Anda di halaman 1dari 23

Topik 

 Latar
7 Belakang
Seni Khat
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 
1. Mengenal pasti sejarah seni khat;
2. Mengenal beberapa orang tokoh khat yang terkemuka;
3. Mengaplikasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
bagi topik latar belakang seni khat.

 PENGENALAN
Seni merupakan unsur yang sangat berkait rapat dengan kehidupan manusia.
Seni merupakan hasil daripada gambaran yang terdapat dalam pemikiran
manusia dan dihasilkan dalam pelbagai bentuk seperti tulisan, ukiran dan
lukisan.

Kesenian Islam merupakan hasil karya ciptaan manusia yang berteraskan kepada
ciri-ciri Islam. Dengan mengkaji kesenian Islam tersebut, maka kita akan dapat
memahami dan menghayati kehalusan seni yang ada dalam tamadun Islam.
Islam bukan sahaja membenarkan kesenian dengan pelbagai cara tetapi ia
menggalakkan perkembangan kesenian tersebut. Namun demikian, kebenaran
Islam haruslah menepati dan seiring dengan syariat Allah s.w.t.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


68  TOPIK 7 LATAR BELAKANG SENI KHAT

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:


„Sesungguhnya Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan.‰
(Riwayat Muslim & al-Tirmidhi)

Dalam jiwa, perasaan, nurani dan keinginan manusia, terbenamnya rasa sukakan
keindahan dan keindahan itu adalah seni.

Apakah maksud seni?

Seni adalah sesuatu yang bersifat abstrak, dapat dipandang, didengar dan
disentuh oleh jiwa tetapi tidak dapat dinyatakan melalui kata-kata dan
bahasa.

Sukar untuk mentakrifkan seni secara tepat sesukar untuk menerangkan konsep
keindahan dan kesenangan itu sendiri. Mari kita lihat penjelasan seni oleh al-
Farabi dan Ghazali dalam Jadual 7.1.

Jadual 7.1: Penjelasan Seni oleh Dua Tokoh Islam

Tokoh Penjelasan Seni


Al-Farabi Ciptaan yang berbentuk keindahan
Ghazali Kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan
fitrahnya

Salah satu cabang seni dalam Islam ialah seni khat. Justeru, topik kali ini
membincangkan mengenai latar belakang seni khat. Fokus utama topik ini
adalah pengenalan seni khat, sejarah seni khat dan tokoh khat terkemuka. Pada
akhir topik ini, dikemukakan cadangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai diterapkan di dalam kelas.

SEMAK KENDIRI 7.1

Sebelum perbincangan lebih lanjut mengenai seni khat, apakah yang


anda faham mengenai seni dalam Islam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 LATAR BELAKANG SENI KHAT  69

7.1 PENGENALAN DAN SEJARAH SENI KHAT


Salah satu kesenian dalam Islam adalah seni kaligrafi. Seni kaligrafi Islam atau
lebih sinonim dengan nama seni khat merupakan khazanah tertua di dunia yang
masih dimiliki oleh umat Islam. Perkembangan Islam yang tersebar ke seluruh
pelosok dunia, menyaksikan kaligrafi Islam teradaptasi dengan perubahan yang
berlaku tanpa menghilangkan ciri dan nilai keislamannya.

Adakah anda tahu di mana penulisan khat yang pertama di dunia?

Penulisan khat yang pertama di dunia dipercayai dihasilkan di Kufah, Iraq


pada kurun ke-7.

Namun, sistem penulisan khat ini terbukti telah bermula sejak zaman Rasulullah
s.a.w. sehingga zaman sahabat dan diikuti dengan zaman pemerintahan Islam
yang lain seperti:

(a) Kerajaan Umawiyyah;


(b) Kerajaan Abbasiyyah;
(c) Kerajaan Mughal; dan
(d) Kerajaan Islam di Andalus.

Kesenian kaligrafi ini mempunyai keistimewaan dan keunikannya yang


tersendiri. Khat merupakan salah satu daripada hasil kesenian yang indah dan
halus. Seni ini lahir dan berkembang dalam penulisan Arab dan terkandung
dalam ruang lingkup peradaban Islam. Setelah kehadiran Islam, penulisan Arab
telah memasuki tahap perkembangan yang begitu cepat. Pada abad pertama dan
kedua Hijrah, khat merupakan salah satu ciri untuk memperindah sesuatu
penulisan. Melalui khat, sesuatu maksud dapat diungkapkan. Khat turut menjadi
unsur penting daripada cabang-cabang kesenian yang masih terpelihara hingga
ke hari ini.

7.1.1 Pengenalan Seni Khat


Apakah maksud kaligrafi?

