Anda di halaman 1dari 10

PERKEMBANGAN MURID SEKOLAH RENDAH

KRP 60704

PENSYARAH: DR. MAZARUL HASAN BIN MOHAMAD HANAFI

TUGASAN 2: PENULISAN ILMIAH (KUMPULAN)

TAJUK: KEPENTINGAN NUTRISI TERHADAP PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN


MURID SEKOLAH RENDAH

DISEDIAKAN OLEH:

BIL NAMA AHLI MATRIKS ID


1. ESWARI A/P NAGALINGAM M20222002091
2. THANABAKIAM A/P RATHINAM M20222002107
3. GUNASUNDARI A/P NADARAJAH M20222002092

I
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 1
2.0 KEPENTINGAN NUTRISI TERHADAP PERKEMBANGAN MURID 2
SEKOLAH RENDAH
3.0 KESAN MALNUTRISI TERHADAP MURID SEKOLAH RENDAH 3
4.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH MALNUTRISI 4
5.0 PROGRAM MAKANAN MURID SEKOLAH RENDAH 5
51. Rancangan Makanan Tambahan (RMT) 5
5.2 Program Susu Sekolah (PSS) 5-6
5.3 Program Hidangan Berkhasiat di Sekolah (HiTS) 6
6.0 KESIMPULAN 7
7.0 RUJUKAN 8

II
1.0 PENGENALAN

Perkembangan adalah perubahan yang berkesinambungan dalam diri individu bermulai dari
lahir sehingga akhir hayat. Menurut Azizi Yahaya dan Zainuddin Abu Bakar (2010),
perkembangan juga merupakan perubahan yang bersifat kualitatif tetapi dapat dilihat dengan
membandingkan sifat yang terdahulu dengan sifat yang terbentuk. Dengan kata lain,
perkembangan boleh juga dianggap sebagai proses di mana individu itu mencapai kematangan,
pengukuhan dan kestabilan.

Pengambilan nutrisi yang mencukupi adalah bahagian penting dalam mengekalkan


kesihatan yang baik bagi semua individu, terutamanya murid-murid sekolah rendah dari umur 6
hingga 12 tahun. Hal ini jelaslah bahawa, nutrisi memainkan peranan yang penting dalam
perkembangan pertumbuhan fizikal dan mental murid-murid. Nutrisi berperanan dalam
perkembangan neurologis, kognitif dan afektif (Dida Gurnida, 2013). Murid-murid yang
mendapatkan makanan dengan nutrisi yang cukup dapat mengoptimalkan proses tumbesaran
dan pembentukan otak dan kognitif.

Nutrisi adalah proses pengambilan zat-zat makanan penting (Nuwer, 2008). Menurut
Rock CL (2004), nutrisi adalah proses dimana tubuh manusia menggunakan makanan untuk
membentuk tenaga, menjaga kesihatan, pertumbuhan dan untuk berlangsungnya fungsi normal
setiap organ baik antara pengambilan dan keperluan nutrisi. Dengan kata lain, nutrisi adalah
apa yang manusia makan dan bagaimana tubuh menggunakannya. Nutrisi terdapat di dalam
makanan yang terdiri korbohidrat, lemak, protein, mineral, vitamin dan juga air.

Namun begitu, kebanyakan murid di Malaysia masih mengalami masalah malnutrisi


dan masalah ini menjadi permasalahan yang utama dalam permasalahan yang utama
kebanyakan negara kelas ke-3. Malnutrisi bermaksud kekurangan makanan seimbang pada
individu atau populasi. Persatuan Nutrisi Malaysia (NSM) Dr TeeE Siong, sungguh pun status
nutrisi kanak-kanak di Malaysia meningkat sejak tiga dekad lepas, kaji selidik yang dijalankan
setiap 10 tahun, oleh National Healthy &Morbidity Study (NHMS), masih menunjukkan terdapat
kekurangan dalam status nutrisi kanak-kanak di Malaysia. Fakta-fakta ini jelas menunjukkan
bahawa isu malnutrisi dalam kalangan murid sekolah rendah Malaysia agak serius. Murid yang
mengalami malnutrisi akan terdedah kepada bahaya dan pastinya mengancam kesihatan,
bahkan memberi kesan kepada perkembangan otak dan kognitif, perkembangan emosi-sosial,
tingkah laku serta prestasi sekolah mereka.

1
2.0 KEPENTINGAN NUTRISI TERHADAP MURID SEKOLAH RENDAH

Makanan yang seimbang adalah mustahak kerana ia membekalkan zat dan nutrien yang
berkhasiat untuk tumbesaran tubuh badan murid. Tubuh murid merupakan organisma yang
memerlukan zat dan nutrien yang cukup bagi menjalankan fungsi-fungsi organ. Seterusnya,
dapat membantu penghasilan tenaga, pembuangan sisa toksik dalam badan dan pelbagai lagi
fungsi lain. Pengambilan diet yang mengandungi produk tenusu seperti susu dan keju dapat
menambah penghasilan kalsium dalam badan dan menguatkan tulang dan gigi murid. Zat besi
yang terkandung dalam daging dan juga sayur bayam misalnya dapat memastikan sistem
peredaran darah dalam tubuh menjadi lebih efisien dan berfungsi dengan lancar. Oleh itu,
golongan kanak-kanak seharusnya mengamalkan pemakanan yang betul agar zat dan nutrien
yang optimum dapat dinikmati dan tumbesaran fizikal menjadi lebih baik.

Nutrisi sangat penting bagi murid sekolah rendah kerana ia dapat mempengaruhi
kesihatan dan perkembangan mereka secara keseluruhan. Nutrisi yang cukup dan seimbang
membantu menjaga kesihatan tubuh, memberikan tenaga yang cukup untuk belajar, serta
memperbaiki daya tahan tubuh terhadap penyakit.

Nutrisi dapat menyokong perkembangan kognitif murid. Nutrisi yang mencukupi akan
memberi manfaat kepada perkembangan otak murid, menyuburkan sel-sel di dalam otak.
Begitu juga, meningkatkan tumpuan dan daya ingat setiap murid. Nutrisi yang baik dapat
membantu meningkatkan daya ingat murid, sehingga mereka dapat belajar lebih baik dan lebih
efektif. Nutrisi yang cukup dan seimbang membantu menjaga kesihatan tubuh, mengurangi
risiko terkenan penyakit, dan memperkuat sistem imun tubuh.

Justeru, nutrisi yang baik juga penting untuk perkembangan fizikal dan mental murid,
terutama dalam fasa pertumbuhan dan perkembangan mereka. Murid yang makan makanan
yang sihat dan berzat lebih cenderung memiliki badan yang sihat dan kehadiran murid ke
sekolah juga akan memberi impak yan positif serta memberi manfaat kepada perkembangan
otak murid dan ia menyuburkan sel-sel di dalam otak yang memungkinkan untuk berfungsi
kognitif, iaitu belajar, mengingat dan memahami.

Begitu juga, nutrisi yang mencukupi akan menyumbang kepada prestasi keseluruhan
murid di sekolah. Nutrisi yang baik akan membantu murid meningkatkan tenaga dan semangat
dalam belajar. Asuhan makanan yang seimbang, seperti makanan yang mengandungi protein,
karbohidrat, vitamin, dan mineral dapat membantu meningkatkan fungsi otak dan kognitif murid,
sehingga mereka dapat belajar lebih baik dan mencapai hasil yang lebih baik di sekolah.

2
3.0 KESAN MALNUTRISI TERHADAP MURID SEKOLAH RENDAH

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO, 2020), Malnutrisi merujuk kepada kekurangan,
kelebihan atau ketidakseimbangan dalam pengambilan tenaga dan nutrient seseorang. Apabila
seorang kanak-kanak tidak mendapat nutrisi yang mencukupi atau berlebihan akan mengalami
malnutrisi. Kesan malnutrisi terhadap murid sekolah rendah boleh memberikan impak yang
serius terhadap kesihatan dan prestasi akademik. Misalnya, murid yang mengalami malnutrisi
mungkin akan berasa cepat letih dan tidak berdaya. Ini akan mengurangkan keupayaan mereka
untuk menjalankan aktiviti fizikal seperti berlari, bermain, atau menaiki tangga. Ini akan
mempengaruhi kecergasan fizikal mereka, dan mungkin akan mengurangkan minat mereka
untuk menyertai aktiviti sukan.

Selain itu, malnutrisi juga boleh memberikan kesan kepada prestasi akademik.
Kurangnya nutrien seperti zat besi, zink, vitamin B12, dan omega-3 asid lemak boleh
mempengaruhi tidak keupayaan murid untuk belajar dan mengingati maklumat. Murid yang
malnutrisi mungkin mengalami masalah dalam menumpukan perhatian, mengalami penurunan
daya ingat, dan mempunyai kecerdasan kognitif yang rendah.

Malnutrisi juga boleh melemahkan sistem imun murid dan meningkatkan risiko
mereka terkena penyakit. Murid yang mengalami malnutrisi mungkin lebih cenderung terkena
jangkitan seperti selesema dan demam dan mungkin memerlukan lebih banyak masa untuk
pulih daripada rakan mereka yang sihat. Malnutrisi pada masa sekolah rendah bukan sahaja
menyebabkan masalah kesihatan murid, juga mempengaruhi pada pendidikan dan juga masa
depan mereka.

Justeru, malnutrisi juga boleh memberikan kesan psikologi kepada murid. Murid yang
malnutrisi mungkin merasa malu atau berasa kurang berharga kerana mereka mempunyai
bentuk badan yang kurang ideal. Mereka juga mungkin mempunyai masalah dengan rakan
sebaya mereka kerana mereka mungkin tidak mempunyai tenaga untuk bermain atau mereka
mungkin lebih mudah jatuh sakit daripada rakan sebaya mereka. Oleh itu, penting untuk
memastikan bahawa murid sekolah rendah mendapat nutrisi yang mencukupi dan seimbang
agar mereka dapat menjalankan kegiatan harian dengan baik dan mencapai potensi akademik
mereka yang sebenar.

3
4.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH MALNUTRISI

Untuk mengatasi malnutrisi murid, guru perlu mendidikan murid-murid tentang kepentingan
nutrsi dan akibat sekiranya mengalami malnutrisi untuk meningkatkan kesedaran murid. Guru
juga perlu sentiasa memberi perhatian terhadap kesihatan dan perkembangan murid. Selain itu,
guru juga perlu hangat, menyokong dan memupuk ke arah murid yang tidak stabil secara
psikologi kerana malnutrisi untuk meningkatkan keyakinan diri, hala tuju diri, harga diri dan imej
diri.

Pihak Sekolah harus memastikan pengusaha kantin sekolah menyediakan makanan


yang bernutrisi tinggi kepada murid dan budaya pemakanan sihat murid secara praktikal dapat
dibentuk. Pendidikan nutrisi bukan sahaja diberikan di sekolah tetapi harus diterapkan pula di
rumah. Ibu bapa perlu memberi pendidikan nutrisi kepada anak-anak untuk menambah ilmu
pengetahuan terhadap nutrisi dan menyediakan makanan bernutrisi tinggi supaya dapat
membantu perkembangan anak yang positif. Oleh itu, ibu bapa haruslah menyedari bahawa
kepentingan sarapan pagi adalah antara perkara paling penting sebelum memulakan hari
terutamanya untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Kerajaan juga boleh mengadakan
ceramah atau kempen yang berkaitan dengan kepentingan nutrisi untuk meningkatkan
pengetahuan murid dan ibu bapa.

Malnutrisi sepatutnya boleh dicegah dari peringkat awal lagi sekiranya setiap ibu
bapa sedar dan tahu kesan-kesan yang boleh disebabkannya. Pendidikan nutrisi merupakan
langkah yang penting bagi melengkapkan pendidikan kesihatan. Pendidikan ini akan menjadi
mustahak kepada sistem penjagaan kesihatan yang menekankan langkah-langkah mencegah
dan promosi. Dalam erti kata yang lain, pendidikan nutrisi adalah berkesan bagi memerangi
kejahilan tentang keperluan nutrisi dan ancaman-ancaman yang berkaitan dengannya. Kita
perlu mengadakan aktiviti-aktiviti nutrisi yang cekap seperti pemeliharaan halaman rumah,
kebersihan diri, pengimunan dan lain-lain program piawaian nutrisi yang penting dalam
mengurangkan serta menghapuskan masalah malnutrisi dalam kalangan murid sekolah rendah.

4
5.0 PROGRAM MAKANAN SEKOLAH RENDAH

5.1 Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha untuk membantu rakyat
Malaysia. Pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi tujuan memartabatkan sektor Pendidikan
negara. Salah satu usaha yang dapat diperhatikan ialah melancarkan Program Rancangan
Makanan Tambahan (RMT) di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Program ini adalah
bertujuan untuk membantu murid-murid terutamanya murid-murid yang berlatarbelakangkan
taraf ekonomi keluarga yang rendah bagi terus berjaya dalam pendidikan.

Rancangan makanan tambahan ini mampu memenuhi matlamat dalam memastikan


semua sekolah dan murid mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk mencapai
kecemerlangan dalam pelajaran dan aktiviti kokurikulum. Pihak sekolah boleh memainkan
peranan ketika melaksanakan program RMT ini untuk memupuk amalan pemakanan yang sihat
dalam kalangan muridnya dengan mengintegrasikannya di dalam kurikulum pengajaran.
Sokongan pengajaran berkaitan amalan pemakanan boleh dilakukan dari sudut berbeza dan
kreatif agar dapat merangsang minat murid.

Selain itu, program RMT yang dilaksanakan telah berjaya dan memberi kesan kepada
murid yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini. Mereka yang terlibat
dalam program ini iaitu murid, guru, pengusaha kantin dan masyarakat telah berubah dari segi
penjagaan kesihatan dan amalan pemakanan. Semua pihak haruslah mementingkan
kebersihan makanan dan mengawas segala peraturan kebersihan terutama sekali semasa
menyedia dan menghidangkan makanan kepada murid-murid untuk mengelakkan berlakunya
keracunan makanan dan penyakit-penyakit berjangkit.

5.2 Program Susu Sekolah (PSS)

Program susu sekolah sebagai makanan tambahan untuk murid-murid sekolah rendah bermula
pada 1983. Ia bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid-murid
sekolah rendah melalui pemupukan tabiat meminum susu. Program perlaksanaan ini
membentuk perkembangan mental, sosial dan jasmani murid- murid sekolah rendah di seluruh
negara.

5
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited dan sentiasa berusaha ke arah
penambahbaikan program ini dari semasa ke semasa. Program susu sekolah (PSS) juga
dilaksanakan bagi membantu murid dari keluarga berpendapatan rendah untuk mendapat
protein, kalsium dan vitamin-vitamin yang cukup melalui susu yang diberikan. Hal ini kerana
pelaksanaan pengambilan makanan yang berkhasiat ini dilihat banyak membantu murid agar
lebih bersedia untuk belajar dengan lebih baik.

Selain itu, program ini dapat meningkatkan tumbesaran murid secara lancar tanpa
kekurangan zat mahupun kekurangan setiap apa yang diperlukan untuk murid. Begitu juga,
susu yang diterima murid juga dapat membantu meningkatkan taraf kesihatan murid dengan
khasiat yang terkandung di dalam susu yang dibekalkan. Seterunya, susu yang diberi juga
dapat membantu menjaga kesihatan dari segi mental dan fizikal murid untuk menjadikan
kesihatan mereka bertambah baik. Ia juga adalah usaha kerajaan untuk menggalakkan murid
yang pada usia awal untuk meminum susu pada peringkat awal untuk pembesaran mereka
selain membantu otak mereka bertindak secara cepat dan cergas ketika berfikir. Oleh itu,
matlamat sebenar program PSS ditepati, iaitu membangunkan sebuah generasi baru sihat,
cerdas serta membantu mengatasi masalah kekurangan zat makanan.

5.3 Program Hidangan Berkhasiat di Sekolah (HiTS)

Program Hidangan Berkhasiat di Sekolah (HiTS) adalah salah satu aktiviti promosi pemakanan


sihat yang disasarkan untuk murid. Program ini merupakan hidangan pakej makanan berkhasiat
yang terdiri daripada kumpulan karbohidrat, protein, sayur-sayuran dan buah-buahan. Ianya
memenuhi keperluan kalori dan nutrien murid mengikut waktu makan di sekolah. Senarai menu
hidangan berkhasiat bagi satu bulan disediakan oleh Pegawai Sains Pemakanan (PSP), supaya
murid-murid dapat menikmati hidangan yang berlainan setiap hari. Program HiTS akan
diperluaskan ke negeri-negeri lain pada tahun 2019.

