Anda di halaman 1dari 2

PENGERUSI SURAU AHMADIAH, 36300 SUNGAI SUMUN, PERAK D.

R PENGAWAI DAERAH, PEJABAT DAERAH DAN TANAH HILIR PERAK, 36000 TELUK INTAN, PERAK D.R (U.P: UNIT PEMBANGUNAN LUAR BANDAR 9 Julai 2013 Tuan, MEMOHON UNTUK MEMBINA DATARAN KEJAT DAN PAGAR UNTUK SURAU AHMADIAH SUNGAI SUMUN. Berhubung perkara di atas saya mewakili semua AJK ,ahli jemaah serta penduduk Sungai Sumun ingin memohon jasa baik tuan menimbangkan permohonan kami untuk kemudahan jemaah surau kami. 2. Untuk pengetahuan tuan surau ini telah diganti dengan surau yang baru hasil sumbangan YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ahli Parlimen Bagan Datoh merangkap Menteri Dalam Negeri. .Pembinaan surau yang baru ini telah siap pada bulan Mac 2013 yang lalu dan menelan kos sebanyak RM 200 000.Tapi masih ada kekurangan iaitu dataran kejat dan pagar memangari surau tidak dapat di buat. 3 Diharap pihak PLB dapat menyalurkan bantuan untuk melengkapkan kekurangan yang dinyatakan.Ini kerana banyak masalah yang timbul disebabkan kekurang tersebut seperti najis anjing dan kucing di dalam kawasan surau dan lopak-lopak air semasa hujan menyukarkan perjalanan jemaah ke surau juga kesukaraan untuk memperkemaskan tempat meletak kereta dan motosikal..Kehadiran jemaah ke surau ini dianggarkan 15 ke 25 jemaah dan boleh meningkat ke 50 apabila kuliah agama diadakan. 4 Saya mewakili semua AJK ,ahli jemaah serta penduduk Sungai Sumun memohon jasa baik tuan untuk membuat perhatian dan pertimbangan yang sewajar demi kemudahan pada semua jemaah surau.Bersama ini dilampirkan plan dan juga gambar surau yang pada masa ini. Saya bagi pihak AJK,ahli jemaah serta penduduk Sungai Sumun mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama tuan

Sekian.Terima Kasih. Yang Benar,

.............................................................. .......................... (HJ MUHAMMAD HAIDZIR BIN HJ AJID) PENGERUSI SURAU AHMADIAH SUNGAI SUMUN

Anda mungkin juga menyukai