Anda di halaman 1dari 1

Cara-Cara Mengatasi Kemalangan Jalan Raya

Pada zaman kini, kehidupan kita telah menjadi berkualiti. Namun


begitu, masalah kemalangan jalan raya telah menjadi semakin serius.
Masalah ini telah membimbangkan semua orang. Oleh itu, kita harus
mencari jalan untuk mengatasi masalah kemalangan jalan raya.
Pertama sekali, ibu bapa boleh memainkan peranan yang penting
untuk mengatasi masalah kemalangan jalan raya. Ibu bapa harus mendidik
anak-anak supaya sentiasa berhati-hati semasa melintas jalan raya. Anak-
anak perlu diajarkan sejak kecil seperti melentur buluh dari rebungnya.
Selain itu, pihak sekolah juga berusaha untuk mengatasi masalah
kemalangan jalan raya. Pihak sekolah boleh mengadakan pelbagai aktiviti
dalam kalangan murid. Misalnya, pihak sekolah boleh mengadakan
ceramah yang bertajuk “Berhati-hati di Jalan Raya” setiap tahun.
Di samping itu, pihak kerajaan turut amat penting dalam usaha
mengatasi masalah kemalangan jalan raya. Pihak kerajaan harus
menguatkuasakan undang-undang dan memberatkan hukuman. Pihak polis
juga perlu selalu meronda untuk menangkap sesiapa yang memandu
dengan laju.
Kesimpulannya, kita harus berganding bahu bagai aur dengan tebing
untuk mengatasi masalah kemalangan jalan raya sebelum nasi menjadi
bubur.

Anda mungkin juga menyukai