Anda di halaman 1dari 7

Tema novel cempaka putih untukmu Novel ini bertemakan keakraban dan keikhlasan persahabatan antara dua orang

remaja walaupun berbeza latar belakang dan keturunan. Hartini dan Satiah bersahabat baik dan persahabatan mereka kekal hingga ke akhir hayat. Persoalan Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini, antaranya; i. Kasih sayang antara keluarga. Contoh: Keluarga Encik Hasrul dan Puan Sarah begitu menyayangi keluarga Pak Morit dan Mak Sukin sehingga mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk kebaikan anak mereka iaitu Hartini dan anak angkatnya Satiah. Encik Hasrul telah membawa Satiah ke hospital manakala Puan Sarah mempelawa Mak Sukin tidur di rumahnya. ii. Ketabahan menghadapi dugaan hidup. Contoh: Satiah yang menghidap penyakit barah paru-paru tabah menghadapi penyakitnya dan tetap meneruskan persekolahannya di Sekolah Menengah Tanjung Bestari. iii. Kebijaksanaan mengatasi masalah. Contoh: Encik Hasrul berjaya membuktikan anaknya tidak bersalah dengan meminta kerjasama pengetua dan beberapa pegawai polis Cawangan Narkotik supaya mengadakan pemeriksaan mengejut di seluruh bilik asrama. iv. Percaya kepada perkara karut. Contoh : Pak Morit percaya bahawa penyakit Satiah berpunca daripada terlangkah benda kotor dan dia perlu dihantar ke suatu tempat untuk membuang benda yang ada pada tubuhnya. v. Sanggup berkorban menghadapi kehidupan baharu Contoh: Keluarga Encik Hasrul dan Puan Sarah menerima dengan hati yang terbuka untuk berpindah ke perkampungan orang asli dengan meninggalkan kehidupan yang selesa di bandar.

Soalan

i. ii.

Tuliskan tema novel ini. Senaraikan 3 persoalan yang terdapat di dalam novel ini?

Jawapan i. Novel ini membawa tema keakraban dan keikhlasan persahabatan antara dua orang remaja, iaitu Hartini dan Satiah yang bersahabat baik walaupun berbeza latar belakang dan keturunan. Persahabatan mereka kekal hingga ke akhir hayat. ii. Tiga persoalan yang terdapat dalam novel ini ialah kasih sayang antara keluarga. Contoh: Keluarga Encik Hasrul dan Puan Sarah begitu menyayangi keluarga Pak Morit dan Mak Sukin sehingga mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk kebaikan anak mereka iaitu Hartini dan Satiah. Encik Hasrul telah membawa Satiah ke hospital manakala Puan Sarah mempelawa Mak Sukin tidur di rumahnya. Persoalan kedua ketabahan menghadapi dugaan hidup. Contoh: Satiah yang menghidap penyakit barah paru-paru tabah menghadapinya dan tetap meneruskan persekolahannya di Sekolah Menengah Tanjung Bestari. Ketiga persoalan kebijaksanaan mengatasi masalah. Contoh: Encik Hasrul berjaya membuktikan anaknya tidak bersalah dengan meminta kerjasama pengetua dan beberapa pegawai polis Cawangan Narkotik supaya mengadakan pemeriksaan mengejut di seluruh bilik asrama.

Plot Secara keseluruhannya plot novel Cempaka Putih digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu: i. Permulaan Cerita bermula dengan sebuah keluarga iaitu Encik Hasrul yang bertugas sebagai pegawai kerajaan melalui Jabatan Pertanian telah ditawarkan berkhidmat di sebuah perkampungan orang Asli. Ahli keluarga terpaksa mengikut Encik Hasrul berpindah ke tempat tersebut sebagai menghormati beliau sebagai ketua keluarga. ii. Perkembangan Keluarga Encik Hasrul mengambil Satiah yang merupakan kawan karib Hartini sebagai anak angkat. Hubungan antara keluarga Encik Hasrul dan Pak Morit semakin erat. Hartini menjalani kehidupan seperti biasa namun Satiah terpaksa bertarung dengan penyakit yang dihidapinya. iii. Klimaks Penyakit Satiah semakin serius walaupun Pak Morit telah menghantar anaknya berubat dengan seorang dukun di Kampung Langsat. Satiah pengsan pada hari keputusan PMR diumumkan. Darah keluar membuak-buak dari mulutnya sehingga Pak Morit akhirnya bersetuju menghantar Satiah ke hospital untuk mendapat rawatan. iv. Peleraian Setelah bertahun-tahun menanggung penderitaan, akhirnya Satiah menemui ajal. Dalam catatan hariannya, Satiah telah meminta Hartini supaya menanam pohon cempaka putih di pusaranya. Permintaan tersebut telah ditunaikan oleh Hartini sebelum dia kembali ke asrama.

