Anda di halaman 1dari 5

sistem perundangan tradisional dan agama islam dan adat istiadat melayu

Sultan merupakan ketua tertinggi bagi melindungi agama dan adat tetapi
tidaklah dianggap sebagai peribadi yang paling suci seperti zaman Hindu yang
perlu disembah. Sultan bertanggungjawab menjadikan agama Islam sebagai
agama rasmi negara bagi mendapat berbagai-bagai keistimewaan dan
kemudahan sama ada dari segi penyebaran, pentadbiran dan perlaksanaan
hukum-hukumnya. Sultan juga bertanggungjawab memperkenalkan dan
melaksanakan undang-undang berdasarkan hukum syariah Islam dalam
pentadbirannya bagi menjamin keadilan dan kesaksamaan, walaupun di dalam
beberapa perkara tidak begitu sempurna dan kurang memuaskan. Hukum Kanun
Melaka dan Hukum Laut Melaka adalah antara contoh undang-undang Islam
bertulis menggantikan undang-undang Melayu tempatan (Malay Local Law) yang
mengandungi hukum syariah Islam yang dikuatkuasakan dan dilaksanakan di
dalam pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka. Di dalam undang-undang
berkenaan telah dicatatkan beberapa peruntukkan undang-undang mengikut
perundangan jenayah Islam seperti hukuman mencuri, membunuh, zina dan
sebagainya. Selain itu, dimuatkan juga peruntukkan tentang soal nikah kahwin,
pembahagian pusaka (faraid), hal yang berkaitan dengan muamalah seperti
urusan jual beli dan sebagainya juga dilaksanakan menurut sistem Islam.
Walaupun ini boleh dikatakan tidak banyak bezanya dengan sistem Kerajaan
Hindu sebelumnya, tetapi banyak juga terdapat ciri-ciri yang tersendiri.
Pemakaian sistem mufti atau alim ulama sebagai penasihat sutlan dalam halehwal agama Islam menggantikan para sami sebelumnya menjadi penasihat
Raja Hindu-Buddha. Malah secara khusus, sultan atau raja telah dianggap
sebagai khalifah(pengganti Nabi), kadang-kadang sebagai bayang-bayang Tuhan.
Tetapi pemakaian khalifah atau ketua agama jika dikaji secara teliti dari aspek
konsep politik Islam, mempunyai banyak perbezaan dengan apa yang
sebenarnya,urnpamanya dengan apa yang berlaku di dalam sejarah Nabi
Muhammad dan Khalifah Empat (Khulafa Al-Rasyidin) di Madinah. Agama Islam
telah menjadi agama rasmi kebanyakan negara dan undang-undang Islam telah
dijadikan undang-undang negara. Bermula dari kerajaan Melaka,undang-undang
Islam telah bertapak di Kedah
Pengaruh Islam dalam Perundangan di Melaka, Kedah, Pahang, Terengganu dan
Acheh.
Sebelum kedatangan Islam orang Melayu berpegang pada perundangan yang
dibentuk dalam tradisi Hindu-Buddha yang disesuaikan dengan adat resam
tempatan. Aspek perundangan dalam tradisi Hindu berpegang pada Hukum
Kanun Manu yang secara jelas membezakan jenis hukuman berdasarkan kelas
seseorang itu. Kedatangan Islam telah mengubah keadaan ini. Hukum-hukum
Islam mula dijadikan asas undang-undang yang dikuatkuasakan. Seorang sarjana
tempatan, iaitu Profesor Ahmad Ibrahim, pernah mengatakan bahawa di negerinegeri Melayu sebelum wujud pengaruh kerajaan British, undang-undang asas
atau undang-undang negeri ialah undang-undang Islam dan adat Melayu.
Kehadiran Islam telah memperkembangkan undang-undang bertulis seperti yang
dipaparkan melalui Undang-Undang Laut Melaka, Hukum Kanun Melaka, Undang-

Undang Pahang,[3] Undang-Undang Kedah,[4] Undang-Undang Perak,


[5] Undang-Undang Johor.[6] Kesemua kitab perundangan ini menjadi pencorak
kepada perjalanan pemerintahan dan pentadbiran kerajaan. Hukum Kanun
Melaka, misalnya, menjelaskan tanggungjawab raja dan pembesar, pantang
larang di kalangan anggota masyarakat, hukuman terhadap kesalahan jenayah,
undang-undang keluarga, permasalahan ibadah, serta jenis-jenis hukuman
terhadap kesalahan tertentu. Oleh sebab kerajaan-kerajaan Melayu juga sangat
aktif terbabit dalam aktiviti maritim dan perdagangan, maka, terdapat peraturan
khas tentang hal berkaitan seperti yang dipaparkan dalam Undang-Undang Laut
Melaka dan Undang-Undang Pelabuhan di negeri Kedah. Malahan kesan daripada
kekuatan agama Islam itu sendiri dapat dipaparkan melalui fasal-fasal yang
terdapat dalam undang-undang tersebut. Undang-Undang Laut Melaka,
misalnya, menerangkan bahawa seseorang nakhoda (kapten) dalam sesebuah
kapal diertikan sebagai imam dan anak buah kapal sebagai makmum. Undangundang bertulis ini menjadikan perjalanan masyarakat menjadi tersusun kerana
segala perlakuan, tanggungjawab, serta hukuman tentang kesalahan yang
dilakukan telah ditentukan. Meskipun demikian, secara praktisnya, undangundang ini mengecualikan diri raja atau sultan daripada sebarang tindakan. Hal
ini melambangkan kedudukan raja atau sultan sebagai kuasa tertinggi dalam
kerajaan.

