Anda di halaman 1dari 32

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

(CTU 551)

TAJUK KAJIAN :
ISLAMFOBIA DALAM TAMADUN ISLAM DAN
TAMADUN ASIA DI KALANGAN PENDUDUK BUKAN
ISLAM DI SHAH ALAM
FAKULTI :PERAKAUNAN AC220

KUMPULAN : NACAB2A

NAMA PENSYARAH: PUAN ANISAH BINTI IBRAHIM

DISEDIAKAN OLEH:
NORAIN BINTI MANSOR 2014135535
NUR FATIN BINTI JOHARI 2014746933
NURSUHAIZA BINTI MOHD FAUZIE 2016246034
SITI NUR ‘ATIQAH BINTI ZAINUDIN SHAH 2018211106
NURUL NADHIRA BINTI EFFENDEE 2018858758

PERKARA MARKAH
PENGENALAN /2
PERNYATAAN MASALAH /2
OBJEKTIF KAJIAN /2
KAJIAN LITERATUR /3
METODOLOGI KAJIAN /4
KAJIAN & PERBINCANGAN /8
CADANGAN / KESIMPULAN /2
RUJUKAN /2
JUMLAH /25
ISI KANDUNGAN
BI KANDUNGAN MUKA SURAT
L
1. PENGENALAN

Definisi kamus bagi kosa “phobia” ialah “ketakutan atau kebencian yang
keterlaluan seperti ketakutan tidak rasional atau amat kuat dan benci terhadap
sesuatu”. Secara mudahnya berdasarkan definisi ini,fenomena Islamophobia
pada asasnya ialah kebencian berasaskan agama dan Islamophobia ialah
ketakutan tidak rasional atau amat kuat atau benci terhadap Islam. Secara
umumnya Islamofobia ini merujuk kepada rasa fobia atau kebimbangan terhadap
Islam sama ada pada penganutnya, ajarannya, budayanya dan apa sahaja yang
berkaitan dengan Islam.

Namun, Islamophobia lebih dari sekadar makna ini dan ia turut menggabungkan
kebencian kaum, sikap tidak bertoleransi, prejudis, diskriminasi dan stereotaip. Ia
mempunyai dua aspek berbeza iaitu dari sudut protagonis Islamophobia dan juga
dari sudut mangsa Islamophobia.

Istilah Islamophobia diperkenalkan pada 1996 oleh “Commission on British


Muslims and Islamophobia”. Pada tahun berikutnya, “Commission” tersebut yang
mengeluarkan “Runnymede Trust Report Islamophobia : a challenge for all of us”
menginstitusikan kosa kata Islamophobia sebagai bererti “prejudis terhadap
Islam”, walaupun kosa kata tersebut secara harfiahnya bererti “ketakutan tidak
berasas terhadap Islam”. “Runnymede” turut mengenal pasti tujuh komponen
yang mendefinisikan Islamophobia. Ianya seperti berikut:

 Islam dilihat sebagai blok monolitik, statik dan tidak berkembang;


 Islam dilihat sebagai terpisah dan “orang lain”. Ia tidak nilai persamaan
dengan budaya-budaya lain, tidak mempengaruhi mereka dan tidak
dipengaruhi mereka,
 Islam dilihat sebagai lebih lemah berbanding Barat. Ia tidak bertamadun,
tidak rasional, primitif dan gila seks
 Islam dilihat sebagai ganas, agresif, mengancam, menyokong keganasan
dan terlibat dalam pertembungan peradaban
 Kritikan muslim terhadap Barat ditolak mentah-mentah;
 Permusuhan terhadap Islam digunakan untuk menghalalkan amalan
diskriminasi terhadap Muslim and mengasingkan Muslim daripada
khalayak awam
 Permusuhan anti muslim dilihat sebagai biasa dan normal.

Dunia Islam menggangap konsepsi salah dan tafsiran salah terhadap Islam
dan nilai-nilai yang diajarnya sebagai punca Islamophobia. Gambaran yang
diputarbelitkan dan tidak benar terhadap Islam menjadikan Muslim sebagai
mangsa diskriminasi kaum dan xenophobia. Mereka menghadapi pemprofilan
agama yang negatif dan penghinaan di Eropah dan negara bukan Islam yang
lain. Warga Muslim di seluruh dunia termasuk Eropah dan Amerika Syarikat
menghadapi sekatan perjalanan. Warga dan pribumi Muslim di Eropah
terpaksa menghadapi diskriminasi dalam mencari pekerjaan, mendapatkan
kemudahan keselamatan sosial, dalam menjalankan tanggungjawab agama
mereka dan menegakkan identiti budaya dan agama mereka.

2. PERNYATAAN MASALAH

Permasalahan “Islamofia” masih lagi menjadi cabaran besar terhadap umat Islam
di seluruh dunia khasnya bagi Negara-negara yang bukan Islam. Sikap benci dan
dendam terhadap agama dan masyarakat Islam kelihatan masih berleluasa di
kalangan masyarakat bukan Islam. Ia bertambah buruk lagi apabila sesetengah
individu dan kumpulan mengambil kesempatan Islamofobia bagi tujuan
menanam doktrin kemuliaan kelompok berasaskaan keturunan dan warna kulit.

Pelbagai tragedi Islamofobia yang sering berlaku di luar Negara namun tidak
dinafikan permasalahan ini masih berlaku di Malaysia di mana insiden-insiden
yang melibatkan sensitiviti agama telah menjadi halangan bagi mewujudkan
suasana harmoni dalam masyarakat yang pluralistik. Jenayah yang melibatkan
Islamofobia didorong oleh doktrin kemuliaan bangsa lain dan doktrin ini
berbahaya kerana ia mengandungi pemikiran taksub dan ekstrem terhadap
kelompok sendiri dan melihat orang lain yang berbeza sebagai ancaman kepada
survival mereka.
Kita seharusnya sedar bahawa perlakuan dan tindakan umat Islam adalah
menjadi cerminan kepada Islam. Rata-rata masyarakat bukan Islam yang
dimomokkan dengan imej negatif tentang Islam, tidak akan mencari kebenaran
tentang keindahan Islam dari sumber sahih dalam Islam, buku-buku ilmiah atau
individu Muslim, walaupun ada sebilang kecil yang berbuat demikian. Justeru,
adalah menjadi tanggungjawab setiap umat Islam untuk mempamerkan
keindahan agama ini dalam setiap perbuatan dan pertuturan.

Ini adalah agenda penting bagi umat Islam ketika ini. Fitnah dan dugaan yang
melanda umat Islam hari ini seharusnya dijadikan satu ruang bagi kita semua
untuk bermuhassabah tentang apa yang telah kita lakukan dan perancangan
tentang tindakan yang perlu diambil untuk memperbetulkan persepsi negatif
terhadap Islam. Tindakan dan tindakbalas oleh umat Islam terhadap fitnah ini
adalah penting bagi memastikan imej Islam sebagai satu cara hidup yang syumul
akan terus dipelihara dan diperteguhkan.
3. KAJIAN LITERATUR

Kajian literature merupakan bahagian yang menerangkan ulasan-ulasan yang


berkaitan dengan kajian dibuat berdasarkan bahan rujukan seperti jurnal, tesis,
buku, keratan akhbar, majalah, bahan media massa dan bahan bercetak. Kajian
literatur ini digunakan bagi lebih memahami kajian yang dijalankan dengan
menerangkan tentang dapatan dan ulasan yang diperolehi daripada kajian-
kajian yang lepas.