Kaligrafi secara umumnya mempunyai maksud seni penulisan yang indah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


70  TOPIK 7 LATAR BELAKANG SENI KHAT

Apabila ia dikaitkan dengan Islam, membawa kepada seni penulisan Islam yang
indah iaitu tulisan khat.

Tahukah anda dari mana datangnya kaligrafi?

Perkataan kaligrafi ini berasal daripada bahasa Yunani iaitu kalios yang
bererti indah dan graphia yang bererti tulisan.

Seni ini dicipta dan dikembangkan oleh kaum Muslim sejak kedatangan Islam.
Sebagai bahasa yang memiliki karakter lembut dan artistik, huruf Arab menjadi
bahan yang sangat kaya untuk penulisan kaligrafi. Kaligrafi Islam ini juga sangat
berkaitan dengan al-Quran dan hadis kerana sebahagian besar tulisan indah
dalam bahasa Arab menampilkan ayat al-Quran atau hadis Nabi Muhammad
s.a.w.

Apakah yang dimaksudkan dengan khat?

Khat ialah perkataan Arab yang bermaksud garisan.

Apakah pula maksud seni khat?

Seni khat bermaksud garisan indah yang membentuk tulisan. Ia juga


bermaksud tulisan-tulisan (kitabah) yang terikat dengan peraturan dan
kaedah yang telah dikaji dan ditentukan oleh mereka yang terlibat dengan
kemajuan seni.

Tulisan Arab pula mempunyai nilai dan kaedah tertentu yang mempunyai
estetika yang tinggi. Seni khat bukan sekadar wacana penyampai maklumat
tetapi mengandungi nilai abstrak yang disimpulkan dengan:

(a) Kehalusan;
(b) Kelembutan;
(c) Kesinambungan;
(d) Perhubungan;
(e) Pergerakan; dan
(f) Keharmonian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 LATAR BELAKANG SENI KHAT  71

Seni khat merupakan ilmu yang memperkenalkan bentuk huruf tunggal,


penyusunannya dan cara merangkainya menjadi sebuah tulisan yang tersusun.

Khat merupakan seni tulisan indah yang mempunyai nilai kehalusan dan
kesenian. Nilainya tinggi kerana ia mudah diubah mengikut penulisan, bahkan
tulisannya seolah-olah mempunyai irama. Ia juga disandarkan pada subjek yang
berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat suci al-
Quran dan kata-kata bijak pandai.

Seni khat ini merupakan salah satu bidang kesenian yang amat diminati oleh
orang Islam. Keindahannya diabadikan di:

(a) Bangunan;
(b) Kubah masjid;
(c) Seramik kaca; dan
(d) Diukir di atas kayu dan logam.

Dari semasa ke semasa sejak zaman Rasulullah s.a.w. hingga hari ini, seni khat
terus berkembang dan meningkat pencapaian dan kecemerlangannya. Seni khat
ini juga telah menghasilkan pelbagai seni reka bentuk khat. Selepas 100 tahun
kewafatan Rasulullah s.a.w., seni ini telah berada di puncak kegemilangannya.
Rajah 7.1 memaparkan contoh kaligrafi Islam pada abad ke-11.

Rajah 7.1: Contoh kaligrafi Islam pada abad ke-11 dari Persia
Sumber: http://id.wikipedia.org

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


72  TOPIK 7 LATAR BELAKANG SENI KHAT

Seni khat bukan sahaja berperanan mengabadikan al-Quran dalam bentuk tulisan
tetapi juga turut mengabadikan sebahagian ayat dari al-Quran tersebut di
bangunan masjid, rumah dan sebagainya.

Ahli khat bukan sahaja terdiri daripada kalangan orang Arab, bahkan pelbagai
keturunan orang Islam yang lain di seluruh dunia termasuk:

(a) Parsi;
(b) Turki;
(c) India; dan
(d) Melayu.

Perkembangan seni khat di seluruh dunia pesat sekali, seiring dengan


perkembangan dakwah Islamiah dan ilmu Islam.

Khat sebagai hasil seni tampak yang lahir secara tabii daripada budaya halus
masyarakat Islam yang menghayati Islam dan ditampilkan untuk menghiasi:

(a) Kitab;
(b) Mushaf;
(c) Majalah;
(d) Istana;
(e) Masjid;
(f) Rumah; atau
(g) Bangunan awam.

Penampilan budaya halus dan seni begini memberi gambaran kehalusan budi
dan rasa umat Islam. Kesemuanya memberi kesan yang mendalam terhadap nilai
hidup masyarakat Islam yang mementingkan disiplin, ketekunan, kesungguhan
dan ketelitian dalam urusan harian.

Seni khat mempunyai kepentingannya yang tersendiri iaitu:

(a) Ia mempunyai kaitan dengan peningkatan tahap tamadun itu sendiri.


Sebab itu ia merupakan hasil aktiviti masyarakat maju dan bertamadun;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 LATAR BELAKANG SENI KHAT  73

(b) Salah satu maksud dalam saranan Rasulullah s.a.w. agar umat Islam
membaca dan menulis ayat al-Quran dengan baik. Justeru, dengan cara ini,
difikirkan untuk memudahkan lagi mereka mempelajari dan menghafalnya;
dan

(c) Keindahan tulisan merupakan kelembutan jari dan kehalusan pemikiran


serta cita rasa penulisnya.

Saidina Ali pernah berkata yang bermaksud:

„Serikan anak-anakmu dengan ilmu seni tulis kerana tulisan merupakan


perkara yang paling mustahak dan menyeronokkan.‰

AKTIVITI 7.1

1. Bincangkan bersama rakan-rakan anda mengenai maksud kaligrafi


dan seni khat.

2. Pada pandangan anda, apakah kepentingan penulisan khat kepada


umat Islam?

7.1.2 Sejarah Seni Khat


Pusat utama penulisan khat Arab ini bermula di negara Iraq atau lebih khusus
lagi di wilayah al-Hirah dan al-Anbar. Akhirnya, penggunaan tulisan khat ini
tersebar ke pusat utama ketamadunan Arab yang lain termasuklah Mekah,
Madinah dan Taif serta kota besar yang lain.

Lantaran itu, lahirlah empat jenis tulisan khat Arab semenjak Jahiliah lagi, di
mana khat ini merujuk kepada pusat-pusat ketamadunan tersohor meliputi:

(a) Khat al-Hiriy;


(b) Al-Anbariy;
(c) Al-Makkiy; dan
(d) Al-Madaniy.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


74  TOPIK 7 LATAR BELAKANG SENI KHAT

Bangsa Arab sejak dahulu bahkan sebelum kedatangan Islam lagi, amat
mementingkan kekemasan dan keindahan penulisan khat mereka terutama sekali
jika ia melibatkan penulisan perjanjian tertentu, kontrak perniagaan, watikah-
watikah politik, syair-syair dan sebagainya.

Sejarah tulisan khat ini bermula di Iraq dan akhirnya ia tersebar ke semenanjung
Tanah Arab, khususnya pusat tamadun manusia yang paling utama iaitu kota
suci Makkah al-Mukarramah, maka para sahabat mula mempelajarinya dan
mempraktikkannya bersesuaian dengan adat istiadat dan persekitaran setempat
mereka. Rajah 7.2 memaparkan ukiran khat Ummul Jamal.

Rajah 7.2: Ukiran Ummul Jamal: Tulisan nabati ( 250Mă271M)


Sumber: http://noorsyafiqah123.blogspot.com

Al-Quran yang diturunkan Tuhan juga diarahkan penulisannya oleh Nabi


Muhammad s.a.w. Kemuliaan dan kesucian kalam Allah di dalam al-Quran
menyebabkan penulisannya juga dijaga sebaik-baiknya dengan menggunakan
teknik penulisan khat Arab yang lebih unik dan halus, lantaran ia bukanlah
kalimah yang biasa. Akhirnya, Mekah tampil sebagai pusat keagamaan yang
terulung dan kota ketamadunan manusia yang agung termasuklah ia tampil
sebagai kota yang mempunyai tulisan khat Arab yang tersendiri seiring dengan
penulisan al-Quran itu sendiri.

Nabi memerintahkan para sahabat merakam maklumat dengan tulisan dan


mewasiatkan mereka memelihara tulisan tersebut. Baginda juga menggesa
supaya mengajar anak-anak mereka membaca dan menulis, dan mengarahkan
tawanan Perang Badar supaya mengajar anak-anak Ansar membaca dan menulis
sebagai bayaran tebusan diri mereka.

Baginda sendiri mengendalikan urusan kelab latihan tulis-menulis di Madinah


dengan tunjuk ajar daripada individu dan sahabat yang telah mahir menulis.
Hasilnya, wujud dalam kalangan mereka orang yang mahir dalam banyak
bahasa seperti Zaid bin Thabit yang mempelajari bahasa Parsi, Rom, Qibti dan
Habsyah semasa di Madinah. Beliau juga menterjemah surat balasan kepada
Rasulullah s.a.w. yang ditulis dalam bahasa-bahasa tersebut. Rajah 7.3
menunjukkan tulisan khat Arab di kubur Thabit bin Zaid.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 LATAR BELAKANG SENI KHAT  75

Rajah 7.3: Tulisan khat Arab (kufi) di kubur Thabit bin Zaid pada 64H
Sumber: http://nuribtis.blogspot.com

Setelah Saidina Umar al-Khattab r.a. membuka kota Kufah pada tahun 18 Hijrah,
kota tersebut telah berkembang pesat sebagai pusat pemerintahan dan politik
serta ketamadunan manusia. Selanjutnya, ia diikuti pula dengan kota Basrah
hinggalah kota tersebut berperanan menjadi kota ilmu dan pentadbiran yang
memberi impak besar kepada penggunaan tulisan khat Arab dengan lebih
meluas lagi seiring dengan perkembangan penulisan khat Hijaz yang berpusat di
kota Mekah.

Pada zaman pemerintahan Saidina Umar al-Khattab r.a. merupakan zaman


permulaan penyebaran tulisan Arab dengan pesatnya. Pada zaman
pemerintahan Saidina Ali Abi Talib r.a. pula, Kufah muncul sebagai pusat
perkembangan seni khat Islam. Khat yang berkembang di situ adalah yang tertua
dalam sejarah perkembangan seni khat Islam, iaitu khat Kufi sempena nama
bandar Kufah.

Penggunaan tulisan khat Arab ini tidak terhenti setakat itu sahaja, bahkan ia
berkembang dan mengalami transformasi seiring dengan tujuan penggunaan dan
sempena (latar belakang) penulisan tersebut. Ada yang hanya memerlukan
penulisan yang ringkas, segera dan mudah dibaca bagi teks yang biasa. Namun,
ada juga yang memerlukan kepada penelitian yang rapi dan seni khat yang halus
sentuhannya, terutama yang melibatkan surat watikah, perlembagaan, perjanjian
dan seumpamanya. Mari kita lihat contoh mushaf Saidina Uthman dalam Rajah
7.4.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


76  TOPIK 7 LATAR BELAKANG SENI KHAT

Rajah 7.4: Contoh mushaf Saidina Uthman pada zaman beliau sendiri
Sumber: http://en.wikipedia.org

Penulisan khat tidak terbatas setakat itu sahaja, bahkan menjangkau kepada
ukiran di dinding masjid, mihrab dan bangunan yang bersejarah. Penulisan
sebegini agak ringkas, kering (tiada dakwat) dan lebih mudah atau kasar bentuk
tulisannya. Malah, ada penulisan khat Arab di dalam mushaf al-Quran bersama
bingkai muka surat yang berhias dengan corak yang tertentu, maka ia
memerlukan ketekunan dan kehalusan teknik penulisan lagi.

Mari kita pelari lebih lanjut tentang sejarah khat di Nusantara dan Malaysia.

(a) Sejarah Kemasukan Seni Khat Arab dan Pengaruhnya di Nusantara


Khat Jawi atau tulisan Jawi Arab adalah nama baru yang diletakkan kepada
tulisan atau huruf Arab yang ditulis di Kepulauan Melayu. Perkataan Jawi
berasal daripada perkataan Jawa, memandangkan khat Arab mula bertapak
di Kepulauan Jawa. Oleh itu, tidak menjadi satu keunikan apabila disebut
dengan nama Jawi kerana ia dinisbahkan kepada Jawa.

Khat Jawi memainkan peranan penting dalam memartabatkan masyarakat


Nusantara. Ini bermakna masyarakat Nusantara tidak mempunyai apa-apa
khat sebelum khat Arab atau khat Jawi. Maka, tidak mustahil kalau
dikatakan tanpa tulisan Jawi, masyarakat Nusantara masih berada di tahap
kejahilan. Tanpa penulisan, mereka tidak dapat mempelajari sesuatu ilmu
kerana setiap ilmu perlu ditulis terlebih dahulu sebelum ia dihafaz.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 LATAR BELAKANG SENI KHAT  77

Sesudah kemasukan khat Arab, maka satu revolusi berlaku iaitu


masyarakat Nusantara mula mempelajari huruf-huruf tersebut. Pengenalan
tersebut memberi kekuatan baru kepada mereka untuk mempelajari al-
Quran dan hukum yang berkaitan dengan agama Islam.

Sebagaimana yang telah diketahui, ahli sejarah telah menyatakan bahawa


bangsa Arab adalah antara kaum yang paling banyak menjalankan
perdagangan dan perniagaan mengikut jalan laut. Ini bermakna, tidak
keterlaluan kalau dikatakan bahawa merekalah yang telah mempelopori
dan memonopoli perniagaan pada kurun-kurun sebelum kedatangan
Islam.

Seorang sarjana Islam, Muhammad ibn Jarir Abu JaÊfar al-Tabari (tahun
310H atau 920M) telah menegaskan bahawa sebelum kedatangan Islam,
orang Arab telah pun belayar berulang alik dari Cina ke negara Arab.
Mereka belayar melalui Selat Melaka di tengah-tengah Kepulauan Melayu.

Tahukah anda bila khat Arab sampai ke alam Melayu?

Berdasarkan penjelasan tadi, telah dikenal pasti bahawa khat Arab telah
sampai ke alam Melayu melalui pedagang Islam di awal kurun ke-2
Hijrah dan mula tersebar di beberapa kawasan di Acheh.

Semenjak itu, khat Arab ini telah mula menarik minat ramai penduduk
untuk mempelajarinya dan ia semakin berkembang.

(b) Perkembangan Seni Khat di Malaysia


Di Semenanjung Tanah Melayu, contohnya, penemuan Batu Bersurat di
Terengganu (rujuk Rajah 7.5) telah membuktikan bahawa khat Arab telah
diguna pakai di Alam Melayu sejak ratusan tahun lagi. Ia telah bermula
sekitar kurun ke-7 Hijrah iaitu 702H atau 1303M di mana khat Arab telah
terpahat di lubuk hati masyarakat Melayu.

Khat tersebut ditulis menggunakan bahasa Melayu (rujuk Rajah 7.5).


Berhampiran dengan batu tersebut, ada batu pedang. Padanya terdapat
khat kalimah Allah yang mirip khat kufi. Sejak pada itu, penggunaan
tulisan ini menjadi semakin meluas dan menjadi tulisan rasmi dalam
urusan kerajaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


78  TOPIK 7 LATAR BELAKANG SENI KHAT

Rajah 7.5: Batu Bersurat Terengganu


Sumber: http://ms.wikipedia.org
http://upload.wikimedia.org

Di Malaysia, seni khat dimajukan dalam pelbagai bidang. Seperti contoh,


tulisan ini diukir di atas kayu keras. Ini adalah keistimewaan seni khat di
Malaysia, yang diwarisi turun temurun dan dimanfaatkan untuk
mempertingkatkan seni khat Islam.

Ayat al-Quran diukir bermotifkan tumbuh-tumbuhan yang berpusing-


pusing ke kanan dan kiri. Alatan senjata seperti pedang juga diukir dengan
ayat al-Quran. Pada zaman keagungan kerajaan Melayu Islam di seluruh
alam Melayu, seni khat diabadikan di atas duit syiling seperti pada zaman
pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (dari tahun 1455 hingga 1459).

Pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Jalil Syah (dari tahun 1632 hingga
1677), wang emas diukir dengan khat. Begitu juga dengan cokmar, mop
mohor, pingat dan bintang kebesaran kerajaan negeri di Malaysia juga
diukir dengan ayat al-Quran. Khat yang diabadikan di atas tenunan
songket dan hiasan menambahkan lagi keunikan penggunaan khat di
Malaysia.

Pameran khat juga sering diadakan di Malaysia di bawah anjuran Pusat


Islam, Jabatan Perdana Menteri dan lain-lain lagi. Hal ini bertujuan sebagai
tanda kebangkitan kembali penghayatan dan penghargaan terhadap seni
khat dan ukiran Islam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 LATAR BELAKANG SENI KHAT  79

Antara ahli khat Malaysia yang masyhur adalah seperti Syed Abdul
Rahman al-Attas. Khat beliau diabadikan di tempat yang berikut:

(i) Bangunan Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu;


(ii) Masjid Jamek;
(iii) Bangunan Parlimen Malaysia;
(iv) Koleksi Muzium Seni Asia (Universiti Malaya); dan
(v) Koleksi Sultan Johor.

SEMAK KENDIRI 7.2

1. Nyatakan asal usul khat.

2. Sejarah kegemilangan seni khat Islam.

AKTIVITI 7.2

Dengan merujuk kepada buku-buku sejarah dan Tamadun Islam,


bincangkan perkembangan seni khat di Nusantara, khususnya di
Malaysia.

7.2 TOKOH KHAT TERKEMUKA


Oleh kerana kedudukan dan perhatian istimewa yang diberikan oleh masyarakat
Islam kepada cabang seni khat, maka seni ini berkembang dengan pesat. Oleh
itu, lahirlah ramai tokoh penulis khat atau kaligrafi yang mempopularkan
pelbagai jenis tulisan khat.

7.2.1 Tokoh Khat Silam


Mari kita lihat lapan orang tokoh silam yang dipaparkan dalam Jadual 7.2
berikut:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


80  TOPIK 7 LATAR BELAKANG SENI KHAT

Jadual 7.2: Lapan Orang Tokoh Khat Silam

Tokoh Sumbangan
Al-Dhahaq bin Ijlan dan Qutabah Memperkenalkan khat nasakh mulai abad ke-5
Masihi

Ibrahim al-Syujairi Menghasilkan khat jenis al-jalil, al-thuluthain dan


thuluth

Yusuf al-Syujairi Menghasilkan khat jenis al-riayasi

Muhammad bin Muqalan Mahir dalam tulisan khat jenis al-duri


seorang menteri Abbasiyyah

Al-Hasan al-Naqulah Mahir dalam seni khat nasakh

Muhamad al-Samsari dan Memperbaiki tulisan khat nasakh dan


Muhamad bin Asad al-tawqiaÊah
Abu Hasan Ali bin Hilal (Ibn al- Memperlengkapkan lagi kaedah penulisan khat
Bawwab)

Sheikh Jamaluddin Yaqut Ahli khat yang handal di Baghdad


al-MustaÊasimi

7.2.2 Tokoh Khat Zaman Moden


Selain daripada tokoh silam tadi, ada beberapa tokoh khat Arab yang terkenal
pada zaman moden iaitu:

(a) Sheikh Uthman Taha


Nama sebenar Sheikh Uthman Taha ialah Abu Marwan bin Uthman bin
Abduh bin Hussain bin Taha (lihat Rajah 7.6). Beliau dilahirkan di sebuah
kampung di Halab, Syria pada tahun 1934 Masihi. Beliau adalah penulis
Mushaf al-Madinah yang berwarna hijau (rujuk 7.7) yang sering dibawa
oleh jemaah haji atau orang yang ke Mekah. Disebabkan ketokohan dan
penulisan hiasan dinding beliau di Masjid Nabawi, Kerajaan Saudi telah
mengambil beliau sebagai penulis Mushaf al-Madinah yang diguna pakai
oleh kerajaan Saudi dan seluruh dunia bermula pada tahun 1988.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 LATAR BELAKANG SENI KHAT  81

Rajah 7.6: Sheikh Uthman Taha


Sumber: http://callidesign.blogspot.com

Rajah 7.7: Contoh khat tulisan Sheikh Uthman Taha


Sumber: http://callidesign.blogspot.com

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


82  TOPIK 7 LATAR BELAKANG SENI KHAT

(b) Sheikh Muhammad Sami Afandi


Beliau dilahirkan pada tahun 1838M dan meninggal dunia pada 1912M.
Jenazah beliau dimakamkan di kawasan JamiÊ al-Fateh, Istanbul, Turki.
Kemahiran beliau dalam tulisan khat dianggap sangat bermutu tinggi
terutamanya dalam khat thuluth jali. Rajah 7.8 memaparkan contoh hasil
karya Sheikh Muhammad Sami Afandi.

Rajah 7.8: Contoh tulisan khat oleh Sheikh Muhammad Sami Afandi
Sumber: http://calligraphyislamic.com

(c) Sheikh Abdul Aziz Affandi al-RifaÊi


Beliau dilahirkan di Qasbah, Terabezon, Turki pada tahun 1871M dan
meninggal dunia pada tahun 1934M. Jenazah beliau dikebumikan di
perkuburan Adranah Qabi, Istanbul, Turki.

Beliau telah menulis:


(i) Dua belas mushaf;
(ii) Helaian-helaian kesenian khat;
(iii) Mencipta kertas al-Ibrlo; dan
(iv) Mencipta pelbagai motif seni hiasan.

Rajah 7.9 menunjukkan salah satu lakaran tulisan khat beliau.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 LATAR BELAKANG SENI KHAT  83

Rajah 7.9: Contoh tulisan khat oleh Sheikh Abdul Aziz Affandi al-RifaÊi

(d) Sheikh Hamid al-Amidi


Nama sebenar beliau ialah al-Sheikh Musa Azmi. Beliau dilahirkan pada
tahun 1891M di salah sebuah kota lama di Tenggara Turki yang dulunya
dikenali dengan nama Amid dan sekarang, Diyar Bakr. Beliau meninggal
dunia pada 18 Mei 1982.

Selama 75 tahun berkecimpung dalam dunia seni khat, beliau telah menulis
dua buah naskhah kitab suci al-Quran. Selain itu, banyak kubah dan
dinding masjid yang dihiasi dengan tulisan khat ayat al-Quran hasil tulisan
beliau seperti Masjid Abu Ayyub al-Ansari.

Contoh tulisan Sheikh Hamid al-Amidi ditunjukkan dalam Rajah 7.10.

Rajah 7.10: Contoh tulisan khat oleh Sheikh Hamid al-Amidi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


84  TOPIK 7 LATAR BELAKANG SENI KHAT

(e) Sheikh Hashim Muhammad al-Baghdadi


Nama penuh beliau ialah Abu Raqim Hashim bin Muhammad al-Haj
Darbas al-Qisi al-Baghdadi. Beliau dilahirkan di perkampungan yang
sangat dikenali dengan nama Khan Lund di Baghdad pada tahun 1917M.
Sheikh Hashim telah menggabungkan gaya penulis khat Baghdad klasik
iaitu Yaqut al-MustaÊasimi dengan gaya moden Sekolah Uthmani.

Beliau juga terkenal sebagai seorang penulis khat thuluth. Pada tahun 1960,
beliau menjadi pensyarah Seni Khat Arab di Institut Seni Baghdad.
Kemudian, beliau menjadi Ketua Jabatan Seni Khat dan Hiasan Islam
sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 1973M di Baghdad dan
dikebumikan di perkuburan al-Khayzuran.

Semenjak tahun 1961, beliau telah menerbitkan koleksi khat peribadinya


yang terbaik dengan tajuk Method Seni Khat Arab.

Hasil kaligrafinya dapat dilihat di masjid di Iraq termasuklah:

(i) Masjid Shahid;


(ii) Masjid Sheikh Abdul Qadir al-Jailani;
(iii) Masjid Haydir Khanna;
(iv) Masjid al-Muradia; dan
(v) Masjid Bunia.

Sheikh Hashim Muhammad al-Baghdadi juga mereka bentuk:

(i) Mata wang Iraq;


(ii) Duit syiling Tunisia;
(iii) Duit syiling Morocco;
(iv) Duit syiling Libya; dan
(v) Duit syiling Sudan.

Sheikh Hashim al-Baghdadi bercadang untuk menulis al-Quran mengikut


gayanya, namun beliau tidak sempat menghabiskannya. Koleksi
himpunannya yang terkini diterbitkan semula di Baghdad pada 1978.
Contoh tulisan khat beliau dipaparkan dalam Rajah 7.11.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 LATAR BELAKANG SENI KHAT  85

Rajah 7.11: Contoh tulisan khat oleh Sheikh Hashim Muhammad al-Baghdadi

(f) Sheikh Muhammad Abdul Qadir


Nama penuh beliau ialah Muhammad Abdul Qadir Abdullah. Beliau lahir
di bandar Kaherah, Mesir pada 1917M dan merupakan pelajar Institut
Tahsin al-Khutut Khalil Agha, Kaherah. Beliau terkenal sebagai pembaharu
dalam khat Kufi. Beliau juga telah mencipta Tarkib Thuluth Jali yang rumit,
jarang dilakukan oleh penulis lain.

Sheikh Muhammad Abdul Qadir memperoleh anugerah antarabangsa yang


banyak, antaranya adalah Anugerah Seni Khat dan Penyemarak Khat pada
1938M. Beliau kerap diajak menjadi hakim Pertandingan Khat
Antarabangsa. Jasa beliau dalam memperkasa seni khat memang tidak
ternilai. Hasil nukilan beliau dipaparkan dalam Rajah 7.12.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


86  TOPIK 7 LATAR BELAKANG SENI KHAT

Rajah 7.12: Contoh tulisan khat oleh Sheikh Muhammad Abdul Qadir

SEMAK KENDIRI 7.2

Senaraikan tiga tokoh penulis khat silam dan tiga tokoh penulis khat
moden.

7.3 CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN
Dalam bahagian yang terakhir ini, kita akan melihat kepada cadangan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran bagi topik latar belakang seni khat. Sebagaimana
yang anda sedia maklum, anda tidak perlu terikat dengan kaedah-h yang
disediakan tersebut kerana ia hanyalah satu cadangan.

Anda boleh menggunakan kombinasi kaedah-kaedah lain yang sesuai untuk


diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran mengikut:

(a) Objektif pengajaran;


(b) Kesesuaian waktu mengajar;
(c) Jumlah murid;
(d) Topik yang diajar; dan
(e) Tahap kebolehan dan kemampuan murid anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 LATAR BELAKANG SENI KHAT  87

Sila baca dan teliti perlaksanaan dua kaedah aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang dijelaskan dalam Jadual 7.3.

Jadual 7.3: Dua Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Topik Latar Belakang Seni Khat 

Kaedah Langkah-langkah Penyampaian 

Penerangan  Guru menerangkan topik yang akan dipelajari pada hari ini
iaitu latar belakang seni khat

 Guru menerangkan hubung kait antara kesenian dalam


Islam dan seni khat

 Guru menjelaskan kepada pelajar mengenai definisi seni


khat

 Guru menerangkan sejarah seni khat

 Guru menghuraikan beberapa tokoh khat yang terkemuka


pada zaman silam dan moden

Soal jawab dan  Guru menyoal beberapa murid mengenai hukum kesenian
perbincangan dalam Islam

 Guru menyoal beberapa murid mengenai definisi seni


dalam Islam dan kedudukannya

 Guru berbincang dengan pelajar mengenai definisi khat


dan menyoal beberapa orang pelajar mengenai definisi
khat

 Guru meminta pelajar menceritakan sejarah seni khat

 Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan dan


meminta setiap kumpulan menyenaraikan tokoh-tokoh
khat yang terkemuka

AKTIVITI 7.4

Fikirkan beberapa aktiviti lain yang sesuai digunakan dalam pengajaran


dan pembelajaran bagi topik latar belakang seni khat bagi memudahkan
pelajar memahaminya. Anda boleh rujuk dari mana-mana buku berkaitan
dengan kaedah pengajaran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


88  TOPIK 7 LATAR BELAKANG SENI KHAT

 Kesenian Islam merupakan hasil karya ciptaan manusia yang berteraskan


kepada ciri-ciri Islam. Salah satu cabang seni dalam Islam ialah seni khat.

 Pengertian seni khat adalah garisan indah yang membentuk tulisan. Ia juga
bermaksud tulisan-tulisan (kitabah) yang terikat dengan peraturan dan
kaedah yang telah dikaji dan ditentukan oleh mereka yang terlibat dengan
kemajuan seni.

 Nilainya penulisan khat adalah tinggi kerana ia mudah diubah mengikut


penulisan, bahkan tulisannya seolah-olah mempunyai irama dan
kepentingannya dalam sejarah Islam.

 Sejarah penulisan seni khat bermula di Kufah, Iraq Arab dan


perkembangannya. Namun, sistem penulisan khat ini terbukti telah bermula
sejak zaman Rasulullah s.a.w. sehingga zaman sahabat dan diikuti dengan
zaman pemerintahan Islam yang lain.

 Sejarah seni khat Jawi di alam Melayu bermula sekitar kurun ke-7 Hijrah
iaitu 702H atau 1303M. Penemuan Batu Bersurat di Terengganu telah
membuktikan bahawa khat Arab telah diguna pakai di Alam Melayu sejak
ratusan tahun lagi.

 Tokoh-tokoh khat terkemuka adalah seperti al-Dhahaq bin Ijlan, Ibrahim al-
Syujairi, Yusuf al-Syujairi, Muhammad bin Muqalan, al-Hasan al-Naqulah,
Sheikh Uthman Taha dan Sheikh Abdul Aziz Affandi al-RifaÊi.

 Guru perlu menerapkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai


dengan topik latar belakang seni khat seperti menggunakan kaedah
penerangan, dan soal jawab dan perbincangan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 LATAR BELAKANG SENI KHAT  89

Batu Bersurat Terengganu Kubah


Kaligrafi Mihrab
Khat Arab Mushaf
Khat Jawi Seni khat
Khat kufi Khat thuluth jali

Anon. (2012). Asal usul khat Arab. Dicapai dari http://wirsablog.wordpress.


com/2012/06/04/asal-usul-khat-arab

Anon. (2014). Seni kaligrafi Islam: Seni khat. Dicapai dari http://ml.scribd.com/
doc/141120646/Seni-Kaligrafi-Islam-Seni-Khat

Anon. (2014). Pengenalan seni khat. Dicapai dari http://luvislamlife.blogspot.


com/p/kaligrafi-khat.html

Ensiklopedia Kesenian dan Warisan Islam. (2009). Jilid 7. Shah Alam, Malaysia:
Anzagain.

Ensiklopedia Islam untuk Pelajar. (2001). Jilid 5. Jakarta, Indonesia: PT Ichtiar


Baru Van Hoeve.

Hashim Musa. (1999). Sejarah perkembangan tulisan Jawi. Kuala Lumpur,


Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Bakhir Abdullah. (2007). Sumbangan Kaligrafi Arab dalam Kesenian Islam:
Suatu Kajian Sejarah. Jurnal Usuluddin 26: 115-132.

Mustafa Daud. (1991). Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications and
Distributors.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Anda mungkin juga menyukai