK MUSA : Nampaknya tugas kami dah selesai. Kami minta diri dulu, Pak Mail.
PAK MAIL : Terima kasih, Encik Musa, Tuk. Bantuan ini amat besar ertinya kepada
kami sekeluarga.
ENCIK MUSA : Saya harap wang itu dapat membantu persekolahan anak-anak
Allahyarham. Allahyarham telah berjasa kepada negara, jadi
sewajarnyalah keluarga beliau mendapat penghargaan.
DATUK : Kami balik dululah, Pak Mail.
PENGHULU
PAK MAIL : Baiklah, Tuk. Terima kasih banyak-banyak.
ARAHAN : (HAYATI keluar dari dalam.)
PAK MAIL : Ha, itu pun Yati! Yati, esok datuk akan hantar ke asrama semula. Yati
mesti belajar rajin-rajin.
HAYATI : Yati boleh belajar semula, tuk?
ENCIK MUSA : Betul, Yati. Kamu mesti rajin-rajin belajar (Kepada PAK MAIL). Kami
minta diri dulu, Pak Mail.
PAK MAIL : Terima kasih, Encik Musa. Terima kasih, Tuk. (Bersalaman sekali lagi
dan PAK MAIL menghantar ENCIK MUSA serta DATUK PENGHULU
ke pintu).

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai