Anda di halaman 1dari 19

Nota

Pensejarahan Malaysia (SJH3102)M5 PISMP IPG KAMPUS


IPOH, PERAK.

BAHAGIAN EMPAT:
PENSEJARAHAN BERBENTUK UNDANG-UNDANG

Undang-undang merupakan satu susunan peraturan dan ketentuan yang dibuat oleh
badan pemerintah sesebuah negara.

Dalam zaman feudalisme Melayu, terdapat undang-undang yang telah direkodkan


dalam bentuk penulisan yang boleh menjadi rujukan kepada kerajaan yang
memerintah dan pemerintah selepasnya.

Antara undang-undang bertulis yang terdapat di alam Melayu termasuklah Hukum


Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka, Undang-undang 99 Perak, Undangundang Kedah, Undang-undang Kedah dll.

Selain menjadi panduan kepada para pemerintah, undang-undang bertulis di alam


Melayu ini juga menjadi antara sumber pensejarahan penting kepada Malaysia.

HUKUM KANUN MELAKA

Hukum Kanun Melaka juga dikenali sebagai Undang-undang Darat Melaka atau
Risalah Hukum Kanun.

Para sejarawan berpendapat, Undang-undang Melaka disusun dan ditulis pada


zaman Sultan Muzaffar Syah berdasarkan daripada Sejarah Melayu supaya segala
peraturan itu dihimpunkan .... supaya jangan lagi bersalahan adat segala hukum
menterinya.

Walaubagaimanapun, Undang-undang Melaka telahpun wujud sejak zaman Megat


Iskandar Syah seperti yang ditulis dalam Sejarah Melayu yang ....memerintah
istiadat kerajaan baginda. Oleh itu, Undang-undang Melaka telah pun wujud sejak
zaman awal pengasasan Melaka.

Undang-undang Melaka mengandungi 44 fasal mengenai kuasa dan bidang kuasa


raja dan pembesar-pembesar, pantang larang masyarakat umum, hukuman ke atas
kesalahan jenayah dan undang-undang keluarga.

Beberapa fasal yang terdapat dalam Hukum Kanun Melaka adalah berdasarkan
undang-undang Islam dan menampakkan pengaruh Islam dalam pemerintahan
Melaka.

Antara pengaruh Islam yang jelas dalam undang-undang di Melaka adalah hukum
hudud seperti hukum potong tangan kepada pencuri. Dalam Sejarah Melayu

Nota
Pensejarahan Malaysia (SJH3102)M5 PISMP IPG KAMPUS
IPOH, PERAK.

misalnya

ada

menyebut

hukuman

tersebut

sebagai

kudung

tangannya.

(Muhammad Yusoff Hashim,1989)

Undang-undang kudung tangan ini telah dikuatkuasakan ketika pemerintahan


Sultan Alauddin Riayat Syah. Hukum Kanun Melaka menyebut,
Adapun jikalau ia mencuri, maka tertangkap lalu dibunuhnya maka
kenalah denda dia setengah harganya.... Adapun pada hukum Allah orang
yang mencuri itu tiada harus dibunuh, melainkan dipotong tangannya.

Selain itu, hukum-hukum Islam lain yang dapat dilihat dalam Hukum Kanun Melaka
termasuklah bab jual beli dan nikah kahwin.

Contohnya, Fasal 30 dalam Hukun Kanun Melaka menjelaskan larangan


menggunakan riba dalam urusan perniagaan, ...pada menyatakan hukum orang
yang berniaga itu dan haram atas segala yang mengambil riba.

Walaupun Islam mempengaruhi penggubalan undang-undang Melaka, tradisi


setempat masih dikekalkan dalam undang-undang misalnya dalam Hukum Kanun
Melaka (Fasal 13:3) menyebut sesiapa yang berjual titah (memalsukan titah) akan
dikenakan samada hukuman bunuh, dibelah lidah atau dikupas kulit kepala.

Hukuman sebegini adalah hukuman tradisi yang diamalkan sejak periode pra-Islam
dan bukanlah satu daripada ajaran Islam.

Dalam Hukum Kanun Melaka, dua aspek utama yang digambarkan termasuklah
gambaran mengenai masyarakat Melaka pada abad ke-15 dan 16 serta sistem politik
dan pentadbiran di Melaka.

Gambaran sistem politik dan pentadbiran pada zaman Kesultanan Melayu Melaka
mengikut Hukum Kanun Melaka:
1. Raja dianggap sebagai mempunyai kekuasaan tertinggi dan berkuasa penuh
di mana titah baginda adalah undang-undang tertinggi dan mengatasi
undang-undang yang terkandung dalam Hukum Kanun Melaka itu sendiri.
2. Hukum Kanun Melaka menjadi panduan kepada para pembesar Melaka
dengan menerangkan tugas-tugas para pembesar seperti Bendahara,
Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana.
3. Rakyat biasa terdiri daripada rakyat yang bermastautin dan berhijrah ke
Melaka.

Nota
Pensejarahan Malaysia (SJH3102)M5 PISMP IPG KAMPUS
IPOH, PERAK.

4. Hukuman masih mengekalkan sebahagian daripada pengaruh Hindu-Buddha


di mana hukuman adalah berbeza mengikut darjat dan kedudukan
seseorang.

Antara kandungan yang terkandung dalam Hukum Kanun Melaka termasuklah:


1.
2.
3.
4.
5.
6.

Tanggungjawab raja dan pembesar


Pantang larang dalam kalangan anggota masyarakat
Undang-undang keluarga
Hukuman kesalahan awam dan jenayah
Permasalahan ibadat dan muamalat
Hukum perhumaan

Walaupun undang-undang yang berteraskan Islam dilaksanakan di Melaka, namun


hanya sebahagian sahaja undang-undang yang berteraskan Islam dalam Hukum
Kanun Melaka.

Selebihnya, undang-undang dalam Hukum Kanun Melaka adalah mengikut undangundang yang diwarisi sejak zaman pra-Islam.

Sebagai contoh, berlaku perbezaan terhadap hukuman kepada setiap individu yang
berlainan darjat dan keturunan.

Dalam Fasal 8.1 misalnya, hukuman menetak orang adalah berbeza-beza di mana
sekiranya seseorang orang hamba abdi menetak seseorang yang merdeheka,
hamba tersebut akan dihukum penjara manakala seseorang merdeheka pula hanya
didenda setengah harga daripada sepuluh emas.

Menurut Hukum Kanun Melaka, terdapat tiga kesalahan berat yang tidak diampuni
oleh hakim iaitu membunuh, mengambil isteri orang dan orang kelakuannya
bermaharajalela seperti bertindak ganas sesuka hati.

Kesalahan seperti ini hanya boleh diampunkan oleh raja.

Walaubagaimanapun, raja adalah kebal daripada sebarang undang-undang. Sebagai


contoh, walaupun Sultan Mahmud Syah pernah berzina dan mengatur pembunuhan,
baginda tidak dihukum.

Dalam bidang nikah kahwin (munaqahat) dan jual beli, hukum Islam digunakan
sepenuhnya seperti:
1. Pewalian seorang perempuan

Nota
Pensejarahan Malaysia (SJH3102)M5 PISMP IPG KAMPUS
IPOH, PERAK.

2.
3.
4.
5.
6.

Syarat sah ijab kabul dalam perkahwinan


Hukum dan syarat sah saksi dalam perkahwinan
Hukum tentang perceraian dan perpisahan suami isteri
Hukum riba
Hukum jual beli

UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA

Undang-undang Laut Melaka juga dikenali sebagai Adat Pelayaran Melaka, Kitab
Peraturan Pelayaran dan Hukum Undang-undang Laut.

Undang-undang ini merupakan satu peraturan yang telah ditetapkan oleh Kesultanan
Melayu Melaka berkaitan hukum dan peraturan di laut seperti tatacara, undangundang pelayaran dan perkapalan.

Undang-undang Laut Melaka juga mengandungi peraturan dan tatatertib berniaga,


cara berjual beli, hukum-hukum jenayah di kapal, larangan-larangan dan
tanggungjawab nakhoda, kiwi serta anak kapal.

Undang-undang Laut Melaka diwujudkan untuk melancarkan urusan pedagangan di


Selat Melaka. Hal ini telah menggalakkan kedatangan pedagang asing dari luar
untuk terus berdagang di Melaka.

Menurut R.O Winstedt dan Josselin de Jong yang meneliti dan menyelenggara teks
Undang-undang Laut Melaka, undang-undang ini dipercayai telah disusun pada
zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah dan Bendahara Seri Maharaja.

Undang-undang Laut Melaka ini dianggap sebagai undang-undang tambahan


kepada Hukum Kanun Melaka (Undang-undang Darat Melaka).

Undang-undang Laut Melaka mempunyai 25 fasal di mana 24 daripadanya


menyentuh soal perdagangan dan perkapalan.

Antara peruntukan yang terdapat dalam Undang-undang Laut Melaka yang bersabit
dengan hal di laut termasuklah:
1. Tugas pegawai kapal
2. Hukuman yang dijalankan di atas kapal
3. Hukum-hukum perniagaan

Antara tugas-tugas pegawai kapal termasuklah:

1. Nakhoda:

Nota
Pensejarahan Malaysia (SJH3102)M5 PISMP IPG KAMPUS
IPOH, PERAK.

Nakhoda dianggap sebagai pegawai tertinggi dan individu yang paling berkuasa
dalam sesebuah kapal, jong atau balok.

Beliau diberi kuasa penuh seperti seorang raja.

Nakhoda mempunyai beberapa keistimewaan tertentu, antaranya termasuklah


tempat duduk khas yang hanya boleh diduduki oleh nakhoda sahaja yang
dikenali sebagai peterana lawang.

Selain itu, terdapat beberapa larangan yang perlu dipatuhi oleh anak-anak kapal
bagi menghormati nakhoda.

Antaranya, anak kapal dilarang untuk duduk terjuntai di atas anjung dan duduk
menghadap ke belakang kapal. Hal ini dianggap sebagai tidak menghormati
nakhoda sebagai seorang raja di laut.

Tidak ada mana-mana anak kapal dibenarkan bercermin menghadap ke haluan


kerana dikhuatiri mempunyai muslihat tertentu. Contohnya, jika nakhoda datang
dari belakang akan kelihatan nakhoda dan isteri atau gundiknya di dalam cermin.