3.1 Toleransi Sosio Agama dan Etnik


Toleransi dapat definisikan sebagai secara sukarela iaitu tidak mengambil tindakan
terhadap sesuatu yang tidak dibenarkan, di mana ia membawa maksud kebebasan
terhad dan kebebasan bersyarat (Adeney, 1926). Toleransi ditunjukkan dengan
melibatkan sikap, pandangan, tingkahlaku dan kepercayaan (Ferrar, 1976). Selain
itu, sebagai satu polisi atau sikap terhadap sesuatu yang tidak di terima, tetapi
tidak pula ditolak secara aktif (Laursen, 2005). Dimensi sosial adalah salah satu
dari pelbagai dimensi yang perlu di kaji untuk memahami agama. Menurut A.T
Talib, (2012) tolenrasi agama ialah sikap atau kesediaan untuk membenarkan dan
menerima agama lain untuk diamalkan dalam mana-mana komuniti tanpa ada
sebarang unsur prejudis, bertujuan untuk mencapai keharmonian dalam
kehidupan bermasyarakat. Tambah beliau lagi, tolenrasi agama bukanlah
membawa maksud melihat agama lain juga benar, tetapi ianya adalah memberikan
hak kepada penganut agama lain untuk mengamalkan agama masing-masing.
Toleransi beragama yang diamalkan di Malaysia selama ini adalah dengan
bersandarkan kepada Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang
mana “tiap-tiap orang adalah berhak untuk menganuti dan mengamalkan
agamanya tertakluk kepada Fasal (4),16 mengembangkan agamanya”. Daripada
peruntukan ini, sudah jelas bahawa umat Islam dan penganut-penganut
agama lain bebas untuk mengikut dan mengamalkan ajaran agamanya masing-
masing dengan tertakluk kepada syarat bahawa tidak boleh melakukan sebarang
bentuk tindakan penyebaran mana-mana ajaran agama terhadap umat Islam.
Menurut Khadijah Mohd Khambali & Mohd
Herzali, (2008) Islam sekadar mengiktiraf kewujudan agama-agama lain di dunia ini
sebagai suatu sunnatullah dan bukan mengakui kebenaran doktor dan falsafah
ajaran yang terkandung di dalam agama lain.

2.2 Konsep Hubungan Antara Penganut Agama


Ada segelintir pihak tertentu dengan propaganda seperti Islamofobia, ganas,
ekstrim, dan sebagainya sedikit sebanyak telah mempengaruhi dan mengganggu
gugat hubungan baik antara pelbagai etnik dan agama di Malaysia. Kenyataan
ini menggambarkan bahawa cabaran yang dihadapi oleh umat Islam bukan
sahaja hadir dalam bentuk serangan fizikal semata-mata malah turut melibatkan
serangan pemikiran (Mohd Roslan Mohd Nor, 2011). Islamofobia merujuk kepada
situasi di mana persepsi negatif atau kebimbangan ataukebencian kepada Islam itu
dizahirkan dalam bentuk ekspresi intelaktual seperti penulisan karya ilmiah atau
perbuatan yang merangkumi keganasan, protes dan gerakan Islamofobia itu
sendiri (Zulkifli Hassan, 2012). Dalam konteks di Malaysia, beliau mendapati
manifestasi Islamofobia dikesan berlaku dalam pelbagai bentuk. Misalnya,
terdapat pemimpin parti politik yang memberi kenyataan secara terang-terangan
tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud, selain kenyataan beberapa
pemimpin politik bukan Muslim yang berbaur menghina undang-undang Islam.
Didapati juga kes-kes melibatkan penghinaan terhadap Islam menerusi ruang siber
seperti Facebook dan Twitter serta manifestasi Islamofobia yang dizahirkan dalam
bentuk lain seperti menafikan hak berpakaian Muslim dalam pertandingan renang
di sebuah kompleks sukan di Selangor.
4. OBJEKTIF KAJIAN

Manifestasi Islamofobia merujuk kepada situasi di mana persepsi negatif atau


kebimbangan atau kebencian kepada Islam itu dizahirkan dalam bentuk ekspresi
intelektual seperti penulisan karya ilmiah atau perbuatan yang merangkumi
keganasan, protes dan gerakan Islamofobia itu sendiri. Penulis akan
membincangkan kategori manifestasi Islamofobia ini kepada lima bahagian iaitu:

4.1. Media

Peranan media dalam membentuk pendapat umum sememangnya tidak


dapat dinafikan. Media yang pro-barat dan sentiasa mengambil peluang
untuk memberikan imej yang buruk kepada Islam sudah pasti akan terus
menyebarkan berita-berita yang menggambarkan kenegatifan Islam.
Misalnya penerbitan filem ‘Fitna’ oleh ahli politik Belanda bernama Geert
Wilders yang kemudiannya disiarkan secara berleluasa menyebabkan
masyarakat umum mempunyai pandangan yang amat negatif terhadap
Islam khususnya al-Quran. Ini diikuti dengan liputan yang sangat berat
sebelah mengenai kes pembunuhan Marwa alSherbini di Dresden, Jerman
pada 1 Julai 2009 yang bermotifkan benci dan salah faham terhadap Islam.
Media juga menghangatkan lagi isu kontroversi seperti pembinaan masjid
di ’Ground Zero’, ’Tea Party Movement’ dan gerakan pengharaman
Shari’ah yang menanamkan kebencian terhadap muslim di Amerika.

4.2. Intelektual

Tren politik dan ideologi semasa kuat dipengaruhi oleh legitimasi intelektual
dan saintifik terhadap elemen perkauman, ’xenophobia’ dan sikap tidak
bertoleransi. Tren ini jelas kelihatan dalam sejumlah buku yang diterbitkan
oleh beberapa penulis dengan tujuan untuk memanfaatkan peluang dalam
meningkatkan gejala Islamofobia dan mengubah imej Islam kepada yang
lebih negatif. Antara karya yang cuba untuk memberikan gambaran negatif
terhadap Islam dan seterusnya menyuburkan Islamofobia ialah ‘Legacy of
Jihad’, ‘While Europe Slept: How Radical Islam is Destroying the West from
Within’ dan ‘Muslim Mafia: Inside the Secret Underworld That's Conspiring
to Islamize America’. Bukan itu sahaja, ucapan kontroversi Pope Benedict
XVI yang menghina Nabi Muhammad dan mempertikaikan al Quran
merupakan salah satu manifestasi intelektual dalam konteks Islamofobia.

