Anda di halaman 1dari 3

SOALAN : Salah satu budaya yang semakin dilupakan dalam kehidupan yang sera moden hari ini ialah

budaya hidup berjiran. Bincangkan beberapa kepentingan budaya berjiran ini dan jelaskan langkah-langkah yang boleh diambil untuk memupuk budaya hidup berjiran ini.

Isu Fokus Isu

Budaya hidup berjiran Kepentingan budaya berjiran dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk memupuk budaya hidup berjiran. Bincangkan dan Jelaskan

Kata Kunci

Format

2 kepentingan + 2 langkah

Pendahuluan

Mengakui hakikat bahawa amalan hidup berjiran semakin pupus dalam masyarakat pada hari ini.

y Isi 1 Kepentingan

Dapat membentuk masyarakat penyayang yang memang menjadi impian kerajaan.

Isi 2

Kepentingan

Membantu mengelak berlakunya jenayah

Isi 3

Langkah

Melalui sitem pendidikan formal

y Isi 4 Langkah

Meningkatkan kesedaran tentang amalan tersebut di kalangan masyarakat. Amalan hidup berjiran wajar dikekalkan kerana manfaat yang diperoleh daripadanya adalah banyak.

y Penutup

CONTOH KARANGAN

Semangat hidup berjiran yang kita warisi sejak turuntemurun, kini jelas semakin terpinggir. Keadaan tersebut tidak wajar dibiarkan kerana hidup berjiran banyak manfaatnya. Dengan mengamalkan budaya hidup berjiran, kita dapat membentuk masyarakat penyayang. Ini disebabkan apabila kita mengenali jiran-jiran kita, sifat saling memahami dan menghormati dapat dipupuk. Sifat ini penting dalam hidup bermasyarakat kerana melaluinya amalan tolong-menolong dapat diwujudkan, khususnya ketika seseorang itu berada dalam kesusahan. Amalan murni tersebut akan melahirkan kesejahteraan dan keharmonian hidup masyarakat. Dengan itu, hasrat membentuk masyarakat penyayang akan tercapai. Dengan semangat kejiranan, masalah jenayah dapat dikurangkan. Kita tidak dapat menafikan bahawa kejadian pecah rumah kerap berlaku ketika penghuninya tiada di rumah. Jika semangat kejiranan dalam masyarakat kita kuat, masalah sedemikian dapat dielakkan kerana sebagai jiran yang bertanggungjawab seseorang itu akan prihatin terhadap rumah dan harta benda jirannya ketika ketiadaan mereka. Mereka akan membantu melihat-lihat persekitaran rumah tetangga dan mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku sesuatu yang meragukan. Untuk memupuk semangat kejiranan, sistem pendidikan memainkan peranan penting. Melalui mata pelajaran tertentu, seperti Pendidikan Agama dan Pengetahuan Moral ataupun melalui penyerapan dalam mata pelajaran lain, amalan hidup berjiran dapat dipupuk di kalangan kanak-kanak. Matlamat pengajaran haruslah menekankan pengamalan budaya tersebut dalam kehidupan sebenar, bukan hanya setakat mengetahuinya di atas kertas sahaja. Memupuk budaya ini di kalangan kanak-kanak adalah lebih mudah, umpama peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Langkah meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai juga tidak kurang pentingnya. Mereka harus selalu diingatkan agar mengunjungi antara sesama jiran pada waktu perayaan agar mereka dapat mengenali antara satu sama lain. Begitu juga amalan mengadakan rumah terbuka perlu digalakkan. Sikap individualistik dan berprasangka buruk terhadap jiran seharusnya dihapuskan

kerana sifat ini menghalang pembentukan budaya tersebut. Memandangkan amalan hidup berjiran dapat menjamin pewujudan masyarakat penyayang yang amat penting dalam negara majmuk seperti di negara kita, maka kita mestilah sama-sama mengamalkannya. (299 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai