Anda di halaman 1dari 20

PENCEMARAN

AIR
NAMA : NATASHA NAJWA BT. ZAINON
KELAS: 2 DAHLIA
TARIKH PENYERAHAN:21 OGOS 2013

NAMA GURU: ENCIK HISYAMUDIN B. OTHMAN


PENGERTIAN PENCEMARAN AIR
Pencemaran air merupakan masalah global utama yang memerlukan perubahan
dan rawatan.Kebijakan sumber daya air pada semua tingkat (dari tingkat
antarabangsan hingga sumber air pribadi dan sumur).
Pencemaran air disebabkan oleh berbagai hal dan memiliki air tercemar yang
berbeza .
Meningkatnya kandungan nutrien dapat mengarah pada eutrofikasi.
Sampah organik seperti air longkang menyebabkan peningkatan untuk
memerlukan oksigen pada air yang menerimanya.

Industri membuang berbagai bagai bahan sisa ke dalam air limbahnya seperti
logam berat,toksin organik ,mnyak,nutrien dan padatan .air limbah tersebut
memiliki efek termal, terutama yang dikeluarkan oleh pembangkit listrik yang
dapat juga mengurangkan oksigen dalam air.
Seperti limbah fabrik yg mengalir ke sungai.
pencemaran air berlaku oleh sampah sarap yang dibuang seperti di sungai dan
di tasik.
Penggunaan bahan peledak untuk menangkap ikan
PENGAWALAN PENCEMARAN AIR
Dalam usaha mengekalkan tahap pencemaran semasa supaya tidak
menjadi lebih teruk maka langkah-langkah yang wajar perlu
diambil supaya punca pencemaran dapat dikurangkan adalah
seperti berikut:-
a) Menyediakan tangki takungan bawah tanah yang dirawat.
Untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik
supaya tidak dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan maka
adalah perlu disediakan tangki takungan bawah tanah dan
dirawat menggunakan bioteknologi selaras dengan usaha negara
menjadikan Malaysia sebagai pusat bioteknologi rawatan air.
Malah, pihak kerajaan seharusnya memperuntukkan sejumlah
wang supaya sistem perparitan daripada kawasan perumahan
terutama kawasan perindustrian.
Pengusaha kedai makanan perlu dibina saluran paip khas
supaya air buangan dapat dikumpulkan di kolam takungan
sebelum disalirkan ke dalam sistem perparitan.
b) Menambah bilangan tong sampah di pusat pengumpulan sampah.
Hasil tinjauan juga mendapati bahawa pengurusan sampah yang lemah bukan
sahaja pada peringkat sekolah tetapi juga peringkat majlis perbandaran yang
menyebabkan sampah sarap bertaburan merata tempat.
Oleh itu, diperingkat sekolah pengurusan peletakan tong sampah perlu diambil
kira. Tong sampah perlu ditambah di tempat strategik sebagai pusat
pengumpulan sampah supaya sampah tidak melimpah.

c) Pemasangan perangkap sampah.


Untuk mengatasi sampah sarap dialirkan oleh air melalui longkang, perangkap
sampah perlu dipasang di tempat-tempat strategik di sepanjang parit utama
untuk memerangkap sampah sarap juga memudahkan pengurusan
penyelenggaraan.

d) Penyelenggaraan sistem perparitan berkala.


Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan
tidak tersumbat maka penyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan iaitu 1
atau 2 kali sebulan. Dengan cara ini, maka sampah sarap tidak akan
menyebabkan sekatan air sekali gus sampah tidak terlepas ke sistem saliran
utama di sungai.
e) Kempen kesedaran melalui iklan TV.

Untuk mengatasi masalah sikap kebanyakan penduduk yang


bersikap 'tidak apa' perlu ditangani. kempen kesedaran
melalui Iklan TV mengenai kesan sikap individu yang
membuang sampah tanpa memikirkan kesannya.

Oleh itu, adalah perlu setiap individu berubah kita


seharusnya tidak mementingkan diri sendiri. Kita harus
fikirkan keadaan generasi akan datang yang terpaksa
menanggung hasil tindakan yang kita lakukan pada hari ini.
PEMBERSIHAN AIR
PROSES RAWATAN AIR.

