Anda di halaman 1dari 30

Bab 3

Sistem Ejaan Jawi Moden

Seluruh bab ini dipetik daripada tesis yang bertajuk ‘Pelestarian


Tulisan Jawi di Singapura’ oleh Hirman Mohamed Khamis (UPM
GS36063), 2016

Analisis Cabaran Mempelajari Sistem Ejaan Jawi

Sudah dimaklumkan bahawa para pelajar ejaan Jawi yang terkini baik dari
kalangan kanak-kanak mahupun orang dewasa, adalah generasi yang
menguasai tulisan Rumi. Malah tulisan Jawi dipelajari berdasarkan
pengetahuan tulisan Rumi dan segala penerangan adalah dengan
menggunakan tulisan Rumi. Masalah yang akan dihapai oleh para pelajar
tulisan Jawi adalah perbezaan huruf and hukum ejaan yang berbeza
daripada sistem tulisan Rumi.

Maka dengan itu, dalam menganalisis cabaran mempelajari sistem ejaan


Jawi, tiga perkara utama diketengahkan, iaitu:
i. analisis huruf Jawi
ii. analisis hukum ejaan Jawi
iii. analisis perbezaan antara Jawi dan Rumi

Analisis Huruf Jawi

Apabila tulisan Jawi dilihat dari perspektif pengguna tulisan Rumi,


beberapa perkara ingin dikenalpasti. Antaranya adalah bunyi huruf Jawi
yang sama dengan huruf Rumi; sistem ejaan bervokal bagi setiap sukukata
dan konsistensi dalam cara mengeja. Perlu diterangkan kepada pengguna
tulisan Rumi, bahawa variasi dan inkonsistensi dalam sistem ejaan Jawi
adalah minimal dan mudah dipelajari. Namun variasi tersebut, terutama
yang diwarisi daripada bahasa Arab mempunyai kelebihan yang tersendiri
terutama dalam bidang makna dan pengetahuan Islam.

Senarai Huruf Rumi dan Padanan Jawi

Rumi Jawi Jawi Jawi


(vokal) (vokal) (konsonan)
sukukata sukukata
terbuka tertutup

awal tengah
kata Kata
A a ‫ا؛ا‬ ‫؛ ا‬-
B b ‫ب‬
C c ‫خ‬
D d ‫ض؛د‬
E e ‫؛ ا‬- -
F f ‫ف‬
G g ‫ض‬
H h ‫ه؛ح‬
I i ‫ي؛ اي‬ ‫ي‬
J j ‫ج‬
K k ‫ق؛ ك‬
L l ‫ل‬
M m ‫م‬
N n ‫ن‬
O o ‫و؛ او‬
P p ‫ف‬
Q q ‫ق‬
R r ‫ر‬
S s ‫س؛ث؛ص‬
T t ‫ت؛ط‬
U u ‫و؛ او‬
V v ‫ؤ‬
W w ‫و‬
X x ‫ز‬
Y y ‫ي‬
Z z ‫ز؛ ظ ؛ ذ‬
kh ‫خ‬
gh ‫غ‬
th ‫ث‬
ny ‫ث‬
ng ‫غ‬

Terdapat 4 konsonan tambahan dalam tulisan Jawi jika dibandingkan


dengan tulisan Rumi iaitu ‘kh’ (‫)خ‬, ‘gh’ (‫)غ‬, ‘th’ (‫)ث‬, ‘sh/sy’ (‫)ش‬, ‘ng’ (‫ )غ‬dan
‘ny’ (‫)ث‬. Lima konsonan tersebut juga dikenali sebagai ‘digraf’, iaitu 2
konsonan (Rumi) yang berdiri bersebelahan.
Contoh penggunaan:
Khamis - ‫خميس‬
akhir - ‫اخير‬
ghaib - ‫غاءيب‬
ghairah - ‫غيره‬
Othman - ‫عثمان‬
Harith - ‫حارث‬
isyarat - ‫اشارة‬
isytihar - ‫اشتهار‬
nyanyi - ‫ثاثي‬
punya - ‫فوثا‬
Konsonan Rumi ‘h’ mewakili tiga konsonan Jawi iaitu ‘ha’ (‫ )ه‬dan ‘hah’ (‫)ح‬.
Contoh penggunaan:
harap - ‫هارف‬
marah - ‫ماره‬
haram - ‫حارم‬
hasad - ‫حسد‬
Konsonan Rumi ‘k’ mewakili dua konsonan Jawi iaitu ‘kof’ (‫)ق‬, ‘kaf’ (‫ )ك‬dan
‘ain’ ( ‫) ع‬

Contoh penggunaan:
katak - ‫كاتق‬
kodok - ‫كودوق‬
kolek - ‫( كوليق‬Pada kebanyakan perkataan Melayu, ‫ق‬
mewakili bunyi hentian glotal pada
penghujung perkataan.)
kukus - ‫كوكوس‬
kalbu - ‫قلبو‬
kaedah - ‫قاعده‬
dakwat - ‫دعوت‬
dakwa - ‫دعوا‬
Konsonan Rumi ‘s’ mewakili tiga konsonan Jawi iaitu ‘sin’ (‫)س‬, ‘tsa’ (‫ )ث‬dan
‘sod’ (‫)ص‬.
Contoh penggunaan:
selesema - ‫سلسما‬
teras - ‫ترس‬
selasa - ‫ثلث‬
isnin - ‫اثنين‬
sabar - ‫صبر‬
saf - ‫صف‬
Konsonan Rumi ‘t’ mewakili dua konsonan Jawi iaitu ‘ta’ (‫ )ت‬dan ‘tho’ (‫)ط‬.
Contoh penggunaan:
tabah - ‫تابه‬
getar - ‫ضتر‬
batal - ‫بطل‬
taat - ‫طاعة‬
Konsonan Rumi ‘z’ mewakili tiga konsonan Jawi iaitu ‘zai’ (‫)ز‬, ‘tzal’ (‫ )ذ‬dan
‘zod’ (‫)ظ‬.
ziarah - ‫زياره‬
zapin - ‫زافين‬
zarah - ‫ذره‬
zat - ‫ذات‬
zohor - ‫ظهر‬
zalim - ‫ظاليم‬

Analisis Hukum Ejaan Jawi

Terdapat banyak perbezaan dalam sistem ejaan Jawi jika dibandingkan


dengan sistem ejaan Rumi. Terutama pada penggunaan vokal. Ejaan Rumi
mempunyai penggunaan vokal yang konsisten manakala tulisan Jawi
mempunyai lebih kepelbagaian. Ejaan Jawi juga memerlukan lebih banyak
daya ingatan kerana sesetengah huruf Rumi diwakili oleh lebih daripada
satu huruf Jawi dalam sistem tulisan Jawi. Di sini, pengkaji akan
menyenaraikan kesemua cara pengejaan dalam tulisan Jawi untuk
dibandingkan dengan cara pengejaan tulisan Rumi serta potensi kesilapan
yang mungkin dilakukan oleh pelajar yang mempelajari tulisan Jawi tetapi
sudah biasa dengan tulisan Rumi.

Kepelbagaian dalam pengejaan tulisan Jawi adalah disebabkan oleh


kepelbagaian jenis ejaan dan hukum yang terdapat dalam tulisan tersebut.
Antaranya:
i. Ejaan Tradisi
ii. Ejaan Lazim
iii. Ejaan Mengikut Hukum
Ejaan Tradisi menggunakan sistem baris sekurang-kurangnya pada satu
suku kata yang sepatutnya dilambangkan dengan huruf vokal tetapi tidak
termasuk dalam jenis ejaan Lazim atau Mengikut Hukum. Terdapat
sekurang-kurangnya 16 perkataan yang termasuk dalam ejaan tradisi:

Senarai Ejaan Tradisi

Bil. Rumi Jawi


1 ada ‫اد‬
2 tiada ‫تياد‬
3 pada ‫ڤد‬
4 kepada ‫کڤد‬
5 dari ‫دري‬
6 daripada ‫درڤد‬
7 maka ‫مک‬
8 ia ‫اي‬
9 kita ‫کيت‬
10 lima ‫ليم‬
11 manusia ‫مانسي‬
12 ini ‫اين‬
13 itu ‫ايت‬
14 jika ‫جک‬
15 dia ‫دي‬
16 demikian ‫دميکين‬

Ejaan Lazim pula ialah ejaan yang menggunakan sistem vokal kecuali
bunyi e pepet di tengah kata seperti ‘telah’ ( ‫ ;) تله‬bunyi a dalam suku kata
KVK kecuali apabila berlaku homograf seperti ‘lentik’ ( ‫ ) لنتيق‬dan ‘lantik’ (
‫ ;) لنتيق‬dan bunyi a dalam kata satu suku kata yang bermula dengan wau
seperti ‘wang’ ( ‫ ) واڠ‬dan kata ‘dan’ ( ‫) دان‬.

Bagi Ejaan Mengikut Hukum, terdapat enam hukum yang berlainan, iaitu:
i. Darlung ( ‫) درلوڠ‬
ii. Luar Darlung
iii. Ka dan Ga ( ‫) ݢ دان ک‬
iv. Ra-Ma ( ‫) راما‬
v. Ha dan Aha
vi. Lampau Hukum

Hukum Darlung dan Luar Darlung

Ejaan Jawi mengikut hukum darlung berlaku apabila memenuhi syarat-


syarat berikut:

i. Kata Melayu jati dan kata serapan selain Arab/Parsi


ii. Suku kata akhir dan praakhir adalah suku kata terbuka yng diakhiri
dengan vokal a
iii. Suku kat akhir dimulai dengan salah satu huruf darlung iaitu dal, ra,
lam, wau dan nga
iv. Alif hendaklah ditambah di akhir kata, kecuali pada ejaan Jawi tradisi
seperti ada, tiada, kepada dan daripada

Beberapa contoh perkataan yang dieja mengikut hukum darlung adalah:


lada ( ‫) لدا‬, bara ( ‫) بارا‬, jala ( ‫) جال‬, bawa ( ‫ ) باوا‬dan kenanga (‫) کناڠا‬.
Ejaan Jawi luar darlung adalah berdasarkan syarat yang sama dengan
hukum darlung hanya bezanya, suku kata akhirnya dimulai dengan huruf
selain dal, ra, lam, wau dan nga. Menurut hukum ini, huruf alif tidak
diletakkan pada suku kata terakhir. Namun kadang kala, homograf terjadi
seperti antara perkataan puas (‫ )ڤڤڤواس‬dan puasa (‫)ڤواسڤڤا‬. Maka, untuk
mengelakkan kekeliruan, huruf alif diletakkan pada perkataan puasa.
Contoh-contoh ejaan luar darlung termasuklah raja ( ‫) راج‬, mata (‫ )مات‬dan
kelapa (‫) کلڤا‬.

Hukum Ka ( ‫ک‬ ) dan Ga ( ‫ݢ‬ )

Hukum ka dan ga melibatkan kata yang berakhir dengan bunyi ka atau ga


dalam bahasa Melayu jati. Huruf ka dan ga pada suku kata terakhir
perkataan tersebut tidak diberi huruf alif . Contohnya, suka ( ‫) سوک‬, duga (
‫) دوݢ‬, Melaka ( ‫ ) ملک‬dan dahaga ( ‫) دهڤاݢ‬. Walaubagaimanapun,
terdapat pengecualian atas beberapa sebab, sebagaimana yang
dipaparkan pada jadual berikut:

Pengecualian Daripada Hukum Ka dan Ga

Contoh pengecualian Sebab


daripada hukum ka dan
ga
teka ( ‫) تکا‬, lega ( ‫ ) لݢا‬Ketiadaan huruf vokal
dan sega ( ‫) سݢا‬
bega ( ‫ ) بيݢا‬dan beka ( Masalah homograf
‫) بيکا‬ (dengan beg ( ‫ ) بيݢ‬dan
bek (‫) بيك‬
Giga ( ‫) ݢيݢا‬ Kata serapan
Tabika ( ‫) تابيکا‬ Akronim
Afrika ( ‫) افريکا‬ Kata nama khas

Hukum Ra ( ‫را‬ ) Ma ( ‫ما‬ )

Hukum ini digunakan bagi perkataan-perkataan yang mengandungi suku


kata ra ( ‫ ) را‬yang diikuti dengan suku kata ma ( ‫) ما‬. Kedua-dua suku
kata tersebut dibubuh huruf alif. Contohnya drama ( ‫) دراما‬, asrama ( ‫اسراما‬
) dan rama-rama ( ٢ ‫) راما‬.

Hukum Kata Dasar Lebih Dua Suku Kata (Ha dan Aha)

Bunyi vokal a pada suku kata pertama terbuka pada kata dasar tiga suku
kata atau lebih (bagi kata Melayu jati) biasanya tidak ditulis dengan huruf
alif. Ini dikenali juga sebagai Hukum Ha dan Aha. Lihat contoh-contoh pada
jadual berikut:

Contoh-contoh bagi Hukum Ha dan Aha

Ha Aha
harimau ( ‫هريماو‬ ) baharu ( ‫بهارو‬ )
haloba ( ‫هلوبا‬ )
halilintar ( ‫هليلينتر‬ ) bahagi ( ‫بهاݢي‬ )

haruan ( ‫هروان‬ ) cahaya ( ‫چهاي‬ )

halaman( ‫هلمن‬ ) bahasa ( ‫بهاس‬ )

habuan ( ‫هبوان‬ ) bahaya ( ‫بهاي‬ )

haluan ( ‫هلوان‬ ) dahaga ( ‫دهاݢ‬ )


dahulu ( ‫دهولو‬ )
paduka ( ‫ڤدوک‬ )

Lampau Hukum

Selain daripada lima hukum di atas, masih ada perkataan yang dieja
terkeluar dari hukum-hukum tersebut. Perkataan-perkataan sedemikian
dikategorikan sebagai lampau hukum. Ini termasuklah paha ( ‫) ڤها‬, maha (
‫ ) مها‬dan mama ( ‫ ) ماما‬yang dikategorikan sebagai lampau hukum luar
darlung.

Penelitian Variasi Penggunaan Vokal dalam Sistem Ejaan Jawi

Huruf vokal Jawi ‘alif’ (‫ )ا‬mempunyai variasi yang terbanyak berbanding


dengan huruf vokal-vokal yang lain tatkala mewakili huruf vokal Rumi ‘a’.
Jadual di bawah menerangkan variasi ejaan sukukata terbuka (dengan
menggunakan vokal ‘alif’ ataupun tidak):

Variasi Penggunaan Vokal ‘a’ Atau ‘alif’

Huruf vokal Penggunaan Contoh Penggunaan


Rumi huruf vokal ‘alif’

(ya atau tidak)
1 ‘darlung’ / ya bagi nada ‫نادا‬
a Suku kata terbuka bala ‫بال‬
terakhir dara ‫دارا‬
bawa ‫باوا‬
belanga ‫بلغا‬
2 ‘luar darlung’ / raja ‫راج‬
tidak
a bagi suku kata masa ‫ماس‬
terbuka terakhir rata ‫رات‬
raba ‫راب‬
kelapa ‫كلف‬
3 Tidak bagi suka ‫سوك‬
sukukata
a terbuka terakhir maka ‫ماك‬
yang
mengandungi ‘kaf’ duga ‫دوض‬
(‫ )ك‬atau ‘ga’ (‫)ض‬ laga ‫لض‬
4 Tidak pada pada ‫فد‬
a sesetengah suku dia ‫دي‬
kata

perkataan Melayu
jati / ejaan tradisi

5 Tidak bagi suku bahasa ‫بهاس‬


kata
a pertama bagi masyarakat \ ‫مشاركت‬
perkataan ‫مشاركة‬
tiga suku kata bahawa ‫بهاوا‬
atau lebih
6 Tidak pada kalimah ‫كلمة‬
a sesetengah zakat ‫زكاة‬
sukukata
perkataan asal darurat ‫ضرورت‬
Arab
syair ‫شعير‬
talak ‫طلق‬
7 Ya pada yang lain- buta ‫بوتا‬
lain (ejaan lazim –
yang
menggunakan
vokal)
a batu ‫باتو‬
sukma ‫سوكما‬
riba ‫ريبا‬
satu ‫ساتو‬

Bagi vokal ‘a’ dalam suku kata terbuka sahaja, variasi penggunaan vokal
alif sudah menjangkau bilangan tujuh.

Sukukata tertutup bervokal ‘a’ biasanya tidak menggunakan vokal ‘alif’


melainkan sebilangan perkataan yang dibubuh ‘alif’ pada sukukata tertentu
untuk membezakannya daripada perkataan yang pada asalnya sama ejaan
Jawinya tetapi bervokal ‘e pepet’. Dengan kata lain, untuk mengelakkan
terbentuknya homograf (Hashim Musa dan Adi Yasran 2009). Contohnya,
perkataan-perkataan berikut akan menghadapi masalah homograf
sekiranya senarai perkataan di sebelah kiri tidak mengandungi huruf ‘alif’
pada sukukata pertamanya:

Penggunaan ‘alif’ dalam Sukukata KVK untuk Mengelakkan Homograf (Hashim


Musa dan Adi Yasran 2009)

bandul bendul
‫باندول‬ ‫بندول‬
cangkir cengkir
‫چاڠكير‬ ‫چڠكير‬
hampas hempas
‫هامڤس‬ ‫همڤس‬

Selain itu, perkataan satu suku kata yang bermula dengan huruf wau (‫و‬
), perlu dibubuhkan huruf alif. Contohnya, wang (‫) واع‬, wad (‫) واد‬, wah ( ‫) واه‬,
wak ( ‫)واق‬, wan ( ‫) وان‬, wap ( ‫) واف‬, wau ( ‫)واو‬, watt ( ‫) وات‬. Selain itu
perkataan dan ( ‫) دان‬. Dengan itu, bilangan variasi bagi penggunaan alif
dalam suku kata bervokal ‘a’ adalah tiga – ejaan lazim ( alif tidak
digunakan); penambahan alif untuk mengelakkan homograf (alif
digunakan); dan perkataan satu suku kata yang bermula dengan wau (alif
digunakan).

Bagi vokal-vokal lain, iaitu ‘e pepet’, ‘e taling’ (‫)ي‬, ‘i’ (‫)ي‬, ‘o’ (‫ )و‬dan ‘u’ (‫)و‬,
penggunaan vokal-vokal ini adalah konsisten pada majoriti perkataan
melainkan pada perkataan Melayu jati dan perkataan asal Arab.
Contohnya,

Penggunaan Selain Vokal ‘a’ Atau ‘alif’


Vokal Pada Sukukata Sukukata Perkataan Perkataan
awal terbuka tertutup Melayu jati asal Arab
perkataan
e pepet emak ketam benda - -

‫امق‬ ‫كتم‬ ‫بندا‬


e taling enak besan pendek - -

‫اينق‬ ‫بيسن‬ ‫فينديق‬


i ibu sipi rintih ini maghrib

‫ايبو‬ ‫سيفي‬ ‫رينتيه‬ ‫اين‬ ‫مغرب‬


o orang bosan songkok - korban

‫اورغ‬ ‫بوسن‬ ‫سوغكوق‬ ‫قربان‬


u udang sudu puntung itu kalimatullah

‫اودغ‬ ‫سودو‬ ‫فونتوغ‬ ‫ايت‬ ‫كلمةا‬

Variasi Penggunaan Diftong dan Vokal Bergandingan

Terdapat dua diftong iaitu ‘ai’ dan ‘au’. Kedua-duanya direpresentasikan


dalam sistem tulisan Jawi dengan lebih daripada satu cara.

Penggunaan Diftong ‘ai’ dan ‘au’

‫اي‬ badai ‫باداي‬

lalai ‫للي‬
‫اءي‬ aiskrim ‫اءيسكريم‬
air ‫اءير‬
kain ‫كاءين‬
ai lain ‫لءين‬
main
‫ماءين‬

(serapan Arab) akaid ‫عقاءد‬

‫او‬ pulau ‫فولو‬


halau

‫هالو‬
‫اءو‬ automatik ‫اءوتوماتيك‬
lauk ‫لءوق‬
au taut
‫تاءوت‬

(serapan Arab) taun ‫طاعون‬


aurat ‫عورت‬

taurat ‫تورة‬

Manakala vokal gandingan tiada masalah variasi ejaan Jawi melainkan ‘ui’.
Contohnya:

Penggunaan Vokal Gandingan


ia ‫يا‬ dian ‫ديان‬

biar ‫بيار‬
io ‫يو‬ Rio (de Janeiro) ‫ريو‬
iu ‫يو‬ riuh ‫ريوه‬

nyiur ‫ثيور‬
oi ‫وي‬ sepoi ‫سفوي‬

koboi ‫كوبوي‬
ua ‫وا‬ luar ‫لوار‬

kuah ‫كواه‬
ui ‫وي‬ Lui (Jiamin) ‫لوي‬

ui ‫وءي‬ kuiz ‫كوءيز‬

kuil ‫كوءيل‬

Perlu ditambah bahawa pengimbuhan atau lebih tepat lagi pembubuhan


akhiran ‘-an’ pada perkataan yang berakhir dengan huruf ‘i’, akan
membentuk gandingan huruf ‘-ian’. Namun bagi perkataan yang huruf
akhirnya adalah ‘i’ (‫ ي‬bagi ejaan jawinya) yang bertemu dengan akhiran ‘-
an’, ejaan jawi hanya membubuh huruf ‘nun’ dan bukan ‘alif-nun’ sebagai
akhiran ‘-an’. Bunyinya tetap sama seolah-olah bunyi ‘-ian’ atau ‘ya-alif-
nun’. Sila bandingkan ejaan dan sebutan perkataan-perkataan berikut:

Dian - ‫ديان‬
Tiang - ‫تياغ‬
Tepian - ‫تفين‬
Kesepian - ‫كسفين‬

Analisis Perbezaan Antara Jawi dan Rumi

Rumusan Penelitan Variasi Pengejaan Jawi


Huruf Rumi Huruf Jawi Bilangan Variasi Penerangan

Konsonan

d dal (‫ ;)د‬dad (‫)ض‬ 2


h ha (‫ ;)ح‬ha (‫)ه‬ 2
k kaf (‫ ;)ك‬qaf (‫;)ق‬ 3
’ain (‫)ع‬
kh kha (‫)خ‬ 1
ny nya (‫)ث‬ 1
s sin (‫ ;)س‬tha (‫;)ث‬ 3
sad (‫)ص‬
sh/sy syin (‫)ش‬ 1
t ta (‫ ;)ت‬ta (‫)ط‬ 2
z zai (‫ ;)ز‬zal (‫ ;)ذ‬za 3
(‫)ظ‬

Vokal

a alif 1
(awal perkataan)
a alif ejaan lazim
(suku kata
terbuka KV)
tanpa alif ejaan tradisi
alif darlung
tanpa alif 7 luar darlung
tanpa alif kaf dan ga
alif ra-ma
tanpa alif ha dan aha

a tanpa alif ejaan lazim


(suku kata
tertutup KVK)
alif 3 elak homograf
alif suku kata KVK
yang bermula
dengan wau

e pepet alif 1
(awal perkataan)
e pepet tanpa alif 1 ejaan lazim
(suku kata
terbuka KV)
e pepet tanpa alif 1 ejaan lazim
(suku kata
tertutup KVK)

e taling alif ya 1
(awal perkataan)
e taling ya 1 ejaan lazim
(suku kata
terbuka KV)
e taling ya 1 ejaan lazim
(suku kata
tertutup KVK)

i alif ya 1
(awal perkataan)
i ya 1 ejaan lazim
(suku kata
terbuka KV)
i ya 1 ejaan lazim
(suku kata
tertutup KVK)

o alif wau 1
(awal perkataan)
o wau 1 ejaan lazim
(suku kata
terbuka KV)
o wau 1 ejaan lazim
(suku kata
tertutup KVK)

u alif wau 1
(awal perkataan)
u wau 1 ejaan lazim
(suku kata
terbuka KV)
u wau 1 ejaan lazim
(suku kata
tertutup KVK)

Diftong

ai alif ya 2
alif hamzah ya
au alif wau 2
alif hamzah wau

Vokal Gandingan

ae alif hamzah ya ( 1 contoh: ‘daerah’


‫)اءي‬
ia ‫يا‬ 1
io ‫يو‬ 1
iu ‫يو‬ 1
oi ‫وي‬ 1
ua ‫وا‬ 1
ui ‫وي‬ 2
‫وءي‬
Vokal dalam
Pengimbuhan
akhiran -an nun (tanpa alif) yang tak berakhir
dengan ‘wau’
atau ‘alif’
nun (tanpa alif) huruf terakhir ‘i’
dan jawinya ‘ya’
(namun bunyinya
tetap ‘ian’ atau
‘ya alif nun’)
alif nun 5 yang berakhir
dengan vokal
‘wau’
hamzah nun huruf terakhir ‘a’,
(tanpa alif) jawinya ada ‘alif’
(darlung atau
lazim)
alif hamzah nun huruf terakhir ‘a’,
jawinya tiada ‘alif’
(luar darlung, ka
dan ga)

akhiran -i ya 2 tidak berakhir


dengan huruf
‘alif’ atau ‘wau’
hamzah ya berakhir dengan
huruf ‘alif’ atau
‘wau’

huruf pertama ‘i’ hamzah (atas 1 Contoh: ‘seiring’


