Anda di halaman 1dari 1

Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di

belakang rumah kita. Jika kita tinggal di dalam satu taman atau di sebuah kampung yang sama, mereka
akan dikenali sebagai jiran tetangga kita. Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi
sahabat kita dan orang yang akan membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Pepatah
Melayu ada mengatakan bahawa "Jiran sepakat membawa berkat". Jadi, kita perlulah mengukuhkan
semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati dalam melakukan sesuatu perkara. Oleh itu,
langkah-langkah yang wajar hendaklah diambil untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan
penduduk setempat.
Langkah primer yang harus diambil ialah mengadakan aktiviti gotong-royong. Melalui aktiviti
gotong-royong, jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan
dilakukan. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berkenal-kenalan antara satu dengan
yang lain yang sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih
dekat. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong ialah membersihkan
kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan sebagainya. Melalui cara ini, kita
dapat menjalinkan dan meningkatkan hubungan sesama jiran. Oleh itu, dalam hidup bermasyarakat kita
haruslah mengamalkan nilai saling membantu dan bekerjasama. Kita haruslah mempunyai usaha yang
baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti dan Negara untuk
mencapai sesuatu matlamat.
Kesimpulannya, kita perlu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat.
Dalam era globalisasi ini, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang lain
semakin menebal. Jika hal ini dibiarkan, semangat kejiranan akan luntur dan seterusnya akan
menjejaskan perpaduan negara. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan akan
bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan
semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai