Anda di halaman 1dari 3

Pemaaf Melunakkan Hati

www.pandai.org
 

6.1  Pemaaf Melunakkan Hati

Standard Pembelajaran:

Menyatakan pengertian sifat pemaaf


Menyatakan dalil naqli berkenaan sifat pemaaf
Menyatakan contoh sifat pemaaf yang diamalkan oleh Rasulullah SAW
Menerangkan adab dan cara memohon kemaafan dan memberi kemaafan
Merumuskan hikmah bersifat pemaaf
Mengamalkan sifat pemaaf secara beradab dan istiqamah

1. Maksud Pemaaf

Maksud Pemaaf

Bahasa Melepaskan atau membebaskan

Istilah Melepaskan seseorang daripada kesalahan dan membebaskan daripada hukuman

2. Dalil Naqli

...

‫َو َاْن َتْعُفْٓو ا َاْقَر ُب ِللَّتْقٰو ۗى‬   


Surah Al-Baqarah, ayat 237 ...dan perbuatan kamu memberi kemaafan itu lebih hampir kepada taqwa...

...

Iaitu orang yang mendermakan (hartanya) pada masa senang dan susah dan orang yang menahan ‫اَّلِذْيَن ُيْنِفُقْو َن ِفى الَّسَّۤر اِء َو الَّض َّۤر اِء َو اْلَكاِظ ِم ْيَن‬
Surah Al-Imran, ayat 134 kemarahannya serta orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan Allah menyayangi orang yang ‫اْلَغْيَظ َو اْلَعاِفْيَن َعِن الَّناِۗس َو ُهّٰللا ُيِح ُّب‬
melakukan kebaikan. ‫اْلُم ْح ِسِنْيَۚن‬ 

Hadis Rasulullah SAW, ‫ اْر َحُم وا ُتْر َحُم وا َو اْغ ِفُر وا َيْغِفِر هللا َلُكْم‬...
Kasihilah sesama kamu, nescaya kamu akan dikasihi, dan maafkanlah (kesalahan manusia) mescaya
daripada Abdullah bin
kamu akan diampunkan Allah SWT... (‫)رواية أحمد‬
'Amru

3. Contoh Sifat Pemaaf Rasulullah SAW

1. Rasulullah SAW dan penduduk Kota Tha'if

1. Usaha dakwah Rasulullah SAW ke negeri Tha'if telah ditolak secara terang oleh pemimpin Qabilah Thaqif yang menghuni Kota Tha'if
2. Baginda telah dihina dan dilontar dengan batu sehingga berdarah dan luka teruk
3. Allah SWT telah mengutus malaikat Jibril dan malaikat penjaga gunung untuk meinmpakan gunung ke atas penduduk Tha'if
4. Baginda menjawab "Wahai Jibril, jangan lakukannya! Biarlah aku bersabar terhadap kaumku. Semoga Allah SWT akan melahirkan daripada zuriat mereka
orang-orang yang beriman kepada Allah SWT".
5. Baginda mendoakan penduduk Tha'if "Ya Allah, berilah petunjuk kepada kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahui".
6. Rasulullah SAW sentiasa berlapang dada memaafkan kesalahan orang lain.

2. Habbar dan Zainab RA

1. Habbar telah memanah unta yang dinaikki oleh Saidatina Zainab RA semasa dalam perjalanan ke Madinah sehingga menyebabkan unta itu jatuh
2. Saidatina Zainah RA terhembun dari atas unta hingga gugur kandungannya
3. Habbar datang menemui Rasulullah SAW di Madinah untuk memohon maaf
4. Baginda memaafkannya
5. Habbar memeluk Islam

www.pandai.org
 

4. Adab dan Cara Memohon dan Memberi Kemaafan

Memohon Kemaafan Memberi Kemaafan

Bersegera memohon maaf Memaafkan kesalahan tanpa diminta


Bertemu muka dan bersalaman Melupakan kesalahan orang terhadapnya
Mengaku kesalahan tanpa alasan Berdoa memohon hidayah dan keampunan untuk orang yang melakukan kesalahan
Memulangkan hak atau abarang diambil Bersangka baik terhadap orang yang memohon kemaafan
Berazam tidak mengulangi kesalaan Mengelakkan diri daripada bersifat dendam
Ikhlas memohon kemaafan Ikhlas memberi kemaafan

5. Hikmah Bersikap Pemaaf


 

Kepada Individu Kepada Masyarakat


© 2023 Pandai.org All Rights Reserved
1. Memberi ketenangan jiwa 1. Hidup dalam suasana harmoni
Made with  in Malaysia
2. Disenangi oleh orang lain 2. Mengangkat imej umat Islam
3. Mendapat rahmat dan keampunan Allah SWT 3. Mewujudkan sikap toleransi dalam kalangan masyarakat
4. Menzahirkan keunggulan peribadi muslim 4. Menarik minat orang bukan muslim untuk mendalami Islam

Anda mungkin juga menyukai