Anda di halaman 1dari 1

Cara-cara Memupuk Semangat Kejiranan

Jiran ialah orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah kita. Jiran
memberi kesan baik atau buruk kepada kita dan keluarga. Ini kerana jiran yang baik
akan mengembirakan kita, manakala jiran yang sebaliknya akan menyebabkan kita
sengsara seperti pergaduhan dan sebagainya. Oleh itu, sewajarnyalah kita sentiasa
memupuk semangat kejiranan.

Antara cara memupuk semangat kejiranan adalah dengan saling tegur-


menegur dan kunjung-mengunjungi sesama jiran. Aktiviti ini boleh dilakukan semasa
perayaan, jiran sakit, kelahiran anak, kenduri dan lain-lain lagi. Ini akan mengeratkan
hubungan kejiranan kerana kita saling mengambil berat antara satu sama lain.

Selain itu, semangat kejiranan dapat dipupuk dengan kegiatan gotong-


royong. Melalui aktiviti ini, kita dapat berkenalan, bertanya khabar berbual-bual dan
sebagainya. Justeru, kita dapat mengenali jiran dengan lebih rapat lalu mengeratkan
hubungan sesama jiran.

Di samping itu, kita mestilah mempunyai sikap perihatin terhadap masalah


jiran. Apabila jiran kita mengalami kesusahan seperti kereta rosak dan sebagainya,
kita mestilah bersedia menghulurkan bantuan sekadar mampu jika diperlukan.
Dengan itu, lahirlah sikap hormat-menghormati dan kasih sayang sesama jiran.

Kesimpulannya, kita mestilah berbuat baik kepada jiran tetangga. Pelbagai


cara boleh kita lakukan untuk mengeratkan kejiranan seperti mengada aktiviti hari
keluarga sesama jiran terdekat. Pupuklah semangat kejiranan agar hubungan kita
dengan jiran tetangga sentiasa aman dan harmoni.

Anda mungkin juga menyukai