Watak Utama Hartini i. Anak ketiga kepada Encik Hasrul dan Puan Sarah.

ii. Merupakan pelajar Tingkatan Tiga Teratai di Sekolah Menengah Kuala Batu. Melanjutkan pelajaran tingkatan empat di Sekolah Menengah Gemilang Wawasan, Raub. iii. Mempunyai kakak (Along), abang (Angah) dan adik bernama Amin.

iv. Seorang yang berani. Contoh: Hartini berani memujuk Pak Morit supaya bersetuju agar Satiah dirawat di hospital. v. Seorang yang tabah. Contoh: Hartini menerima kehilangan rakan karibnya dengan tabah. Dia berjanji tidak akan menangis lagi. vi. Seorang yang penyayang. Contoh: Hartini sangat menyayangi rakannya Satiah. Buktinya sewaktu Satiah meninggal dunia Hartini pengsan dan tidak sedarkan diri. Agak sukar bagi Hartini menerima hakikat bahawa rakan karibnya itu telah meninggal dunia. vii. Seorang pelajar yang bijak. Contoh: Hartini merupakan seorang pelajar yang bijak. Dia telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR iaitu 7A 1B. Watak Sampingan Satiah i. Anak sulung kepada Pak Morit dan Mak Sukin ii. iii. iv. Mempunyai adik iaitu Akob dan Amat. Rakan karib Hartini Menghidap penyakit barah paru-paru.

v. Seorang yang pendiam. Contoh: Tidak banyak bercakap di dalam kelas dan jarang ke rumah kawan-kawan . vi. Seorang yang tabah. Contoh: Satiah tabah menanggung kesakitan akibat penyakit barah paruparu. vii. Seorang yang bijak. Contoh: Satiah merupakan pelajar cemerlang dalam peperiksaan PMR. Beliau memperoleh keputusan 8A. Dia juga mahir dalam penulisan. Menyambung pelajaran tingkatan empat di Sekolah Menengah Tanjung Bestari, Kuantan. Encik Hasrul i. ii. iii. Suami kepada Sarah . Mempunyai empat orang anak iaitu Along, Angah, Hartini dan Amin. Merupakan seorang kakitangan kerajaan di Jabatan Pertanian.

iv. Seorang yang bertanggungjawab. Contoh: Sebelum berpindah ke tempat baharu beliau memastikan segala urusan persekolahan anak-anak dan keperluan tempat tinggal diselesaikan terlebih dahulu. v. Seorang yang baik hati. Contoh: Encik Hasrul telah menghantar Satiah ke hospital untuk mendapatkan rawatan. vi. Seorang yang menepati janji. Contoh: Encik Hasrul mengotakan janjinya untuk mengadakan kenduri kesyukuran apabila Hartini dan rakan-rakannya mencapai keputusan cemerlang dalam PMR. Latar Latar Masa

i. Pagi Contoh: Pada pukul 9.00 pagi, Encik Hasrul sekeluarga bertolak dari Kuala Lumpur menuju ke Jerantut ii. Petang Contoh: Pada suatu petang setelah keluarga Encik Hasrul tiba di rumah baharu, masyarakat setempat menyambut kedatangan mereka. iii. Malam Contoh: Encik Hasrul mempelawa Pak Morit dan Mak Sukin bermalam di rumahnya kerana keadaan Satiah yang masih lemah. Encik Hasrul bimbang penyakit Satiah berulang kembali.

Latar Tempat i. Di Kuala Lumpur Contoh: tempat tinggal asal keluarga Encik Hasrul. ii. Di kampung Kuala Batu. Contoh: sebuah perkampungan orang asli yang dihuni oleh Pak Morit dan Mak Sukin yang juga merupakan tempat tinggal baharu Encik Hasrul dan keluarganya. Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Batu Contoh: Tempat Hartini , Satiah dan rakan-rakannya bersekolah sehingga tamat PMR. Sekolah Menengah Gemilang Wawasan. Contoh: Sekolah Berasrama Hartini setelah beroleh keputusan cemerlang dalam PMR. iii. Pontian Contoh: Tempat tinggal nenek Hartini dan di situlah Hartini belajar komputer selepas peperiksaan PMR. iv. Kampung Langsat Contoh : Tempat Pak Morit menghantar anaknya Satiah berjumpa dukun. Latar Masyarakat i. Masyarakat bandar Contoh: Keluarga Encik Hasrul yang telah lama tinggal di bandar agak keberatan untuk berpindah ke kawasan pedalaman. ii. Masyarakat orang Asli Contoh: Masyarakat orang Asli suka bersedekah dengan memberikan hasil pertanian seperti keledek, dan pisang kepada keluarga Encik Hasrul. iii. Masyarakat yang percaya kepada amalan tradisional Contoh: Dukun dari Kampung Langsat dan Pak Morit mempercayai Satiah jatuh sakit kerana telah terlangkah benda kotor. iv. Masyarakat pelajar Contoh: Hartini, Satiah, Sinda, Ineng, Ambok, Meranu, Ali Sintok dan rakan-rakan yang lain menduduki peperiksaan PMR di Sekolah Menengah Kuala Batu. v. Masyarakat peniaga Contoh: Pak Dollah seorang peniaga yang menjual ikan. vi. Masyarakat pendidik Contoh: Cikgu Hanafi sentiasa memberi pujian ke atas Satiah yang pandai mengarang.

