Anda di halaman 1dari 13

NOTA FINAL AKHLAK TASAWWUF

PRINSIP SEPULUH (10) ILMU TASAWUF DAN AKHLAK


 Tema
 Peletak dasar
 Sumber
 Nama
 Hukum
 Pokok permasalahannya
 Tokoh pertama
 Faedah mempelajarinya
 Tujuannya
 Hubungan Ilmu Tasawuf dengan Ilmu lain/syariat Islam
1. Tema: Hati,ruh, akal dan nafs (jiwa). Iaitu membahas penyucian dan pendidikan
rohani, (tazkiyatunnufus, tarbiyah ruhiyah).

2. Peletak Dasar:

 Syari’at (kemaslahatan hidup melalui ibadah dan mu’amalah)


 Hakikat (buah atau natijah dari pelaksanaan syari'at dan kesempurnaan syariat itu
sendiri)
3. Sumber:

 Al-Quran
 Hadis
 Ilham orang-orang soleh
 Futuhat
4. Nama: Tasawuf Islam
5. Hukum Mempelajarinya: Fardhu ‘Ain
6. Pokok permasalahannya: Membahas kelakuan qalbu

 Maqamat (akhlak luhur)


 Ahwal (keadaan kerohanian) - jujur, iman, yaqin, ikhlas, zuhud, sabar, redha, syukur,
ma’rifat dan lain-lain
7. Tokoh pertama:

 Imam Ali
 Imam al-Hasan al-Basri (wafat 110H)
 Imam Hubaib al-‘Ajami
 Imam Daud ath-Tha`i
 Imam Ma’ruf al-Karkhi
 Imam Sarri al-Saqathi
 Imam Junaid al-Bagdadi
8. Faedah:

 Mendidik jiwa
 Membersihkan hati
 Ma’rifat kepada Allah
9. Tujuannya: Makrifatullah iaitu mengembalikan manusia kepada asal
kemakrifatannya.
10. Hubungan Ilmu Tasawuf dengan Ilmu lain/syariat Islam:
Persoalan iman dan kaitannya dengan tasawuf
Beriman dengan Allah dan keesaan Nya boleh menghapuskan sifat bakhil, mementingkan
diri, gentar, takut, menyembah harta, eksploitasi sesama manusia, menghapuskan sifat
bergantung kepada makhluk, tidak kepada khaliq, tidak bertimbang rasa dengan anak-anak
yatim, keras hati dan tidak amanah.
Semua ibadah dan kaitannya dengan tasawuf
Ibadah solat:-
Sembahyang dalam Islam dapat membersihkan jiwa, melembutkan hati dan menghias
manusia dengan sifat-sifat tegas, khusyuk, menghadirkan diri kepada Allah, menilai diri,
munajat dan mendekatkan diri kepada Allah.
Ibadah Haji:-
Ibadat haji bertujuan untuk mendekatkan diri serta menghambakan diri kepada Allah,
kerana amalan ini dapat mengembalikan manusia kepada fitrah semulajadi dan
menghidupkan persamaan taraf di antara manusia.

SUMBER ILMU TASAWUF


Al-Quran sumber Tasawuf
1. Jihad al-Nafs: Tangga pertama dalam menuju kepada Allah.
Surah al-Ankabut ayat 69:

‫َو اَّلِذ ْي َن َج اَهُد ْو ا ِفْي َن ا َلَن ْه ِد َي َّن ُهْم ُسُبَلَن ۗا َو ِاَّن َهّٰللا َلَمَع اْلُمْح ِس ِنْي َن‬
2. Maqam takwa
Surah al-Hujurat ayat 13:

‫ٰٓي َاُّيَه ا الَّن اُس ِاَّن ا َخ َلْق ٰن ُك ْم ِّم ْن َذ َك ٍر َّو ُاْن ٰث ى َو َج َع ْلٰن ُك ْم ُشُعْو ًب ا َّو َقَب ۤا ِٕىَل ِلَت َع اَر ُفْو اۚ ِاَّن َاْك َر َم ُك ْم ِع ْن َد ِهّٰللا َاْت ٰق ىُك ْم ۗ ِاَّن‬
‫َهّٰللا َع ِلْي ٌم َخ ِبْيٌر‬
‫‪3.‬‬ ‫‪Maqam zuhud‬‬
‫‪Surah al-Nisa’ ayat 77‬‬

‫َاَلْم َت َر ِاَلى اَّلِذ ْي َن ِقْي َل َلُهْم ُك ُّفْٓو ا َاْي ِد َي ُك ْم َو َاِقْيُم وا الَّص ٰل وَة َو ٰا ُتوا الَّز ٰك وَۚة َفَلَّم ا ُك ِتَب َع َلْي ِهُم اْلِقَت اُل ِاَذ ا َف ِر ْي ٌق‬
‫ٰٓل‬
‫ِّم ْن ُهْم َي ْخ َش ْو َن الَّن اَس َكَخ ْش َي ِة ِهّٰللا َاْو َاَش َّد َخ ْش َي ًة ۚ َو َقاُلْو ا َر َّب َن ا ِلَم َكَت ْب َت َع َلْي َن ا اْلِقَت اَۚل َلْو ٓاَل َاَّخ ْر َتَن ٓا ِا ى َاَج ٍل‬
‫َقِر ْي ٍۗب ُقْل َم َت اُع الُّد ْن َي ا َقِلْي ٌۚل َو اٰاْل ِخ َر ُة َخ ْيٌر ِّلَم ِن اَّت ٰق ۗى َو اَل ُتْظ َلُمْو َن َفِتْي ًل‬
‫‪4.‬‬ ‫‪Maqam tawakal‬‬
‫‪Surah al-Talaq ayat 3:‬‬

‫َّو َيْر ُز ْق ُه ِمْن َح ْي ُث اَل َيْح َت ِس ُۗب َو َم ْن َّي َت َو َّك ْل َع َلى ِهّٰللا َفُهَو َح ْس ُبٗه ۗ ِاَّن َهّٰللا َب اِلُغ َاْم ِر ٖۗه َقْد َج َع َل ُهّٰللا ِلُك ِّل َش ْي ٍء‬
‫َقْد ًر ا‬
‫‪5.‬‬ ‫‪Maqam syukur‬‬
‫‪Surah Ibrahim ayat 7:‬‬

‫َو ِاْذ َت َاَّذ َن َر ُّب ُك ْم َلِٕىْن َشَك ْر ُتْم َاَلِز ْي َد َّنُك ْم َو َلِٕىْن َك َف ْر ُتْم ِاَّن َع َذ اِبْي َلَش ِد ْي ٌد‬
‫‪6.‬‬ ‫)‪Maqam khauf (takut‬‬
‫‪Surah al-Sajadah ayat 16‬‬

‫َتَت َج اٰف ى ُج ُنْو ُبُهْم َع ِن اْلَمَض اِج ِع َي ْد ُعْو َن َر َّبُهْم َخ ْو ًفا َّو َط َمًع ۖا َّو ِم َّم ا َر َز ْق ٰن ُهْم ُيْن ِفُقْو َن‬
‫‪7.‬‬ ‫)‪Maqam mahabbah (kecintaan‬‬
‫‪Surah al-Maidah ayat 54‬‬

‫ٰٓي َاُّيَه ا اَّلِذ ْي َن ٰا َم ُنْو ا َم ْن َّيْر َت َّد ِم ْنُك ْم َع ْن ِد ْي ِنٖه َفَس ْو َف َي ْأِتى ُهّٰللا ِبَق ْو ٍم ُّي ِحُّبُهْم َو ُيِحُّبْو َن ٓٗه ۙ َاِذ َّلٍة َع َلى اْلُم ْؤ ِم ِنْي َن‬
‫ُۗء‬ ‫ٰذ‬ ‫َۖن‬
‫َاِع َّز ٍة َع َلى اْلٰك ِفِر ْي ُيَج اِهُد ْو َن ِفْي َس ِبْي ِل ِهّٰللا َو اَل َي َخ اُفْو َن َلْو َم َة ۤاَل ِٕىٍم ۗ ِلَك َفْض ُل ِهّٰللا ُيْؤ ِتْي ِه َم ْن َّي َش ۤا َو ُهّٰللا‬
‫َو اِس ٌع َع ِلْي ٌم‬
‫‪8.‬‬ ‫‪Maqam reda‬‬
‫‪Surah al-Maidah ayat 119‬‬
‫ّٰن‬ ‫ّٰص‬
‫َقاَل ُهّٰللا ٰه َذ ا َيْو ُم َي ْن َف ُع ال ِد ِقْي َن ِص ْد ُقُهْم ۗ َلُهْم َج ٌت َت ْج ِر ْي ِمْن َت ْح ِتَه ا اَاْلْنٰه ُر ٰخ ِلِد ْي َن ِفْيَه ٓا َاَب ًداۗ َر ِض َي ُهّٰللا‬
‫َع ْن ُهْم َو َر ُضْو ا َع ْن ُه ۗ ٰذ ِلَك اْلَف ْو ُز اْلَع ِظ ْي ُم‬

‫‪KEHIDUPAN NABI S.A.W. AKHLAK DAN TUTUR KATANYA‬‬


‫‪1. Bertahannus (beribadah) di Gua Hira’ pada setiap datangnya bulan Ramadhan,‬‬
‫‪menjauhkan diri daripada kemelut dunia, zuhud daripada nikmat dan‬‬
‫‪kemegahannya,mengurangkan makan dan minum serta bertafakur tentang kejadian.‬‬
‫‪2. Berdiri sepanjang malam untuk beribadah sehingga bengkak kedua belah kakinya.‬‬
‫‪3. Baginda SAW amat pemurah dan penyayang.‬‬
KEHIDUPAN SAHABAT DAN TUTUR KATA MEREKA
1. Abu Bakar seorang yang Zahid, beliau pernah berlapar selama enam hari dan tidak
mempunyai pakaian lebih daripada satu.
2. Umar al-Khattab pula adalah seorang yang bersih jiwa dan suci hati sehingga Allah
menjadikan di lidah dan hati Umar sifat benar. Beliau hidup bersederhana.
3. Uthman bin Affan pernah dikatakan memikul seberkas kayu api daripada kebunnya,
sedangkan dia mempunyai beberapa orang hamba bersamanya.
4. Saiydina Ali pula merupakan contoh yang jelas dalam zuhud, hidup sederhana serta
menggalakkan orang ramai memiliki sifat tersebut.
 Kehidupan rohani Islam tidak hanya tertanam di hati Nabi s.a.w. dan pada keempat
sahabat beliau sebaliknya didapati pada sahabat-sahabat baginda yang lain.
 Contoh: Ahli Suffah, mereka mempunyai kesan yang jelas dalam sejarah kerohanian
Islam hingga ada yang berpendapat nama tasawuf itu diambil daripada mereka.

ISTILAH-ISTILAH DALAM ILMU TASAWUF


1. Ittihad: Suatu fahaman dalam bidang tasawwuf iaitu, kesatuan di antara Allah
dengan makhluk.
2. Ihsan: Mereka telah mencapai kenikmatan ibadat seolah-olah dia melihat Allah
ketika melakukan ibadat.
3. Ahli Khalwah: Orang sufi yang berkhalwah untuk mendampingi Allah.
4. Ahli Dwazq: Orang Sufi yang sampai ke tahap tertinggi sambil merasai dan
mengenali hakikat kebahagiaan rohani.
5. Ahli Suluk: Orang yang mengikut sesuatu amalan tasawwuf untuk mencapai
kesempurnaan batin.
6. Ahli Suffah: Para sahabat yang menumpang tinggal di serambi masjid Rasulluah saw
semata-mata untuk beribadat.
7. Al-Ahwal: Jamak dari kalimah (hal), iaitu keadaan yang dirasai oleh seseorang sufi
ketika berada dalam sesuatu maqam.
8. Haqq al-Yakin: Kefanaan seseorang hamba dalam Allah
9. Al-Hal: Keadaan yang dirasai oleh seseorang sufi ketika berada dalam sesuatu
maqam.
10. Harakah Syawqiyah: Dorongan kepada seseorang yang menjalani atau memasuki
sesuatu amalan rohani untuk sampai kepada yang dicintainya.
11. Hudur: Kehadiran hati seseorang sufi ketika mengingati Allah seola-olah Allah berada
di hadapan-Nya.
12. Khalwah: Munajat bersunyi-sunyian dengan Allah.
13. Ilmu syuhud: Makrifat penyaksian ahli sufi terhadap keagungan Allah.
14. Ain al-Yaqin: Ilmu yang berasaskan musyahadah dan kashaf.
15. Abid: Orang yang kuat beribadat atau mengabdikan diri kepada Allah, tanpa
mengharapkan sebarang ganjaran daripada-Nya.
16. Rasaan rohani: Pencapaian makrifat ketuhanan seseorang sufi menerusi rasaan
rohani tanpa usaha.
17. Sakinah: Ketenangan seseorang sufi hasil daripada pancaran cahaya ilahi ke hatinya.
18. Suluk: Displin rohani yang ditentukan oleh sesuatu tariqat untuk mencapai matlamat
sufi.
19. Ilmu yakin: Ilmu yang diterima menerusi akal dan syariaat.
20. Fana’: Hilang sifat makhluk dan tenggelam dalam sifat ketuhanan.

RUKUN-RUKUN TASAWUF
Niat yang benar – Kehendak seorang untuk melakukan perbuatan yang bermakna.
Takwa –

 Berhati-hati dengan cara menjauhi segala sesuatu yang dibenci Allah s.w.t. di atas
petunjuk dari-Nya dan takutkan siksaan-Nya.
 Melaksanakan perkara-perkara yang diwajibkan oleh Allah s.w.t dan meninggalkan
perkara-perkara yang dilarang oleh-Nya.
Ikhlas –

 Melakukan amalan semata-mata mencari keredhaan Allah swt, tanpa dicampuri


dengan tujuan dunia.
 Mengesakan Allah taala dalam ibadat.
 Sesuatu perbuatan yang boleh menjauhkan diri dari sifat riyak, sum’ah, ujub dan
berbagai penyakit jiwa yang lain.
Makanan yang halal - Sumber makanan yang diperolehinya, perlulah didapati dari sumber
yang halal dan bukannya haram mahupun syubhat. Insan yang memakan makanan bukan
dari sumber yang halal juga berpotensi untuk ditolak amalan-amalan yang dikerjakannya.
Kepentingan:

 Tubuh sihat dan bertenaga


 Akal menjadi cerdas
 Doa akan diperkenan oleh Allah s.w.t
Zikir hati dan anggota badan –

 Ucapan tasbih, tahmid, tahlil dan menyebut nama-nama Allah yang mulia. Zikr juga
membawa ucapan tasbih, tahmid, tahlil dan menyebut nama-nama Allah yang mulia.
 Zikir dapat dilaksanakan dalam beberapa keadaan. Adakalanya dengan lisan, dengan
hati, dengan anggota dan juga dengan ucapan yang jelas.
Kepentingan:

 Mendapat pahala seperti membebaskan 10 orang hamba


 Mendapat 100 kebaikan dan dijauhkan daripada 100 keburukan
Riyadah, mujahadah, muhasabah dan muraqabah –

 Riyadah dan mujahadah adalah berjuang melawan segala tabiat jiwa dengan
mengarahkannya untuk selalu menentang kemahuan hawa nafsu dan bisikan syaitan
yang sentiasa berada padanya.
 Merenung dan memerhati serta menetapkan sesuatu dengan membezakan di antara
apa yang dibenci dan disukai Allah s.w.t
 Muraqabah ialah, merasakan keagungan Allah swt di setiap waktu dan keadaan serta
merasakan kehadiran-Nya.
 Muhasabah adalah merenung dan memerhati serta menetapkan sesuatu dengan
membezakan di antara apa yang dibenci dan disukai Allah s.w.t

Al-Ahwal dan Al-Maqamat


Ahwal: Perkataan berbentuk jama’ daripada kalimah hal yang bererti ‘keadaan’. Keadaan
yang dirasai oleh seseorang sufi ketika berada dalam sesuatu maqam.
Maqamat:

 Tahap-tahap yang ditempuh oleh salik dalam tarikatnya kepada Tuhannya. Disebut
sebagai maqam untuk kemantapan dan kepastiannya.
 Tingkat seorang hamba di hadapan Allah dalam hal ibadah, mujahadah dan riyadah
(memerangi hawa nafsu) serta pemusatan diri kepada Allah s.w.t.

Akhlak
Bahasa : Berasal daripada perkataan ‘khulq’ yang bererti perilaku, perangai atau tabiat.
Istilah :

 Menurut Imam al-Ghazali, “Akhlak ialah suatu sifat yang tertanam dalam jiwa yang
daripadanya timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan
pertimbangan terlebih dahulu.”
 Menurut Ibnu Maskawih, “Akhlak ialah keadaan jiwa seseorang yang mendorong
untuk melakukan perbuatan-perbuatan tanpa pertimbangan akal fikiran terlebih
dahulu.”
 Menurut Profesor Dr Ahmad Amin, “Akhlak ialah kehendak yang dibiasakan dan ia
akan menjadi kebiasaan yang mudah dilakukan.”

Faktor Pembentukan Akhlak Mulia


1. Kehendak
Kehendak adalah faktor yang menggerakkan manusia untuk berbuat dengan sungguh
sungguh. Dalam perilaku manusia, kehendaklah yang mendorong manusia untuk berusaha
dan bekerja, tanpa kehendak semua ide, keyakinan, kepercayaan, pengetahuan menjadi
pasif dan tidak ada arti bagi hidupnya. Dari kehendak manusia akan menentukan akan
bertingkah laku baik atau buruk.
2. Faktor keturunan
Faktor keturunan secara langsung atau tidak langsung sangat memengaruhi bentukan sikap
dan tingkah laku seseorang. Sifat-sifat asasi anak merupakan sifat-sifat asasi orang tuanya.
Sifat yang diturunkan oleh orang tua bukanlah sifat yang dimiliki yang tumbuh dengan
matang karena pengaruh lingkungan, adat dan pendidikan, melainkan sifat bawaan sejak
lahir.
3. Pendidikan
Pendidikan memiliki andil yang besar pengaruhnya dalam pembentukan akhlak manusia,
berbagai ilmu diperkenankan agar seseorang memahaminya dan dapat melakukan sesuatu
perubahan pada dirinya. Pendidikan adalah usaha mengarahkan potensi hidup manusia
yang berupa kemampuan-kemampuan dasar dan kemampuan belajar sehingga terjadilah
perubahan di dalam kehidupan pribadinya. Jika pendidikan dan pengajaran akhlak yang
diberikan kepada anak itu baik, maka dapat menjadikan anak berperingai baik. Demikian
juga sebaliknya.

Kedudukan ilmu tasawwuf dalam Islam


1. Tasawwuf merupakan antara intipati risalah Islam
Rasulullah s.a.w. merupakan utusan Allah s.w.t. yang berperanan untuk menjelaskan
hukum-hakam Islam, menpraktikkan perundangan dan hukum Islam dalam masyarakat dan
mendidik jiwa manusia (tazkiyah an-nufus) agar berakhlak dengan akhlak yang mulia. Ianya
termasuk juga dengan ilmu tasawwuf.
2. Tasawwuf merupakan antarqa rukun agama Islam
Rukun agama ada tiga iaitu: Iman, Islam dan Ihsan. Adapun tasawwuf tidak lain dan tidak
bukan ialah perbahasan mengenai Ihsan itu sendiri. Ilmu tasawwuf membincangkan
mengenai bagaimana cara untuk menyempurnakan amalan seseorang muslim, yang mana
ianya merupakan ilmu tentang perbahasan Ihsan.
3. Tasawwuf merupakan hakikat bagi Syariat Islam
Islam merupakan peringkat amalan yang zahir, dalam bentuk ibadat, pergaulan dan
sebagainya yang mana tempatnya ialah pada anggota zahir manusia. Adapun perbincangan
mengenainya disebut dalam ilmu Fiqh dan Tasawwuf serta dikenali juga sebagai Syariat.

