Anda di halaman 1dari 4

Tajuk : Sahabat Setia Assalamualaikum dan selamat pagi, Yang saya hormati tuan pengerusi majlis, barisan hakim

yang arif, penjaga masa, guru-guru pencetus ilmu serta rakan-rakan yang saya kasihi. Anak2 bermain guni, Bermain pula di tengah halaman Izinkan saya bercerita disini, Mana yang baik jadikan teladan.

Cerita saya pada kali ini mengisahkan dua orang sahabat yang bernama Nurul dan Hayati. Nurul dan Hayati bersahabat baik sejak kecil lagi tambahan pula mereka tinggal di kawasan kejiranan yang sama. Sekarang ini mereka berdua belajar di kelas yang sama iaitu kelas 6 Mulia. Kedua-duanya mempunyai cita-cita yang besar untuk menjadi murid yang berjaya. Setiap hari , nurul dan hayati akan pergi dan pulang sekolah bersama-sama. Mereka tidak ubah seperti adik-beradik. Cuma yang membezakan mereka adalah latar belakang keluarga. Nurul dilahirkan dalam keluarga yang miskin manakala Hayati merupakan anak orang berada. Ayah nurul lumpuh menyebabkan ayahnya tidak dapat bekerja untuk menyara keluarga. Oleh itu, terpaksalah ibunya bekerja sebagai pembantu di kedai makan untuk menyara mereka sekeluarga. Ya kawan-kawan, Melihat akan kemesraan mereka, rupa-rupanya ada juga rakan-rakan yang iri hati. Mereka mengatakan nurul dan hayati seperti belangkas. Namun begitu, mereka berdua tidak pernah ambil hati dengan katakata rakan mereka. Hayati suka berkawan dengan murul kerana nurul seorang murid yang rajin belajar dan tidak suka membuang masa. Walaupun miskin nurul merupakan murid yang pintar dan selalu membantu hayati dalam pelajaran. Pada suatu hari, ketika nurul dan hayati makan di kantin sekolahbeberapa orang murid telah mentertawakan nurul kerana memakai pakaian sekolah yang bertampal. Hayati melihat nurul menyapu air matanya. Sakit hati hayati melihat perangai murid-murid yang kurang sopan itu. Hayati segera bangun lalu memarahi mereka. Kamu semua jangan hina dia. Kenapa kamu suka menyakitkan hati orang lain? Apakah kamu tidak mempunyai perasaan? Kalau kamu buat lagi saya akan laporkan kepada guru disiplin, marah Hayati. Murid2 itu segera beredar dari situ sambil tersenyum sinis. Hayati memujuk nurul agar tidak mempedulikan segala perbuatan murid2 tadi. Nurul berterima kasih kepada Hayati kerana selalu bersamanya ketika suka dan duka. Bagi hayati pertolongan itu hanyalah perkara kecil sahaja jika hendak dibandingkan apa yang telah dilakukan oleh nurul kepadanya.

Hayati masih ingat lagi ketika mereka bersama-sama bermain bola jaring di padang. Ketika itu

Pada keesokan harinya, sekolah mereka gempar dengan berita nurul yang telah dimasukkan ke wad kerana demam denggi. Ramai murid yang terkejut dan tidak menyangka nurul boleh terkena penyakit yang bahaya itu. Hanya beberapa orang sahaja yang bersimpati kepadanya. Ketika di dalam kelas, Hayati kelihatan gelisah. Hayati asyik memikirkan keadaan nurul. Patutlah nurul tidak muncul2 semasa hayati menunggunya untuk pergi ke sekolah bersama-samarupa2nya nurul terkena demam denggi. Tanpa disedari, air matanya mengalir apabila teringatkan rakannya yang dalam kesusahan itu. Ya kawan-kawan, Kerana terlalu simpati dengan keadaan nurulHayati mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Puan Azah iaitu guru kelas mereka. Hayati menceritakan segala perihal kesusahan keluarga Nurul kepada gurunya itu. Setelah mendengar cerita hayati, Puan azah telah berbincang dengan pihak pentadbiran sekolah untuk membuat kutipan derma bagi membantu nurul dan keluarganya. Petang itu, hayati telah mengajak ibu dan ayahnya ke hospital untuk menziarah nurul. Sebelum itu mereka terlebih dahulu membeli sedikit buah tangan untuk nurul dan keluarganya. Semasa sampai di hospitalhayati melihat cikgu azah dan beberapa orang rakan sekelas mereka juga ada di situ. Nurul begitu gembira menyambut kedatangan sahabat baiknya itu. Nurul mengucapkan terima kasih kepada atas apa yang telah dilakukan oleh hayati kepadanya. Terima kasih ya hayati kerana kamu sudi datang menziarah saya di siniwalaupun ada rakan kita yang takut penyakit saya akan berjangkit kepada merekatetapi kamu tetap datang, kata nurul sedih. Nurul, sahabat setia ialah sahabat yang selalu ada ketika kita suka mahupun duka..kata hayati. Nurul tidak dapat menahan air matanya daripada berguguran apabila mendengar kata2 hayati itu. Nurul bersyukur kerana mempunyai sahabat setia seperti hayati. Nurul berdoa agar persahabatan mereka akan kekal sampai bila2. Ya hadirin sekalian Itu lah tadi kisah tentang sahabat setia. ..banyak pengajaran yang boleh kita ambil daripada cerita ini. Yang pertama kita janganlah menghina orang lain kerana semua manusia itu sama saha disisi allah. Yang kedua kita mestilah menjadi sahabat yang baik dan menyenangkan. Saya akhiri cerita ini dengan serangkap pantun..

.. .. . Sekian. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai