Anda di halaman 1dari 3

Riadah merupakan salah satu amalan gaya hidup sihat.

Pada pandangan saya, riadah


bermaksud menyihatkan badan dan menenangkan fikiran. Aktiviti riadah ini boleh dijadikan
amalan mingguan keluarga. Aktiviti riadah membolehkan kita mengisi masa lapang yang
berfaedah dan tidak berfaedah. Contohnya kurang faedah adalah menonton
televisyen,bermain permainan video,pergi ke kompleks membeli-belah,berbual-bual dan
sebagainya. Masa cuti yang tidak diisi dengan aktiviti yang berfaedah akan merugikan kita.
Dengan beriadah bersama keluarga kita pada masa lapang, banyak perkara berfaedah yang
dapat kita lakukan contohnya berbasikal bersama-sama, berjoging di kawasan taman dan
berkelah. Aktiviti riadah bersama keluarga juga dapat merapatkan hubungan kekeluargaan.
Semasa aktiviti ini dilakukan,ibu bapa boleh menggunakan masa ini untuk menasihatkan
anak-anak tentang nilai murni yang baik dalam kehidupan seharian. Hubugan keluarga yang
rapat boleh menjadikan sebuah keluarga yang dapat memupuk semangat perpaduan dan
mengeratkan kasih sayang sesama ahli keluarga. Aktiviti riadah juga boleh menjadikan badan
kita sihat. Kalau badan kita sihat, kita boleh melakukan aktiviti harian dengan pantas. Jika
badan kita sakit,kita perlu pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.Hal ini menyebabkan
pembaziran wang kerana kita terpaksa mengeluarkan wang untuk rawatan.

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

Harum sudah cempaka hiasan,


Berpuput semilir laungan jiwa,
Aktiviti riadah pencetus wawasan,
Pastinya lahir nusa wibawa
Pantun di atas jelas mengetengahkan kepada kita betapa pentingnya aktiviti
riadah. Mengapakah aktiviti riadah kembali diperhangatkan dan menjadi polemik
perbualan masyarakat? Marcapada ini,seiring dengan era globalisasi yang penuh
dengan cabaran ini, masyarakat kita sering berlumba-lumba mengejar unsur
kemewahan. Tanggapan kekayaan merupakan kunci kepada segala kesenangan
sudah sebati dalam kehidupan mereka sehingga mereka alpa akan kepentingan
aktiviti riadah yang menjadi salah satu amalan dalam mempraktikkan gaya hidup
sihat. Sesungguhnya, aktivit rekreasi dan riadah yang boleh didefinsikan sebagai
segala kegiatan yang dilakukan pada waktu lapang untuk menyihatkan tubuh badan
dan fikiran merupakan elemen yang penting dalam menjayakan segala aktiviti dalam
kehidupan seharian kita. Oleh itu, kita perlu mempunyai kesedaran terhadap
kepentingan mengamalkan aktiviti riadah dan rekreasi sebelum nasi menjadi
bubur.
Pertama, aktiviti riadah dan rekreasi boleh menyihatkan tubuh badan kita. Hal
ini demikian kerana apabila kita beriadah,kadar lemak yang terkumpul di dalam
badan manusia boleh dikurangkan. Contohnya, kita boleh berjoging pada waktu
lapang,terlibat dalam aktiviti senamrobik atau berkayak dan sebagainya. Tambahan
lagi, jantung dapat mengepam darah dengan lancar. Secara tidak langsung,
pelbagai penyakit seperti penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi dapat
dihindarkan secara total .Dalam konteks ini, berekreasi dan beriadah adalah penting
supaya badan kita sihat dan otak kita cerdas bak kata peribahasa Melayu, badan
cergas otak cerdas.Oleh itu,kita perlu menjadikan aktiviti riadah dan rekreasi
sebagai agenda harian agar kesihatan badan yang hakiki dapat dinikmati
kerana mencegah lebih baik daripada merawat.
Menyingkap daripada sudut perspektif lain, aktiviti riadah yang dilakukan
pada setiap minggu mampu menjadi pemangkin untuk mengurangkan tekanan
dalam diri seseorang.Bayangkan jika individu terbabit perlu bekerja selama 60 jam
dalam 5 hari,bukankah mereka akan mula mengalami tertekan?
Kepenatan,keletihan dan beban kerja yang memberatkan akan menyebabkan
mereka menunjukkan simptom-simptom tekanan seperti mudah marah,letih,lesu dan
tidak bersemangat. Hal ini demikian akan menyebabkan prestasi mereka sama ada
di tempat kerja mahupun sekolah mengalami kemerosotan dan mengundang
pelbagai impak negatif seperti mendapat teguran daripada pihak atasan,dilucutkan
jawatan dan sebagainya. Dengan aktivitinya riadah,hal ini akan membolehkan kita
melakukan aktiviti yang kita gemar. Hal ini menjadi cara yang efektif untuk
menghiburkan kita. Kita dapat melupakan beban yang ditanggung dan menjadi lebih
bersemangat untuk meneruskan kehidupan. Oleh itu, wajarlah aktiviti riadah
dipraktikkan dalam kehidupan kita untuk mengurangkan tekanan yang dialami.
Sementelahan pula, melakukan aktiviti riadah turut memberi peluang kepada
kita untuk mengeratkan hubungan antara keluarga mahupun taulan. Hal ini dapat
menjadi medium ke arah pembentukan keluarga sakinah.Misalnya, pada hujung
minggu, seisi keluarga boleh turun padang untuk melakukan aktiviti riadah bersama-
sama sama ada di taman atau padang. Bukan itu sahaja, ahli keluarga boleh
berkongsi pandangan ,pendapat dan masalah sepanjang masa mereka bersama-
sama. Dengan itu,setiap ahli keluarga boleh memahami antara satu sama lain
seterusnya merapatkan jurang antara mereka. Keseronokan melaukan aktiviti riadah
juga akan lebih dinikmati dengan adanya orang yang disayangi di sisi kita. Dalam hal
ini kita akan menjadi lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk melakukan
aktiviti riadah. Oleh itu, hubungan kekeluargaan yang erat dapat dilahirkan dengan
melakukan aktiviti riadah.
Selain itu,aktiviti beriadah juga dapat membentuk integrasi kaum. Marcapada
ini,kita acap kali melihat pelbagai aktiviti riadah yang melibatkan penyertaan
pelbagai kaum khususnya aktiviti yang berkaitan dengan Program Latihan Khidmat
Negara. Contohnya aktiviti berkayak,mendaki gunung dan meluncur. Kondusi ini
akan memanifestasikan elemen kesepakatan dalam kumpulan masing-masing.
Sesungguhnya, muafakat merupakan inti kepada perpaduan.Setiap ahli akan
bersatu ibarat kata peribahasa Melayu, serumpun bagai serai,selubang bagai
tebu. Hal ini dapat menjadi medium yang efektif bagi menyatukan kaum sekali gus
membina semangat perpaduan. Oleh hal yang demikian,aktiviti riadah yang
melibatkan unsur kerjasama ibarat aur dan tebing dapat menjadi wahana ke arah
pembentukan integrasi kaum.
Dalam fasa itu, kebaikan aktiviti beriadah yang dapat dinikmati ialah
mengelakkan remaja daripada terlibat dalam masalah sosial. Hal ini demikian kerana
masa lapang remaja dapat diisi dengan aktiviti yang menghiburkan dan
menyeronokkan kerana masa itu emas. Masa senggang seorang remaja agak
banyak kerana tidak perlu menanggung tanggungjawab seperti orang dewasa.
Seandainya masa lapang itu tidak dipenuhi secara bijaksana,remaja akan
terjerumus untuk mendorong diri melakukan aktiviti yang kurang berfaedah seperti
melepak,bermain komputer tanpa batasan dan berbual-bual kosong
ibarat menghitung bulu kambing. Dengan melibatkan diri dalam aktiviti
riadah,mereka tidak akan melakukan aktiviti yang kurang berfaedah kerana telah
merasai keseronokan aktiviti riadah, bak kata peribahasa Melayu sambil menyelam
minum air. Oleh itu, remaja dapat menghindarkan daripada terlibat dalam masalah
sosial dengan melakukan aktiviti riadah.
Secara tuntas,kita perlu mencapai kesedaran yang tinggi dalam usaha
mengamalkan aktiviti riadah dan rekreasi. Semua pihak perlu berganding bahu
ibarat aur dengan tebing bagi menanamkan kesedaran dalam diri masyarakat
mengenai kepentingan aktiviti riadah dan rekreasi dalam kehidupan seharian bagi
melahirkan generasi masa hadapan yang sihat seterusnya menjadi penyumbang
kepada kemajuan negara.

Anda mungkin juga menyukai