1.3.1. Melaka
Undang-undang bertulis merupakan peraturan atau hukum dalam sesebuah
masyarakat seperti Hukum Kanun Melaka,[7] Undang-Undang Laut Melaka,
dan sebagainya. Ajaran Islam diserapkan dalam sistem pemerintahan dan
pentadbiran Melaka. Walaupun tidak mengikut 100% undang-undang Islam
tetapi terdapat pengaruh Islam di dalamnya. Hukum Kanun Melaka hanya
40.95% hukum Islam manakala Undang-undang Laut Melaka hanya satu dari 25
fasal mengikut hukum Islam sebenar. Undang-undang Melaka ini berasaskan 2
peraturan iaitu peraturan adat dan peraturan agama. Peraturan adat
berlandaskan Adat Temenggung manakala agama berlandaskan mazhab Syafie.
Undang-undang yang terdapat di Melaka seperti Hukum Kanun Melaka dikenali
juga dengan Undang-undang Darat Melaka atau Risalah Hukum Kanun. Hukum
Kanun Melaka ini mempunyai 44 fasal dan berkuatkuasa di seluruh Melaka serta
kawasan takluk jajahannya. Antara kandungannya yang terpenting ialah
merangkumi tanggungjawab raja dan pembesar, pantang larang di kalangan
anggota masyarakat, perlaksanaan hukuman kesalahan jenayah dan awam,
undang-undang keluarga, permasalahan ibadat dan muamalat serta hukum
perhumaan. Undang-undang Islam yang terdapat di dalamnya secara jelas ialah
undang-undang keluarga. Dalam hal ini terdapat pencampuran antara hukum
adat dan hukum syara. Contohnya, kesalahan jenayah membunuh sering ada
pilihan antara hukum adat dengan hukum syara. Dalam fasal 14.2 sesiapa yang
bersabit dengan pembunuhan, hakim mempunyai kuasa untuk menentukan
sama ada hukum adat atau syara yang harus digunakan ke atas pesalah. Dalam

hukum kanun Melaka ini juga terdapat perbezaan antara kelas bangsawan (raja),
orang merdeka dan hamba ini bertentangan dengan hukum Islam. Walaupun
terdapat kepincangan, terdapat juga perundangan yang mengikut hukum syara
antaranya ialah perwalian seseorang perempuan (Fasal 25.1), syarat sah ijab
kabul dalam perkahwinan (Fasal 25.2), hukum dan syarat saksi dalam pernikahan
(Fasal 26), hukum-hukum tentang penceraian dan perpisahan antara suami dan
isteri (Fasal 27-28), hukum riba (Fasal 30) dan hukum jual beli (Fasal 31.1 31.3).
Selain itu, terdapat juga beberapa fasal yang lain yang jelas menampakkan
hukum syariah di dalamnya.
Manakala bagi Undang-undang Laut Melaka, hanya 1 fasal sahaja yang
mengandungi hukum syara iaitu tentang zina dan yang lain adalah hukum adat.
Walaupun hukuman kesalahan zina dalam Undang-undang Laut Melaka lebih
kurang sama dengan Hukum Kanun Melaka tetapi ia tiada alternatif dengan
hukuman adat. Di samping itu, hukuman sebatnya juga berbeza. Dalam Hukum
Kanun Melaka hukuman sebatnya ialah 80 kali manakala Undang-undang Laut
Melaka ialah 100 kali. Walaupun hukum Islam sepenuhnya tidak dijalankan di
Melaka tetapi hukum tersebut memang disedari oleh rakyat Melaka ketika itu.
Para kadi dan undang-undang Islam telah memainkan peranan penting dalam
pentadbiran negeri Melaka.