1. SUMBER AIR MENTAH


Sumber air mentah loji ini diperolehi dari Sungai
Perak yang terletak berhampiran dengan loji.
Air dari sungai dipam menggunakan empat pam
selam yang setiap satu berkapasiti 1,110 m3
sejam.
Air ini akan melalui beberapa peringkat proses
rawatan sebelum dibekalkan kepada pengguna.
Secara ringkasnya, proses rawatan air di loji ini
adalah seperti berikut:
2. Saringan (Screening)
Air mentah akan melalui proses penyaringan di muka sauk (intake) untuk
penapisan awal bagi mengasingkan bahan bahan fizikal seperti kayu,
pasir, rumput rampai dll.
3. Pengudaraan (Aeration)
Air mentah dipam ke tangki pengudaraan (cascade aerator). Di sini air
didedahkan kepada atmosfera untuk meningkatkan kandungan oksigen
dan juga akan menyingkirkan bau dan rasa pada air melalui proses
pengoksidaan. Proses ini juga boleh mengoksida besi (feram) dan
manganese terlarut kepada keadaan tidak larut dan mendak.
4. Pengentalan (Flocculation)
Selepas pengudaraan, bahan kimia cecair tawas (liquid aluminium
sulphate) didos ke dalam air mentah.Air seterusnya mengalir ke dua buah
tangki pengentalan (flocculation). Tindakbalas kimia akan menyebabkan
zarah zarah halus bercantum membentuk kentalan (floc) yang lebih besar
dan berat.Aliran di tangki pengentalan adalah terkawal bagi memperolehi
pengentalan yang optima. Kentalan yang terbentuk akan memerangkap
bakteria dan warna yang terdapat pada air. Dos tawas yang digunakan
perlu bertepatan untuk membentuk kentalan yang baik dan memudahkan
proses pengenapan.
5. Pengenapan (Sedimentation)
Air yang mengandungi kentalan (floc) akan mengalir kedalam tangki
pengenapan. Di sini kentalan kentalan yang telah bercantum menjadi
besar dan berat akan mendap ke bawah tangki pemendapan
(sedimentation tank) dan rnenghasilkan air yang jernih.
6. Penapisan (Filteration)
Seterusnya air akan mengalir ke tangki penapisan. Loji ini mempunyai 4
unit sistem 'rapid gravity sand filter' yang menggunakan pasir sungai
sebagai bahan penapis. Air akan melalui pasir penapis dimana kentalan
yang halus akan terperangkap pada pasir penapis tersebut. Paip-paip di
bawah pasir penapis ini akan menerima air jernih yang telah ditapis.
Untuk menjamin kualiti air, penapis pasir akan dicuci pada masa-masa
tertentu. Proses pembasuhan (back wash) penapis di loji ini dikendalikan
secara automatik.
7. Pengklorinan (Chlorination)
Air yang telah ditapis akan mengalir ke tangki air bersih di mana klorin
didoskan. Pengedosan klorin adalah untuk membunuh kuman serta
mikroorganisma yang terdapat di dalam air agar air selamat diminum.

8. Penyesuaian pH (pH adjustment)


Kapor terhidrat (Hydrated lime) digunakan untuk memastikan nilai pH air
bersih adalah di dalam julat yang dikehendaki. pH air menjadi rendah
semasa proses pengentalan kerana penambahan tawas. Oleh itu kapor
didos ke dalam air bertapis untuk menaikkan semula nilai pH ke tahap
yang dikehendaki. Nilai pH yang bersesuaian diperlukan kerana jika ia
berasid (rendah) ia akan menghakis paip bekalan air dan jika beralkali, ia
akan membentuk mendapan pada sistem bekalan air.

9. Pemfluoridaan (Fluoridasi)
Bahan kimia 'sodium fluoride' juga didos dalam air bersih. Fluorida
didoskan untuk membantu menjaga kesihatan gigi pada kanak-kanak.

10. Tangki air bersih


Air yang bersih akan disimpan di dalam tangki air bersih sebelum
diagihkan.
10. Tangki air bersih
Air yang bersih akan disimpan di dalam tangki air bersih sebelum
diagihkan.

11. Pemantauan Kualiti Air (Water Quality Monitoring)


Makmal loji ini dilengkapkan dengan peralatan ujian kualiti air. Ujian
kualiti air dijalankan keatas contoh air mentah, air mendap dan air
bersih. Contoh air diambil setiap dua jam dan diuji dimakmal loji untuk
memastikan air yang dibekalkan adalah mematuhi nilai piawai seperti
yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kualiti air
untuk parameter pH, kekeruhan, baki klorin dan fluorida dipantau secara
terus dengan peralataan ujian 'online'.
12. Sistem Agihan Air
Dari tangki air bersih, air di pam ke Kolam Takungan Bandar Baru Seri
Iskandar (kapasiti: 13.5 juta liter) yang terletak di kawasan tanah
tinggi BBSl melalui paip air bergarispusat 750 mm sepanjang 9
kilometer. Dari kolam ini, bekalan air disalurkan ke sistem agihan air
melalui paip bergarispusat 900 mm dan 700 mm. Kawasan bekalan
bagi loji ini adalah meliputi keseluruhan kawasan Seri Iskandar
termasuk UTP, UiTM, kawasan perindustrian BBSl, Felcra Nasaruddin,
kawasan Bota Kanan, Lambor Kanan dan Pulau Tiga.
CARA PENJIMATAN
PENGGUNAAN AIR
Cara-Cara Untuk Menjimatkan Air
Tandas:
Menutup pili air semasa memberus gigi. Gunakan cawan untuk
mengisikan air ketika berkumur.
Menutupkan pili air pancuran apabila menyabun badan.

Mengurangkan masa mandian.

Mencuci lantai tandas dengan menggunakan mop dan baldi air. Elakkan
penggunaan pemercik air.
Dapur:
Membasuh sayur-sayuran dan buah-buahan dalam singki. Air basuhan
tersebut boleh digunakan untuk menyiram bunga.
Elakkan mencuci pinggan dengan aliran air yang berterusan. Sebagai
ganti, gunakan dua singki yang mengandungi air. Satu singki digunakan
untuk membasuh dan singki yang kedua untuk membilas.
Jangan menggunakan aliran air secara berterusan untuk
mengenyahbekukan makanan. Makanan tersebut sepatutnya dikeluarkan
daripada peti sejuk selama semalaman
SELESAI..!!

Anda mungkin juga menyukai