4.3. Politik dan perundangan

Persepsi kebencian dan kebimbangan terhadap Islam ini juga dizahirkan


dalam politik dan perundangan. Umpamanya di Switzerland, akibat dari
kempen anti Islam yang dipelopori oleh Daniel Streich, undang-undang
telah dipinda bagi mengharamkan pembinaan menara-menara masjid.
Walaupun ianya melanggar hak asasi umat Islam di Switzerland, bahkan
dikecam oleh pelbagai kerajaan, badan bukan kerajaan, badan hak asasi,
termasuk Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu dan ’Amnesty International’, pindaan undang-undang ini tetap
diteruskan atas faktor kuatnya kemahuan politik dalam isu ini. Ini ditambah
lagi dengan gerakan anti Islam yang diketuai oleh ahli politik Belanda
bernama Geert Wilders yang memusuhi Islam atas dasar populariti dan
politik.
4.4. Struktur

Manifestasi struktur merujuk kepada diskriminasi atas sebab Islamofobia


dalam pelbagai sektor seperti masalah dalam mendapat keperluan asas,
peluang pekerjaan, tempat tinggal, penjagaan kesihatan dan pendidikan.
Banyak insiden yang berlaku menunjukkan situasi Islamofobia berstruktur
ini semakin meningkat. Sebagai contoh, kes BBC mengenai perlantikan
seorang Muslim yang dianggap ‘penghinaan’ bagi orang Kristian. Di Itali,
wanita muslim yang bekerja sebagai pencuci dianggap sebagai satu
‘ancaman keselamatan’. Lebih berat lagi, di Jerman, ada doktor yang
enggan merawat seorang remaja Muslim yang bernama Jihad. Begitu juga
di Kanada apabila pelajar muslimah di Kanada telah dibuang sekolah
hanya kerana tidak mahu menanggalkan tudung. Kes-kes ini membuktikan
bahawa Islamofobia ini telah memberikan kesan kepada kehidupan umat
Islam dalam pelbagai bentuk khsususnya di negara majoriti bukan Islam.
4.5. Manifestasi Protes dan Keganasan

Kebencian terhadap Islam juga diterjemahkan dalam bentuk protes dan


lebih teruk lagi keganasan atau jenayah. Penerbitan kartun yang menghina
Nabi Muhammad oleh Kurt Westergaard di Denmark membuktikan
Islamofobia yang dizahirkan melalui kartun. Peristiwa membakar al-Quran
sepanjang 9 bulan dari September 2010 hingga April 2011 di Amerika
termasuk kempen untuk membakar al-Quran oleh Pastor Terry Jones
menunjukkan manifestasi protes kesan daripada Islamofobia. Bahkan
keganasan juga berlaku di mana ada Muslim yang di tembak di Amerika
setelah menunaikan solat Jumaat, di Nevada, polis menahan Muslim yang
menunaikan solat di tempat letak kereta dan peristiwa pembunuhan kejam
Marwa El Sharbini di dalam Mahkamah di Dresden, Jerman akibat
daripada perasaan benci yang tidak berasas kepada Islam.

5. METODOLOGI KAJIAN

5.1. Reka Bentuk Kajian

Pelbagai reka bentuk kajian yang telah dibuat bagi memastikan kumpulan
data dapat dibuat dengan baik dan maklumat yang diperoleh dapat
digunakan untuk mencapai objektif kajian. Antaranya adalah kajian
kepustakaan, kajian lapangan,

5.1.1. Kajian Kepustakaan

Kajian kepustakaan dilakukan semasa menjalankan kajian ini untuk


menghimpun segala informasi ataupun maklumat yang
bersesuaian dan relevan dengan masalah atau topik yang sedang
diteliti. Informasi ini diperolehi daripada hasil penyelidikan, laporan
penelitian, dan fakta-fakta yang berkaitan yang diperoleh daripada
sumber seperti buku rujukan dan internet. Melalui data dan teori-
teori yang diperolehi, kajian seterusnya akan diteliti untuk
mendapatkan maklumat yang berkaitan secara langsung dengan
kajian. Kajian kepustakaan memuatkan huaraian yang sistematik
mengenai kajian literatur dan hasil penelitian sebelumnya yang ada
dan dikaitkan dengan penelitian yang hendak dilakukan dan
dibandingkan dengan permasalahan tersebut. Maklumat dari
pelbagai aspek diteliti untuk menghidari pengkaji agar tidak
melakukan kesilapan sama berulang kali yang mungkin telah
dilakukan oleh pengkaji lepas. Beberapa teori diteliti berdasarkan
dasar yang relevan dan berkaitan dengan masalah yang diteliti.

5.1.2. Kajian Lapangan

Sebahagian data yang digunakan dalam data yang pengkaji


peroleh ialah daripada kajian lapangan. Data ini ialah data primer
kajian. Kajian lapangan ialah satu kaedah inkuiri sains yang sesuai
dengan pengajaran topik-topik persekitaran. Sebagai sumber
terpenting untuk mendapatkan maklumat baru dengan lebih jelas.
Membolehkan pengkaji memahami fenomena yang dikaji itu
dengan lebih mendalam dan teliti. Antara kebaikan kajian lapangan
ini ialah meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran malah berpeluang mengkaji penggunaan
pengetahuan dalam keadaan yang sebenar. Dapat mengenalpasti
kesan dan punca berlakunya Islamofobia di kalangan masyarakat
kita khususnya penduduk bukan Islam di Shah Alam. Bagi
mendapatkan maklumat berdasarkan kajian lapangan, kajian ini
melibatkan beberapa proses iaitu dari segi aspek:

5.1.2.1. Pemilihan Lokasi

Pemilihan lokasi yang bersesuaianbagi menjalankan


kajian telah dipilih berdasarkan kepada tajuk yang dipilih
dan lokasipilihan adalah di sekitar Shah Alam. Pemilihan
lokasi adalah berdasarkan kepada perumahan kawasan
di sekitar Shah Alam yang kebanyakan penduduknya
diduduki oleh masyarakat Islam. Masyarakat bukan Islam
adalah kumpulan minoriti di kawasan sekitar Shah Alam,
oleh yang demikian lokasi ini adalah bersesuaian dengan
objektif kajian di mana isu Islamofobia mungkin berlaku di
kawasan tersebut.

Penduduk Shah Alam memberi kerjasama sepenuhnya


sepanjang tempoh kajian dijalankan dan menjadi
responden terhadap soalan kajian yang diberikan.

5.1.2.2. Pemilihan Sampel / Responden

Menurut Gay dan Airaisan (2003) populasi adalah


kumpulan sasaran pengkaji, iaitu kumpulan kepada siapa
hasil kajian akan digeneralisasikan. Sampel kajian pula
ialah responden-responden kajian yang dipilih untuk
mewakili sesuatu populasi. Penetapan populasi kajian
adalah penting dalam kajian disebabkan populasi yang
menentukan keputusan kajian yang sedang dikaji dan
seramai 50 orang responden dipilih dalam kajian ini
melalui soalan dalam talian. Sampel dan populasi yang
dipilih ialah daripada penduduk sekitar Shah Alam sendiri
manakala pemilihan sampel dibuat secara rawak ke atas
masyarakat bukan Islam kerana bersesuaian dengan
fokus penyelidikan yang dijalankan.

5.2. Cara Pengumpulan Data / Instrumen Kajian

Instrumen kajian merupakan alat ukur yang digunakan dalam


menentukan data serta maklumat yang dikehendaki dapat diperolehi
sebaiknya. Maklumat berkaitan instrument kajian adalah merupakan
perkara yang amat penting dalam merancang sesuatu kajian bagi tujuan
pengumpulan data yang diperolehi. Pelbagai kaedah yang boleh
digunakan sebagai instrumen kajian dan kaedah yang telah digunakan
adalah seperti berikut:

5.2.1. Soal Selidik


Borang Kaji Selidik adalah borang yang berisi soalan serta
ruangan untuk jawapan di mana satu sampel borang digunakan
untuk semua responden. Borang Kaji Selidik telah disediakan
bagi mendapatkan maklumat dan mengumpul data yang tepat
berdasarkan objektif kajian. Borang tersebut terdiri daripada tiga
bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.
Bahagian A adalah mengenai maklumat diri responden seperti
umur, jantina dan agama responden manakala bahagian B pula
adalah soalan yang berkaitan kesedaran penduduk bukan Islam
di sekitar Shah Alam mengenai Islamofobia. Bahagian C pula
adalah bahagian manipulasi iaitu kesan dan faktor berlakunya
Islamofobia di kalangan masyarakat bukan Islam.Borang ini
digunapakai untuk memberikan gambaran mengenai isu
Islamofobia di kalangan masyarakat bukan Islam di Shah Alam.
Borang Kaji Selidik ini telah dimuatnaik di atas talian melalui
media sosial seperti facebook dan twitter bagi mendapatkan
data dengan pantas dan cepat untuk mendapatkan responden
di kawasan kajian.

5.2.2. Dokumentasi

Dokumen merupakan bahan bertulis yang telah tersedia yang


berkaitan dengan isu Islamofobia di kalangan penduduk bukan
Islam. Analisis dokumen digunakan untuk membantu
mendapatkan data secara lebih terperinci. Memandangkan
borang soal selidik yang diedarkan merupakan dalam talian,
dengan bantuan analisis dokumen ini mengukuhkan lagi
dapatan daripada kajian ini dimana kehadiran informan tidak
diperlukan dan juga dapat memberikan data yang konsisten
kerana segala data yang diperoleh secara tersurat. Malah, ianya
juga dapat digunakan untuk memperoleh kesahihan sesuatu
jawapan yang diperoleh daripada analisis soal selidik.

5.2.3. Temu Bual


Borang temu bual yang mengandungi 6 soalan berstruktur telah
disediakan. Soalan telah dirangka berdasarkan kepada objektif
kajian dan juga berdasarkan kepada tajuk kajian. Tujuan temu
bual ini adalah untuk mengetahui kesedaran mengenai
Islamofobia di kalangan masyarakat bukan Islam di Shah Alam.

5.3. Penelitian data kuantitatif

Data kuantitatif merupakan satu proses untuk mencapai pengetahuan


yang menggunakan data berupa angka sebagai alat menganalisis
keterangan mengenai kesan akhlak remaja terhadap media massa
elektronik. Proses ini menjadi sasaran penelitian berdimensi tunggal,
fragmental dan kecenderungan bersifat tetap sehingga mendapat hasil
kajian yang menepati objektif pengkaji. Pengumpulan data kuantitatif ini
juga merupakan proses penelitian mengikut yang telah dicadangkan
daripada awal kajian kerana proses ini memudahkan hasil dapatan
daripada responden. Dengan mendapatkan hasil daripada soal selidik
yang diedarkan ke atas repsonden melalui dalam talian, analisis data
dilakukan setelah semua hasil didapatkan dengan lengkap.

5.4. Analisis Data

Analisis data merupakan kaedah yang tidak asing dalam setiap kajian
yang dilakukan. Dengan kaedah analisis data, hasil diperolehi daripada
perkara yang telah dikaji melalui borang soal selidik yang telah
diedarkan melalui dalam talian. Kaedah ini merupakan satu kaedah
untuk mengawal dan mempersembahkan data yang telah diperolehi
berkaitan kesan dan faktor berlakunya isu Islamofobia di kalangan
masyarakat bukan Islam. Analisa data yang dilakukan ke atas setiap
responden yang diterima membolehkan capaian maklumat lebih mudah
difaham dan tujuan lainnya adalah untuk membolehkan maklumat
diterima dan dianalisa dengan lebih sistematik dan efisien. Data yang
telah disusun rapi mengikut ketetapan bahagian iaitu mengikut
perbezaan umur responden dari lingkungan 18 tahun sehingga ke usia
41 ke atas dan disertakan juga dengan perbezaan jantina. Seterusnya
tahap pendedahan masyarakat bukan Islam mengenai isu Islamofobia.
Data yang telah didapati dan dikaji dan dianalisis dengan sistematik dan
hasil dari analisis data akan dipaparkan dalam bentuk jadual, graf dan
juga huraian.

5.5. Kajian Rintis

Kajian rintis merupakan fasa terakhir tinjauan yang diambil oleh


penyelidik sebelum pengumpulan data bermula. Matlamat kajian ini
untuk mencari masalah terhadap borang soal selidik, termasuk
kelemahan soalan, arahan yang tidak lengkap dan item yang sukar
dijawab. Disamping itu, pengkaji juga menguji tempoh yang diperlukan
untuk mendapatkan hasil data daripada responden selain menyemak
semula item dan arahan agar lebih jelas dan teliti. Menggugurkan item-
item yang tidak menghasilkan data yang diperlukan. Dengan memilih
responden seramai 102 orang, memudahkan pengkaji untuk
mendapatkan data yang lengkap dan kukuh untuk dianalisis. Responden
telah dipilih sebagai sample sebenar. Antara tujuan kajian rintis ini
adalah untuk memastikan pengumpulan data dan menganalisis data
mengikut prosedur yang betul.
6. KAJIAN & PERBINCANGAN

Islamofobia pada hakikatnya terbina melalui pembentukan persepsi berdasarkan


kepada fakta yang tidak tepat dan kurang lengkap. Ditambah pula dengan
propaganda dan gerakan yang banyak memburukkan imej Islam termasuklah
sikap dan tindakan segelintir Muslim yang juga secara tidak langsung telah
meningkatkan persepsi negatif terhadap Islam.Sekiranya dirujuk kepada kajian,
laporan dan maklumat mengenai keganasan dan jenayah, persepsi umum
mengatakan bahawa Muslim sinonim dengan ’terrorism’ adalah tidak tepat.
Terdapat juga fakta yang membuktikan bahawa keganasan dilakukan juga oleh
penganut agama lain.

Walaubagaimanapun, kebencian terhadap Islam ini telah diterjemahkan ke dalam


pelbagai bentuk dan memberikan implikasi yang tidak baik kepada umat Islam
dan imej Islam itu sendiri. Islamofobia mampu memberi implikasi yang amat
signifikan kepada kehidupan umat Islam dan keharmonian masyarakat umumnya
dan ianya juga memberi kesan kepada pembangunan sosio-ekonomi termasuk
kesan mental dan fizikal individu.

Isu Islamofobia seringkali berlaku di Negara Barat di mana keruntuhan menara


Pusat Perdagangan Dunia di New York pada 11 September 2001 telah menjadi
pencetus utama kepada fenomena Islamofobia. Kejadian pembunuhan yang
melibatkan lebih 120 orang mati di Paris juga memburukkan lagi keadaan
Islamofobia masyarakat antarabangsa kepada Islam. Peristiwa ini telah
memberikan kesempatan yang meluas kepada ramai pihak terutamanya musuh
Islam untuk terus memberikan gambaran buruk terhadap Islam. Bahkan telah
terdapat gerakan secara teratur dan dibiayai sepenuhnya oleh pihak tertentu
untuk mempromosi dan menyebarkan propaganda mengenai Islamofobia kepada
masyarakat dunia.

Di Malaysia juga,

6.1. Faktor

Kajian pernah dilakukan oleh Henk Dekker dan Jolanda van der Noll
bertajuk ’Islamophobia and Its Origins: A study Among Dutch Youth’
terhadap 580 remaja di Belanda pada 2006 telah mengesahkan bahawa
54% daripada responden mempunyai pandangan negatif tentang Islam dan
Muslim. Antara rumusan penting kajian ini ialah kesimpulan yang dibuat
mengenai faktor-faktor Islamofobia. Kajian ini mengesahkan bahawa
terdapat faktor luaran dan dalaman yang membina persepsi negatif bukan
Islam dan seterusnya meningkatkan rasa kebimbangan atau kebencian
mereka terhadap Islam atau umat Islam.

Berikut adalah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya gejala


Islamofobia di Malaysia:
6.1.1. Kurang Ilmu Pengetahuan dan Pendedahan Tentang Islam

Kejahilan dan kurang pengetahuan orang bukan Islam juga dilihat


antara punca Islamofobia. Sistem pendidikan sedia ada tidak
mempunyai aspek khusus untuk mendedahkan masyarakat
dengan sebarang ajaran Islam. Dengan kurangnya ilmu
pengetahuan dan tiadanya pendedahan terhadap ajaran Islam di
peringkat rendah dan tinggi, Islam akhirnya dilihat sebagai sesuatu
yang menggugat gaya hidup dan ganas termasuk mempromosi
ketidakadilan terutamanya apabia ianya melibatkan hak-hak
wanita.

6.1.2. Kurang Keberkesanan Institusi Agama

Umum sudah sedia maklum bahawa Malaysia menikmati kelebihan


untuk menegakkan syiar Islam memandangkan banyaknya institusi
agama yang ada untuk menjalankan dakwah ini. Bukan itu sahaja,
institusi agama di negeri-negeri dan kerajaan persekutuan juga
mempunyai kuasa dan bajet yang amat besar untuk dakwah Islam.
Berdasarkan fakta ini sudah pastinya sepatutnya fenomena
Islamofobia tidak akan berkembang dan mendapat tempat di
negara ini sekiranya institusi Islam ini telah memainkan
peranannya secara efisyen.

Namun demikian, apa yang berlaku ialah sebaliknya. Dalam


keadaan ruang lingkup undang-undang dan peruntukan yang tinggi
untuk Islam, fenomena Islamofobia ini masih berleluasa dan
malahan semakin menyubur di negara ini. Kenyataan menghina
undang-undang Islam, mempersoalkan institusi fatwa,
memperleceh amalan ibadah umat Islam dan sebagainya
membuktikan bahawa terdapat kelemahan yang amat ketara ada
pada institusi Islam ini. Oleh itu, institusi Islam ini perlu melakukan
transformasi segera demi memastikan peranan dan tanggungjawab
terhadap Islam dapat dilaksanakan dengan berhikmah dan
berkesan.
6.1.3. Pengaruh Media

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa media mempunyai


pengaruh yang sangat kuat membentuk persepsi masyarakat.
Peranan media di Malaysia sudah pasti menjadi salah satu punca
berkembangnya fenomena Islamofobia. Gambaran negatif dan
salah terhadap Islam seperti liputan larangan memasuki masjid
oleh bukan Islam, bantahan bukan Islam membaca ayat al-Quran
di dalam perucapan umum, kes memijak kepala lembu dan lain-lain
telah menyuburkan lagi Islamofobia di Malaysia. Media juga kerap
memaparkan insiden-insiden keganasan yang dilakukan orang
Islam tanpa mengimbangkannya dengan jenayah bukan Islam.
Media secara umumnya masih tidak dapat memainkan peranannya
untuk membetulkan persepsi Islamofobia ini. Bahkan kerap kali
media ini menayangkan program-program termasuk filem dan
drama yang menimbulkan kekeliruan terhadap Islam.

Selain itu, banyak juga video-video keganasan yang telah tular dan
sering dikaitkan dengan Islam dan secara tidak langsungnya telah
memberikan gambaran bahawa Islam adalah agama yang sukar.
Masyarakat bukan Islam pastinya kurang senang dengan video-
video dan sikap begini, maka mmereka terdorong untuk
mempercayai isu Islamofobia yang melanda nergara kita.

6.1.4. Kelemahan Penyebaran Maklumat

Di antara punca berlakunya Islamofobia ialah kelemahan dan


kurang penyebaran maklumat mengenai Islam. Media-media
kebanyakannya dimiliki oleh bukan Islam dan sering kali Islam ini
diberikan liputan yang negatif. Didapati juga media tidak
mempunyai maklumat yang tepat mengenai keganasan oleh
gerakan agama yang lain bahkan tiada data yang lengkap negara
Islam yang menjadi mangsa keganasan akibat daripada
Islamofobia. Media yang dimiliki institusi Islam pula pada
hakikatnya adalah kurang efisyen dan kurang berjaya menampilkan
program-program yang mampu memperbetulkan persepsi negatif
masyarakat terhadap Islam.

6.1.5. Pengaruh Golongan Fundamentalis

Peristiwa jenayah al Maunah di Bukit Pelandok yang dilakukan


oleh golongan berlatarbelakangkan agama merupakan salah satu
punca terbinanya persepsi negatif terhadap Islam di Malaysia
khususnya mengaitkan Islam dengan keganasan. Kemunculan
golongan fundamentalist yang militan bahkan mendokong satu
matlamat iaitu menghapuskan orang bukan Islam seperti
Kumpulan Mujahidin Malaysia telah menyuburkan lagi fenomena
Islamofobia. Melalui peristiwa dan perkembangan pengaruh
golongan fundamentalis ini, Islam dilihat sebagai sesuatu yang
sangat sinonim dengan keganasan dan menjadi punca
ketidaktenteraman awam.

6.2. Maklumat Responden

Berdasarkan kajian soal selidik yang dibuat, pelbagai respon yang telah
diberikan oleh responden. Maklumat-maklumat ini adalah capaian data
yang diperlukan bagi membantu kajian sebelum analisis data dapat dibuat.

6.2.1. Umur Responden


Bil Responden Berdasarkan Umur
102
18-30 31-40 41 ke atas responden
18% 25%

57%

Carta 5.2.1

Berdasarkan carta pie 5.2.1 seramai 102 orang responden yang


telah memberi maklum balas soal selidik secara atas talian.
Sebanyak 57% iaitu merangkumi seramai 58 orang yang berusia
31 sehingga 40 tahun telah menjadi respondenterbanyak untuk
menjawab soal selidik yang diberikan. Sebanyak 25% pula iaitu
seramai 26 orangresponden yang merangkumi usia 18 tahun
sehingga 30 tahun.Manakala, responden yang paling sedikit
menjawab kaji selidik atas talian adalah sebanyak 18% iaitu
seramai 18 orang yang berusia 41 dan ke atas. Golongan
responden ini memainkan peranan penting untuk mendapatkan
pandangan dan persepsi yang berbeza dalam kajian ini.

6.2.2. Jantina Responden


Bil Responden Berdasarkan Jantina
17%

Lelaki
Perempuan

83%

Berdasarkan carta di atas, seramai 102 orang responden telah


membantu sepanjang tempoh kajian dibuat. Sebanyak 17% atau
17 orang lelaki telah memberi respon kepada borang soal selidik
manakala sebanyak 83% pula adalah golongan perempuan yang
telah membantu dalam tempoh kajian yang merangkumi 85 orang.

