Anda di halaman 1dari 16

Unsur Islam dalam Hukum Kanun

Melaka
Sebagaimana yang dinamakan sebelum ini, ajaran Islam dan
undang-undangnya menjadi asas dasar kepada pentadbiran
negara bagi negara-negara di Tanah Melayu sebelum
kedatangan Inggeris.

la menjadi rujukan teras kepada undang-undang negara.

Para pengkaji undang-undang menyatakan bahawa Hukum


Kanun Melaka pada dasarya berasaskan undang-undang Islam
disamping tidak dinyatakan unsur-unsur hukum adat dan
hukum akal. Dengan lain perkataan, Hukum Kanun Mulaka
adalah undang-undang adat Melayu yang bersesuaian dengan
Islam walaupun bukan dalam keseluruhan peruntukannya.
Penggubalan dan pengumpulan Hukum Kanun Melaka Ini
dipercayai bermula pada zaman Sultan Muhammad Shah
(1929-1144M), dan kemudiannya dilengkapkan pada zaman
permerintahan Sultan Muzaffar Shah (1445-4458M) iaitu
pada era kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.

Hukum Kanun Melaka ini boleh dibahagikan peruntukannya


kepada dua bahagian iaitu hukum adat dan hukum syarak.

Hukum adat merupakan undang-undang yang utama


manakala hukum syarak dilihatkan sebagai pilihan bagi
satiap hukuman kesalahan.
Undang-undang Jenayah terbahagi kpd 3 bahagian:

Hukum Qisas Dinyatakan sesiapa yang mengambil


nyawa (membunuh) orang akan dibalas bunuh.
Orang Islam yang membunuh orang kafir tak
dikenakan qisas.
Dalam soal mencederakan anggota juga akan
dibalas perbuatan yg sama dan setimpal. Hal ini
selari dengan surah al-Maidah ayat 45.
Hukum Diat Fasal 17 HKM menyatakan
pembunuh dengan sengaja jika diberi maaf oleh
waris akan dikenakan Diat (denda).
Hukum Hudud berhubung dengan kesalahan
zina, Qazaf, Mencuri, Minum arak dan Murtad.
Sebagai cth kesalahan zina akan direjam sampai
mati bagi yg tlh berkahwin dan disebat 100 x bagi
yg belum berkahwin. Bagi kesalahan minum arak
akan disebat 40x sebatan.

Hukum Tazir bagi kesalahan yg tidak dikenakan


hudud dan qisas sprit mencuri tak cukup nisab
akan dikenakan tazir. Cth akan diminta pulang
semula barang yang dicuri atau digantung dileher
dan diarak keliling kampung sebagai pengajaran.
Undang-undang Muamalah,
Ini berhubung dengan jual beli, riba, sewa, pinjam
meminjam ada dinyatakan dalam fasal 30HKM.
Cth disebut dengan nyata haramnya riba, tidak
boleh berniaga dengan orang gila.
Undang-undang Keterangan dan Acara
Hal ini adalah berkaitan dengan syarat-syarat
menjadi Sultan seperti mesti Islam, adil,
pengampun,pemurah dan sebagainya. Disini
dinyatakan juga hakim dilarang menerima
hadiah.
Unsur Islam dalam Undang-undang laut Melaka

Dalam Undang-undang Laut Melaka, hukum


yang menurut undang-undang Islam hanya jelas
pada satu fasal sahaja, iaitu berhubung dengan
kesalahan zina.
Pesalah sama ada dihukum bunuh ataupun
didera sebat, mengikut perkelaminan seseorang.
Hukuman dan tatacara undang-undang yang lain
lebih banyak bertradisikan adat, resam dan
undang-undang setempat.
Fasal-fasal yang terdapat dalam undang-
undang Laut Melaka juga menerangkan
bahawa seseorang nakhoda (kapten) dalam
sesebuah kapal diertikan sebagai imam dan
anak buah kapal sebagai makmum.
Hal ini kerana pengaruh unsur Islam dalam
undang-undang tersebut
Unsur Islam dalam Undang-undang
99 Perak
Antara contoh fasal-fasal yang terdapat dalam Undang-
undang 99 Perak termasuklah:

Fasal Empat: Hukum Membunuh


-Sekiranya seseorang Islam membunuh orang bukan
Islam, maka pembunuh akan dihukum mati. Namun dia
boleh membuat tawaran kepada keluarga si mati dengan
membayar sepuluh tahil emas.

-Sekiranya seseorang bukan Islam membunuh orang


Islam, dia tidak dijatuhkan hukuman bunuh supaya dia
masih berpeluang untuk memeluk Islam. Dia hanya perlu
membayar kepada keluarga si mati.
Fasal Enam: Kesalahan Mengambil Isteri Orang
-Sesiapa yang bersalah mengambil isteri orang akan
dibuang mukim atau didenda se paha tiga tahil
emas. Perempuan isteri orang itu pula akan didera
di pintu masjid dengan dicukur kepalanya atau
membayar denda.

Fasal 54: Mengenai Perceraian


-Isteri dibenarkan untuk mengadu meminta cerai
sekiranya tidak diberi nafkah zahir dan batin.
Unsur Islam dalam Undang-undang
Kedah
Antara undang-undang awal yang diamalkan
dI negeri Kedah dan banyak diresapi pengaruh
Islam ialah Undang-undang Kedah bertarikh
1311 Hijrah (1893 Masihi).
la merupakan sebuah manuskrip edisi jawi.
Berdasarkan tarikh yang tercatat padanya
bolehlah dikatakan bahawa ia merupakan
undang-undang paling akhir diperkenalkan di
Kedah sebelum kedatangan Inggeris.
Meskipun demikian,sebelum pemakaian undang-
undang tersebut, sudah terdapat beberapa undang-
undang lain yang digunakan di Kedah iaitu:
I. Undang-undang Pelabuhan Kedah.
2. Undang-undang Tembera Dato. Sr Paduka Tuan.
3. Hukum Kanun Dato' Kota Setar,
4.Peraturan-peraturan berhubung dengan Bunga
Mas", alat kerajaan semasa pertabalan diraja dan
adat meminang.
Kesemua kumpulan Undang-undang Kedah itu
menunjukkan terdapat persamaan yang
begitu ketara dengan Hukum Kanun Melaka.
Oleh itu ia disifatkan sebagai undang-undang
yang di bawah pengaruh Hukum Kanun
Melaka atau Undang-undang Melaka.

Anda mungkin juga menyukai