Program ini diperkenalkan untuk memastikan murid mendapat hidangan berkhasiat


mengikut keperluan mereka dan meningkatkan pengetahuan serta amalan makan secara sihat
dalam kalangan murid. Program ini juga memaikan peranan dalam menyediakan persekitaran
yang membantu amalan makan secara sihat di sekolah.

6
6.0 KESIMPULAN

Makanan adalah keperluan asas bagi setiap insan yang hidup di muka bumi ini. Makanan yang
dimakan perlulah berkualiti dan diambil dengan cara pemakanan yang betul. Menurut Azimuth
(2008), seseorang akan menjadi tidak sihat jika mempunyai tabiat makan yang tidak sihat.
Mengamalkan tabiat makan yang sihat dan mengikut saranan pakar nutrisi akan membantu
menyihatkan tubuh badan. Bagi memastikan sektor pendidikan negara terus bergerak dan
berkembang maju seiring dengan negara maju yang lain, salah satu elemen yang penting
adalah keperluan untuk melahirkan murid yang berkualiti dan produktif bagi memenuhi
keperluan negara. Kualiti murid yang lahir pula dipengaruhi oleh amalan pemakanan selain
daripada kemudahan pembelajaran, kesungguhan murid sendiri, keberkesanan guru yang
mengajar dan persekitaran yang merangsang pembelajaran.

Murid-murid pada masa kini bukan sahaja setakat ke sekolah untuk belajar, malah
dididik sebagai pewaris negara dan modal insan yang berilmu dan berakhlak mulia. Mereka
merupakan aset penting bagi negara pada masa depan. Nutrisi adalah sangat penting bagi
murid-murid. Semua pihak perlu mengambil perhatian bahawa semua murid perlu
mendapatkan nutrisi dalam jumlah yang mencukupi dalam menyokong perkembangan dan
pertumbuhan mereka.

Oleh itu, murid-murid juga perlu mengambil multivitamin dan mineral agar mereka
dapat kesihatan yang baik dan bermanfaat bagi perkembangan kognitif, sosial-emosi, tingkah
laku dan juga prestasi akademik mereka. Murid yang tidak medapat nutrisi yang mencukupi
akan mengalami malnutrisi. Malnutrisi berpengaruh negatif dan signifikan terhadap
perkembangan murid sekolah rendah. Justeru, semua pihak perlu mengambil berat terhadap
pengambilan nutrisi murid sekolah rendah bagi memastikan generasi kita mengembang dengan
optimal.

7
7.0 RUJUKAN

Ali, P. S. (2012). Memilih Makanan Sihat Untuk Kanak-Kanak Sekolah. Makanan sihat, 1-3.

Farid, A. (2019, Nov 27). Kesan Kekurangan Nutrisi Terhadap Anak Anda. Retrieved from
hellodoktor: https://hellodoktor.com/keibubapaan/kesihatan-anak/malnutrasi/kesan-
kekurangan-nutrisi-terhadap-anak-anda/

Gest, S.D., Holland-Coviello, R., Welsh, J.A., Eicher-Catt, D.L., & Gill, S. (2006). Language
development subcontexts in Head Start classrooms: Distinctive patterns of teacher talk
during free play, mealtime, and book reading. Early Education and Development, 17(2),
293-315.

GHAZALI, A. (2019). sinarharian. Kanak-kanak Malaysia kurang zat, 1-10.

Haliza Hamzah, (2008). Perkembangan Kanak-Kanak. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn
Bhd.
Kamus Dewan. Edisi keempat , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010.

Papotot, G. S. (2021, Mac 20). Pengaruh Kekurangan Nutrisi Terhadap Perkembangan Sistem
Saraf Anak. Jurnal Biomedik:JBM, 1-10. Retrieved from ejournal.unsrat.

Wikipedia, the free encyclopedia. (2023, Mac 20). Nutrient. Retrieved from wikipedia.org:
https://en.wikipedia.org/wiki/Nutrient

Anda mungkin juga menyukai