Anda di halaman 1dari 1

Drama HADIAH T1

TEMA -Masalah kemiskinan keluarga dan kesempitan hidup


PERSOALAN
i. Ketabahan menghadapi dugaan dalam kehidupan.
Contoh: Fauziah tabah menerima kematian suaminya, Akhbar, yang terkorban semasa bertugas di sempadan.
ii. Gigih meneruskan pelajaran.
Contoh: Hayati tetap berusaha untuk terus tinggal di asrama bagi meneruskan pelajarannya.
iii. Berusaha untuk menyelesaikan masalah.Contoh: Pk Mail menceritakan masalah kewangan yang dihadapi oleh keluarga mereka
kepada Ppenghulu.
TEKNIK PENCERITAAN
i. Imbas Kembali - Contoh: Hayati sentiasa teringat akan ayahnya yang telah meninggal dunia hampir tiga bulan lamanya
ii. Dalog - Contoh: Prbualan antara Fauziah dengan Pak Mail tentang cara untuk membayar yuran asrama Hayati
iii.Imbas - : Hayati ingin menatap gambar ayahnya sekiranya dia pulang ke kampung.
iv. Pemerian - Contoh: Pak Musa menerangkan tujuan mereka datang ke rumah Pak Mail.
Soalan KBAT :
1. Ramalkan apa yang bakal anda lakukan jika anda di tempat Fauziah, setelah anda mendapat wang tersebut?
Fauziah- balu si mati
Jawapan
1. Saya akan menyimpan sebahagian wang ini untuk kegunaan pada masa hadapan.
2. Saya akan menyelesaikan hutang yang ada.
3. Saya akan memulakan perinagaan secara kecil-kecilan.
4. Saya akan membelanjakan wang secara berjimat.

2. Pada pendapat anda, apakah yang akan anda lakukan jika anda berada di situasi yang sama dengan Hayati?
Hayati - anak si mati
Jawapan
1. Saya akan menjadi anak yang mendengar kata ibu, cucu yang baik serta kakak yang penyayang agar keluarga tidak berasa kehilangan ayah.
2. Saya akan menggembirakan hati ibu dengan belajar bersungguh-sungguh.
3. Saya akan berkelakuan baik dengan menjadi pelajar contoh.
4. Saya akan berjimat semasa berbelanja supaya tidak membebankan ibu yang menanggung keluarga.

Anda mungkin juga menyukai