selepas awalan alif) ya dan ‘seindah’
se-

kata depan dan dal (tanpa ya) 1


awalan di-
Kesimpulan

Jumlah bilangan variasi dalam ejaan Jawi adalah 64. Setelah ditolak
dengan bilangan ejaan lazim (yang boleh dianggap sebagai serupa dengan
ejaan Rumi), iaitu 11, bilangan variasi ejaan Jawi yang tinggal adalah 53.
Maka ada 53 variasi atau kelainan yang perlu dipelajari oleh seseorang
pelajar berbanding dengan ejaan Rumi yang standard yang tidak
mempunyai variasi ejaan terutama bagi vokal. Lebih daripada itu,
kehadiran ejaan tradisi, ejaan lampau hukum, pasangan homograf dan
ejaan asal Arab (termasuk sistem pengimbuhannya) menambahkan lagi
perkataan dan peraturan ejaan masing-masing yang perlu diingat.
Bilangannya terlalu banyak untuk disenaraikan. Berdasarkan kiraan
pengkaji dalam buku Daftar Ejaan Rumi-Jawi (1996), bilangan perkataan
asal Arab yang tersenarai sudah melebihi 900 (lihat Lampiran C). Menurut
Adi Yasran dan Hashim Musa (2008) pula, bilangan pasangan homograf
sudah mencapai lebih kurang 40 pasangan dalam Daftar Ejaan Rumi-Jawi
(1988) dan 140 pasangan dalam edisi 2005. Selain itu terdapat juga
penggunaan huruf ‘sin’ ( ) yang dieja secara tunggal untuk perkataan-
perkataan serapan seperti sains dan konteks. Huruf ‘lam’ dan ‘fa’ di akhir
perkataan ‘golf’ juga dieja secara terpisah. Manakala terdapat juga
penggunaan huruf ‘ya’ ( ) tanpa titik di akhir perkataan-perkataan yang
berakhir dengan ‘-isme’. Selain itu, harus diingat juga ejaan Jawi
melibatkan tulisan bersambung di mana setiap huruf ada cara tersendiri
bersambung dengan huruf lain bergantung kepada posisinya iaitu sama
ada huruf tersebut berada pada awal perkataan, di tengah atau di akhir
perkataan.

Implikasi Terhadap Motivasi Dalam Pembelajaran Tulisan Jawi:

i. Pengenalan kepada tulisan Jawi yang holistik dan sistematik dapat


memberikan jangkaan yang munasabah bagi orang awam yang ingin
berjinak-jinak dengan tulisan Jawi. Ini adalah dengan tujuan untuk
mengelakkan kekecewaan dengan mengetahui cabaran sebenar
yang dihadapi. Pelajar dan masyarakat umum perlu diterangkan
secara ringkas dan jelas tentang variasi yang terdapat dalam ejaan
Jawi namun diyakinkan bahawa tulisan Jawi masih mudah dipelajari
berbanding dengan setengah-setengah bahasa yang masih
kompleks sistem ejaannya dan memerlukan jauh lebih banyak daya
ingatan.

ii. Adakan senarai-senarai berikut dengan bilangan perkataan yang


tidak terlalu panjang (lihat Lampiran J bagi senarai lengkap):
a. Senarai 1: Perkataan serapan Arab yang sudah terserap
sepenuhnya ke dalam bahasa Melayu dan lazim
penggunaannya (contoh: ibadah, ikhlas, haji, kadi, khutbah,
dakwat, dll)
b. Senarai 2: Perkataan serapan Arab yang kurang digunakan
dalam perbualan seharian tetapi banyak digunakan dalam
perbincangan agama Islam (contoh: faraid, syafaat, syarak dll)
c. Senarai 3: Nama-nama lelaki dan wanita Islam dengan ejaan
asal Arabnya

iii. Ini juga membawa kita kepada pembangunan teknologi komputer


(yang melibatkan kebolehan mengesan ejaan dan makna perkataan
seperti yang terdapat dalam perisian Microsoft Word yang terkini)

( –)
Bunyi vokal [a] di
suku kata
pertama terbuka
pada kata dasar
tiga suku kata
atau lebih
(bagikata Melayu
jati) biasanya
tidak ditulis
dengan huruf
alif
.
•Contoh:
Harimau (
), haloba ( ),
halilintar ( )
, haruan ( ),
halaman ( ),
habuan ( ),
haluan ( )

dijelaskan
sebagai hukum
ha
dalam modul,
Baharu ( ),B a h
agi ( ), Caha
ya ( ), Bahas
a ( ), Bahaya
( ), Dahaga (
)

dijelaskansebagai
hukum
aha
dalam modul, d
ahulu ( ), padu
ka ( ).

Anda mungkin juga menyukai