Antara keistimewaan lain yang terdapat pada nakhoda termasuklah:


Jika seseorang anak kapal turun ke darat dengan suruhan nakhoda dan
mendapat apa-apa harta seperti emas atau perak, semua harta itu akan
jatuh kepada raja (nakhoda). Mereka hanya akan mendapat harta itu atas
belas kasihan nakhoda.
Tetapi jika anak kapal turun ke darat tanpa suruhan nakhoda, nakhoda
hanya mendapat 1/3 sahaja dari harta tersebut.
Akan tetapi, Fasal 3 dalam Undang-undang Laut Melaka menjelaskan jika
abdi atau orang berhutang mendapat harta itu walaupun tanpa suruhan
nakhoda, harta itu akan menjadi milik nakhoda
Barang siapa mendapat hamba yang lari ia tetap kepunyaan nakhoda.
Jika bertemu dengan tuannya, hamba itu terpaksa menebus separuh
harga kepada nakhoda.
Jika tidak bertemu dengan tuannya, hamba itu kekal di tangan nakhoda.
Jika nakhoda mahu menjual hamba itu, hendaklah disaksikan oleh anak
kapal dan orang-orang di tempat itu.
Dalam perniagaan pula, terdapat beberapa keistimewaan yang dimiliki
oleh nakhoda.

Nota
Pensejarahan Malaysia (SJH3102)M5 PISMP IPG KAMPUS
IPOH, PERAK.

Antaranya, jika nakhoda sampai ke sebuah pelabuhan atau bandar,


beliau akan diberi peluang berniaga terlebih dahulu, iaitu pada empat hari
yang pertama.
Dalam hal tawar menawar ke atas sesuatu barang pula, jika nakhoda
menawarkannya ke peringkat harga tertentu, orang lain (pegawai atau
anak-anak kapal tidak dapat mengatasinya). Jika melakukannya juga,
barang itu akan jatuh ke tangan nakhoda.
Selain itu, jika terdapat pegawai kapal membeli hamba atau barangbarang yang berharga tanpa pengetahuan nakhoda, apabila diketahui
oleh nakhoda ia akan jatuh ke tangan nakhoda.
2. Jurumudi:

Jurumudi dianggap sebagai pegawai dan individu kedua yang terpenting selepas
nakhoda.

Tugas utama seorang jurumudi adalah untuk mengemudi sesebuah kapal dan
kuasa yang ada padanya dianggap setaraf dengan seorang Bendahara di darat.

Jurumudi dan jurubatu tidak boleh meninggalkan sesebuah kapal. Jika terpaksa
berbuat demikian, mereka akan dikenakan denda.

3. Jurubatu:

Kuasa yang ada pada jurubatu dianggap seperti seorang Temenggung di darat.

Beliau berperanan menjaga sauh dan bahagian hadapan kapal atau perahu. Selain
itu, beliau juga bertanggungjawab menjaga keamanan di atas kapal.

Mengikut Undang-undang Laut Melaka, jika seseorang anak kapal melanggar


perintah Tukang Agung (Ketua Segala Tukang), jurubatu berhak menjatuhkan
hukuman ke atas anak kapal tersebut.

4. Tukang:
Terbahagi kepada beberapa jenis mengikut tugasan. Contohnya tukang petak,
tukang kiri, tukang kanan dan sebagainya.
Ketua segala tukang ialah Tukang Agung.
5. Malim:

Nota
Pensejarahan Malaysia (SJH3102)M5 PISMP IPG KAMPUS
IPOH, PERAK.

Beliau dianggap sebagai hakim dalam sesebuah kapal.

Beliau juga merupakan seorang yang arif mengenai arah yang hendak ditujui,
mengenali tanah dan laut, angin dan ombak dalam atau tohor, bulan dan bintang,
teluk dan tanjung, gunung dan bukit, batu dan pasir dsb.

6. Muda-muda:

Dianggap seperti tentera dalam sesebuah kapal. Tugas seorang muda-muda


termasuklah menjaga senjata, menjadi tentera dan mempertahankan kapal dari
serangan musuh.

Ketika di darat, muda-muda bertugas menjaga keselamatan dan menjadi pengiring


nakhoda.

7. Orang Berkepung:

Merupakan anak kapal yang menjalankan tugas-tugas rencam termasuklah menjaga


air ruang, melihat api dalam jong, melihat musuh dan melihat angin dan ribut.

Undang-undang Laut Melaka tidak menjelaskan sama ada anak kapal dibayar gaji
ataupun tidak.

Tetapi yang jelasnya, Undang-undang Laut Melaka telah memberi panduan yang
jelas kepada setiap anak kapal dan peranan mereka di atas sesebuah kapal, perahu,
jong atau baluk.

Selain itu, nakhoda berperanan menempatkan muatan mereka di atas kapal serta
memberi pinjam wang kepada anak-anak kapalnya.

Selain menjelaskan peranan dan keistimewaan tertentu ke atas setiap pegawai dan
anak kapal, Undang-undang Laut Melaka turut memuatkan bentuk hukuman yang
dikenakan atas setiap kesalahan yang dilakukan di atas kapal. Antaranya
termasuklah:

1. Kesalahan Berzina:
Kesalahan ke atas mereka yang bersalah melakukan perzinaan dilihat mengikut
undang-undang yang berasaskan Islam.

Nota
Pensejarahan Malaysia (SJH3102)M5 PISMP IPG KAMPUS
IPOH, PERAK.

Sebagai contoh, mana-mana anak kapal yang didapati berzina dan telah
berkahwin, mereka akan dihukum bunuh. Kepada pesalah yang belum
berkahwin, mereka akan dipalu sebanyak 100 kali.
Untuk kesalahan berzina di antara seseorang yang merdeheka dengan hamba
perempuan, mereka perlu membayar denda setengah harga hamba tersebut.
Untuk kesalahan berzina dengan isteri nakhoda pula, hukuman bunuh akan
dikenakan. Isteri nakhoda juga akan dibunuh atau dihukum masuk ulur.
2. Kesalahan Memaki Nakhoda:

Kesalahan yang dianggap serius, namun tidak sampai dikenakan

hukuman bunuh.
Hukuman terhadap kesalahan memaki nakhoda adalah pesalah akan
dimalukan di hadapan orang ramai.

3. Kesalahan terhadap Pegawai yang Cuai:

Misalnya muda-muda yang ditugaskan menjaga hamba abdi. Sekiranya


hamba abdi didapati melarikan diri atau berbuat jahat atas kecuaian
muda-muda, mereka dikehendaki membayar harga abdi tersebut dan

disebat sebanyak 60 kali sebatan.


Jika malim cuai ketika menjaga kapal atau perahu sehingga pecah,
hukuman bunuh dikenakan ke atasnya.

Antara kesalahan yang dianggap besar dan dikenakan hukuman bunuh termasuklah
berbuat khianat, membuat pakatan hendak membunuh nakhoda, malim, tukang dsb
serta seseorang yang berkelakuan amat jahat.

Selain itu, Undang-undang Laut Melaka juga menetapkan hukum-hukum mengenai


perniagaan.

Antara hukum-hukum berkenaan perniagaan dalam Undang-undang Laut Melaka


termasuklah kebenaran untuk membawa barang dagangan di atas sesebuah kapal.

Di samping nakhoda, pegawai dan anak-anak kapal, perahu terdapat beberapa


penumpang yang juga membawa barang untuk didagangkan.

Penumpang ini dikenali sebagai mulkiwi.

Kiwi merujuk kepada penyewa petak perahu yang juga menjalankan perniagaan dan
terbahagi kepada empat jenis iaitu kiwi yang membeli petak, kiwi yang hanya

Nota
Pensejarahan Malaysia (SJH3102)M5 PISMP IPG KAMPUS
IPOH, PERAK.

memberi modal kepada nakhoda tetapi barangnya tiada di atas kapal serta dua jenis
lagi kiwi yang tidak dinyatakan keadaannya.

Kiwi hanya membayar cukai di jong dan tiada cukai negeri.

Jika kiwi berhajat untuk turun dari kapal, maka hilang harga pitaknya. Jika turun
dengan satu-satu sebab, seperti berbalah dengan nakhoda, tidak semua hartanya itu
akan hilang.

Jika sudah sampai musim berlayar, iaitu musim kasip jika jong itu terlambat,
misalnya lebih dari 7 hari, nakhoda terpaksa mengembalikan harga pitak kepada
kiwi.

Jika kiwi yang terlambat turun, disebabkan urusan perniagaannya, iaitu lebih dari 7
hari, nakhoda boleh berlayar tanpa kiwi itu.

UNDANG-UNDANG 99 PERAK

Undang-undang Perak juga dikenali sebagai Undang-undang 99 Perak disebabkan


oleh 99 perkara yang terkandung dalam undang-undang tersebut.

Undang-undang ini dipercayai berasal dari Parsi sebelum dibawa ke Tanah Melayu
pada abad ke-17 yang dibawa ke Perak oleh Saiyid Hassan dari Hadramaut ketika
pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin (1577-1584).

Teks undang-undang ini dipercayai disalin semula oleh Syed Jaafar bin Syed Unus.

Undang-undang

99

Perak

merupakan

sebahagian

daripada

rumpun

Adat

Temenggong dan dianggap sebagai antara undang-undang yang paling adil dalam
kalangan undang-undang tradisional di alam Melayu.

Undang-undang ini dibuat dalam bentuk dialog (soal jawab) di antara Raja
Nushirwan Adil dengan menterinya bernama Khoja Berza Amir Hakim.

Walaupun terdiri daripada 99 fasal, susunan fasal-fasal adalah tidak mengikut


kategori. Antara rangkuman isi kandungan Undang-undang 99 Perak termasuklah:

Tugas serta Tanggungjawab Pemerintah: merangkumi peranan seorang


Raja atau Sultan atau Yang Di-Pertuan Agung dalam sektor pemerintahan
serta para-para pembesar yang menjadi tulang belakang dalam tampuk
pemerintahan.

Nota
Pensejarahan Malaysia (SJH3102)M5 PISMP IPG KAMPUS
IPOH, PERAK.

Peraturan Adat Istiadat: merangkumi adat menghadap Raja, adat


perlantikan Raja, adat Berbahasa semasa berada dalam istana dan
sebagainya.

Undang-undang Jenayah: contohnya; mencedera, membunuh, mencuri dan


sebagainya.

Undang-undang Kekeluargaan: contohnya; perkahwinan, penceraian,


pembahagian harta pusaka dan sebagainya.

Walaupun undang-undang ini dilihat menerima pengaruh agama Islam yang kuat,
namun pengaruh hukum adat dilihat bercampur baur dengan pengaruh Hindu dan
pengaruh daripada Hukum Kanun Melaka.

Antara contoh fasal-fasal yang terdapat dalam Undang-undang 99 Perak


termasuklah:
Fasal Empat: Hukum Membunuh

Sekiranya seseorang Islam membunuh orang bukan Islam, maka pembunuh


akan dihukum mati. Namun dia boleh membuat tawaran kepada keluarga si

mati dengan membayar sepuluh tahil emas.


Sekiranya seseorang bukan Islam membunuh orang Islam, dia tidak
dijatuhkan hukuman bunuh supaya dia masih berpeluang untuk memeluk
Islam. Dia hanya perlu membayar kepada keluarga si mati.

Fasal Enam: Kesalahan Mengambil Isteri Orang

Sesiapa yang bersalah mengambil isteri orang akan dibuang mukim atau

didenda se paha tiga tahil emas.


Perempuan isteri orang itu pula akan didera di pintu masjid dengan dicukur
kepalanya atau membayar denda.

Fasal 54: Mengenai Perceraian

Isteri dibenarkan untuk mengadu meminta cerai sekiranya tidak diberi nafkah
zahir dan batin.

UNDANG-UNDANG KEDAH

Undang-undang Kedah merupakan satu komponen perundangan yang dibuat dalam


satu jangka masa yang berbeza-beza.

10

Nota
Pensejarahan Malaysia (SJH3102)M5 PISMP IPG KAMPUS
IPOH, PERAK.

Terdapat lima bab utama dalam Undang-undang Kedah iaitu:


1.
2.
3.
4.

Undang-undang Pelabuhan (1650)


Tembera Dato Seri Paduka Tuan (1667)
Hukum Kanun Dato Kota Setar (tiada tahun)
Adat Bunga Mas, Adat Kebesaran, Pada Masa Tabal, Orang Besar-besar,

Adat Meminang
5. Undang-undang 1199 Hijrah (1784)
3. Undang-Undang Pelabuhan Kedah:

Undang-undang Pelabuhan Kedah ini dilihat digubal berdasarkan Undang-undang


Pelabuhan Acheh (Adat Acheh) disebabkan pada masa tersebut, kerajaan Kedah
berada di bawah jajahan takluk Kesultanan Acheh.

Antara persamaan yang terdapat pada Undang-undang Pelabuhan Kedah dan


Undang-undang Pelabuhan Acheh termasuklah nama-nama jawatan dan peraturanperaturan yang hampir serupa di dalam kedua-dua undang-undang tersebut.

Undang-undang ini dipercayai disalin daripada undang-undang yang pernah dibuat


sebelumnya oleh Dato Besar atas perintah Sultan Kedah, Sultan Rijaluddin
Muhammad Syah (1619-1652M).

Mengandungi 37 fasal, undang-undang ini merangkumi fasal-fasal berkait dengan


tatacara di pelabuhan seperti:
1.
2.
3.
4.

Undang-undang Perlabuhan
Perdagangan
Pasar
Tugas Para Pembesar

Dalam undang-undang ini, syahbandar mempunyai kuasa yang agak besar di


pelabuhan dan berperanan dalam menangkap dan menghukum pesalah-pesalah
tertentu.

Antara jawatan penting yang terdapat di pelabuhan Kedah pada ketika itu dalam
kalangan

pegawai

kerajaan

termasuklah

Panglima

Negeri,

Panglima

Bandar/Syahbandar Darat, Syahbandar, Panglima Kuala/Batangan, Mata-mata dan


Sakai.

Selain itu, undang-undang pelabuhan ini memberi panduan yang jelas kepada para
pedagang dan pegawai pelabuhan berkaitan dengan sistem percukaian yang
dikenakan ke atas para pedagang.

11

Nota
Pensejarahan Malaysia (SJH3102)M5 PISMP IPG KAMPUS
IPOH, PERAK.

Jumlah cukai yang dikenakan juga adalah berbeza di antara pedagang mengikut
negeri mereka. Antara pedagang yang paling banyak terdapat di pelabuhan Kedah
berdasarkan catatan dalam undang-undang pelabuhan ini termasuklah pedagang
dari negeri Keling, Gujerat, Perak dan lain-lain.

Barang dagangan yang diperdagangkan di pelabuhan Kuala Kedah pula termasuklah


timah, garam dan kain.

Bagi sistem matawang, wang yang digunakan untuk perdagangan di pelabuhan


Kuala Kedah termasuklah bidur (wang timah), kupang dan wang emas.

Bagi sistem sukatan pula, antara sukatan yang digunakan di pelabuhan Kuala Kedah
termasuklah gantang, kayu (untuk gulungan kain), koyan (seberat 40 pikul), nalih
(sama berat dengan 16 gantang) dan tahil.

Penulisan Undang-undang Pelabuhan Kedah ini telah membantu pensejarahan


Malaysia dalam mengenalpasti zaman kegemilangan pelabuhan Kuala Kedah
sebagai sebuah pelabuhan entrepot penting pada abad ke-17.

2. Tembera Dato Seri Paduka Tuan:

Undang-undang ini ditulis oleh pembesar negeri Kedah, Dato Seri Paduka Tuan
pada tahun 1078 Hijrah iaitu pada waktu pemerintahan Sultan Dhiauddin Mukarram
Syah (1661-1687), Sultan Kedah yang ke-15 yang bersemayam di Kota Indera
Kayangan dalam wilayah Perlis (pada ketika itu Perlis merupakan sebahagian
daripada negeri Kedah).

Kandungan bahagian kedua dalam Undang-undang Kedah ini adalah membicarakan


tentang kesalahan dan hukuman terhadap mereka yang melakukan perbuatan yang
dianggap jenayah dan yang dilarang oleh syarak.

