Anda di halaman 1dari 1

Karangan Bahagian B – Langkah langkah memupuk amalan nilai murni.

Amalan nilai murni merupakan amalan yang amat penting yang perlu diamalkan oleh setiap
orang untuk melahirkan masyarakat yang bahagia. Amalan ini telah diamalkan sejak zaman
berzaman. Namun, pada zaman era globalisasi ini, amalan ini semakin terhakis dalam
kalangan masyarakat. Hal ini demikian kerana, kesedaran mereka terhadap mengamalkan
amalan nilai murni semakin berkurangan. Ada juga yang tidak dipupuk sejak kecil oleh ibu
bapa untuk mengamalkan amalan nilai murni dalam kehidupan malah terikut dengan amalan
tidak bermoral yang ditunjukkan oleh sesetengah ibu bapa. Menurut Timbalan Perdana
Menteri Datuk Seri Wan Azizah, ibu bapa merupakan asas pembentukan perib-p. adi
seseorang.

Pada pendapat saya, langkah-langkah untuk memupuk kembali amalan nilai murni ialah ibu
bapa hendaklah menjadi suri teladan kepada anak-anak dengan membudayakan amalan yang
baik kepada mereka sejak kecil lagi. Hal ini kerana, ibu bapa merupakan guru pertama dan
contoh pertama kepada anak-anak dalam kehidupan mereka. Anak- anak akan sering
mencontohi ibu bapa mereka dan mengikut amalan yang dilakukan ibu bapa. Seperti kata
pepatah, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Oleh itu, ibu bapa hendaklah menunjukkan
amalan yang baik kepada anak-anak. Contohnya, berbudi bahasa yang baik, saling membantu
orang yang dalam kesusahan dan menjaga kebersihan. Ibu bapa mestilah mengelakkan diri
daripada melakukan perkara yang buruk dan tidak senonoh di hadapan anak-anak seperti,
membuang sampah merata-rata, menggunakan bahasa yang kasar, tidak menghormati orang
yang lebih tua dan sering meninggikan suara terhxadap anak-anak. Jika amalan-amalan buruk
ini diikuti oleh anak-anak, mereka membesar dengan sifat yang kurang ajar dan tidak sopan
apabila meningkat usia menjadi remaja nanti. Hal ini akan menyebabkan maruah diri dan
keluarga tercemar serta tidak akan dihormati oleh masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai