Anda di halaman 1dari 5

Latar Tempat

1. Rumah Usang:
Haikal, Devanth dan Wei memasuki rumah tersebut untuk mencari
Farhani.
2. Rumah Farhani:
Tempat di mana Mira dan Chea Mei menelefon keluarga masing-
masing untuk memaklumkan mereka berada di sana.
3. Halaman rumah Kim Yong:
Zoo mini dibina yang menempatkan pelbagai spesies kumbang
4. Rumah Kim Yong:
Farhani dan rakan-rakanya menziarahi ibu Kim Yong setelah
mendapat berita kehilangan Kim Yong.
Contoh soalan
Latar tempat ialah tempat berlakunya sesuatu peristiwa dalam karya
sastera. Berdasarkan novel yang anda telah kaji, huraikan tiga latar
tempat berserta contoh peristiwa yang sesuai.

Berdasarkan novel yang saya telah kaji di Tingkatan tiga, iaitu novel
Tawanan Komander Caucasus, karya Ruzaini Yahya terdapat beberapa latar
tempat dan peristiwa yang akan saya kaitkan.
Antaranya, halaman rumah Kim Yong. Sebagai contoh, Kim Yong
membina Zoo mini yang menempatkan pelbagai jenis kumbang. Kim Yong
mempunyai hobi yang unik iaitu mengumpulkan pelbagai spesies kumbang.
Seterusnya, rumah Kim Yong. Sebagai contoh, setelah Farhani dan rakan-
rakanya mendapat berita kehilangan Kim Yong mereka terus bergegas ke rumah
Kim Yong. Mereka pergi ke sana untuk menziarahi ibu Kim Yong dan
menanyakan sedikit kronologi yang berlaku.
Akhir sekali, rumah usang . Sebagai contoh Farhani telah tersesat di hutan
semasa sedang mencari Kim Yong. Haikal, Devanth dan Mei memasuki rumah
tersebut untuk mencari Farhani.

Contoh soalan Ulasan

copyright@2023 miyol
Lihat poster di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam
poster tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah
perkataan.

Gunakan teknik (Mengapa, Apa, Siapa, Sekiranya, Bagaimana, Bila, Dimana)


Teknik MASSBBD
Mengapa: Kerana kurangnya moral untuk membersihkan tempat
pembiakan nyamuk
Apa : Sejenis penyakit disebabkan oleh Nyamuk Aedes.
Siapa: Tidak kira Umur
Sekiranya: Dapatkan rawatan segera
Bagaimana: Terdapat tempat pembiakan nyamuk
Bila: Selepas 5 hingga 6 hari
Dimana: Di kawasan yang kurang bersih.

Contoh ayat;
Demam denggi ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh gigitan
nyamuk Aedes. Terdapat beberapa simptom demam denggi. Antara gejala
tersebut ialah pesakit akan mengalami gejala seperti sakit perut, dan cirit birit.

copyright@2023 miyol
Selain itu, pesakit akan muntah-muntah, demam dan sakit kepala. Disamping
itu, sakit otot, sakit sendi serta ruam merah di kulit. Gejala-gejala ini akan
timbul selepas 5 hingga 6 hari pesakit digigit oleh nyamuk Aedes. Terdapat
pelbagai jenis cara untuk mencegah demam denggi seperti memastikan tiada
tempat pembiakan nyamuk Aedes. Kita haruslah membuang bekas-bekas yang
boleh menakung air. Air bertakung merupakan tempat nyamuk Aedes membiak.
Oleh itu, marilah kita semua memastikan kawasan rumah bersih.

Karangan Pendek
Contoh Soalan:
Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang
panjangannya antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Contoh Jawapan:
TAJUK: Usaha Memuput Semangat Perpaduan
Pada era ini, semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan remaja. Usaha
utama untuk memupuk semangat patriotik ialah pihak sekolah harus
mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan. Dengan itu, murid-murid wajar
menyertai program kemerdekaan yang dirancang dengan aktif.
Selain itu, ibu bapa hendaklah membawa anak-anak melancong ke tempat
bersejarah, selanjutnya, kempen kesedaran untuk menyuburkan semangat
patriotik patut dijalankan. Dalam hal ini, pihak media massa boleh
menayangkan filem pejuan-pejuan tanah air, sementara itu, masyarakat haruslah
mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang bulan kemerdekaan. Remaja akan
mempunyai jati diri yang kukuh untuk mempertahankan kedaulatan negara.
Kesimpulannya, semua rakyat perlu berjiwa patriotisme untuk mengekalkan
kemerdekaan negara.

