Anda di halaman 1dari 5

Pengenalan

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali mereka
yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan
berpesan dengan kesabaran" (Al-Asr)

Pengurusan masa bermaksud pembahagian masa dengan betul supaya aktiviti harian
seseorang dapat dijalankan dengan baik dan tidak terganggu atau boleh dimaksudkan
sebagai pembahagian masa yang cekap . Pada era globalisasi ini, kita sering mendengar
berita tentang pelajar - pelajar yang terjerumus dalam budaya tidak sihat seperti melepak.
Hal ini berlaku kerana pelajar-pelajar ini mudah terpengaruh oleh anasir-anasir buruk.
Pelajar-pelajar seperti ini tidak dapat mengurus masa dengan cekap. Justeru, mereka
membuang masa dengan sia-sia sahaja. Oleh itu, pengurusan masa yang berkesan amat
penting dalam kehidupan seorang pelajar. Masa ialah wang dan masa sangat penting
kerana setiap individu hanya mempunyai dua puluh empat jam setiap hari. Untuk
menggunakan masa dengan sebaik-baiknya mungkin pengurusan masa dianggap sebagai
cara yang terbaik sekali. Pengurusan masa ialah kebijaksanaan membahagikan masa
untuk menjalankan tugas yang berbeza pada masa yang berlaian setiap hari. Pengurusan
masa setiap orang berbeza kerana kerana aktiviti dan kegiatan yang dilakukan tidak sama.
Sebagai contoh, tugas utama seorang pekerja ialah bekerja di sebuah perusahaan
sementara tugas utama seorang pelajar ialah belajar di sekolah.

Langkah pertama untuk mengendalikan masa secara berkesan ialah pelajar-pelajar


digalakkan menyediakan jadual waktu belajar. Namun begitu, terdapat juga pelajarpelajar yang menyediakan jadual waktu belajar persendirian, tetapi tidak mengikutnya.
Jadual waktu belajar dapat membantu pelajar-pelajar menguruskan masa secara berkesan
supaya mereka mempunyai masa yang mencukupi untuk mengulang kaji pelajaran
dengan menyeluruh dan bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan. Hal ini dapat
mengelakkan pelajar-pelajar daripada kesuntukan masa untuk mengulang kaji pelajaran
apabila peperiksaan sudah hampir. Pelajar-pelajar yang berjaya, biasanya terdiri daripada
pelajar-pelajar yang membuat persediaan awal, bak kata pepatah sediakan payung
sebelum hujan. Manakala, pelajar-pelajar yang tidak membuat persediaan awal kerana
suka membuang masa tidak dapat mengulang kaji semua tajuk sebelum peperiksaan.
Oleh itu, pengurusan masa yang cekap memberikan masa yang cukup kepada pelajarpelajar untuk membuat persediaan awal. Faedah pengurusan masa ialah membentuk
disiplin diri. Hal ini disebabkan oleh menepati masa yang secara tidak langsung
menjadikan seseorang itu berdisiplin. Dengan erti kata lainnya, jadual harian mestilah
disediakan dan haruslah diikuti dengan penuh berdisiplin. Jika tidak, jadual yang
disediakan tiada maknanya. Justeru, disiplin diri akan dapat dibentuk apabila kita
menguruskan masa dengan lebih efektif.

Selain itu, sekiranya pelajar-pelajar dapat menguruskan masa dengan cekap, maka
pelajar-pelajar dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama-sama keluarga. Dengan
itu, pelajar bukan sahaja mempunyai masa yang cukup untuk mengulangkaji pelajaran,
malah mempunyai masa untuk menjalankan aktiviti-aktiviti riadah bersama-sama dengan
keluarga seperti bersenam, bersiar-siar, menonton televisyen dan sebagainya selain untuk
beribadat dan tidur. Pelajar-pelajar juga dapat menghabiskan masa bersama-sama dengan
keluarga untuk memupuk rasa kasih sayang serta merapatkan hubungan sesama ahli
keluarga dan seterusnya merealisasikan slogan semakin hari semakin sayang seperti yang
diuar-uarkan oleh kerajaan. Hubungan silaturahim antara ahli keluarga akan menjadi
lebih erat. Pengurusan masa yang cekap akan dapat mewujudkan suasana keluarga yang
bahagia.

