Anda di halaman 1dari 11

Pendahuluan Hukum adat dan peraturan merupakan amalan yang dilakukan dalam sesebuah masyarakat sehingga ia menjadi sebati

dalam kehidupan masyarakat. Amalan ini dapat dilihat daripada adat resam yang diamalkan secara turun temurun. Manakala undang-undang pula lebih merupakan peraturan bertulis yang bertujuan untuk menjaga hak dan kepentingan pemerintah dan ahli keluarganya. Bagaimanapun hukum adat, peraturan dan undang-undang ini penting bagi mengawal perlakuan masyarakat, sekaligus dapat membentuk masyarakat yang harmoni. Sesungguhnya adat, peraturan dan undang-undang penting dalam kehidupan masyarakat tradisional. Dengan adanya peraturan dan undang-undang, masyarakat akan sentiasa patuh dan sentiasa berhati-hati dalam apa sahaja tindakan yang akan dilakukan. Ini bermakna adat, peraturan dan undang-undang merupakan garis panduan yang mesti dipatuhi dalam masyarakat tradisional. Sesiapa yang melanggar adat dan peraturan sudah tentu akan dikenakan hukuman. Misalnya seseorang yang tidak menurut perintah raja akan dikenakan hukuman. Dalam soal peraturan dan adat pula pelanggarannya akan membawa seseorang itu dipandang serong atau dipulaukan dalam sesebuah masyarakat. Dengan adanya peraturanperaturan sebegini, keselamatan rakyat terjamin dan seterusnya negara akan aman dan makmur

Undang-undang laut Dalam sejarah Kesultanan Melayu Melaka , terdapat dua buah naskhah undangundang utama yang digubal sebagai rujukan dalam urusan pentadbiran serta pemerintahan ketika itu, iaitu Undang-undang Melaka dan juga Undang-undang Laut Melaka.Undang-undang Laut adalah sebahagian daripada Undang-undang Melaka

yang membicarakan tentang peraturan-peraturan bagi orang-orang yang belayar di laut.Oleh sebab Melaka merupakan kota pelabuhan yang menjadi pusat

perdagangan dan menjadikan perjalanan laut sebagai perhubungan yang penting maka peraturan yang berhubungan dengan penggunaan lautan atau undang-undang Laut dianggap sebagai peraturan yang amat penting.Undang-undang ini dipercayai ditulis sebelum tahun 1488-1511 Masihi. Teks Undang-undang Laut Melaka turut dikenali sebagai Adat Pelayaran Melaka dalam kalangan pedagang dan saudagar ketika itu dan di samping itu, terdapat beberapa lagi nama yang pernah digunakan untuk merujuk undang-undang ini misalnya Kitab Peraturan Pelayaran dan Hukum Undang-undang Laut. Teks ini pada masa yang sama turut diterjemahkan sebagai The Maritime Laws of Malacca oleh sarjana asing terkemuka iaitu R.O. Winstedt dan juga Josselin de Jong. Kandungan teks ini antara lain turut membincangkan tatacara jual beli di atas kapal, peraturan pelayaran, bidang kuasa nakhoda serta tanggung jawab pelbagai lagi pegawai kapal seperti kiwi, maula kiwi (penghulu kiwi), malim dan sebagainya. Malang sekali dalam terjemahan The Maritime Law of Malacca tidak dicatatkan secara jelas nama pengarang yang bertanggungjawab mengilhamkan Undangundang Laut ini, malah tarikh sebenar teks ini dikarang juga tidak diketahui dengan tepat. Hanya andaian yang diberikan iaitu antara sekitar 1488-1510. Undang-Undang Laut Melayu

Undang-undang laut Melayu merupakan undang-undang laut yang digunakan di negeri-negeri Melayu di sekitar Selat Melaka.Kandungan undang-undang ini adalah berdasarkan kepada Undang-Undang Laut Melaka. Dalam sejarah Kesultanan Melayu Melaka misalnya, terdapat dua buah naskhah undang-undang utama yang
2

digubal sebagai rujukan dalam urusan pentadbiran serta pemerintahan ketika itu, iaitu Undang-undang Melaka dan juga Undang-undang Laut Melaka. Sistem-sistem yang terkandung dalam naskhah tersebut khususnya yang melibatkan kuasa-kuasa dan peranan seseorang nakhoda di atas kapal serta batasan-batasan kekuasaan akan dibincangkan secara lanjut di dalam tugasan ini. Secara sepintas lalu, teks Undang-undang Laut Melaka turut dikenali sebagai Adat Pelayaran Melaka dalam kalangan pedagang dan saudagar ketika itu dan di samping itu, terdapat beberapa lagi nama yang pernah digunakan untuk merujuk undang-undang ini misalnya Kitab Peraturan Pelayaran dan Hukum Undang-undang Laut. Teks ini pada masa yang sama turut diterjemahkan sebagai The Maritime Laws of Malacca oleh sarjana asing terkemuka iaitu R.O. Winstedt dan juga Josselin de Jong.Semasa menyusun The Maritim Laws of Malacca,Winstedt mencatatkan terdapat 13 versi Undang-undang Laut Melaka yang telah dikumpulkan oleh beberapa orang orientalis. Undang-undang Laut Melayu meliputi pelbagai perkara yang berkaitan dengan segala kegiatan yang berlaku dalam perahu dan pelayaran.Undang-undang ini terbahagi kepada dua iaitu Undang-undang perahu dan pelayaran dan Undangundang pelabuhan.Sebahagian besar undang-undang ini menumpukan kepada kesalahan jenayah di dalam perahu.Misalnya,tujuh daripada dua puluh lima fasal dalam Undang-Undang Laut Melaka menumpukan kepada perkara ini.Sepuluh bahagian pula mengandungi peraturan-peraturan berkaitan denga

pelayaran,perniagaan dan adab dalam kapal.

Peranan nakhoda Dalam bahagian pertama undang-undang ini telah menyebut akan tugas orang yang berjabatan (pegawai) dan awakawak (anak kapal).Hal ini terkandung dalam fasal 1,9,15 dan 16.Pegawai dalam perahu yang dimaksudkan ini termasuklah nakhoda,jurumudi (malim),juru batu,tukang,guntung,senawi dan muda-muda (matamata).Setiap pegawai mempunyai tigas dan tanggungjawab tersendiri. Nakhoda,walau siapapun ia,diibaratkan seorang raja di atas kapalnya.Namun kekuasaan ini hanya sah di laut sahaja sewaktu mengepalai sesebuah kapal yang sedang dalam pelayaran.Mereka (nakhoda) bertanggung jawab besar terhadap anak perahu dan orang yang menumpang perahunya serta muatan yang

dibawanya.Undang-undang ini dicatat pada banyak tempat dalam Undang-Undang Perahu dan Undang-Undang Belayar. Selain mengemudi sesebuah kapal di samudera nakhoda juga perlu arif

dalam hal-hal berkaitan pelayaran seperti penggunaan peta, kompas dan arah bintang disamping arah pertukaran angin monsun. Mereka juga mestilah mengetahui arah laluan terbaik untuk belayar dan mengetahui kedudukan batu karang, terumbu karang, arus dan olak laut berpusing. Sementara angin monsun mestilah diketahui bagi mengelak risiko dilanda ribut taufan serta mengelak kapal terlanggar batu karang yang boleh merosakkan kapal. Oleh yang demikian,wajarlah seseorang nakhoda itu dilabelkan sebagai seorang raja di atas kapal kerana tidak semua pelaut mampu menguasai semua cabang ilmu pelayaran dengan baik. Namun,tidak seperti raja di darat,nakhoda boleh dipersalahkan jika benar-benar berbuat

salah.Tetapi,sekiranya dia meminta maaf,dia mesti dimaafkan kerana dia diibaratkan raja di dalam perahunya.1 Tanggung jawab nakhoda terhadap perahunya amat besar.Jika dalam pelayaran,beliau menyuruh anak perahunya memperbaiki perahu,jika hilang perkakas perahu bukan kerana kelalaian anak perahu,kalau rosak atau hilang sampan yang digunakan kerana pembawanya lapar dan dahaga,semuanya itu tertanggung pada nakhoda. Sebuah jong atau baluk yang belayar dianggap sebagai sebuah kerajaan2 di lautan.Nakhoda perlu bermesyuarat dengan anak-anak perahu untuk mencapai sesuatu keputusan yang penting.Jika nakhoda tidak bermesyuarat dengan anak perahu ketika berlaku ribut dan perahu rosak akibatnya,nakhoda terpaksa menggantikan harta anak-anak perahu itu.Selain itu,jika ada anak perahu yang sakit atau mabuk laut,mereka tidak dikenakan membuat kerja. Nakhoda juga bertanggungjawab menjaga keselamatan penumpang di dalam perahunya.Jika sesuatu perkara berlaku terhadap penumpang itu nakhoda harus dipertanggungjawabkan.3Nakhoda tidak boleh dengan sewenang-wenangnya

menurunkan atau meninggalkan penumpangnya di merata tempat.Nakhoda juga tidak boleh menyuruh penumpang membuat pekerjaan di dalam perahu.

Undang-Undang Belayar mencatatkan; Yang ketiga puluh lima pada menyatakan hukum orang menumpang di perahu itu hendaklah ia turun setengah jalan kerana berkesalahan dengan nakhoda dinihayakan sehari itu turun ia daripada perahu itu maka ia tiada dapatlah akan cukai dan penumpangnya dan jikalau minta maaf nakhoda itusebab kerana katanya terlanjur maka wajib ia dimaafkan kerana ia seperti raja tatkala di dalam perahu itu turun ia daripada kebesarannya atau ia akui akan salahnya di antara itu hendaklah turun juga wajiblah diambil akan cukainya itu sepuluh diambil dua kalau penumpangnya serik diambil dua rial diberi demikianlah hokum yang terdapat. 2 Muhammad Yusoff Hashim,1989,hlm.267. 3 Fasal 3 undang-undang perahu mencatatkan; ...orang menumpang itu tumpang selamat kalau belum selamat kepada janjian itu hendak turun ia bayar sepenuhnya kerana tiada salah pada nakhoda kalau nakhoda menurunkan hilang penumpangan dan jikalau ditinggalkan orang menumpang oleh nakhoda di pulau atau di rantau atau di teluk yang tiada tempatnya orang turun naik salah nakhoda denda sepuluh rial suku kalau mati didiat sepenuhnya oleh nakhoda...

Kuasa dan batasan kekuasaan nakhoda Dalam Undang-Undang Laut Melayu,nakhoda diberi kuasa yang amat besar terhadap anak perahu dan orang yang menumpang perahunya serta muatan yang dibawanya.Hal ini banyak tercatat dalam Undang-Undang Perahu dan UndangUndang belayar.Seperti juga raja,nakhoda yang diibaratkan raja dalam perahu turut mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman bunuh.Namun, hukuman tidak mungkin tercetus andai tidak berlaku pelanggaran terhadap terma-terma yang terkandung dalam undang-undang ataupun peraturan tersebut. Prinsipnya jelas, setiap kesalahan pasti ada hukuman. Begitu juga halnya dengan kesalahankesalahan berat yang harus dibalas dengan hukuman yang setimpal. Nakhoda tidak boleh sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman melainkan empat perkara yang tercatat pada Fasal ke-5 Undang-Undang Laut iaitu; I. II. III. Berkhianat kepada nakhoda. Berpakat untuk membunuh nakhoda atau kiwi atau tukang atau malim. Bersisip keris di pinggang sedangkan orang lain tidak dan kelakuannya mencurigakan. IV. Berkelakuan sangat jahat dan biadap dalam perahu(jong) sehingga menyusahkan penumpang yang lain.4 Hal ini jelas menunjukkan bahawa nakhoda berhak untuk membunuh jika didapati seseorang itu mempunyai potensi mendatangkan ancaman keselamatan kepada pihak lain. Hal ini boleh dilihat pada perbuatan bersisip keris dan berkelakuan yang mencurigakan (lain lakunya daripada orang banyak) seperti