6.2.3. Bangsa Responden

Bil Responden Berdasarkan Bangsa


8%
25% Cina
India
Lain-lain

67%

Seramai 102 orang yang terdiri daripada bangsa Cina, India dan
Lain-lain telah memberi respon kepada soal selidik sepanjang
kajian dibuat. Majoriti responden adalah daripada bangsa Cina iaitu
seramai 68 orang yang merangkumi 67% daripada jumlah
responden. 25% daripada jumlah responden adalah daripada
bangsa India iaitu seramai 26 orang yang telah memberi maklum
balas ke atas soal selidik. Manakala terdapat 8 orang responden
daripada bangsa lain turut serta menyertai kajian yang telah dibuat
iaitu sebanyak 8%.
6.3. Tahap kesedaran masyarakat Bukan Islam mengenai Islamofobia

Kaji selidik telah dibuat ke atas masyarakat bukan Islam di kawasan Shah
Alam bagi mengetahui tahap kesedaran isu Islamofobia di kalangan
mereka. Berikut adalah tahap kesedaran Isu Islamofobia di kalangan
masyarakat bukan Islam:

6.3.1. Kesedaran tentang isu Islamofobia di Malaysia

Menyentuh dari aspek pemberitaan, program-program berita berjadual di


TV1 (Berita Nasional, & Berita Wilayah), TV2 (Berita Mandarin, Berita
Inggeris, Berita Tamil), TV3 (Buletin Pagi, Buletin 130, Buletin Utama, &
Nightline), NTV7 (Edisi 7 & 7 Edition), 8TV (8TV Mandarin), dan TV9
(Berita TV9) yang terikat dengan obligasi menggalakkan (mendukung/
memupuk) matlamat dasar dan polisi kerajaan yang mengkehendakkan
media membantu mempromosikan nilai-nilai Islam sesuai
(mengambilkira komposisi etnik) dengan konteks masyarakat majmuk
pluralistik Malaysia. Begitu juga dengan program-program ehwal semasa
seperti Selamat Pagi Malaysia, Hujung Minggu Malaysia, Di Luar
Lingkungan, Wadah (Suara Siswa), Khabar Malaysia, Dialog, Forum
Perdana Ehwal Islam, Galeri Nasional, Isu, Apa Kata Wanita, Titik
Sentuhan Terus Bertindak dan Eksklusif oleh TV1 bersama-sama
Malaysia Hari Ini, Wanita Hari Ini, Aduan Rakyat, Bersamamu, 999,
AlKulliyyah, Majalah3, Nona, dan Jom Ronda oleh TV3. Pihak
pengurusan Astro turut mengimbangi perspektif-perspektif berita Barat
dengan menyediakan saluran berita nasional seperti Astro Awani dan
saluran-saluran TV pendidikan yang mendidik agama Islam khususnya
Astro Oasis, Astro Ria, dan sebagainya. Terbaharu adalah TV Al-Hijrah
oleh Alhijrah Media Corporation. Komitmen daripada kerajaan turut tidak
terkecuali melalui
6.3.2. Kewujudan Islamofobia di kalangan masyarakat di Malaysia

Menurut bekas Setiausaha Agung PBB (1997-2006), Kofi Annan, istilah


Islamofobia sudah wujud sejak akhir tahun 1980-an dan awal tahun 1990-an,
namun istilah ini semakin popular selepas tragedi 11 September 2001 yang
mengakibatkan imej Islam dikaitkan sebagai agama pengganas dan radikal di
mata masyarakat antarabangsa.

Sikap dan tindakan yang menjurus kepada Islamofobia telah menjadi semakin
meluas dalam kalangan masyarakat Barat. Sebagai contoh kenyataan
kontroversi Pope Benedict XVI dalam kuliahnya di Universiti Regensburg,
Jerman, pada 12 September 2006, yang menyatakan Nabi Muhammad
(SAW) menyebarkan Islam melalui jalan kekerasan. Masyarakat tentu masih
ingat kes karikatur Nabi Muhammad (SAW) terbitan akhbar Denmark,
Jyllands-Posten. Juga kes pada tahun 2011 apabila paderi Wayne Sapp
membakar naskhah al-Quran di sebuah gereja di Florida.

Tindakan itu dilakukan dengan pengetahuan pendeta radikal Terry Jones,


yang menganjurkan “Hari Antarabangsa Membakar al-Quran”. Mutakhir ini
wujud kes Islamofobia termasuk siri penghinaan Islam oleh majalah satira,
Charlie Hebdo di Paris. Dalam sebuah seminar bertemakan “Confronting
Islamophobia: Education for Tolerance and Understanding” di New York pada
7 Disember 2004, Kofi Annan pernah menyebutkan, memang selama ini
Islamofobia sering dikaitkan dengan keganasan dan kekerasan.

6.3.3. Faktor-faktor berlakunya isu Islamofobia di kalangan masyarakat


di Malaysia

Penghijrahan

Penghijrahan orang Islam ke negara majoriti bukan Islam merupakan antara


faktor terjadinya Islamofobia. Faktor kemunduran ekonomi dan masalah
kesempitan hidup menyebabkan ramai umat Islam berhijrah ke negara maju.
Situasi ini menyebabkan persaingan peluang pekerjaan kepada rakyat negara
itu dan juga menggugat taraf ekonomi mereka. Terdapat juga segelintir umat
Islam yang berhijrah ini melakukan pelbagai jenayah dan tidak menghormati
budaya negara itu. Ini adalah antara faktor menyebabkan masyarakat negara
itu memandang serong kepada orang Islam dan melihat imej Islam sebagai
sesuatu yang negatif.

Kurang Ilmu Pengetahuan dan Pendedahan

Kejahilan dan kurang pengetahuan orang bukan Islam juga dilihat antara
punca Islamofobia. Sistem pendidikan sedia ada tidak mempunyai aspek
khusus untuk mendedahkan masyarakat dengan sebarang ajaran Islam.
Dengan kurangnya ilmu pengetahuan dan tiadanya pendedahan terhadap
ajaran Islam di peringkat rendah dan tinggi, Islam akhirnya dilihat sebagai
sesuatu yang menggugat gaya hidup dan ganas termasuk mempromosi
ketidakadilan terutamanya apabia ianya melibatkan hak-hak wanita.

Prejudis dan Kesan Serangan Menara Pusat Perdagangan New York

Serangan menara Pusat Perdagangan Dunia pada 11 September 2001


Pencetus dan kemuncak kepada Islamofobia. Mulai dari tarikh ini, Islam telah
dijenamakan dengan keganasan dan masyarakat dunia sudah mempunyai
persepsi umum bahawa Islam dan keganasan adalah sinonim. Kesan
daripada peristiwa ini masyarakat dunia mula berprejudis kepada umat Islam.
Ini ditambah lagi dengan siri pengeboman yang berlaku di seluruh dunia
seperti di Madrid, di London dan malangnya jenayah ini sering kali dikaitkan
dengan Islam. Sebagai contoh, peristiwa pengeboman di Oslo pada 22 Julai
2011 yang mengorbankan lapan nyawa dan beberapa jam selepas itu
pembunuhan beramai-ramai 69 remaja di Utoya Island, Norway. Sejurus
selepas pengeboman dan pembunuhan ini, akhbar-akhbar utama dunia
seperti Washington Post, New York Times dan lain-lain telah mengesyaki
bahawa penjenayah terbabit adalah Muslim sedangkan beliau ialah penganut
Kristian Konservatif yang bernama Aders Breivik. Peristiwa ini menunjukkan
betapa prejudisnya masyarakat barat terhadap Islam sehinggakan sebarang
keganasan akan dikaitkan dengan Islam atau umat Islam.
Pengaruh Media dan Gerakan Islamofobia

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa media mempunyai pengaruh


yang sangat kuat membentuk persepsi masyarakat. Media yang dikuasai oleh
pihak yang prejudis kepada Islam sudah pasti akan menggunakan saluran ini
untuk menanamkan perasaan kebimbangan dan kebencian kepada Islam. Ini
ditambah lagi dengan gerakan Islamofobia yang mendapat pembiayaan yang
lumayan oleh pihak-pihak tertentu. ’The Center for American Progress’
melaporkan terdapat tujuh yayasan yang telah membayar sebanyak USD42
juta untuk menanamkan ketakutan dan kebimbangan serta kebencian kepada
Muslim di Amerika. Di antara badan yang membiayai gerakan Islamofobia ini
ialah ‘Donors Capital Fund’, ‘Richard Mellon Scaife Foundations’, ‘Lynde and
Harry Bradley Foundation’, ‘Newton D. dan Rochelle F. Becker Foundations’
and ‘Charitable Trust’, ’Russell Berrie Foundation’, ’Anchorage Charitable
Fund’, ’William Rosenwald Family Fund’ and ’Fairbrook Foundation’.
Dilaporkan juga bahawa Salman Rushdie telah dibayar sejumlah 850 ribu
pound sterling untuk menghasilkan buku ‘Satanic Verses’ yang diterbitkan
oleh penerbitan Viking.

Faktor Dalaman
Berbanding faktor luaran, faktor dalaman merujuk kepada Islamofobia yang
berpunca daripada sikap, amalan, budaya, perlakuan umat Islam itu sendiri.
Kelemahan dan kesilapan serta keganasan yang dilakukan segelintir umat
Islam juga telah menyebabkan persepsi masyarakat yang serong terhadap
Islam.

Kelemahan Penyebaran Maklumat


Di antara punca berlakunya Islamofobia ialah kelemahan dan kurang
penyebaran maklumat mengenai Islam. Media-media kebanyakannya dimiliki
oleh bukan Islam dan sering kali Islam ini diberikan liputan yang negatif.
Didapati juga media tidak mempunyai maklumat yang tepat mengenai
keganasan oleh gerakan agama yang lain bahkan tiada data yang lengkap
negara Islam yang menjadi mangsa keganasan akibat daripada Islamofobia.
Media yang dimiliki institusi Islam pula pada hakikatnya adalah kurang efisyen
dan kurang berjaya menampilkan program-program yang mampu
memperbetulkan persepsi negatif masyarakat terhadap Islam.

6.4. Agama Islam

Kita seharusnya sedar bahawa perlakuan dan tindakan umat Islam adalah
menjadi cerminan kepada Islam. Rata-rata masyarakat bukan Islam yang
dimomokkan dengan imej negatif tentang Islam, tidak akan mencari kebenaran
tentang keindahan Islam dari sumber sahih dalam Islam, buku-buku ilmiah atau
individu Muslim, walaupun ada sebilangan kecil yang berbuat demikian. Justeru,
adalah menjadi tanggungjawab setiap umat Islam untuk mempamerkan
keindahan agama ini dalam setiap perbuatan dan pertuturan.

Ini adalah agenda penting bagi umat Islam ketika ini. Fitnah dan dugaan yang
melanda umat Islam hari ini seharusnya dijadikan satu ruang bagi kita semua
untuk bermuhasabah tentang apa yang telah kita lakukan dan perancangan
tentang tindakan yang perlu diambil untuk memperbetulkan persepsi negatif
terhadap Islam.

Tindakan dan tindak balas oleh umat Islam terhadap fitnah ini adalah penting
bagi memastikan imej Islam sebagai satu cara hidup yang syumul akan terus
dipelihara dan diperteguhkan.

Bagaimanapun, umat Islam juga harus sedar bahawa provokasi yang berterusan
akan dilakukan oleh pihak yang sememangnya mahu mengiakan bahawa Islam
adalah agama yang membenarkan dan menggalakkan umatnya untuk bertindak
secara agresif. Perlu ada usaha dalam kalangan umat Islam untuk menunjukkan
kepada kelompok ini bahawa kita adalah umat yang jauh lebih bertamadun dari
apa yang mereka sangkakan.

Protes terhadap usaha pihak-pihak yang ingin menjatuhkan Islam ini boleh
dilakukan secara aman dan dalam keadaan di mana Islam tidak diletakkan di
dalam neraca pertimbangan sebagai agama yang menggalakkan perlakuan
ganas dan radikal.

7. CADANGAN / KESIMPULAN

Islamofobia bukanlah fenomena baru di alaf ini. Ianya telah berlaku sejak zaman
awal perkembangan Islam di mana pada waktu itu Islam dipandang sebagai
suatu ajaran yang asing bagi penduduk Mekah. Fakta ini disokong oleh sepotong
hadis Rasulullah S.A.W diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud”Islam
bermula sebagai (sesuatu yang) asing dan akan kembali menjadi (sesuatu yang)
asing seperti awalnya. Maka berbahagialah orang-orang asing itu”
(Sahih Muslim, Hadis 145, Bab Iman)
Hadis ini secara jelas membuktikan bahawa Islam juga digambarkan dengan
pelbagai perkara yang negative sepertimana ianya terjadi ketika awal dakwah
Rasulullah. Persepsi melihat Islam sebagai ajaran yang asing dan tidak sesuai
dengan budaya, hak asasi manusia dan nilai-nilai murni adalah perkara yang
telah dijangkakan oleh Rasulullah. Hadis ini memberikan tanggungjawab kepada
umat Islam untuk berusaha memperbetulkan persepsi ini dan seterusnya
meletakkan Islam itu di tempat yang sepatutnya serta difahami oleh masyarakat.
Berdasarkan kepada manifestasi dan implikasi Islamofobia kepada kehidupan,
mental, fizikal dan sosio ekonomi umat Islam, usaha-usaha ke arah menangani
isu ini perlu digembleng secara berhikmah dan berterusan. Inisiatif bersepadu
melalui kerjasama di setiap peringkat menerusi jaringan kerja yang mantap akan
dapa memastikan usaha mengatasi Islamofobia dapat dicapai. Segala gerakan,
usaha, inisiatif dan program ini merupakan salah satu cabang jihad demi
menegakkan Islam di muka bumi ini. Bagi memastikan setiap usaha dakwah ini
mencapai matlamatnya, istiqaah, iltizam dan itgan merupakan konsep yang
sewajarnya dijadikan teras utama.

Bagaimanapun, umat Islam juga harus sedar bahawa provokasi yang berterusan
akan dilakukan oleh pihak yang sememangnya mahu mengiakan bahawa Islam
adalah agama yang membenarkan dan menggalakkan umatnya untuk bertindak
secara agresif. Perlu ada usaha dalam kalangan umat Islam untuk menunjukkan
kepada kelompok ini bahawa kita adalah umat yang jauh lebih bertamadun dari
apa yang mereka sangkakan. Protes terhadap usaha pihak-pihak yang ingin
menjatuhkan Islam ini boleh dilakukan secara aman dan dalam keadaan di mana
Islam tidak diletakkan di dalam neraca pertimbangan sebagai agama yang
menggalakkan perlakuan ganas dan radikal. Pada ketika masyarakat dunia
sedang peka mengenai Islam, peluang perlu diambil dengan menyediakan
penerangan dan maklumat yang benar tentang Islam.

Sehubungan dengan itu, dalam usaha menzahirkan kecintaan kita kepada Islam
dan memperbetulkan persepsi yang salah tentang Islam, penting untuk diteliti
kembali akhlak dan peribadi Rasulullah SAW dalam menghadapi golongan
penentang Islam yang sentiasa cuba untuk memburuk-burukkan dan
menjatuhkan Islam dan maruah Rasulullah SAW. Diriwayatkan oleh Abu
Hurairah r.a bahawa pada suatu ketika datang seorang Yahudi menuntut hutang
daripada Rasulullah SAW dengan berkata: “Kamu dari Bani Abu Manaf adalah
bangsa yang suka melambat-lambatkan pembayaran hutang”.

