Anda di halaman 1dari 2

Budi bahasa dan kesantunan masyarakat Malaysia.

Jika ditinjau dengan lebih mendalam, maksud budi bahasa sangat berkait antara satu
sama lain. Hal ini demikian kerana maksud budi bahasa adalah mempunyai budi bahasa
yang baik yang merangkumi pekerti, akhlak, watak dan kelakuan yang baik, sopan, pemurah
dan sebagainya yang disebut sebagai nilai-nilai murni. Amalan budi bahasa bukan sahaja
penting dalam masyarakat Melayu , malahan dalam semua masyarakat sememang-
memangnya mengajarkan cara hidup yang baik.

Isu dan cabaran kesantunan


Faktor 2
Jika dapat dilihat pada masa ini, lelaki dan perempuan tidak berasa segan dan silu
untuk melakukan adegan yang memalukan di khalayak ramai adalah merupakan isu yang
boleh dikaitan kepada isu kesantunan melalui media. Hal ini kerana perbuatan mereka
tersebut boleh menjatuhkan maruah. Perkara ini adalah dengan merekod video serta
memuat naikkan di media-media sosial. Perkara tersebut telah membolehkan ramai
pengguna media sosial untuk menonton video adegan yang memalukan tersebut. Sebagai
contoh, aplikasi tiktok telah dijadikan sebagai salah satu platform untuk merekod video-
video tersebut dan mentularkannya. Melalui perkongsian tersebut membolehkan orang
ramai menonton aksi-aksi kurang sopan yang telah pun dirakam. Hal ini menyebabkan
orang akan mempunyai prepektif yang buruk terhadap mereka. Hal ini kerana mereka telah
pun melakukan perkara yang telah pun menjatuhkan maruah mereka sendiri.

Kesan 1

Penggunaan laman sosial seperti “Facebook” yang meluas dalam kalangan masyarakat
boleh menyebabkan fitnah dan mudah disebarkan kepada semua pengguna laman sosial
tersebut. Sebagai contohnya, negara kita pernah digemparkan dengan satu berita
perceraian yang berlaku dalam akaun facebook. Hal ini telah mendapat kritikan daripada
majoriti rakyat Malaysia yang menyifatkan bahawa perbuatan sedemikian amat memalukan
kita kerana telah mencemarkan keluhuran peribadi sebagai penganut agama Islam. Selain
itu, implikasi seperti itu telah menyebabkan segelintir pengguna aplikasi tersebut yang tidak
bertanggungjawab dan mencetuskan kontroversi di alam maya, sehingga mengaibkan
seseorang. Jelaslah bahawa penggunaan laman sosial akan menghakis semangat
persaudaraan seerta mencemarkan kedaulatan negara sebagai negara yang disegani dan
berintegriti.

Kesan 2

Kesan penggunaan laman sosial yang seterusnya ialah tersebarnya pengaruh atau unsur
pornografi daripada Barat ke dalam kehidupan masyarakat. Unsur pornografi mudah
didapati di laman sesawang internet. Unsur pornografi seperti bahan bacaan, gambar, dan
video mudah diakses dan disebarkan oleh pengguna laman sosial tersebut. Hal ini demikian
kerana, laman sosial seperti “Facebook” dan “My Space” diakses bukan sahaja oleh rakyat
Malaysia malahan seluruh penduduk di dunia. Selain itu, budaya Barat seperti “Black Metal”,
“Punk”, “Gothic”, dan “Skin Head” akan menular dalam pemikiran remaja di Malaysia.
Perkara ini akan mempengaruhi remaja untuk meniru budaya sehingga wujud budaya
hedonisme dan gengsterisme di sekolah. Jelaslah bahawa penggunaan laman sosial dapat
mempengaruhi pemikiran anak muda sehingga menghakis nilai-nilai moral masyarakat.

Penggunaan laman sosial juga memberikan kesan kepada kedaulatan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan. Kedaulatan bahasa Melayu akan tercemar ekoran daripada
kemunculan bahasa slanga atau lebih dikenali sebagai bahasa rojak. Penggunaan bahasa
rojak dalam kalangan masyarakat amat membimbangkan cendekiawan bahasa di Malaysia
kerana penggunaanya semakin meluas. Penularan bahasa rojak ini akan menghakis
keaslian dan nilai-nilai estetika bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara kita. Oleh hal
yang demikian, jelaslah bahawa penggunaan teknologi ini boleh mencemarkan kedaulatan
bahasa Melayu yang menyebabkan kita seperti ditelan mati emak, diluah mati bapak.

Cara mengatasi

Anda mungkin juga menyukai