Winstedt R.O,dan Je J.de Jong,............,hlm.36-37.

yang terkandung pada fasal tersebut.Namun,walaupun seorang nakhoda boleh membunuh tetapi apabila sampai semula di Melaka,nakhoda akan dibicarakan sama ada hukuman bunuh yang dijalankan itu sah atau tidak.Sekiranya tidak sah si nakhoda itu sendiri akan dibunuh atau didenda sekati lima tahil.Bagi pesalah yang berzina dengan isteri orang pula,sebelum hukuman bunuh dijatuhkan si pesalah haruslah dibela oleh warisnya juka ada. Walaupun nakhoda mempunyai kuasa utama di dalam sebuah pelayaran namun kuasa itu tidaklah mutlak.Nakhoda perlu bermusyawarah bersama penumpang dan anak kapal yang lain sebelum melaksanakan sesuatu

keputusan.Contohnya,Fasal 20 telah

menerangkan bahawa nakhoda harus

berunding dengan anak kapal dan penumpang lain sekiranya hendak berlabuh di tempat atau pelabuhan yang tidak termasuk dalam jadual pelayaran.5 Seperti yang dicatatkan dalam banyak kajian sejarah, nakhoda-nakhoda kapal dagang kapal yang berlabuh di Melaka atas maksud untuk berdagang bertanggungjawab untuk memohon kebenaran berniaga terlebih dahulu. Menurut Tom Pires, nakhoda perlu memohon daripada Syahbandar iaitu individu yang berkuasa di pelabuhan untuk menemui Bendahara Melaka bagi meminta kebenaran berniaga. Selain itu, nakhoda kapal juga bertanggungjawab mengetuai

rombongannya untuk menghadap Sultan Melaka dengan membawa hadiah dan sebagainya sebelum menjalankan sebarang urusniaga. Perlu ditegaskan juga bahawa urusniaga belum boleh dijalankan sehinggalah berbagai-bagai jenis cukai dibayar dan selain itu, menurut Tom Pires juga, semua ukuran dan timbangan yang

Fasal 20 Undang-Undang Laut Melaka menyatakan; Jika belayar di laut jika nakhoda ingin singgah di teluk,atau di rantau atau di pulau,maka hendaklah mesyuarat nakhoda itu dengan segala orang banyak dan berwaad teguh-teguh,maka dapatlah singgah.Jika tiada nakhoda itu mesyuarat ,(maka) salah atas nakhoda itu.

digunakan dalam urusniaga di Melaka adalah mengikut old custom peribumi. Nakhoda juga boleh terlibat dalam perniagaan sebagai penjual barangannya sendiri atau sebagai wakil untuk memperdagangkan barangan kepunyaan Kiwi (saudagar yang menghantar barang untuk diperdagangkan). Fasal 20 Undangundang Laut Melaka tentang hukum berniaga menyatakan bahawa apabila sebuah kapal dagang Melaka sampai ke sebuah pelabuhan asing, maka hak berniaga akan menjadi bertingkat-tingkat. Nakhoda bagaimanapun mempunyai hak untuk

memperniagakan barang dagangannya terlebih dahulu selama empat hari yang pertama. Selain itu, nakhoda juga berhak membuat tawaran harga lebih tinggi daripada peniaga lain. Sesiapa yang membuat tawaran harga yang melebihi nakhoda, maka nakhoda berhak untuk merampas barang-barang tersebut setelah membayar kepada pemilik dengan harga kos sahaja seperti yang telah disebutkan dalam Undang-undang Laut Melaka, dipulangkan kepada nakhoda seperti harga beliannya itu juga. Peranan dan tanggung jawab Malim