Karangan Panjang
Contoh Soalan:
Lihat gambar dan maklumat di bawah dengan telitinya. Kemudian pilih satu
daripada tiga soalan yang dikemukakan dan tulis sebuah karangan yang
panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan.

copyright@2023 miyol
Suasana di Aidilfitri
Hari Raya Aidilfitri adalah sebuah perayaan yang amat meriah untuk keluarga saya. la
dapat mengeratkan tali persaudaraan dan pada setiap tahun, ramai yang mengenang
tahun-tahun yang sudah berlalu dan mereka yang sudah meninggal dunia. Suasana
amat sedih dan ramai yang berlinangan air mata, terutama sekali, mereka dari kaum
hawa yang mudah tersentuh.
Pada pagi hari raya, bapa saya dan saya akan bangun awal, mandi, solat subuh dan
langsung bersedia untuk ke masjid untuk sembahyang hari raya. Kami sekeluarga
sering ke Masjid Haji Mohamad Salleh di Palmer Road. Ia juga dikenali sebagai
Makam Habib Noh. Kami solat di sana kerana keberkatannya. Kami sering ke masjid
dengan pakaian tradisional.
Apabila kami pulang, ibu dan adik saya sudah bersedia dengan baju hari raya mereka.
Kuih-muih juga telah disusun dan baju hari raya kami sudah disediakan. Kami pun
menyalin pakaian dan akan bersalam-salaman. Setelah itu, Ibu dan bapa saya akan
memberi saya dan adik saya duit hari raya. Oleh kerana Aidilfitri adalah sebuah hari
yang begitu mulia, mereka yang berkemampuan akan bersedekah dengan memberi
wang kepada kanak-kanak dan anggota keluarga serta sanak saudara.
Setelah itu, pada jam 11 pagi, kami sekeluarga akan terus ke rumah nenek sebelah ibu
saya. Nenek saya telah pun membeli ketupat dan memasak lontong serta rendang.
Kami sekeluarga memang gemar masakan nenek saya. Pada masa yang sama, adik-
beradik ibu saya juga akan mengunjungi rumah nenek juga. Di sana, kami bersalam-
salaman dan meminta maaf jikalau tersilap di dalam segi perbuatan ataupun perkataan.
Setelah berada di rumah nenek sebelah ibu saya untuk beberapa jam, kami sekeluarga
pun mengunjungi rumah nenek sebelah bapa saya. Biasanya, nenek sebelah bapa saya
akan memasak nasi beriani yang begitu wangi dan enak. Kami akan solat zuhur di
sana dan saya akan bermain- main dengan sepupu-sepupu saya ataupun berbual-bual
dengan pakcik saya.
Hari Raya telah mengeratkan tali persaudaraan kami sekeluarga. Pada setiap tahun,
kami akan bertemu dengan sanak-saudara. Ia adalah masa di mana saya amat gembira.

copyright@2023 miyol
‫ِبْس ِم ِهللا الَّر ْح ٰم ِن الَّر ِح ْي ِم‬
Alhamdulillahi rabbil alamin, wasolatu wssalamu ala saidina
muhammadin wa’ala alihi wasohbihi ajma’in, allahummagh
firlana zunubana waighwaninal lazina sabaqunaa bil’iman wala
taj’al fii qulubana ghilal lilazeena amanu rabbana innaka ro’ufu
rahim.
Ya-Allah, Ya-Rahman, Ya-Rahim
Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi melahirkan rasa
kesyukuran, di atas kurnuaanMu yang tidak ternilai. Jadikan lah kami
hamba-hambamu, yang sentiasa bersyukur di atas nia’mat yang
melimpah ruah kepada kam.
Ya-Allah, Ya-Allim
Seseungguhnya Engkau Maha Mengetahui, bahawa kami disini ingin
menimba ilmuMu yang sangat luas, bagi mengembangkan potensi
kami, sebagai hambanmu yang engkau redhai. Justeru berkati dan
rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurninyakanlah kepada kami apa
kiranya ilmumu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan
hidayahmu. Semoga dengannya, kami mudah menerima dan
menghayati serta mengamalkanya.
Y-Zal Jalali Wal Ikram
Kurniakanlah apa kiranya kepada kami, kesihatan anggota,
kecergasan minda, ketenangan jiwa kekuatan semangat. Semoga
dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan
mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Robbana atina fiddunya hasanah wa fil aa hiroti hasah wakina
azabannar, Wasallahu ala sayyidina muhammad wa ala alihi
wasohbihi wasallam, Walhamdulilahi rabbil alamin.

copyright@2023 miyol

Anda mungkin juga menyukai