Anda di halaman 1dari 2

‫مسجد الفارسي مقيم بونوت سارغ‬

‫بوروغ‬
MASJID AL-FARISI MUKIM BUNUT SARANG BURUNG,
16200 TUMPAT, KELANTAN
Tel: 014-5301323

YM Tengku Puan Temenggong Kelantan


Datin Tengku Nor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Tarikh: 23 November 2020

YM Datin,

MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN UNTUK MEYIAPKAN MASJID AL-


FARISI MUKIM BUNUT SARANG BURUNG, TUMPAT, KELANTAN.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Patik selaku Imam Tua Masjid juga mewakili seluruh ahli qaryah Mukim Bunut
Sarang Burung, Tumpat, Kelantan memohon jasa baik pihak Dato` agar dapat
meluluskan sumbangan sebanyak RM3 juta bagi tujuan menyiapkan bangunan baru
Masjid AlFarisi Mukim Bunut Sarang Burung, Tumpat bagi kebaikan Jemaah masjid
dan ahli qaryah sebagaimana berikut:

a) Menyiapkan 4 menara masjid yang merupakan mercu asas bangunan


yang telah tertunda selama setahun lebih kerana ketiadaan
perbelanjaan.

b) Menyiapkan sub stesen letrik yang bernilai RM40,000. Untuk


pengetahuan pihak YM Datin, masjid sekarang hanya menggunakan
talian letrik sementara yang tak dapat menampung voltan yang
secukupnya.

c) Menyediakan karpet masjid kerana selama ini masjid hanya memakai


karpet yang diambil dari sisa masjid-masjid lain yang diguna semula.

d) Melengkapkan pintu-pintu dan cermin masjid sebagai persiapan musim


hujan yang semakin tiba.

e) Menyediakan lampu, kipas dan aircon yang sempurna bagi keselesaan


Jemaah.

f) Menyempurnakan tandas yang masih tidak mencukupi untuk 1500 ahli


Jemaah jumaat dan hari-hari kebesaran.
g) Menyiapkan pagar agar selamat daripada gangguan anjing-anjing liar
yang sentiasa berkeliaran dan manaiki ruang solat.

h) Menyiapkan tempat parking kenderaan ahli Jemaah agar selamat dari


hujan dan panas serta kecurian.

i) Menyediakan kemudahan kenderaan membawa orang sakit dan


jenazah yang sentiasa memerlukan khidmat masjid.

j) Menyediakan tempat kafan, mandi dan urus jenazah dengan sempurna


khususnya bagi anak mukim yang fakir dan miskin.

k) Menyediakan dapur masjid yang selesa dan lengkap bagi kemudahan


ahli Jemaah setiap kali program kegamaan diadakan.

l) Ruang urusan kahwin, penyelesaian masalah cerai dan rujuk yang


membantu pembangunan masyarakat mukim yang harmoni.

m) Pejabat urusan dan pungutan zakat masjid mukim yang memudahkan


warga qaryah menunaikan tanggungjawab berzakat dan bersedeqah serta
lain-lain lagi.

3. Besarlah harapan warga Mukim Bunut Sarang Burung sekiranya pihak YM Datin
Tengku dapat menyumbangkan sumbangan dana tersebut demi memberi
kemudahan dan kebajikan warga bersama.

Sekian, Terima kasih.

Yang benar,

………………………………..
(HAJI AWANG HAT BIN HAJI MOHD NOOR)
Imam Tua Mukim Bunut Sarang Burung,
16200 Tumpat.

Anda mungkin juga menyukai