Ketika itu Umar bin Al-Khattab ada bersama dan dia hampir memenggal leher
lelaki Yahudi itu. Lalu Rasulullah SAW berkata kepadanya: “Wahai Umar!
Sepatutnya engkau menyuruhnya meminta kepadaku dengan cara yang baik dan
menuntut aku juga membayar dengan baik”.

Perlakuan dan sifat pemaaf yang ditunjukkan Rasulullah SAW ini menyebabkan
lelaki Yahudi itu memeluk Islam selepas melihat tanda kenabian pada wajah dan
akhlak Baginda apabila diuji sedemikian rupa. Sirah Rasulullah SAW adalah
rujukan utama yang seharusnya diteliti dan diteladani oleh umat Islam dalam
menghadapi provokasi musuh-musuh Islam yang senantiasa ingin meletakkan
Islam di atas penilaian negatif masyarakat dunia.

Islam adalah kehidupan bagi umatnya, justeru pembelaan terhadap Islam dan
Rasulnya ini adalah satu manifestasi kecintaan dan ibadat seorang hamba
kepada Allah SWT. Oleh yang demikian, umat Islam haruslah memastikan
bahawa sebarang tindakan yang dilakukan dalam menghadapi provokasi yang
sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu, akan menjadikan Islam dipandang lebih
mulia dan dihormati dan bukan sebaliknya. Peranan umat Islam untuk
menangani Islamofobia ini adalah amat penting dan harus menjadi usaha
bersama agar keutuhan umat Islam sebagai satu jemaah menjadi satu simbol
kekuatan dan kebenaran Islam.

Umat Islam di seluruh dunia hendaklah mengambil sikap berhikmah menghadapi


cabaran Islamofia yang masih berleluasa. Pendekatan dakwah boleh membantu
dalam menangani Islamofobia. Dalam banyak analisa terhadap punca wujud
Islamofia, golongan sarjana mendapati, di samping disumbangkan oleh doktrin
radikal individu dan kelompok, faktor terbesar lain ialah kejahilan terhadap
agama dan masyarakat Islam itu sendiri oleh masyarakat bukan Islam.

Kejahilan memberi ruang yang mudah kepada eksploitasi dan prejudis terhadap
agama dan umat Islam terutama menerusi propaganda media yang tidak
bertanggungjawab. Pendekatan dakwah menangani Islamofobia boleh
dilaksanakan menerusi peningkatan kegiatan penerangan dan sosialisasi antara
masyarakat Islam dan bukan Islam.

7.1. Penerangan agresif

Penerangan yang agresif mesti digerakkan oleh pertubuhan dakwah


seluruh negara bagi memberi kefahaman dan penjelasan terhadap ajaran
serta nilai luhur agama Islam sebenar. Masyarakat bukan Islam
hendaklah diterangkan hakikat ajaran Islam yang menekankan prinsip
keseimbangan, keterbukaan dan kepelbagaian sejagat.

Mereka juga mesti difahamkan iaitu perlakuan yang bertentangan dengan


prinsip agama oleh penganut agama Islam tidak boleh dijadikan sandaran
dalam memahami hakikat ajaran Islam sebenar. Pada masa kini, revolusi
teknologi maklumat hendaklah dimanfaatkan bagi memastikan dakwah
dan penerangan mengenai hakikat sebenar agama Islam disebarkan
merentasi masyarakat bukan Islam.

Penggunaan bahasa dakwah pelbagai yang sesuai dengan kefahaman


masyarakat Islam hendaklah diperluaskan. Sudah sampai masanya pusat
penerangan Islam diwujudkan di tempat-tempat awam terpilih bagi
memudahkan proses penyampaian dakwah kepada masyarakat bukan
Islam. Menerusi pusat penerangan ini, bahan-bahan penerangan dakwah
boleh disebarkan secara lebih meluas.

Langkah dakwah lain yang boleh dilaksanakan ialah meningkatkan proses


sosialisasi iaitu memperbanyakkan ruang interaksi dan perhubungan
sosial antara umat Islam dan masyarakat bukan Islam. Proses sosialisasi
boleh dilaksanakan dalam banyak ruang kehidupan terutama di bidang
sosial dan budaya.

Misalnya, umat Islam hendaklah memastikan penyertaan masyarakat


bukan Islam dalam acara sosial dan kebudayaan yang dianjurkan di
pelbagai peringkat. Malah, kegiatan ziarah wajar dianjurkan secara
berkala oleh persatuan penduduk setempat bagi merapatkan hubungan
antara umat Islam dan masyarakat bukan Islam.

7.2. Proses sosialisasi masyarakat

Peranan institusi masjid dalam merancakkan proses sosialisasi


masyarakat amat penting. Program hari terbuka masjid misalnya boleh
dianjurkan dengan menjemput masyarakat bukan Islam mendekati
institusi masjid.

Menerusi sosialisasi ini, interaksi sesama masyarakat akan lebih akrab


dan penjelasan terhadap kekeliruan serta sensitiviti agama dapat diatasi.
Proses sosialisasi adalah sebahagian penterjemahan konsep dialog
antara agama yang kini menjadi satu budaya dakwah yang digalakkan di
kalangan umat Islam.

Pada waktu ini, umat Islam hendaklah lebih proaktif menangani cabaran
Islamofobia. Cabaran ini boleh diatasi dengan lebih berkesan menerusi
interaksi dan dialog langsung di antara umat Islam dan masyarakat bukan
Islam. Umat Islam dinasihatkan untuk istiqamah dengan pendekatan
dakwah yang hikmah dalam menangani Islamofobia.

Mereka ditegah sama sekali untuk terbabit dengan kegiatan berunsur


radikal dan ekstrem bagi mengatasi cabaran Islamofia yang sedang
dihadapi umat Islam. Umat Islam hendaklah sentiasa berhati-hati
daripada terjebak dengan kegiatan dan tindakan bercorak keganasan
kerana ia bertentangan dengan prinsip ajaran Islam yang menekankan
nilai mulia dan rahmah untuk seluruh umat manusia.
8. RUJUKAN

8.1. http://www.ikim.gov.my/index.php/2017/07/10/peranan-umat-islam-dalam-
menangani-islamofobia/

8.2. https://zulkiflihasan.wordpress.com/2013/10/05/memahami-isu-
islamofobia-antara-persepsi-dan-realiti/

8.3. https://www.bharian.com.my/kolumnis/2018/05/430410/islamofobia-cetus-
diskriminasi-wanita-berhijab

8.4. http://www.utusan.com.my/berita/nasional/islamophobia-makin-menebal-
1.495544

8.5. http://www.ikim.gov.my/index.php/2017/07/10/peranan-umat-islam-dalam-
menangani-islamofobia/

8.6. https://www.statistics.gov.my/censusatlas/images/ReligionEN.pdf

8.7. http://www.utusan.com.my/rencana/utama/peranan-umat-islam-menangani-
islamofobia-1.498424

8.8. https://www.researchgate.net/publication/327541890_Perkaitan_Islamoph
obia_dan_Orientalisme_Klasik_Satu_Analisis

Anda mungkin juga menyukai