Anda di halaman 1dari 2

Tajuk:LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SONGHKLA, THAILAND

Malaysia-Indonesia-Thailand (MIT) Program 2019

Pada hujung bulan Ogos yang lalu, saya dan beberapa orang murid dari Sekolah Kebangsaan
Telok Bahang telah terpilih mewakili sekolah bagi menyertai program Malaysia Indonesia
Thailand Camp 2019 (MIT) yang diadakan di Songhkla Thailand. Program ini berlangsung
selama tiga hari dua malam. Program ini adalah anjuran dari Jabatan Pelajaran Pulau Pinang
dan melibatkan beberapa lagi buah sekolah di Pulau Pinang.

Pada 31 Ogos 2019 seawal 4.30 pagi, kami dan seorang guru pengiring Cik Manggay telah
berkumpul di JPN, Bukit Gambir. Di sana, terdapat juga murid-murid dari sekolah lain
berkumpul bersama ibubapa masing –masing dan guru pengiring. Pada pukul 5.00 pagi
seorang pegawai dari JPN, telah memberi taklimat kepada ibubapa, guru pengiring dan murid
mengenai aturcara program selama beberapa hari di Thailand. Selesai taklimat, kami diminta
menaiki bas yang disediakan. Perjalanan kami bermula dari pulau pinang ke kedah. Pada
pukul 6.30 pagi, kami berhenti di RNR Gurun untuk menunaikan solat subuh dan bersarapan.
Selesai semuanya kami bertolak menuju ke sempadan Kedah dan Thailand. Setibanya di
sempadan kedah dan Thailand, kami berhenti untuk makan tenggah hari sebelum memasuki
Imigresen dan Kastam.

Semasa di Imigresen, kami diminta beratur untuk mengecop pasport persendirian mahupun
pasport berkumpulan. Setelah selesai urusan di Imigresen, kami menaiki semula bas untuk di
bawa berjalan-jalan di sekitar Bandar Songhkla. Kami juga di bawa melawat kawasan
bersejarah yang terdapat di sana. Kira-kira pada pukul 3:00 petang, kami tiba di Institue Of
Southen Songka,Thailand. Kami berasa amat gembira kerana disambut dengan begitu meriah
oleh murid-murid dan guru-guru di sana. .Mereka menyambut kedatangan kami dengan
membaling bunga dan bersalam salaman sesama kami. Kami di bawa ke dewan untuk
mendengar taklimat mengenai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang program. Seterusnya,
kami dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil untuk melakukan aktiviti kumpulan.
Antara aktiviti kumpulan yang dijalankan adalah mengenalkan diri, melukis logo kumpulan
dan membuat persembahan bagi setiap kumpulan. Selesai aktiviti, kami di bawa ke asrama
yang disediakan untuk berehat, membersihkan diri dan bersolat.

Keesokan harinya, 1 september 2019, seawal pagi, kami menyiapkan diri bagi menghadiri
aktiviti pagi.Selepas bersarapan, kami memulakan aktiviti pagi. Selesai aktiviti itu,kami di
bawa melawat ke pantai Samila, Floating Market dan Night market. Semasa di situ, kami
melihat pelbagai makanan dan cenderamata yang dijual. Kami sempat membeli cenderamata
untuk di bawa pulang ke Malaysia. Pada waktu malam pula, kami menyaksikan persembahan
tarian budaya dari setiap Negara iaitu Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Pada hari terakhir,iaitu 2 september 2019, kami mengemas barang dan bersiap untuk
pulang. Sebelum melakukan aktiviti terakhir, kami diberi sarapan. Selesai sarapan kami
menuju ke dewan untuk penyampaian sijil dan pertukaran hadiah sesame peserta
program..Kami diberi sijil perhargaan disamping menyaksikan persembahan nyayian dari
peserta dari Negara Indonesia. Selain itu, terdapat tayangan video sepanjang program
tersebut. Selesai semuanya kami bergambar sebagai tanda kenangan.. Pada pukul 1:00
petang, kami menaiki bas untuk pulang. Semasa perjalanan pulang, kami sempat di bawa
melawat ke Dataran Gajah. Di sana, terdapat haiwan-haiwan seperti monyet,harimau, gajah
dan sebagainya. Setelah itu, kami pun bertolak pulang ke sempadan Thailand. Selesai semua
urusan di Imigresen kami bertolak pulang dari Kedah ke Pulau Pinang. Kami sampai di JPN
pada pukul 10:30 malam. Kami diambil oleh ibu bapa masing-masing.

Sepanjang program itu diadakan, terdapat banyak pengalaman baru dan manis. Kami dapat
mempelajari banyak perkara baru seperti adat dan budaya, makanan, bahasa, menggunakan
mata wang asing dan berkunjung ke tempat-tempat yang baru dan bersejarah.dari negera lain.
Di samping dapat mengenali kawan-kawan baru.

Di sediakan oleh : Sofia Qistina binti Saiidi


6 sejati

Anda mungkin juga menyukai