Disamping itu, dapat meningkatkan kecemerlangan diri. Hal ini kerana , seseorang yang
bijak membahagikan masanya mempunyai ciri insan yang berjaya .Dengan ini ,aspirasi
negara untuk melahirkan modal insan selaras dengan Wawasan 2020 dapat dicapai
.Malah pelajar-pelajar yang bijak menguruskan masa lapangnya dengan aktivti yang
berfaedah untuk memperbaiki kelemahan dalam pelajaran .Hal ini boleh dilakukan
dengan membuat latihan ,mencari maklumat di perpusatakaan dan menghadiri kelas
tambahan. Usaha-usaha ini perlu dilakukan untuk mencapai kejayaan kerana jika tidak
dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya . Sebagai pelajar kita bukan sahaja perlu
berjaya dalam pelajaran malah kita juga perlu berjaya dalam bidang sukan, aktiviti
kokurikulum dan agama. Oleh itu, kita perlu menguruskan masa dengan betul supaya
aktiviti harian dapat dijalankan dengan berkesan dam seterusnya melahirkan insan yang
cemerlang dala semua bidang agar Malaysia menjadi maju lalu hebat di mata dunia.

Sahabat juga penting kerana mereka ialah orang-orang yang boleh kita percayai selain
daripada ibu bapa kita. Rakan-rakan sekelas atau teman-teman rapat adalah orang-orang
yang boleh membantu pelajar dan memberi sokongan moral ketika seseorang pelajar
menghadapi kesukaran ketika pelajar tidak bersama ahli-ahli keluarga terutama sekali
ketika berada di kuliah atau di luar rumah. Masa berhibur, bersukan dan bersantai
bersama-sama rakan-rakan yang baik dan berakhlak mulia adalah satu daripada kegiatan
hidup yang mesti dirancangkan dalam pengurusan masa. Oleh itu semasa mengadakan
rekreasi bagi merehat badan dan menenangkan fikiran, adalah baik jika kawan-kawan
atau anggota keluarga keluarga disertakan dalam pengurusan masa. Aktiviti berfaedah
juga dapat dilakukan .Malah ,para pelajar juga dapat mengulangkaji pelajaran dengan
sempurna dan menyeluruh .Pepatah Arab ada menyebut ,masa itu ibarat pedang, jika
kamu tidak menggunakannya ia akan memancungmu. Oleh itu, masa yang diperuntukkan
iaitu selama 24 jam haruslah digunakan sebaik mungkin.

Tabiat lama yang suka menangguh-nangguhkan kerja haruslah kita kikis. Contoh yang
ketara yang paling dekat dengan kita adalah ketika kita menangguhkan tugasan dan
menyiapkannya pada saat-saat akhir kadang-kadang hingga larut malam, yang lebih teruk
lagi apabila kita meniru kawan tanpa mendapat apa-apa pengajaran langsung. Maka tabiat
seumpama ini perlu diubah. Jelaslah bahawa kita perlu menyiapkan tugas dengan segera.
Seperti yang telah dinyatakan kita perlu peka dan sentiasa mengambil berat tentang
tugasan yang diberi. Oleh itu, kita hendaklah melakukan apa yang telah kita jadualkan
dengan penuh disiplin. Jika tidak, jadual yang telah kita sediakan tiada maknanya. Kita
hendaklah belajar membaiki kelemahan yang ada pada diri kita.

Rumusan
Akhir kata, pada keseluruhannya, pengurusan masa itu amat penting bagi setiap individu
kerana ia membolehkan kami mengunakan masa dengan sebaik-baik dan sebijakbijaknya. Pengurusan masa merupakan suatu elemen kehidupan yang sangat penting.
Pembahagian masa kepada semua manusia adalah sama banyak. Setiap orang akan
menerima masa yang sama dalam sehari iaitu 24 jam. Penggunaan masa dalam sehari,
seminggu, sebulan dan seterusnya akan memberi faedah hanya kepada mereka yang
pandai mengurus masa. Pengurusan masa yang teratur dan terancang akan membawa
faedah dan pengurusan masa yang tanpa panduan dan matlamat akan membawa kesan
yang buruk akhirnya akan menyukarkan kehidupan harian seseorang pelajar. Dapatlah
kita rumuskan bahawa pelajar -pelajar yang pandai menguruskan masa biasanya akan
berjaya dalam kehidupan dan mereka juga berani menghadapi cabaran dan rintangan
hidup.

Anda mungkin juga menyukai