1.3.2 Kedah
Seterusnya, Undang-undang Kedah terdiri daripada beberapa bahagian.
Bahagian pertama memperkatakan tentang undang-undang pelabuhan yang
berkaitan dengan perdagangan sama ada dalam atau luar negeri. Bahagian
kedua dikenali sebagai Tembera Dato Seri Paduka Tuan atau Undang-undang
Seri Paduka Tuan. Ia mengandungi 16 fasal yang menumpukan perhatian kepada
hukum-hukum bagi kesalahan mencuri, berjudi, berlaga ayam, menghisap
candu, minum arak dan lain-lain. Bahagian ketiga pula menerangkan tentang
undang-undang dan peraturan dalam istana termasuk adat-istiadat, laranganlarangan yang mesti dipatuhi oleh rakyat, hak-hak istimewa golongan raja serta
bidang kuasa seseorang pegawai yang dilantik. Bahagian keempat agak
bercampur-aduk kerana berbagai-bagai perkara dimasukkan ke dalam bahagian
ini. Ia termasuklah tentang bunga mas, alat kebesaran masa pertabalan, adat
meminang diraja, perihal tugas dan tanggungjawab pembesar negeri dan lainlain.
Bahagian yang lain terdiri dari satu perenggan undang-undang yang diberi nama
Undang-undang 1199 Hijrah. Sebenarnya, undang-undang ini berkaitan dengan
harta benda. Terdapat peruntukan-peruntukan berkaitan hamba sahaya, orang
merdeheka, tanah bendang, tanah kampung, tanah dusun, gajah dan kerbau.
Undang-undang ini hanya dilaksanakan setelah 30 tahun diperkenalkan. Secara
keseluruhannya wujud persamaan antara Undang-undang Kedah ini dengan
Hukum Kanun Melaka iaitu pengaruh Islam dalam Undang-undang Kedah.
Antaranya ialah penentuan tarikh, undang-undang yang disuruh buat oleh raja
adalah untuk negeri Islam, terdapat peruntukan memberi kuasa kepada

syahbandar dan mata-mata menangkap pesalah dan dihukum dengan takzir


raja, orang yang makan di khalayak pada bulan puasa ditangkap dan diberi
makan rumput di hadapan balai atau dipukul atas kadarnya, hukum berkaitan
jual beli, timbang-menimbang dan sukat-menyukat hendaklah sama berdasarkan
nas aufu mikyala wal mizana, menjelaskan peranan masjid, segala hukum
bersesuaian dengan Islam dan diberitahu kepada rakyat setahun sekali, sebutan
tentang tanah mati yang menjadi hal Allah taala dan seterusnya menjadi hak
raja, disebut empat syarat raja-raja iaitu; manis mukanya sentiasa bertitah pada
segala hamba yang di bawahnya, titah tiada boleh berubah-ubah, kerja kebajikan
disuruh segera kerjakan tiadalah kejahatan, kerja kejahatan disuruh beri jadikan
kebajikan. Selain itu, terdapat juga hukum-hukum bagi kesalahan membunuh,
qazaf, mencuri, pinjam-meminjam matrimoni, khiar, talak, berniaga yang haram,
ikrar, murtad, syarat menjadi saksi dan hukum bersumpah yang selaras dengan
hukum Islam.

1.3.3. Pahang, Terengganu dan Acheh


Undang-undang Pahang pula merupakan perlembagaan negeri itu sejak tahun
1592, Pahang diisytiharkan sebagai Dar al-Islam dengan Sultan Abdul Ghafur
Muhiyuddin Shah (1592-1614) sebagai Khalifah. Undang-undang Pahang
menggunakan hampir sepenuhnya peraturan berdasarkan hukum Islam.
Daripada 68 fasal semuanya, 42 fasal merupakan terjemahan daripada undangundang fiqh mazhab Shafie. Menurur pendapat W.Linehan, selepas tahun 1450an Masihi, agama Islam dijadikan agama rasmi di negeri itu. Berpandukan
kepada fakta sejarah bahawa penerimaan agama Islam di Pahang, dikatakan
berlaku abad ke-15 Masihi atau lebih tepat selepas negeri itu ditakluki oleh
Melaka.

Islam juga memainkan peranan yang besar dalam sistem pemerintahan Melayu
di Terengganu. Dari beberapa fakta sejarah yang ditemui, dapatlah ditegaskan
bahawa Terengganu juga merupakan antara negeri-negeri di Tanah Melayu yang
telah pun menerima Islam selewat-lewatnya pada abad ke-13 Masihi. Di atas
Batu Bersurat Terengganu, terdapat bukti bahawa hukum Islam mengenai
kesalahan berzina dilaksanakan di negeri itu sejak tahun 1303 Masihi lagi. Oleh
itu, ternyatalah bahawa undang-undang Islam telah terlaksana di negeri
tersebut, malah terbukti betapa pentingnya peranan Terengganu sebagai
kawasan pengaruh Islam ketika itu. Hal tersebut dapat dibuktikan melalui
catatan Batu Bersurat mengenai hukum jenayah dan muamalah Islam, seperti
menerangkan kesalahan orang-orang yang mencuri, berzina dan perkara-perkara
yang berhubung dengan hutang piutang.

Dalam sistem pemerintahan Acheh pula, terdapat keterangan mengenai


kedudukan Islam dalam pentadbiran negeri itu. Snouck Hurgrounge dalam

tulisannya The Achinese mendakwa bahawa undang-undang Islam amat kuat


dilaksanakan di Acheh berbanding dengan negeri-negeri lain di Alam Melayu.
Jawatan pentadbir undang-undang tertinggi di bawah Kesultanan Acheh ialah
Qadhi Malik al-Adil, manakala di setiap kampung terdapat ketuanya sendiri yang
merupakan pemimpin masyarakatnya, sekaligus merupakan seorang imam yang
bertanggungjawab bagi pentadbiran dalam urusan-urusan agama.

Anda mungkin juga menyukai