Definisi Taubat
Bahasa: Berasal dari perkataan ‘adam yang bererti Kembali daripada maksiat.
Istilah: Pembersihan dan penyucian hati daripada dosa.

Syarat-Syarat Sah Taubat Dalam Islam


 Meninggalkan dosa dengan sukarela.
 Bertaubat dari dosa yang telah dilakukan.
 Pilihan untuk meninggalkan dosa terbit daripada membesarkan Allah SWT.

Bidang Sabar Menurut Akhlak Islam


1. Bersabar dari dorongan hawa nafsu
Untuk menahan diri daripada hawa nafsu sehingga boleh melakukan maksiat kepada Allah
SWT juga memerlukan kesabaran yang tinggi. Contoh:

 Seseorang wanita itu tidak mendedahkan aurat kepada lelaki yang bukan
mahramnya kerana dia tahu perkara tersebut adalah berdosa disisi agama.
2. Bersabar dalam melakukan kewajipan yang diperintahkan oleh Allah SWT
Segala kewajipan yang telah disuruh oleh Allah SWT hendaklah kita laksanakan dengan cara
yang terbaik. Untuk melaksanakan kewajipankewajipan ini perlulah disertakan dengan sifat
kesabaran. Contoh:

 Kita sabar dalam menunaikan solat fardhu lima waktu, berpuasa pada bulan
Ramadhan, menunaikan zakat setelah tiba tempohnya, menunaikan ibadah haji di
Baitullahil Haram.
3. Reda dengan ketentuan dan ujian daripada Allah SWT
Mereka yang sabar dengan ketentuan Allah SWT akan sentiasa berbaik sangka dengan Allah
SWT. Segala ujian sama ada dalam bentuk kesakitan mahupun kesedihan itu akan
ditempuhnya dengan tabah dan yakin segala itu ada hikmah dan kebaikan untuk diri dan
kehidupannya di muka bumi Allah SWT. Contoh:

 Ditimpa penyakit yang teruk namun percaya ianya ujian dari Allah untuk
menghapuskan dosa-dosa yang pernah dilakukan.
Peringkat Hati Manusia
1. Hati yang bersih
Hati yang bersih adalah hati yang paling tinggi kedudukan dan nilainya dalam Islam. Hati
yang bersih ialah hati yang bersih dari setiap noda dosa dan kejahatan. Hati yang bersih ini
ialah hati yang kuat kedekatan dan kecintaan kepada Allah SWT serta sentiasa berusaha
menjaga azam untuk sentiasa bersih.
Dalil: surah as-Saff ayat 14

‫ٰٓي َاُّيَه ا اَّلِذ ْي َن ٰا َم ُنْو ا ُك ْو ُنْٓو ا َاْن َص اَر ِهّٰللا َك َم ا َقاَل ِع ْيَس ى اْب ُن َمْر َي َم ِلْلَح َو اِر ّٖي َن َم ْن َاْن َص اِر ْٓي ِاَلى ِهّٰللاۗ َق اَل‬
‫اْلَح َو اِر ُّيْو َن َن ْح ُن َاْن َص اُر ِهّٰللا َف ٰا َم َن ْت َّط ۤا ِٕىَف ٌة ِّم ْۢن َب ِنْٓي ِاْس َر ۤا ِء ْي َل َو َك َف َر ْت َّط ۤا ِٕىَف ٌة ۚ َف َاَّي ْد َن ا اَّلِذ ْي َن ٰا َم ُنْو ا َع ٰل ى‬
‫َع ُد ِّو ِه ْم َف َاْص َبُحْو ا َظ اِه ِر ْي َن‬
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu penolong-penolong (agama)
Allah sebagaimana Isa putra Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia,
“Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?”
Pengikut-pengikutnya yang setia itu berkata, “Kamilah penolong-penolong (agama) Allah,”
lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan (yang lain) kafir; lalu Kami berikan
kekuatan ke-pada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, sehingga
mereka menjadi orang-orang yang menang.
2. Hati yang sakit
Jantung peringkat kedua ialah hati yang sakit. Hati yang sakit ini adalah hati yang terkena
keburukan, dosa, dan kejahatan. Hati yang sakit memerlukan rawatan dan penjagaan yang
baik iaitu dengan membersihkan dan menjaganya agar kembali ke tahap hati yang baik.
Dalil:
Rasulullah SAW yang bermaksud “Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada segumpal
daging, jika ia baik maka baiklah seluruh jasad, dan jika ia buruk maka buruklah seluruh
jasad. , kamu tahu itu adalah hati."
3. Mati hati
Peringkat ketiga hati ialah hati yang mati iaitu hati yang sangat jauh dari Allah SWT. Hati
yang mati ini ialah hati yang tidak bersemangat dalam menjalankan ibadah dan tidak
mempedulikan perkara yang berkaitan dengan kebaikan. Hati yang mati ini memerlukan
usaha yang lebih besar dan berat dari hati yang sakit iaitu dengan memperbaiki amal dan
amal soleh.
Dalil: surah Al-Baqarah ayat 18
‫ُص ٌّم ۢ ُبْك ٌم ُعْم ٌي َفُهْم اَل َيْر ِجُعْو َۙن‬

Maksudnya: Mereka tuli, bisu dan buta, sehingga mereka tidak dapat kembali.
surah Al-Rad ayat 28

‫اَّلِذ ْي َن ٰا َم ُنْو ا َو َت ْط َم ِٕىُّن ُقُلْو ُبُهْم ِبِذ ْك ِر ِهّٰللاۗ َااَل ِبِذ ْك ِر ِهّٰللا َت ْط َم ِٕىُّن اْلُقُلْو ُب‬
Maksudnya: (yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan
mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram.

Tazkiyat al-Nafs
Bahasa: Berasal daripada perkataan zaka’ ( ‫ زكاء‬-‫ ) زكا – يزكو‬yang bererti suci. Al-Tazkiyah (
‫ ) التزكية‬bererti tumbuh, suci dan berkat.
Menurut Said Hawwa - Tazkiyah dari segi bahasa mempunyai pelbagai makna seperti
mensucikan atau membersihkan, tumbuh atau menjadi semakin besar dan menjadi semakin
banyak.
Istilah: Membersihkan dari segala penyakit hati atau perkara yang menyebabkan bencana
dan bahaya kepada jiwa.

Fokus Tazkiyat al-Nafs


1. Tabiat Manusia
Tabiat insan adalah gabungan daripada tabiat malaikat dan tabiat haiwan. Allah s.w.t.
menganugerahkan akal fikiran kepada insan untuk mengetahui perintah dan larangan-Nya
serta memahami kesan dan akibat daripada setiap perbuatan dan tindakan yang telah
mereka lakukan.
2. Potensi Manusia
3. Rohani Manusia
Roh - Tabiat roh adalah taat, sifat kepatuhan ini tersembunyi di dalam diri yang paling dalam
yang dikenali sebagai kata hati dimana ia pada hakikatnya adalah suci dan ia sedar tentang
kesuciannya.
Hati - Intipati kepada diri, suatu dasar kebenaran yang tiadanya unsur jasadiah yang
mempunyai kawalan tentang kesedaran diri manusia. Hati juga dikenali sebagai titik
penyatuan jasad dan roh.
Akal –