Malim atau jurumudi merupakan jawatan kedua penting selepas nakhoda dalam sesebuah bahtera atau kapal orang Melayu. Fasal 9 Undang-Undang Laut Melaka menerangkan dengan jelas tanggung jawab dan hak malim.6Malim harus mengetahui segala selok-belok ilmu pelayaran seperti keadaan ombak,arus,ukuran laut,kedudukan bulan dan bintang,tahun dan musim,teluk dan rantau,kedudukan tanjung,beting,karang,terumbu dan sebagainya dalam laluan pelayarannya..Beliau harus mahir dan tidak boleh lalai ketika menjalankan tugasnya sama ada di laut atau

Muhammad Yusof Hashim,1989,hlm.269.

di darat.Beliau juga dikehendaki berdoa kepada Allah swt.dan kepada Rasulullah s.a.w supaya pelayaran itu selamat. Malim juga diibaratkan sebagai Bendahara di dalam perahunya.Di samping mengemudi perahu,malim atau jurumudi ditugaskan untuk membantu nakhoda mengendalikan urusan pelayaran.7Seseorang malim juga mempunyai saham dalam perdagangan yang dibawa oleh kapalnya iaitu separuh daripada petak dan tiga tahil atau satu setengah tahil emas.Pembantu malim pula iaitu malim angin akan diberikan sebelas pelimasan,sebelah kupang dan sebelah petak sampan kerana dia juga dianggap sebagai malim besar. Selain daripada itu,seseorang malim diibaratkan sebagai imam kepada orang dalam jong.Sekiranya beliau ingin meninggalkan perahunya sebelum tamat tempoh kontraknya,beliau dikehendaki membayar tambang dua kali ganda daripada biasa.Jika ada membawa barang-barang pula akan dikenakan cukai sepuluh peratus atau diambil satu barang daripada setiap sepuluh barang yang dibawa.Sekiranya beliau masih berhutang walaupun kontraknya telah tamat,hutang itu perlu dibayar sebanyak yang dipinjamnya sahaja tidak boleh lebih. Sebelum memulakan pelayaran seorang malim akan memerintahkan tukang agung menyelia peralatan pelayaran.Hukuman berat akan dikenakan keatas malim ini sekirannya lalai ketika menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan. Sekiranya lalai,hukuman empat kali sebatan atau denda akan

dikenakan.Malah,malim boleh dikenakan hukuman mati akibai kelalaiannya sehingga menyebabkan perahu atau jong mengalami kerosakan apabila terlanggar karang atau batu.Namun,jika kerosakan itu bukan atas kelalaiannya atau tidak disengajakan malim terlepas daripada hukuman itu.
7

Ahmad Jelani Halimi,2006,hlm.165.

Kesimpulan Daripada keseluruhan perbincangan ini,dapat disimpulkan bahawa kegiatan ekonomi perdagangan dan perkapalan yang besar menyebabkan wujudnya sistem tertentu dalam organisasi perkapalan dari segi aturan atau undang-undang untuk menggunakan kapal sehinggalah kepada urusan kakitangan yang terlibat. UndangUndang Laut Melayu telah menyediakan satu set hukum yang berisi panduan serta pedoman berguna kepada para pelayar.Peranan yang dimainkan oleh kelompok nakhoda itu sendiri sama ada mereka pemilik kapal yang berdagang sendiri ataupun wakil kepada saudagar-saudagar.Walau siapapun mereka,nakhoda telah dianggap sebagai raja yang berkerajaan di laut.Kuasa penuh terletak di tangan

nakhoda.Semua kakitangan kapal dan penumpang dikehendaki supaya patuh kepada peraturan dan undang-undang ini.

10

Bibliografi Muhammad Yusoff Hashim,1989,Kesultanan Melayu Melaka,Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Jelani Halimi,2006,Perdagangan dan Perkapalan Melayu di Selat Melaka,Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

A.Samad Ahmad (ed),1979,Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu),Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan pustaka.

Buyong Adil,1973,Sejarah Melaka,Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Sivachandralingam, S.R.,1997,Perdagangan dan Pelabuhan Bebas ;Sejarah dan Perkembangannya,Shah Alam:Fajar Bakti.

11

Anda mungkin juga menyukai