Anda di halaman 1dari 16

SEMESTER 2 SESI 2022/2023

PPP 4023 : PEMIKIRAN KRITIS DAN


KREATIF

TAJUK :
KAJIAN ISTIQAMAH SOLAT SUBUH
BERJEMAAH DI KALANGAN MASYARAKAT
KAMPUNG BECHAH MENERONG, MUKIM
TANJONG, JAJAHAN PASIR MAS KELANTAN

KUMPULAN KULIAH: YIK GROUP (F)

DISEDIAKAN OLEH :
NAMA NO. MATRIK NO.
TELEFON
NUR IFFAH NAJIEHAH BINTI L20212012089 013-9638863
MOHD SOFIAN

NAMA PENSYARAH : PROFESSOR MADYA DR. JAMAL @ NORDIN BIN YUNUS


ABSTRAK
Kajian ini membincangkan tentang peratus jemaah yang melakukan solat Subuh secara
berjemaah di Masjid Bechah Menerong, Kelantan. Masjid ini terletak di daerah Pasir Mas,
Kelantan. Masjid ini mewakili tiga buah kampung. Kajian ini bermatlamat untuk
mengenalpasti peratus jumlah jemaah yang melakukan solat Subuh berjemaah, keberkesanan
solat Subuh berjemaah di kalangan masyarakat kampung Bechah Menerong dan selanjutnya
mengetahui pelaksanaan dan penghayatan solat Subuh berjemaah secara istiqamah di Masjid
Bechah Menerong. Kajian ini mengaplikasikan kajian lapangan berbentuk temu bual dan kaji
selidik, mengkaji data dan menganalisis data-data yang diperolehi untuk rumusan serta sedikit
kajian perpustakaan atau maktabah. Kajian ini telah menemukan peratus mereka yang dijamin
dalam peliharaan Allah s.w.t. dengan melaksanakan solat Subuh berjemaah setiap hari serta
sebab-sebab utama pengabaiannya.

KATA KUNCI
Solat subuh, secara istiqamah, sebab-sebab utama pengabaiannya.

1.0 PENGENALAN
Tajuk yang berkaitan dengan solat berjemaah khususnya solat Subuh sering diperkatakan,
dibincangkan dan sentiasa menarik perhatian umum kerana ia merupakan perkara yang selalu
berlaku dalam kehidupan masyarakat kita yang kurang memahami tentang konsep solat
berjemaah serta hikmat-hikmatnya seperti yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. serta para
sahabat. Melalui kajian ini diharapkan kefahaman dalam perkara ini akan menjadi lebih jelas
serta memberi ruang kepada setiap individu untuk berfikir secara rasional bahawa solat
berjemaah memainkan peranan penting dalam membentuk akhlak serta mewujudkan
perpaduan yang utuh sesama umat Islam yang hari ini semakin menyimpang jauh dalam
melaksanakan tuntutan-tuntutan agama yang sebenar contohnya hubungan silaturrahim. Solat
adalah wasilah yang terbesar dalam mengusahakan tazkiyatun-nafsi.' Dalam persoalan waktu
melakukannya saja solat itu merupakan ilmu pengetahuan dan sebagai timbangan guna
mencapai tazkiyah itu sendiri? Jadi solat adalah wasilah, tujuan, juga satu-satunya perkara
yang mengukuhkan, manakala solat itu kita umpamakan sebagai bangunan. Ia juga dapat
memperdalam makna-makna penghambaan, ketauhidan serta kesyukuran, demikian pula
sebagai suatu zikir, disertai berdiri, rukuk, sujud dan duduk." Ia adalah menegakkan ibadat
dengan tatacara yang tertentu dan sebagai puncak, dengan jalan meletakkan tubuh dengan
sikap tunduk.' Dengan begitu, maka solat itu apabila ditunaikan dengan baik dan sesuai
dengan ajaran agama, maka dapat mengusir sifat takabbur dan sedang sifat takabbur itu
menjauhkan diri dari Zat Maha Pencipta, yakni Allah s.a.w. Mengenal Allah dengan
mengakui ketuhanan-Nya, dan memikir-mikir makna serta tujuan hidup yang hakiki."
Demikian pula menunaikan solat dengan sempurna dan tertib itu dapat melenyapkan ujub atau
meninggi diri sendiri sebab merasa ada kelebihannya di atas orang lain.' Juga dapat
menghilangkan rasa ghurur atau terpedaya pada perasaan hatinya sendiri, sebab menganggap
dirinya sebagai manusia yang tinggi, unggul, patut menerima kehormatan yang biasa
diberikan pada manusia yang selain dirinya. Bahkan solat itu pula dapat menghapuskan
keinginan untuk melakukan semua kemungkaran dan segala kekejian serta kejahatan.

2.0 PERMASALAHAN KAJIAN


Kajian ini dijalankan untuk mengetahui sejauhmana pengenalan dan pernyataan solat
berjemaah dan juga untuk mengkaji keberkesanan program yang dijalankan. Penumpuan
kajian ini difokuskan di Masjid Kg. Bechah Menerong, Mukim Tanjung, ini kerana penulis
melihat solat berjemaah mempunyai potensi yang cukup besar untuk mendidik masyarakat
supaya berdisiplin, mematuhi masa, malah dapat merapatkan hubungan silaturrahim di
kalangan ahli jemaah dan masjid itu sendiri berperanan sebagai institusi terbuka yang
menyediakan pelbagai bentuk ilmu dan pengajian yang ditawarkan untuk ahli jemaah yang
hadir ke masjid khususnya kepada masyarakat di Kg. Bechah Menerong, Mukim Tanjung,
Daerah Pasir Mas. Kelantan. Penulis merasakan kajian ini perlu diteruskan untuk
mempastikan golongan remaja yang menjadi fokus utama masyarakat, kerana golongan muda
pada hari ini sudah tersimpang jauh daripada ajaran Islam yang sebenarnya. Oleh itu,
penglibatan remaja dalam solat berjemaah dapat mengurangkan gejala yang tidak sihat dalam
masyarakat.

2.1 Latar Belakang Kg. Bechah Menerong


Penulis telah memilih Kampung Bechah Menerong sebagai kajian kerana di sana terletaknya
skop kajian penulis iaitu Masjid Bechah Menerong, Mukim Tanjung. Kampung ini
mempunyai keluasan lebih kurang 4.0 km persegi. Jumlah ahli mukim Tanjung Kg. Bechah
Menerong mengikut bancian oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2010 lebih kurang
1200 orang 18 dan 250 buah rumah yang merupakan bangsa Melayu dan bumiputera.
Kebanyakan penduduk kampung ini merupakan petani, peniaga, buruh, guru dan sebagainya.
Dinamakan dengan Bechah Menerong kerana kawasannya lembah dan berair dan dikelilingi
dengan pokok-pokok menerong. Iaitu sejenis 19 tumbuhan dalam air. Orang yang
bertanggungjawab menubuhkan kampung ini ialah Tuan guru Haji Kacil. Kini kawasan ini
sebahagiannya menjadi sawah padi dan sebahagian lagi menjadi tempat tinggal dan
penempatan penduduk-penduduk di sini.

2.2 Latar Belakang Masjid Kg. Bechah Menerong


Masjid ini terkenal dengan namanya Masjid Bechah Menerong yang tidak asing lagi kepada
penduduk di sini. Tapak asal masjid ini merupakan sebuah surau lama yang telah diasaskan
pada tahun 1930 oleh Tuan Guru Haji Kacil, setelah kematian beliau surau tersebut tidak
dibaiki menyebabkan lama kelamaan surau tersebut runtuh. Maka pada tahun 1950 pengganti
beliau iaitu Tuan Haji Mat bin Man yang terkenal dengan nama gelaran Tok Imam Mina,
beliau bersama penduduk kampung mencadangkan supaya membina sebuah surau baru di atas
tapak tanah beliau di Kampung Tanjung Chenak, bersebelahan dengan landasan keretapi.
Selepas beliau meninggal dunia, diganti pula oleh menantunya Ibrahim bin Hamat, namun
beliau terpaksa berhenti sementara atas sebab- sebab kesihatan dan pengganti beliau ialah
Haji Wan Sulung bin Wan Musa. Imam muda beliau Haji Adam bin Mahmud sehingga beliau
meninggal dunia pada tahun 1994. Bilalnya ialah Abdullah bin Salleh sehingga pada tahun
2003. Maka pada tahun 1980, kerajaan telah memberi peruntukan membina masjid baru
sebanyak RM 100.000 yang disampaikan oleh Tan Sri Hussein bin Ahmad, Timbalan Menteri
Besar Kelantan ketika itu. Masjid baru siap pada tahun 1982, keluasan tanah dalam 500 depa
dan keluasan masjid ialah 50 kaki x 80 kaki. Setelah Haji Wan Sulung bersara pada tahun
1985, maka diganti semula oleh Ibrahim bin Hamat sehingga tahun 1990. Pada tahun 1990
sehingga sekarang imam masjid ini ialah Haji Ab.Razak bin Haji Idris. Imam muda beliau
ialah Haji Muhammad bin Haji Harun.Bilalnya Muhammad bin Awang dan Tok Siaknya
Nawi bin Jusoh.

2.3 Lokasi Masjid Kg. Bechah Menerong


Masjid Bechah Menerong terletak di Kampung Bechah Menerong, Bunut Susu dan
merupakan sebuah kampung yang berada di dalam Mukim Tanjung, jajahan Pasir Mas.
Masjid ini terletak di bahagian timur negeri Kelantan. Jarak masjid ini dengan bandar Pasir
Mas ialah kira-kira lima km.

3.0 MATLAMAT KAJIAN


Dalam sesuatu kajian ilmiah yang dilaksanakan sudah pastinya penulis mempunyai tujuan dan
matlamat. Kajian ini dibuat untuk mengetahui dengan lebih jelas tentang pelaksanaan solat
Subuh yang berjemaah di masjid Bechah Menerong secara istiqamah, menganalisis data
berapa orang yang datang solat. Yang kerap datang solat seramai 20 orang yang terdiri dari
kalangan remaja, dewasa dan warga emas.

3.1 Responden
Faktor-faktor Yang Menarik Jemaah Datang ke Masjid: Mereka tiada tanggungjawab kepada
keluarga, banyak masa terluang boleh diisi dengan melakukan amal ibadat dan sebahagian
mereka tinggal dengan anak-anak dan tidak bekerja. Contohnya warga emas. Program-
program keagamaan yang dianjurkan oleh AJK-AJK masjid seperti ceramah-ceramah,
tazkirah, tahsin al-Quran dan sebagainya menyebabkan ada sebahagian jemaah-jemaah
tertarik untuk solat berjemaah di masjid ini. Berdasarkan temubual yang telah dilakukan oleh
penulis dengan beberapa orang responden, sebelum tahun 1980an ramai jemaah yang datang
berjemaah di masjid ini, tetapi semenjak tahun 1980an, salah satu faktor jemaah semakin
berkurangan kerana fahaman politik yang berbeza. Kini sebahagian jemaah solat di surau-
surau di sekitar kampung dan sebahagiannya lagi solat di Masjid Bandar Pasir Mas. 1.3.2
Lokasi Kajian Kajian Istiqamah ini dibuat di Kampung Bechah Menerong, Mukim Tanjung,
Daerah Pasir Mas, Kelantan Darul Naim.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN


Antara objektif utama kajian ini dibuat adalah untuk :
1. Mengenalpasti peratus penghayatan solat Subuh berjemaah di kalangan penduduk Mukim
Tanjung, di Masjid Kg. Bechah Menerong.
2. Mengetahui pelaksanaan 66 Solat Subuh Berjemaah" yang berlaku dalam masyarakat di
Mukim Tanjung, Kg. Bechah Menerong.
3. Menganalisis fakta dan data yang berkaitan dengan solat subuh berjemaah di Mukim
Tanjung, Kg. Bechah Menerong.

4.1 LIMITASI (SKOP) KAJIAN


Bagi mempastikan kajian istiqamah ini tidak tersasar kepada hal-hal yang tidak berkaitan
dengan permasalahan kajian, maka penulis menggariskan beberapa ketentuan iaitu:
1. Kajian Istiqamah ini dilakukan di Kampung Bechah Menerong, Mukim Tanjung, Daerah
Pasir Mas, Kelantan Darul Naim.
2. Mengkaji sejauhmana peratus penghayatan solat Subuh berjemaah di kalangan penduduk
Kampung Bechah Menerong.
3. Data-data yang diperoleh dan proses temubual akan lebih tertumpu kepada beberapa orang
responden yang terlibat di masjid Bechah Menerong.
4. Penulis memilih masjid Bechah Menerong memandangkan jarak yang berhampiran dengan
tempat tinggal penulis dan bagi memudahkan penulis untuk mendapatkan maklumat dan
bahan rujukan.

5.0 METODOLOGI KAJIAN


Metod Pengumpulan Data Penyelidik menggunakan beberapa metod dalam mengumpulkan
data dan maklumat yang berkaitan. Sumber-sumber data umumnya diperolehi dari sumber
pertama di samping data dari sumber kedua. Penyelidik berusaha mencari dan mengumpulkan
data-data yang mempunyai hubungkait dengan tajuk kajian sebelum membuat penafsiran
terhadap data- data tersebut. Di antara metod yang digunakan oleh penyelidik dalam kajian ini
ialah kajian perpustakaan, temubual dan soal selidik.

5.1 Kajian Perpustakaan


Perpustakaan merupakan tempat rujukan utama dalam usaha mengumpulkan data-data dan
bahan maklumat yang berkaitan. Sehubungan dengan itu, beberapa buah perpustakaan telah
dijadikan tempat rujukan penyelidik dalam melaksanakan kajian ini. Di antara perpustakaan
yang menjadi tempat rujukan utama ialah:
i) Perpustakaan Universiti Malaya, Nilam Puri.
ii) Perpustakaan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, (KIAS) Kota Bharu.
iii) Perpustakaan Awam Pasir Mas.
iv) Perpustakaan Negeri Kota Bharu Kelantan.
Metod ini digunakan dalam kebanyakan bab yang ada, tetapi lebih berperanan di dalam bab
satu dan bab dua kerana bab satu dan bab dua mengandungi ulasan dan huraian berkenaan
tajuk kajian ini. Ini akan memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai penghayatan dan
kefahaman jemaah dalam istiqamah solat Subuh berjemaah dari sudut pandangan Islam.

