Anda di halaman 1dari 2

Nilai-nilai novel

Jendela Menghadap
Jalan

Datuk dan nenek Lili begitu sabar menangani kerenah


dan provokasi sekumpulan penunjuk perasaan yang
datang membuat bantahan di rumahnya ekoran
perasaan tidak puas hati mereka dalam perkara
pelbagai.

Nilai kasih sayang


Lili mengasihi ibu dan bapanya. Dia tidak membantah
cadangan ibunya yang memintanya pulang bercuti di
kampung datuknya di Dungun, Terangganu walaupun
hatinya begitu berat untuk berbuat demikian.

Nilai tanggungjawab
Kak Mimah dan Nadia bertanggungjawab terhadap
nasib malang
Che Jah yang menjadi mangsa keganasan suaminya.
Mereka berusaha sedaya upaya untuk mengheret suami
Che Jah ke muka pengadilan bagi menerima hukuman
yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukannya.

Nilai bijaksana
Danel bijak menggunakan waktu malam sebagai masa
yang sesuai untuk menyelamatkan Lili yang dikurung
dan diikat oleh Rafiq dan Hafiq di sebuah pondok buruk.

Nilai belas kasihan


Lili berasa amat bersimpati dengan nasib Che Jah yang
mempunyai suami kaki judi dan bersikap pantas baran
serta mempunyai dua orang anak lelaki yang
menghadapi masalah penagihan dadah jenis syabu.

Nilai kesabaran

Nilai keadilan
Seman berjaya ditangkap oleh penduduk kampung dan
diserahkan kepada pihak polis .Dia akan didakwa di
mahkamah atas perbuatan kejamnya yang sering
memukul isterinya ,Che Jah dan anak-anaknya iaitu
Haziq dan Rafiq.

Nilai keberanian
Geetha dan Lili berani mendaki puncak bukit pada lewat
petang semata-mata untuk melihat pemandangan
matahari terbenam tanpa ditemani oleh orang lelaki
dewasa

Nilai baik hati


Rashid telah membayar harga sehelai kemeja bercorak
batik yang dibeli oleh Lili sewaktu mereka pergi ke
pasar malam.

Nilai kerjasama
Datuk ,nenek, Rashid, Lili ,Geetha dan Danel
bekerjasama untuk membantu Rafiq dan Hafiq daripada
menjadi mangsa kemarahan penduduk kampung.

Nilai hemah tinggi

Che Jah melayani kedatangan Lili dan Rashid ke


rumahnya dengan begitu sopan dan mesra.

Anda mungkin juga menyukai