 Akal sering bersama hati dan roh. Akal tidak dapat dilihat sama ada pada diri sendiri
atau orang lain. Ia juga merupakan sesuatu yang tidak boleh disentuh, dirasa
mahupun dialami.
 Akal adalah naluri cahaya dari Allah s.w.t yang digunakan untuk berfikir dan
mendapatkan ilmu pengetahuan
Jiwa - suatu unsur yang hidup dalam batin (damir) manusia. Ianya boleh mendorong insan
dengan berbagai-bagai potensi diri juga dalam membentuk tindakan dan perbuatan
seseorang.
4. Manusia dan Jiwa
Manusia terbahagi kepada dua kelompok:
1. Satu kelompok dikalahkan oleh jiwanya kemudian dikuasai dan dihancurkannya,
maka jadilah kelompok ini tunduk di bawah perintah-perintah jiwanya.
2. Kelompok kedua golongan yang boleh mengalahkan dan menguasai jiwa-jiwa
mereka, maka jadilah jiwa mereka itu taat kepada mereka dan patuh terhadap
perintah-perintah mereka.
5. Sifat-Sifat Jiwa

 CENDERUNG KEPADA KESENANGAN HAWA NAFSU


 CENDERUNG KEPADA KEMULIAAN (AL-’IZZ)
6. Pembahagian Jiwa

 NAFS AL-AMARAH
 NAFS AL-LAWWAMAH
 NAFS AL-MUTMAINNAH
7. Musuh Jiwa
Syaitan – Golongan jin yang menderhaka, sombong, pengacau dan fasik. Allah s.w.t. telah
memberi amaran kepada orang yang beriman supaya tidak mengikut jejak langkah syaitan.
10 Perangkap Syaitan:
1. Sombong dan angkuh
2. Bakhil dan kedekut
3. Takbur dan bongkak
4. Khianat
5. Hasad dengki
6. Suka meremehkan orang lain
7. Tidak suka menerima ilmu dan nasihat
8. Ujub atau bangga diri
9. Suka berangan-angan
10. Buruk sangka
Was-Was Syaitan dan 3 Golongan Manusia:

 Ahli Maksiat
 Ahli Syubhat
 Ahli Taat
Hawa Nafsu - Kemahuan atau keinginan yang melampaui batas menuju kepada kejahatan.
PROSES TAZKIYAT AL-NAFS
1. Suruhan Amalan Soleh:

 Taubat
 Muraqabah
 Ikhlas
 Solat – Fardhu dan sunat
 Puasa – Wajib dan sunat
 Membaca al-Quran
 Zikir
 Muhasabah
 Mujahadah
 Khawf dan raja’
 Qiamullail
 Dakwah – Amar ma’ruf dan Nahi mungkar
2. Anggota 7:

 Telinga - Tidak melihat perkara yang haram


 Mata - Tidak mendengar perkara yang haram (umpatan, gosip dan muzik yang
melalaikan)
 Kemaluan - Tidak berzina
 Perut - Tidak mengisi perut dengan makanan yang haram, syubhat dan bersangatan
kenyang
 Tangan – Tidak memegang atau menulis perkara haram
 Kaki – Tidak berjalan ke tempat maksiat
 Lidah – Tidak mengumpat, berdusta, memungkiri janji, berbantah-bantah dan
memfitnah
3. Buang penyakit hati:

 Riyak – Tidak ikhlas melakukan ibadat atau melakukan sesuatu dengan


mengharapkan balasan yang setimpal
 Ujub
 Takbur
 Hasad
 Terpedaya
4. Akhlak mulia:
Takwa - kata “‫“ تقوى‬mengandung empat simbol huruf, yakni huruf Ta’ ( ‫ ) ت‬yang bermakna
Tawaduk , huruf Qof ( ‫ ) ق‬mempunyai erti Qona’ah, huruf Wawu (‫ ) و‬berarti Wara’, dan
huruf Ya’ ( ‫ ) ي‬bererti Yaqin.

Makrifah - Martabat yang sangat tinggi di sisi Allah s.w.t. Hakikat makrifat Allah s.w.t.
adalah apabila diri insan dapat merasakan Tuhan melihat segala perilakunya dalam apa jua
keadaan sekalipun.

Hubungan Tasawwuf dengan Akhlak


 Sama-sama berorientasi kepada kecintaan dan ketaatan kepada Allah
 Sama-sama berorientasi kepada kemuliaan akhlak dan kebersihan jiwa
 Sama-sama mengarahkan kepada terciptanya kebaikan di dunia dan akhirat

Anda mungkin juga menyukai