5.2 Soal Selidik


30 orang jemaah solat Jumaat di masjid kampung Bechah Menerong telah dipilih secara
rawak bagi menjawab soal selidik berkaitan istiqamah solat Subuh berjemaah.Soal selidik
berikut mempunyai 12 soalan dan setiap responden dikehendaki menjawab "YA" atau
"TIDAK". Jawapan "YA" menunjukkan responden memahami istiqamah solat Subuh
berjemaah manakala jawapan "TIDAK" menunjukkan responden tidak memahami istiqamah
solat Subuh berjemaah. Soal selidik ini mengandungi tiga bahagian demografi iaitu, status
perkahwinan, status jemaah dan umur. Keputusan kajian akan ditafsirkan berpandukan soalan
demografi.20 Iaitu kajian tentang ciri-ciri perkembangan penduduk (dari segi saiz, kepadatan,
taburan, kelahiran, kematian, dan sebagainya).

5.3 Analisis Data


Hasil dapatan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu FAHAM dan KURANG FAHAM. Bagi
responden yang menjawab "YA" untuk semua soalan soal selidik dikategorikan sebagai
memahami istiqamah solat Subuh berjemaah. Manakala bagi responden yang tidak menjawab
dengan betul untuk semua soalan dikategorikan sebagai kurang faham terhadap istiqamah
solat Subuh berjemaah. Hasil dapatan dianalisiskan mengikut tiga kategori berdasarkan faktor
demografi iaitu status jemaah, umur dan status perkahwinan. Penyelidik menganalisis data
menggunakan carta pai dan huraian.

5.4 LITERATURE REVIEW/ULASAN KEPUSTAKAAN


Penyelidik telah mengkaji beberapa pendapat yang berkaitan dengan kajian penyelidik.
Antaranya ialah:
1. Kajian yang bertajuk Penghayatan Solat Berjemaah Satu Kajian Di Masjid As- Somadi,
Tumpat, Kelantan oleh Nor Mahadi b. Hj. Ibrahim dalam Tesis Dakwah Wal-Qiadah, KIAS,
Nilam Puri, tahun 2002/2003 yang telah menyatakan mengenai penghayatan Solat Berjemaah
di Masjid As-Somadi, Tumpat, kepentingan solat berjemaah, hukum, kelebihan dan temubual
dengan beberapa orang responden mengenai program-program yang dilaksanakan di masjid
ini dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada jemaah dan masyarakat di Kampung
Geting, Daerah Tumpat ini.
2. Amirrah bt Hj. Ibrahim telah mengkaji penghayatan solat berjemaah dan kefahaman muda-
mudi tentang kepentingan solat. Tesis yang bertajuk "Penghayatan Solat Berjemaah di
Kalangan Golongan Muda, Satu Kajian Di Kampung Batu Mengkebang, Kuala Krai,
Kelantan dari Tahun 2004/2005. Jabatan Al-Dakwah Wal-Qiadah KIAS, Nilam Puri yang
telah membincangkan tentang kedudukan dan kepentingan solat. Di mana solat merupakan
ibadat pertama yang diwajibkan dan ibadat pertama yang akan dihisab, ia juga merupakan
garis pemisah antara Islam dan Bukan Islam. Akhir sekali membuat analisis tentang
kefahaman golongan remaja terhadap kepentingan solat dan juga kefahaman mereka terhadap
penghayatan dan amalan solat berjemaah.
6.0 DAPATAN KAJIAN
Perbincangan adalah berdasarkan hasil dapatan daripada soal selidik. Perbincangan ini juga
menfokuskan kepada faktor demografik iaitu status jemaah, umur dan status perkahwinan.
Hasil dapatan daripada kajian ke atas para jemaah masjid di Kampung Bechah Menerong
menunjukkan bahawa kehadiran jemaah dalam solat Jumaat mencapai tahap 100%. Di mana
jemaah remaja 17.6%, jemaah dewasa 73.0% dan warga emas 9.4%. Dengan ini penghayatan
dan pemahaman solat Jumaat telah dilaksanakan dengan sempurna dan penuh keinsafan oleh
ahli jemaah. Manakala dalam istiqamah solat Subuh berjemaah amat mengecewakan
penyelidik. Berdasarkan hasil dapatan, peratus istiqamah solat Subuh hanya mencapai
peratusan 5.4% sahaja dengan ahli jemaah seramai 20 orang dan manakala jemaah yang
kurang istiqamah ialah 94.6% dengan ahli jemaah seramai 354 orang. Selain mengedarkan
borang soal selidik, penyelidik juga telah menemubual beberapa orang responden seperti
imam, bilal dan AJK masjid. Maka hasil dapatan daripada temubual tersebut peratus jemaah
solat Jumaat mencapai 100% kerana kebanyakan anak mukim daripada tiga buah kampung
menunaikan solat Jumaat di masjid ini, manakala istiqamah solat Subuh hanya mencapai
5.4% sahaja kerana ada sebahagian anak mukim menunaikan solat berjemaah di rumah-rumah
dan di surau-surau yang berdekatan dengan rumah mereka masing-masing. 91 Berdasarkan
hasil kajian yang dijalankan oleh penyelidik bahawa golongan remaja yang istiqamah solat
Subuh berjemaah daripada sekolah menengah mencapai 25% lebih tinggi peratusnya
berbanding sekolah agama yang mencapai 15% sahaja. Daripada hasil kajian yang dijalankan
oleh penyelidik, jemaah sekolah menengah lebih tinggi peratusannya dengan jemaah sekolah
agama kerana sebahagian besar anak mukim di sini lebih berminat belajar di sekolah
menengah berbanding sekolah agama. Ini terbukti daripada tinjauan serta kajian yang
dilakukan oleh penyelidik di salah sebuah sekolah rendah mendapati antara 20-25% pelajar
solat lima waktu sehari. Walaupun pelbagai program telah dibuat oleh pihak sekolah seperti
mengadakan tazkirah, kempen, kem motivasi, kem Bestari Solat, Usrah, Qiamullail dan
pelbagai usaha dibuat oleh PIBGyang bertanggungjawab di sekolah, tetapi angka tersebut
masih belum berganjak. Faktor utama yang diperolehi ialah ibu bapa tidak bersungguh-
sungguh dalam soal ini. Mengapa demikian terjadinya?. Kajian juga mendapati ibu bapa juga
kurang sempurna dalam solat dan ada juga sebahagian ibu bapa tidak menunaikan solat lima
waktu dan banyak menghabiskan masa dengan bekerja dan mengisi masa lapang dengan hobi
mereka masing-masing seperti memancing, karoeke, menonton televisyen dan sebagainya
sehingga lupa kepada tanggungjawab kepada Allah s.w.t., keluarga, masyarakat, agama dan
negara. Ini terbukti bahawa ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik dan
mencorak anak-anak mereka. Berdasarkan satu kajian yang dibuat diperingkat sarjana
menunjukkan wujud perbezaan yang besar amalan pelajar-pelajar di sekolah dan di rumah.
Kajian yang dibuat menunjukkan bahawa semasa di sekolah lebih dari 95% pelajar tidak
pernah meninggalkan sembahyang (solat) dengan sengaja dan apabila balik ke rumah peratus
ini merosot sehingga ke paras di bawah 50%, Begitu juga dengan kewajiban menutup aurat.
Di sekolah semua pelajar menutup aurat ketika keluar dari asrama (pelajar perempuan) tetapi
apabila balik ke rumah, peratus ini juga merosot di bawah 50%. Ini menjadi satu petunjuk
bahawa pendidikan yang diterima oleh pelajar- pelajar belum mampu menjadikan mereka
melaksanakan ajaran Islam. 92 Marilah sama-sama kita mencari jalan ke arah meningkatkan
lagi kesedaran ibu bapa dan anak-anak supaya menjadikan solat sebagai agenda yang utama
dan pertama dalam hidup ini. Sebagaimana kata pepatah 'melentur buluh biarlah dari
rebungnya' Hasil daripada kajian ini didapati bahawa faktor umur juga amat penting dalam
pelaksanaan solat berjemaah. Jika dilihat faktor umur, golongan remaja dan dewasa lebih
tinggi istiqamah solat Subuh berbanding dengan warga emas. Berdasarkan kajian yang telah
dijalankan oleh penyelidik warga emas lebih cenderung solat bersendirian di rumah dan ada
sebahagiannya solat berjemaah bersama keluarga di rumah. Selain itu faktor keuzuran dan
pelbagai penyakit yang dihidapi penyebab mengapa golongan warga emas lebih selesa solat di
rumah lebih-lebih lagi masjid atau surau berjauhan dengan rumah mereka. Selain itu statistik
menunjukkan bahawa faktor status dan kerjaya juga penyebab mengapa umat Islam hari ini
kurang solat dan tidak suka menunaikan solat lima waktu. Menurut kajian dan statistik yang
dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bahawa "Sejumlah 80 peratus
umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari”. Anda
mungkin terkejut dengan data ini tetapi itulah hakikatnya. Dalam satu kajian yang telah
dilakukan oleh tokoh motivasi terkenal di Malaysia, Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah,
bahawa sejumlah 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima
waktu dalam sehari. Peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-
program ceramah dan motivasi, yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap
gaya Menurut Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah antara golongan yang kerap meninggalkan
ibadah solat ini ialah golongan para pelajar sekolah, golongan belia, pekerja kilang, anggota
pasukan seragam dan juga para peniaga.168. 93 Menurut kajian itu lagi hanya sekitar 17
hingga 20 peratus yang menunaikan solat fardhu cukup lima waktu dalam sehari, sementara
bagi pelajar-pelajar sekolah menengah, iaitu hanya 15 peratus sahaja mengakui
bersembahyang lima kali sehari. dan fakta ini ternyata menyamai dapatan kajian yang
menunjukkan bahawa sejumlah 86.2% responden mengakui kerap meninggalkan solat dan
sejumlah kecil responden yang melaksanakan solat dengan secukupnya. Selain dari itu kadar
pelaksanaan yang rendah dalam ibadah solat di kalangan responden dalam kajian ini juga
mungkin dapat dikaitkan dengan tahap pengetahuan dan kemahiran responden dalam
menunaikan ibadat tersebut. Apakah faktor yang menyebabkan jumlah besar responden tidak
menunaikan solat dalam kehidupan mereka? Persoalan ini mungkin tidak dapat diselesaikan
dengan menjaga fakta-fakta atau cara melaksanakan solat. Sesungguhnya ia melibatkan
banyak faktor lain termasuk motivasi pelaksanaan solat dan ibadat. Menurut al-Kumayi
(2009) terdapat tiga halangan dalam melaksanakan ibadah iaitu:
 Malas (kasal) mengerjakan ibadat kepada Allah, sedang setiap insan sanggup dan
berupaya melakukan ibadah.
 Lemah fikiran (futur) atau tidak memiliki tekad yang kuat kerana terpengaruh dengan
kehidupan dunia.
 Bosan (malal) atau cepat berasa bosan melakukan ibadah sedangkan tujuan belum
tercapai.

6.1 DATA DEKSRIPTIF

Jumlah dan peratus responden mengikut status jemaah solat Jumaat.

STATUS JEMAAH JUMLAH PERATUS


Remaja 66 17.6
Dewasa 273 73.0
Warga Emas 35 9.4
Jadual 6.1: Jumlah responden mengikut status jemaah solat Jumaat

UMUR JUMLAH
13-23 66
24-33 36
34-43 112
44-53 125
54-63 20
64-73 15
Jadual 6.2 : Jumlah responden mengikut umur
STATUS PERKAHWINAN JUMLAH
BUJANG 94
BERKAHWIN 280
Jadual 6.3 : Jumlah responden mengikut status perkahwinan

TAHAP JEMAAH JUMLAH


ISTIQAMAH 20
KURANG ISTIQAMAH 354
Jadual 6.4 : Jumlah responden mengikut tahap jemaah

STATUS JEMAAH FAHAM KURANG FAHAM


Sek. Men. 25% 75%
Sek. Agama 15% 85%
Dewasa 35% 65%
Warga emas 25% 75%
Jadual 6.5 : Status pemaham jemaah istiqamah solat subuh

UMUR FAHAM KURANG FAHAM


13-23 40% 60%
24-33 10% 90%
34-43 10% 90%
44-53 15% 85%
54-63 15% 85%
64-73 10% 90%
Jadual 6.6 : Tahap pemahaman istiqamah solat subuh berjemaah mengikut umur
7.0 ANALISIS INFERENSIAL
Jumlah dan peratus jemaah masjid Kampung Bechah Menerong berdasarkan penghayatan
terhadap istiqamah solat Subuh berjemaah

Peratus Tahap Pemahaman Responden


Mengikut Status Jemaah
Sek. Agama
15%
Warga Emas
25%

Sek. Men.
25%

Dewasa
35%

Rajah 7.1 : Peratus tahap pemahaman responden mengikut status jemaah

Peratus Tahap Pemahaman Responden


Mengikut Umur
45%
40%
35%
30%
25%
20%
15%
10%
5%
0%
13-23 24-33 34-43 44-53 54-63 64-73

Rajah 7.2 : Peratus tahap pemahaman responden mengikut umur


8.0 RINGKASAN KAJIAN
Kajian ini dilakukan untuk mengetahui tahap penghayatan dan pemahaman anak mukim
terhadap solat jemaah khususnya istiqamah solat Subuh berjemaah dalam aspek solat
berjemaah. Di samping itu, faktor demografi seperti status jemaaah, umur dan juga status
perkahwinan juga dikaji. Faktor ini dikaji untuk mengetahui pengaruh faktor-faktor tersebut
terhadap istiqamah jemaah dalam aspek solat Subuh berjemaah. Kajian ini dilakukan ke atas
20 orang anak mukim yang istiqamah solat Subuh berjemaah di masjid Kampung Bechah
Menerong, Mukim Tanjung. Hasil dapatan menunjukkan, kebanyakan jemaah kurang
memahami kepentingan solat mereka dalam aspek istiqamah solat Subuh berjemaah. Tahap
penghayatan dan pemahaman terhadap kepentingan solat berjemaah juga berbeza mengikut
status jemaah, umur dan juga status perkahwinan. Hasil dapatan mendapati golongan remaja
daripada sekolah menengah lebih istiqamah mengenai kepentingan mereka dalam aspek solat
berjemaah berbanding remaja sekolah menengah. Selain itu, kajian ini juga mendapati jemaah
yang berumur 13-23 tahun dan 24- 53 tahun lebih istiqamah dalam aspek solat Subuh
berjemaah berbanding jemaah yang berumur 54-73 tahun. Manakala jemaah yang berkahwin
lebih istiqamah berbanding jemaah yang belum berkahwin. Ini menunjukkan jemaah yang
berkahwin sebahagiannya menghayati tuntutan fardhu kifayah ini dan menganggap sunat
muaakad yang wajib dilaksanakan. Di samping itu mereka banyak mendapat maklumat-
maklumat mengenai konsep solat melalui pelbagai alat komunikasi dan media-media
elektronik seperti internet, laman web, email, sms, buku-buku bacaan dan sebagainya.

8.1 IMPLIKASI KAJIAN


Kajian ini telah mengumpul maklumat berkaitan dengan penghayatan dan pemahaman anak
mukim terhadap istiqamah solat Subuh dalam aspek solat berjemaah. Hasil dapatan mendapati
pelajar sekolah menengah lebih istiqamah memahami peranan mereka dalam aspek solat
berjemaah. Oleh itu, kita tidak boleh menganggap remaja yang belajar di sekolah agama
adalah sempurna dalam segala aspek terutamanya aspek keagamaan. Oleh itu, pelajar sekolah
agama seharusnya memainkan peranan dan menjadi role model kepada masyarakat umum
dengan melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah serta
mengaplikasikannya dalam kehidupan harian. Walaubagaimanapun, peratusan warga emas
lebih istiqamah menghayati dan memahami peranan mereka adalah sangat kecil iaitu 9.4%
sahaja berbanding jemaah dewasa terhadap istiqamah mereka dalam aspek solat berjemaah
adalah 73.0%. Oleh itu, kita tidak boleh menganggap golongan muda tidak mengambil berat
dalam aspek fardhu ain dan fardhu kifayah. Oleh itu, warga emas hendaklah sedar peranan
mereka dan sama- sama berganding bahu bersama dengan golongan muda dan remaja agar
konsep solat berjemaah dapat dilaksanakan dengan rasa keinsafan dan menjadi trend kepada
generasi akan datang. Kesimpulannya, semua jemaah haruslah memainkan peranan masing-
masing dan sentiasa memastikan tuntutan solat sama ada fardhu ain dan fardhu kifayah dapat
dilaksanakan dengan sempurna bersama ahli keluarga, anak-anak mukim dan AJK-AJK
masjid dan sentiasa istiqamah solat berjemaah lima waktu di masjid.

8.2 LIMITASI KAJIAN


Terdapat beberapa limitasi terhadap kajian ini. Data yang diperolehi adalah daripada 20 orang
jemaah sahaja. Oleh itu, hasil dapatan kajian ini mungkin tidak mencakupi perspektif
keseluruhan jemaah-jemaah kerana kajian ini difokuskan kepada jemaah yang istiqamah solat
Subuh sahaja. Jumlah responden yang lebih ramai akan memberi data yang lebih tepat. Selain
itu, kajian ini mengkaji mengenai tahap penghayatan dan pemahaman jemaah-jemaah masjid
Bechah Menerong terhadap istiqamah dalam aspek solat Subuh berjemaah. Maklumat
demografi yang pelbagai diperlukan seperti latarbelakang keluarga, tempat tinggal dan lain-
lain

9.0 SARANAN DAN CADANGAN


Kajian istiqamah solat Subuh berjemaah seharusnya mendapat perhatian daripada pengkaji-
pengkaji di Malaysia. Lebih banyak kajian mengenai tajuk ini akan membantu menyedarkan
masyarakat bahawa solat berjemaah lima waktu patut dijadikan amalan oleh setiap umat Islam
hari ini agar musuh-musuh Islam yang ingin menghancurkan Islam menjadi semakin lemah
dengan semangat ukhuwwah dan jihad fi sabilillah yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w.
diwarisi oleh umat Islam hari ini. Harapan penyelidik agar kajian ini dapat membantu
menimbulkan idea- idea baru untuk kajian masa depan. Penyelidikan ini secara tidak langsung
boleh membimbing kajian mendatang untuk menghasilkan kajian yang lebih baik dan
menyeluruh. Berdasarkan limitasi terhadap kajian ini, pengkaji akan datang harus menyemak
maklumat demografi seperti latar belakang keluarga dan tempat tinggal. Dua faktor demografi
ini perlu dikenalpasti secara jelas untuk penghayatan solat dalam aspek solat berjemaah.
mengkaji tahap Selain itu, kajian ini juga dapat berfungsi sebagai sumber yang berguna untuk
kajian ini dipanjangkan pada masa hadapan. Kajian ini akan lebih menarik sekiranya
responden adalah daripada organisasi lain selain daripada jemaah- jemaah masjid. Jika kajian
ini diulang, beberapa aspek pelu di ubah suai. Pertama adalah bilangan responden harus di
tingkatkan. Hasil dapatan akan lebih relevan sekiranya jumlah responden adalah besar.
Dengan meningkatkan jumlah responden secara tidak lansung faktor demografi juga perlu di
tingkatkan. Faktor lain seperti hubungan AJK-AJK masjid dapat memberi sumbangan untuk
lebih memahami konsep solat jemaah secara istiqamah dan tahap pemahaman serta
penghayatan jemaah terhadap kewajipannya. Untuk kajian akan datang, faktor tersebut
haruslah di tekankan.

KESIMPULAN
Daripada kajian ini, penyelidik mendapati kebanyakan jemaah kurang memahami konsep
istiqamah dalam solat berjemaah. Memahami kepentingan istiqamah solat berjemaah
khususnya solat Subuh dapat melahirkan rasa rendah diri serta tawadhuk sesama Islam
Banyak kesan buruk daripada tidak ada penghayatan dan pemahaman mengenai solat dalam
aspek istiqamah solat berjemaah seperti perpecahan, mementingkan diri sendiri, sombong,
dan sebagainya. Untuk itu, memberi perhatian yang lebih mengenai isu ini dengan
memperbanyakkan program keagamaan untuk membantu para jemaah sedar akan pentingnya
solat berjemaah. Antara program yang boleh dijalankan adalah seperti tazkirah, kempen,
ceramah, usrah, kem Bestari Solat, seminar dan sebagainya.

PENUTUP
Satu masalah besar dunia sekarang manusia abaikan solat. Maka setiap individu masyarakat
khususnya AJK-AJK masjid hendaklah sama-sama mengembleng tenaga dan mencari
alternatif untuk mengatasinya dengan wujudkan cara hidup sunnah dalam kehidupan di rumah
dan sentiasa berdoa semoga Allah s.w.t. memberi hidayah dan petunjuk kepada semua umat
Islam seluruh dunia dan Malaysia khasnya. Insyaallah. Kajian ini merintis jalan untuk kajian-
kajian selanjutnya yang berkaitan dengan konsep solat berjemaah. Diharap, pada masa akan
datang, kuantiti dan kualiti kajian yang berkaitan dengan tajuk ini akan dipertingkatkan.
RUJUKAN
al-Quran Haji Mohamed Jusoh. 1991. Panduan Ibadah. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal
Islam Jabatan Perdana Menteri.

Haji Ismail Noh. 2011. Bimbingan Lengkap Pendidikan Islam. Ipoh: Syarikat Percetakan
Harap.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. 2006. Rahsia Shalat & Hukum Meninggalkannya. Selangor:
Pustaka Dini.

Imam Ahmad Ibnu Hambal. 1994. Betulkan Solat Anda. Selangor: Thinker's Library
Sdn.Bhd.

Imam Ghazali. 1992. Kesilapan Ketika Sembahyang. Alor Setar: Kalam Ilham.

Kamus Dewan. 2002. Edisi ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamarul Shukri Hj. Mohd. Teh. 1988. Hukum Qadha Sembahyang dan Masalah Berkaitan
Dengannya, Kuala Lumpur: Pustaka Al-Mizan.

Muhammad Firdaus Nurul Huda & Muhd. Ramzi Omar. 2006. ENSIKLOPEDIA Asas
Fardhu Ain. Kuala Lumpur: Crescent News Sdn. Bhd. Muhammad Yusuf Al-Qardhawi. 1983,
Islam Dakwah Yang Syumul, Angakatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Muhammad Yusuf Al-Qardhawi. 2005. Fatwa Qardhawi Permasalahan, Pemecahan dan


Hikmah. Kuala Lumpur: Crescent News Sdn. Bhd

Mukhlas Syarkun. 2009. Seksa Meninggalkan Solat, Selangor: Pustaka Azhar.

Mustafa Haji Daud, 1995, Konsep Ibadat Menurut Islamt, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

Said Hawwa. 1992. Induk Pensucian Diri. Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd.

Institusi Juruukur Malaysia. 2010. Jurnal Prestasi Bangunan ISSN: 2170-2106

Utusan Malaysia. 2008. 23 Jun.

Wan Jamaluddin Syukur. 2005. Bimbingan Fardhu Ain Ringkas Untuk Semua. Kuala
Mukhlas Syarkun. 2009. Seksa Meninggalkan Solat, Selangor: Pustaka Azhar

Anda mungkin juga menyukai