Hal ini menunjukkan pengaruh Islam yang kuat dalam pentadbiran dan perundangan
negeri Kedah pada ketika itu.

Tembera ini mengandungi 16 fasal yang berkaitan dengan hukuman terhadap


kesalahan jenayah, pertanian dan penternakan.

Tembera ini bukan sahaja mencegah perkara yang mungkar akan tetapi turut
menggalakkan perkara yang baik (makruf).

Sebagai contoh dalam fasal pertamanya dinyatakan bahawa tugas kweng (penghulu)
dan panglima adalah untuk menangkap mereka yang berjudi, menghisap madat

12

Nota
Pensejarahan Malaysia (SJH3102)M5 PISMP IPG KAMPUS
IPOH, PERAK.

(ganja), minum arak, mencuri dan merompak dan membawa mereka ke muka
pengadilan.

Dan dalam fasal yang kedua pula dinyatakan bahawa para kweng juga dikehendaki
menasihati anak buah mereka supaya mengerjakan sembahyang lima waktu,
sembahyang Jumaat dan berpuasa.

Mereka yang tidak mahu mengerjakan sembahyang akan ditangkap dan dikakang
lehernya. Pesalah hanya akan dilepaskan jika dia mahu bertaubat.

Selain itu, antara aspek yang banyak diutarakan dalam undang-undang ini ialah
mengenai

undang-undang

pertanian

dan

penternakan.

Sesuai

dengan

kedudukannya sebagai sebuah negeri pertanian, undang-undang Kedah ini banyak


mencatatkan tentang hal-hal padi dan kerbau.

Antaranya seperti perintah membuat pagar di sawah dan hukuman terhadap kerbau
dan tuan kerbau jika kerbaunya menceroboh masuk ke sawah orang lain yang sudah
berpagar ataupun jika menanduk orang.

Dalam Tembera Paduka Tuan ini terdapat lima fasal yang diperuntukan untuk
pemeliharaan sawah dan kerbau.

Di samping itu dicatatkan juga peraturan berdagang dan undang-undang tentang


tanah. Undang-undang ini juga ada memperuntukkan hak laluan yang mirip dengan
undang-undang moden hari ini. Dalam fasal 15, undang-undang mencatatkan;
"Fasal yang kelima belas menyatakan hukum undang-undang pada
hal jalan. Jika sa-orang kampong didalam sa-orang diluar ,jika tiada taroh
jalan menjadi terpenjara-lah mereka itu, maka hendaklah jalan adat-nya
enam hasta luasnya, maka dapat lalu perusongan itu-lah kira-nya.
Dibicarakan oleh segala yang arif, supaya jangan hamba Allah itu jadi
berbantah sesama sendiri-nya; tambah pada hokum adat negeri pun, kerana
jalan besar pekerjaannya jika sudah tiada berjalan, tiada-lah dapat mereka itu
dudok pada tempat itu. Maka ini dibicarakan hukumnya, jika tiadalah tuan
tanah itu mahu membuka jalan, maka dapat di-beli tanah itu ka-pada-nya
tiada mahu dijual-nya tanah itu, maka hendaklah gagah buka juga jalan itu
dengan kekerasan : apa-apa dapat dikata oleh tuan tanah itu suatu pun tiada
jadi perkataan. Demikian-lah hukum-nya."

13

Nota
Pensejarahan Malaysia (SJH3102)M5 PISMP IPG KAMPUS
IPOH, PERAK.

Berdasarkan tembera ini, tuan tanah yang mengerjakan sawah wajib membuka
sebahagian daripada batasnya agar boleh dijadikan laluan kepada orang ramai.

Wujudnya

undang-undang

khusus

berkaitan

persawahan

ini

menunjukkan

bagaimana Kedah telah muncul sebagai sebuah pusat kegiatan penanaman padi
sejak abad ke-17.

Selain itu, dalam fasal ke-10 juga ada menyatakan mengenai Sambang yang
tugasnya menangkap orang yang berjalan malam tanpa membawa api atau lari.

3. Hukum Kanun Dato Kota Setar:

Undang-undang ketiga dalam Undang-undang Kedah ini tidak diketahui secara jelas
tarikh penggubalannya.

Mengandungi lapan fasal, undang-undang ini mencatatkan tentang tugas dan


tanggungjawab raja dan para pegawai negeri. Antaranya termasuklah:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Tugas Temenggung;
Perintah Raja-raja;
Syarat Raja-raja;
Bahasa Raja-raja;
Pakaian Raja-raja;
Lima Perkara yang dibenarkan rakyat biasa melakukannya;
Warna bendera untuk Raja-raja, Menteri dan Hulubalang;
Sifat kebesaran yang ada pada raja-raja dan para pembesar lain;

Kanun ini memperincikan tugas-tugas seseorang pegawai itu termasuk hak dan
tugas seseorang raja. Ia menggariskan hak dan keistimewaan raja, tugas dan
tanggungjawab Temenggung, Syahbandar, Laksamana, Panglima Negeri, Paduka
Raja dan Bentara.

Undang-undang ini jelas memperlihatkan kematangan fikiran orang-orang Melayu


Kedah pada masa itu untuk mengawal kegiatan dan tindakan para pegawai negeri.

Sebagai contoh, walaupun Temenggung merupakan seorang pegawai yang


mempunyai kuasa yang besar yang bertindak sebagai Menteri Dalam Negeri atau
Ketua Polis Negara akan tetapi beliau tidak boleh bertindak sesuka hati.

Kanun Dato' Kota Star ini memperuntukkan bahawa beliau hanya boleh bertindak
menghukum seseorang itu setelah dijatuhi hukum oleh Penghulu Hakim. Fasal 1
Kanun ini mencatatkan antara lain;
" Maka akan banyak orang Temenggung mengawal negeri itu enam puloh
orang berganti-ganti. Sa-bagai pula: perkerjaan Temenggong itu, apa-bila orang
14

Nota
Pensejarahan Malaysia (SJH3102)M5 PISMP IPG KAMPUS
IPOH, PERAK.

berdakwa sudah jatoh hokum,

di-suroh penghulu hakim keluarkan

maka

Temenggong-lah mengeluarkan dia: barang yang thabit pada hukom Allah taala:
tiada boleh Temenggong itu memereksa pandai sendiri-nya mengeluarkan itu,
supaya tiada teraniaya anak daawa itu: maka akan hasil Temenggong sapuloh
emas. Jikalau orang kena rantainya berlenggu, hasil Temenggong sa-paha emas.
Jika orang itu jatoh hokum di-kodong atau di-bunoh, maka tiada-lah hasil kepadanya."

Seperti juga dengan tugas 'Syahbandar' yang begitu banyak diperkatakan dalam
Undang-undang Pelabuhan Kedah, maka dalam Hukum Kanun Dato Kota Setar
banyak memperkatakan tentang tugas 'Temenggung' paling banyak dinyatakan dari
fasal-fasal yang lain.

Selaku

pembesar

yang

bertanggungawab

untuk

keselamatan

negeri

dan

kesejahteraan rakyat, beliau bersama pembantunya seramai 60 orang sentiasa


melakukan rondaan secara bergilir-gilir, di samping ada yang mengawal penjara.
Mereka akan menangkap pesalah-pesalah seperti pencuri, penyamun, pemakan
madat, penyabung ayam dan pembunuh orang.

Orang ramai tidak dibenarkan berjalan malam kecuali mempunyai sebab-sebab


utama dengan syarat menggunakan damar (sebagai lampu atau obor). Mereka yang
melanggar hukuman ini akan ditangkap, yang melawan akan dibunuh kerana "ia
melawan titah raja".

Sekiranya orang yang didakwa atau saksi-saksinya tidak menghadiri perbicaraan


yang ditetapkan oleh Hakim, maka Temenggung akan menugaskan orangnya
menuruti mereka.

Pihak anak buah Temenggung yang mencari mereka akan mendapat upah atau
bayaran dari mereka mengikut jarak dekat atau jauh mereka itu dapat dikesan.
Misalnya jika ke Perlis atau Pedu upahnya dua emas, Tanjung Pauh upahnya dua
kupang, sementara Anak Bukit atau Naga upahnya sekupang.

Fasal empat dan lima dalam HKDKS ditekankan segala 'larangan diraja' baik dari
segi perkataan atau bahasa mahupun dalam hal pakaian. Ini merupakan antara ciriciri keistimewaan yang diperuntukkan kepada raja-raja yang tidak boleh dilakukan
oleh orang biasa.

Dari segi bahasa diraja, HKDKS menegaskannya begini:

15

Nota
Pensejarahan Malaysia (SJH3102)M5 PISMP IPG KAMPUS
IPOH, PERAK.

"Fasal pada menyatakan hukum bahasa raja-raja itu lima perkara:


pertama 'titah', dan kedua 'kami', dan ketiga 'kita', dan keempat 'berpatik' dan kelima
'derma kurnia'. Maka kelima perkara ini tiada boleh berkata-kata dengannya mereka
yang keluaran, barangsiapa melalui akan dia hukumnya dibunuh jika ia hamba raja,
dan dikujut mulutnya jika ia keluaran".

Apa yang menarik perhatian kita ialah perkara yang sama terdapat juga ada
teks Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Riau. Cuma yang berbeza dalam
HKDKS tidak terdapat kata 'murka' dan ia sebaliknya digantikan dengan kata 'kita'
manakala yang lainnya adalah serupa.

Dari segi pakaian pula, HKDKS menyatakan begini:


"Fasal pada menyatakan pakaian raja-raja itu empat perkara: pertama
berkain kuning, dan kedua bertilam pandak empat persegi namanya
peterana, dan ketiga ubur-ubur, dan keempat tombak bercabang. Maka
seperti pakaian yang demikian, tiada boleh yang lain memakainya, barangsiapa memakainya kelak dirampas."

Kesemua larangan tersebut jelas menunjukkan betapa tingginya taraf seseorang raja
dianggap berdaulat itu. Larangan tersebut bertujuan untuk membezakannya dengan
rakyat jelata.

Dalam HKDKS, di samping warna kuning menjadi warna khusus untuk pakaian
diraja, terdapat dua perkara lagi yang menjadi kepunyaan raja seperti yang
ditegaskan dalam fasal 6 iaitu:
1. membuat

perusung

atau

alat

mengusung

orang

yang

dipanggil 'raja diraja'.


2. membuat binaan sebagai tambahan kepada yang sedia ada pada bahagian
kiri dan kanan sesebuah bangunan, atau rumah, kapal atau perahu, yang

dipanggil 'sayap lelayang'.


Kedua-dua perkara ini juga

adalah

dilarang

kepada

rakyat

biasa

membuatnya.

Bagaimanapun ada pula kekecualiannya iaitu dalam mengerjakan sesuatu adat atau
aktiviti harian, rakyat dibenarkan membina dua perkara di atas termasuk dibenarkan
memakai pakaian berwarna kuning, tetapi mestilah dengan syarat-syarat tertentu
dan yang ada kaitannya dengan kebaikan atau kepentingan kepada raja.

16

Nota
Pensejarahan Malaysia (SJH3102)M5 PISMP IPG KAMPUS
IPOH, PERAK.

Berikut ini diperturunkan beberapa kutipan menarik dari HKDKS yang berkaitan
dengan perkara yang dibincangkan ini:
"Fasal yang menyatakan lima perkara yang boleh diperbuat oleh
mereka yang keluaran, kerana maaf dan diampuni raja. Pertama di atas
'mempelai' yang diarak, boleh ia memakai pakaian kekuningan dan pakaian
beremas dan berpayung besar yang dipegang oleh orang serta bersoraksorak, dinamai akan dia 'raja sehari', kerana puteranya pada sehari itulah raja
kepada sekalian warisnya."
Kedua di atas 'jenazah' boleh diperbuat mereka itu raja diraja dan
sayap lelayang dan sulur bayung serta kain sampai, kerana puteranya sehari
itulah hilang di mata mereka itu sekalian warisnya, sekalian pekerjaan itu
tiada menjadi tulah atau papa.
Ketiga di atas 'perahu' yang dibawa ke lautan boleh dibubuh sayap
lelayang, maka petuanya tiada dapat pada ketika perahu itu dipinjam raja.
Keempat pada 'masjid' boleh dibubuh sayap lelayang, maka petuanya
di rumah Allah, apabila raja berangkat, nescaya singgah ia sembahyang.
Kelima di atas 'pangkalan' yang besar-besar serta banyak orang pergi
datang bolehlah diperbuat jamban berdinding papan dan bersayap lelayang.
Dan demikian juga pada 'jalan raya' hendaklah diperbuat telaga dan
balai bersayap lelayang, maka petuanya tatkala raja berangkat mudik, bila
dipandangnya jamban itu baik, dan singgahlah ia naik kepada jamban itu,
dan apabila berangkat berburu, bila dipandangnya, balai dan telaga itu baik,
nescaya singgahlah ia di situ, berhenti bersemayam."

Pada fasal terakhir HKDKS dinyatakan apakah sifat-sifat kebesaran yang ada pada
seseorang para pembesar seperti Syahbandar, Laksamana, Temenggung, Panglima
Negeri dan lain-lain termasuklah juga mata-mata dan 'hamba raja'.

Pada keseluruhannya yang ingin ditegaskan oleh undang-undang tersebut ialah


ketika para pembesar itu menjalankan kewajipan atau tugas yang ditetapkan, kuasa
mereka seperti seorang raja, kerana mereka menjalankan tugas raja, seperti dalam
beberapa kutipan berikut:

17

Nota
Pensejarahan Malaysia (SJH3102)M5 PISMP IPG KAMPUS
IPOH, PERAK.

"Dan kebesaran Panglima Negeri, pada masa dititahkan raja


berkerah, ialah raja, tiada boleh dilalui (dibantahi) sabdanya". "Dan
kebesaran Temenggung itu pada masa membunuh orang dengan titah oleh
raja, tiada boleh dilalui perkataannya kerana ialah raja pada masa itu".

Di bahagian terakhir HKDKS itu terdapat gelaran 'Seri Perdana Menteri' dan pada
bahagian terakhir Hukum Kanun Kedah itu gelaran tersebut diulang lagi dengan
sebutan 'Paduka Seri Perdana Menteri' atau 'Perdana Menteri' sahaja.

Gelaran ini diberikan kepada seseorang pembesar paling kanan iaitu berjawatan
'Bendahara' dan ianya terus digunakan sehingga ke abad 19 iaitu pada zaman
pemerintahan Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1881- 1943), Sultan
Kedah ke-25.

Tokoh tersebut ialah Wan Muhammad Saman yang dilantik sebagai Perdana Menteri
Kedah Darulaman pada tahun 1870 di zaman Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin
Mukaram Shah, Sultan Kedah ke-23.

4. Adat Mengenai Bunga Emas:

Peraturan atau adat tentang pembuatan bunga mas untuk dikirimkan ke Siam dan
adat istiadat penabalan seseorang raja dan juga adat pinang meminang.

Undang-undang ini tidak banyak berkaitan dengan orang ramai. Ia lebih tertumpu
kepada urusan istana.

Kedah terpaksa menghantar ufti berbentuk bunga emas kepada Siam setelah tewas
dalam peperangan pada abad ke-18. Sebelum itu, bunga emas hanya dihantar
sebagai tanda persahabatan Kedah-Siam.

Tidak ada catatan yang menjelaskan tentang bila peraturan ini digubal. Ia
mengandungi 24 fasal.

* Bahagian Lima Undang-undang Kedah yang digubal pada 1784 Masihi berkait dengan
salinan kepada gabungan Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Selain
itu, terdapat satu lagi versi Undang-undang Kedah yang dinamakan sebagai Undangundang Kedah versi Ku Din Ku Meh.

18

Nota
Pensejarahan Malaysia (SJH3102)M5 PISMP IPG KAMPUS
IPOH, PERAK.

19

Anda mungkin juga menyukai