Anda di halaman 1dari 2

KEPERLUAN SEJARAH LISAN DI MALAYSIA

1. Menghasilkan sumber yang istimewa yang dapat menyelami emosi pelaku dalam peristiwa
yang dialami
 Keterangan lisan daripada saksi proto atau saksi mata akan membolehkan pengkaji
menyelami emosi mereka terhadap sesuatu peristiwa tersebut.
 Menyelami emosi mereka adalah penting dalam menilai emosi mereka yang
mencetus kepada peristiwa sejarah yang berlaku seterusnya melakukan pengadilan
moral ke atas mereka.

2. Memberi orang ramai peluang untuk mentafsirkan peranan mereka demi mencari
kebenaran sejarah
 Terdapat rekod bertulis yang dimusnahkan oleh tentera setelah kalah perang dan
kebanyakan sumber bertulis negara yang bersifat rahsia, sulit dan tertakluk kepada
Akta Rahsia Rasmi (OSA) menyebabkan penggunaan sumber bertulis sebagai sumber
sejarah menjadi terhad dan memerlukan penggunaan sumber lisan sebagai
alternatifnya.
 Dalam hal ini, sumber lisan tidak akan menggantikan sumber bertulis akan tetapi
sebaliknya bertindak sebagai pelengkap kepada kekurangan sesebuah sumber
bertulis.

3. Sumber-sumber sejarah kebanyakannya tidak direkodkan dan hal ini merupakan satu
kerugian kepada sumber sejarah negara.
 Antara masalah besar sumber sejarah seperti perkembangan komunikasi melalui
telefon dan internet menyebabkan surat-menyurat, memo dan penulisan menjadi
kurang mustahak. Hal ini membawa kepada kurangnya penulisan rekod secara
bertulis.
 Oleh itu, penting kepada para pengkaji sejarah untuk mendekati tokoh-tokoh dan
orang-orang sumber dalam memastikan keterangan lisan mereka dapat
didokumentasikan sebagai sebuah sejarah lisan yang bertulis.

4. Menjadi penyelamat dan menyediakan maklumat sejarah yang mungkin tidak dapat
diperolehi oleh pengkaji akan datang
 Sumber-sumber sejarah kebanyakannya tidak direkodkan dan hal ini merupakan
satu kerugian kepada sumber sejarah negara.
 Antara masalah besar sumber sejarah ialah perkembangan komunikasi melalui
telefon dan internet menyebabkan surat-menyurat, memo dan penulisan menjadi
kurang mustahak. Hal ini membawa kepada kurangnya penulisan rekod secara
bertulis.
 Oleh itu, penting kepada para pengkaji sejarah untuk mendekati tokoh-tokoh dan
orang-orang sumber dalam memastikan keterangan lisan mereka dapat
didokumentasikan sebagai sebuah sejarah lisan yang bertulis.

5. Merakam dan menyelamatkan tradisi lisan yang semakin hilang


 Disebabkan peredaran zaman dan arus kemodenan, kebanyakan tradisi lisan ini
semakin hilang disebabkan tidak ramai ahli masyarakat yang berminat untuk
mendalami dan meneruskan tradisi lisan yang diperturunkan sejak zaman berzaman
ini.
 Oleh itu, pendokumentasian tradisi lisan ini adalah penting dalam memastikan
sejarah lisan ini dapat dikekalkan untuk generasi akan datang.

Anda mungkin juga menyukai