Anda di halaman 1dari 2

Nukilan dan Sumbangan Kumpulan Usrah (Muslimin)

Surau Al-Mustaqim Desa Seri Iskandar


BIL. 8: SEPTEMBER 2022M /SAFAR 1444H/A

VERSI 2
KHUSUS UNTUK EDARAN DI DESA SERI ISKANDAR SAHAJA

DARI MEJA REDAKSI


Ar-Risalah Versi 2 ini diharapkan mampu menjadi lidah penyambung bagi kumpulan Usrah (Muslimin) Surau
Al-Mustaqim dengan seluruh warga Desa Seri Iskandar. Bersama-samalah kita bertekad dan meneruskan
iltizam bagi meningkatkan segala amal ibadah secara istiqamah terutama solat berjemaah serta
memperbanyakkan ibadah sunat seperti membaca al-Quran, berzikir, berselawat, qiamulail, berpuasa sunat,
bersedekah, menghadiri majlis ilmu dan sebagainya.

BULAN SAFAR TAHUN 1444 HIJRAH


Kini kita memasuki bulan kedua dalam takwim Islam iaitu bulan Safar 1444 Hijrah. Menurut
kepercayaan sebilangan masyarakat Melayu bulan Safar adalah bulan bala dan sial. Lalu diadakan
amalan tolak bala. Upacara perkahwinan cuba dielak dalam bulan ini. Amalan amalan ini banyak
sudah terhakis kerana sangat bertentangan dengan ajaran Islam. Hakikatnya, Allah SWT sahaja
yang hanya mampu mendatang manfaat mahupun mudarat.

BACALAH AL QURAN WALAUPUN SEDIKIT


Al Quran adalah perlembagaan hidup umat Islam. Umat Islam hidup dengan Al Quran. Rahmat Allah
berkekalan bagi pembaca dan pengamal Al Quran.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Umamah Al-Bahili bahawa Nabi SAW bersabda:
“Bacalah Al Quran kerana sesungguhnya pada hari kiamat ia (Al Quran) datang memberi
syafaat kepada sahabat sahabatnya (pembacanya)…”(Riwayat Muslim 1910).

Menjauhkan diri dari Al Quran bererti menjauhkan diri dari rahmat Allah SWT. Maksud menjauhkan
diri dari Al Quran sama ada tidak membaca, tidak mentadabbur apatah lagi tidak mengamalkannya.
Antara bahaya meninggalkan Al Quran:

1. Penghidupan sempit (QS. Taha,124).


2. Dikumpulkan di Akhirat dalam keadaan buta (QS. Taha,124)
3. Sentiasa bersahabat dengan syaitan.
Sumber: Kutipan dari penulisan Al Fadzil Ustaz Hj Mukti Bin Uri.

PERBEZAAN ANTARA TAFSIR DAN TADABBUR


Penulisan ini adalah lanjutan dari Arrisalah bulan Julai 2022 berhubung maksud mentadabbur ayat
Al Quran. Kali ini dibincangkan maksud tafsir dan tadabbur. Tadabbur bukannya tafsir. Kita disuruh
mentadabbur dan bukan mentafsir. Jadual berikut menerangkan makna dan perbezaan antara tafsir
dan tadabbur.

PERKARA TAFSIR TADABBUR


1.Maksud Menjelaskan makna-makna ayat Al Memahami firman Allah untuk diambil inspirasi
Quran secara terperinci. dan pengajaran sebagai pedoman hidup.
2.Hukum Fardhu Kifayah. Fardhu ‘Ain
3.Peranan Hanya ulamak yang memenuhi ciri Setiap orang Mukmin wajib melakukannya.
Siapa ciri tertentu sahaja yang boleh Orang munafik dan kafir diselar oleh Allah
mentafsir. kerana tidak melakukannya.
1
PERKARA TAFSIR TADABBUR
4.Tahap Mengetahui pelbagai ilmu kaedah Cukup dengan mengetahui makna ayat yang
Ilmu tafsir, asbab nuzul dan lain lain ilmu zahir. Bagi yang tidak tahu berbahasa Arab
yang berkaitan. mereka boleh membaca Al Quran yang ada
terjemahan.

TAFSIR DAN TADABBUR AL QURAN


Di sini diberi contoh tafsir dan tadabbur berdasarkan Ayat 267 dari Surah Al Baqarah.

ْ َ‫يث ِم ْنهُ تُن ِفقُونَ َول‬


‫ستُم‬ َ ِ‫وا ٱ ْل َخب‬۟ ‫ض ۖ َو ََل تَيَ َّم ُم‬
ِ ‫س ْبت ُ ْم َو ِم َّما ٓ أَ ْخ َرجْ نَا لَكُم ِم َن ْٱْل َ ْر‬ ِ َ‫طيِ َٰب‬
َ ‫ت َما َك‬ ۟ ُ‫يأَيُّهَا ٱلَّذِي َن َءا َمنُ ٓو ۟ا أَن ِفق‬
َ ‫وا ِمن‬
‫ى َح ِميد‬ٌّ ِ‫غن‬ َ َّ َّ‫ُوا فِي ِه ۚ َوٱ ْعلَ ُم ٓو ۟ا أَن‬
َ ‫ٱَّلل‬ ۟ ‫اخذِي ِه إِ َّ َٓل أَن ت ُ ْغ ِمض‬
ِ َٔ‫بِـ‬

Maksud Ayat: Wahai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan Allah) sebahagian
daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari
bumi untukmu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu menafkahkan
daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan
memejamkan mata(enggan) terhadapnya. Dan ketahuilah, bahwa Allah Maha Kaya lagi Maha
Terpuji.

Tafsir Ibn Katsir


Allah memerintahkan hamba hambaNya yang beriman untuk menafkahkan sebahagian hartanya
yang baik baik, yang telah dianugerahkam kepada mereka melalui usaha mereka.
Menurut Ibn ‘Abbas RA makna nafkah pada ayat ini ialah As Sadaqah(Sedekah).
Menurut Ali dan As-Suddi, makna firmanNya: dari hasil usaha kalian yang baik. (Al-Baqarah: 267),
iaitu emas, perak dan pelbagai hasil pertanian yang Allah tumbuhkan daripada bumi untuk mereka.
Ibnu Abbas RA berkata: “Allah memerintahkan mereka untuk bersedekah dengan harta yang paling
baik, paling bagus, dan paling berharga. Sebaliknya dia(Ibn ‘Abbas) melarang berinfak dengan hal-
hal yang remeh hina dan buruk. Itulah yang dimaksudkan dengan “al khabiitsa” (pada ayat ini).
Sesungguhnya Allah itu Mahabaik dan tidak menerima kecuali yang baik-baik.

Tadabbur Ayat 267 dan Pengajaran dari Ayat tersebut:


1.Perintah Allah SWT supaya kita memberi sedekah dengan barangan yang baik tidak boleh
dipandang ringan. Ia mesti dilaksanakan bersungguh sungguh supaya apa yang kita sedekahkan
diterima Allah.

2.Kita jangan jadi orang yang memilih untuk bersedekah iaitu mana yang baik kita simpan untuk kita
dan mana yang dilihat buruk atau rosak sedikit, kita beri kepada orang lain. Allah tidak pandang
sedekah seperti itu.

3.Jika ada aktiviti mengumpul pakaiaan terpakai untuk disedekahkan, jangan jadikan ianya sebagai
saluran untuk melupuskan pakaian buruk. Perbuatan ini sangat tercela. Pastikan hanya pakaian yang
masih sempurna sahaja yang diisi dalam kotak.

4.Kalau sedekah pun kita diperintahkan untuk memberi yang baik, maka lebih lagilah kalau kita
menjual barang,sudah tentulah kita perlu berhati hati tentang mutu barang yang hendak kita jual.

5.Perintah Allah tentang adab bersedekah adalah bertujuan untuk mendidik umat manusia supaya
tidak mementingkan diri sendiri dan menjadi insan yang pemurah.

6.Semua orang beriman perlu mengetahui ilmu adab bersedekah sebab ayat di atas dimulakan
dengan “Wahai orang orang beriman…”. Ini memberi petunjuk kepada kita supaya ilmu ini disebarkan
di kalangan ahli keluarga dan kepada kaum Muslimin keseluruhannya.
Sumber 1: Kutipan dari Tn. Hj. Omar Bin Ishak.10 Ogos 2022, Sumber: Al Quran: Majallah Solusi Tahun 2013:
Kuliah Maghrib.(draf arrisalah safar 1444/sept 2024)

Anda mungkin juga menyukai