Anda di halaman 1dari 2

PERSOALAN 1.

Persoalan semangat setiakawan Contoh: Josy tetap berkawan dengan Doktor Fikri walau apa-apa jua rintangan dan tuduhan yang dilemparkan kepadanya. 2. Persoalan Kasih sayang sesama ahli keluarga Contoh: Cikgu Saiful dan Puan Halipah memberikan sepenuh kasih sayang kepada Doktor Fikri walaupun dia dilahirkan dalam serba kekurangan. 3. Persoalan reda menerima ketentuan Allah Contoh: Cikgu saiful dan Puan Halipah reda dan pasrah menerima takdir Tuhan apabila anak yang dilahirkan cacat iaitu balar kulitnya. 4.Persoalan rajin membaca Contoh: Doktor Fikri sentiasa mengisi masa lapangnya dengan membaca dan kerap pergi ke perpustakaan untuk meminjam buku. 5.Persoalan menghargai persahabatan Contoh: Josy tetap berkawan dengan Doktor Fikri walau apa jua rintangan dan tuduhan yang dilemparkan kepadanya. 6.Persoalan keinsafan Contoh: Narius, Jais dan Jamadi berubah sikap dan insaf atas kesalahan mereka terhadap Doktor Farid, lebih-lebih lagi setelah Doktor Farid menyuruh bapanya menjamin Narius di balai polis. 7.Persoalan aplikasi Ilmu Contoh: Doktor Farid mengaplikasi pengetahuan menanam sayursayuran, memelihara ayam dan menjualnya di Tamu daripada

mata pelajaran Kemahiran Hidup yang dipelajarinya. 8.Persoalan kemahiran menguasai ilmu elektronik Contoh: Kemahiran menguasai ilmu elektronik perlu diterapkan pada peringkat awal pendidikan lagi seperti yang dijalankan di Jepun bagi memastikan remaja lebih ke arah inovasi. 9.Persoalan berdikari Contoh: Doktor Farid berusaha sendiri untuk mencapai cita-cita yang diinginkannya walaupun mendapat tentangan awal daripada ayahnya. Doktor Fikri berjaya mengusahakan kebun sayur dan membela ayam. 10.Persoalan taat akan perintah agama Contoh: Cikgu Saiful dan keluarganya sering sembahyang bersama-sama di rumah.

Anda mungkin juga menyukai