Teknik Penulisan i. Pemerian Contoh: Murid-murid dalam Tingkatan Tiga Teratai hanya 25 orang sahaja termasuk aku. Ada 15 orang murid perempuan dan 10 orang murid lelaki. Ketua kelas kami ialah Ali Sintok. Dia murid yang cukup serius dan berdisiplin. ii. Dialog Contoh: Yalah. Dua tiga hari lagi kita berangkat. Nenek tahu Tini rindu akan mama dan kawan -kawan di sana. Sabarlah, nanti nenek uruskan tiket dulu, kata nenek iii. Imbas kembali Contoh: Ketika membaca catatan demi catatan yang ditulis itu aku terasa seperti berada di sisi Satiah. Aku seperti sedang bercakap dengannya. Bayangan peristiwa semasa bersama-sama seperti hadir semula dalam hidupku. Semua peristiwa yang berlaku antara kami ditulis dengan menarik . iv. Monolog Dalaman Contoh: Apa agaknya yang sedang Satiah lakukan pada saat ini? v. Saspens Contoh: Hartini, Nora dan Najmi dipanggil oleh pengetua berkaitan kes pengedaran pil ecstasy. vi. Kejutan Contoh: Hartini terkejut dengan kematian rakan karibnya Satiah, menyebabkan badannya lemah longlai. Gaya Bahasa i. Diksi Penggunaan bahasa Arab Contoh: Allahyarhamah Satiah ii. Penggunaan bahasa Inggeris Contoh: `mood`,computer games , phobia iii. Simile Contoh: seperti kuntum bunga yang hampir layu (m/s 78), teguh seperti tiang batu

iv.

Kata ganda

Contoh: tempat-tempat, rumah-rumah, kelam-kabut.

v.

Sinkope

Contoh: Aku berasa tak sabar nak ke sekolah esok

vi.

Peribahasa

Contoh : ringan tulang, berbesar hati, sebusuk-busuk daging dikunyah-kunyah tetap juga boleh dimakan, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga

vii.

Hiperbola

Contoh: Udara sejuk menerjah tubuh

viii.

Metafora

Contoh : Seronok sekali rasanya mendengar muzik alam yang begitu asli. , entahlah, rasanya kotak fikiranku belum dapat menjangkau sejauh itu.

ix.

Personifikasi

Contoh: Hatiku berbunga rasa bangga

Nilai Nilai keberanian Contoh: Hartini berani memujuk Pak Morit supaya bersetuju membenarkan Satiah dirawat di hospital.

ii.

Nilai ketabahan Contoh: Penderitaan yang dialami oleh Satiah sangat menyakitkan. Walaupun dia mengalami kesakitan yang teruk, dia tetap meneruskan pelajarannya di sekolah berasrama penuh.

iii.

Nilai bertanggungjawab Contoh: Encik Hasrul merupakan seorang pegawai kerajaan yang bertanggungjawab, sanggup menerima tawaran berkhidmat di luar Bandar untuk memajukan masyarakat di sana. beliau

iv.

Nilai kasih sayang Contoh: Hartini sangat menyayangi Satiah sehingga dia tidak dapat menerima kenyataan pemergian rakan karibnya itu pada peringkat awal.

v.

Nilai kebijaksanaan Contoh: Encik Hasrul bijak menangani masalah anaknya yang difitnah mengedar pil sekolahnya. ecstasy di

vi.

Nilai kegigihan Contoh : Satiah, Ineng, Sinda, Ambok, Meramu dan rakan-rakan yang lain gigih belajar sehingga berjaya dalam peperiksaan PMR. Pengajaran i. Kita hendaklah ikhlas dalam persahabatan

Contoh: Hartini dan Satiah telah menjalin hubungan persahabatan dengan ikhlas walaupun berbeza kaum. Satiah menjadi teman belajar, menangis dan ketawa Hartini.

ii.

Kita hendaklah saling menyayangi.

Contoh: Keluarga Hartini amat menyayangi Satiah walaupun Satiah hanyalah anak angkat mereka dan berasal daripada anak orang Asli. iii. Kita hendaklah bijak menyelesaikan masalah

Contoh: Encik Hasrul bijak menyelesaikan masalah anaknya yang telah difitnah mengedar pil ecstasy iv. Kita hendaklah bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan

Contoh: Hartini, Satiah dan rakan-rakan yang lain bersungguh-sungguh belajar secara berkumpulan untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan PMR. v. Kita hendaklah berpegang kepada janji

Contoh: Encik Hasrul telah menunaikan janjinya dengan mengadakan kenduri kesyukuran setelah Hartini dan rakan-rakannya berjaya dalam PMR vi. Kita janganlah menganiaya orang lain

Contoh: Junainah telah menganiaya Hartini dengan meletakkan pil ecstasy di dalam almari. Perbuatannya telah terbongkar dan dia telah menerima balasan.

Anda mungkin juga menyukai