Anda di halaman 1dari 16

PERSATUAN MAHASISWA SEJARAH (PERMAS) 1 LAPORAN HARI INTERAKSI : PERMAS 09

1.0 PENGENALAN Program Hari Interaksi PERMAS 09 ini telah dirancang bagi mengukuhkan lagi hubungan sillaturrahim di antara ahli-ahli Persatuan Mahasiswa Sejarah (PERMAS) dan pensyarah Jabatan Sejarah, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Selain daripada itu, program yang disusun ini juga bertujuan untuk menemukan kesemua ahli Persatuan Sejarah yang telah berdaftar pada satu program bercorak kekeluargaan yang telah dianjurkan oleh ahli jawantankuasa Persatuan Mahasiswa Sejarah Permas, UPSI Sesi 2008/2009 ini. Program ini juga dapat memberi peluang kepada setiap ahli persatuan yang merupakan mahasiswa Program Pendidikan Sejarah beramah mesra dengan pensyarah-pensyarah Jabatan Sejarah, UPSI bagi meningkatkan hubungan kekeluargaan sesama kita. Hari Interaksi yang merupakan Hari Keluarga (PERMAS) 2008/2009 ini adalah program tradisi yang dijalankan oleh persatuan agar dapat mengeratkan hubungan silaturahim di antara mahasiswa dan mahasiswi Program Sejarah. Program ini disertai oleh semua ahli PERMAS yang terdiri daripada semester 2, 3, 4 dan 6. Berikutan bilangan ahli PERMAS yang semakin meningkat, justeru adalah wajar diadakan program sebegini agar dapat saling mengenali serta mengeratkan ukhwah yang sedia terjalin khususnya antara pelajar baru dan pelajar lama. Selaras dengan objektif utama penubuhan PERMAS itu sendiri iaitu sebagai

jambatan untuk mengeratkan lagi hubungan antara mahasiswa dan mahasiswi di bawah Program Sejarah (AT32), Ahli Jawatankuasa PERMAS sesi 2008/2009 telah mengambil inisiatif dengan mengusulkan cadangan untuk mengadakan Program Hari Interaksi PERMAS 09. Justeru, atas kerjasama daripada pelbagai pihak, Program Hari Interaksi PERMAS 09 ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Program Hari Interaksi PERMAS 09 merangkumi futsal dan sukaneka serta explorace. Pembentukkan kumpulan yang terdiri daripada pelbagai semester dan ada juga yang mengikut semester masing-masing dapat mengenali antara satu sama lain serta mengeratkan hubungan antara semester sekaligus membina semangat kesukanan dan juga memperlihatkan bakat yang terdapat dikalangan mahasiswa dan mahaisiwi PERMAS.

PERSATUAN MAHASISWA SEJARAH (PERMAS) 2 LAPORAN HARI INTERAKSI : PERMAS 09

2.0 OBJEKTIF

2.1 Untuk melahirkan ahli persatuan yang lebih bertanggungjawab, bersemangat kekitaan dan mempunyai hubungan kekeluargaan di antara satu sama lain. 2.2 Merapatkan ukhwah sillaturrahim sesama ahli persatuan dan pensyarah-pensyarah Jabatan Sejarah, UPSI. 2.3 Menampilkan ahli persatuan yang berketrampilan dari segi emosi, jasmani, fizikal, dan mental serta aktif dalam berpersatuan bagi menerajui kepimpinan negara dan menjadi bakal pendidik yang bitara suatu masa nanti.

3.0 TEMA Sedetik Bersua Selamanya Bermakna adalah tema yang dipilih bagi Hari Interaksi PERMAS 09 pada kali ini bagi sesi II 2008/2009. Tema ini memperlihatkan bahawa, masa yang diluangkan oleh kesemua ahli PERMAS walaupun seketika tetapi memberikan seribu satu makna. Hal demikian mengambarkan jumlah masa yang diperuntukkan adalah kurang penting jika dibandingkan dengan kualiti masa yang dihabiskan bersama-sama. Justeru, bertepatan dengan tema yang ditetapkan bahawa, kualiti masa yang diluangkan serta input yang bakal diperolehi merupakan keutamaan dalam menjalankan Program Hari Interaksi PERMAS 09 pada kali ini.

4.0 KUMPULAN SASARAN Semester 2 Semester 3 Semester 4 Semester 6 : 151 Orang : 105 Orang : 185 Orang : 83 Orang

PERSATUAN MAHASISWA SEJARAH (PERMAS) 3 LAPORAN HARI INTERAKSI : PERMAS 09

Jumlah Peserta

: 524 Orang

5.0 ORGANISASI PELAKSANA HARI INTERAKSI PERMAS 09 PENAUNG : Prof. Madya Dr. Adnan Nawang, Dekan Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan PENASIHAT 1 PENASIHAT 2 : En. Kamal Bin Kamaruddin, Pensyarah Jabatan Sejarah : Abu Hanifah Bin Haris,Yang DiPertua Persatuan Mahasiswa Sejarah (PERMAS) PENGARAH PROGRAM : Eddy Safbree Bin Salim TIMBALAN PENGARAH : Mohd Khairul Azhar Bin Abdullah SETIAUSAHA BENDAHARI : Shaiha Binti Sulaiman : Nuhaa Zafira Binti Sanit

AHLI JAWATANKUASA : AJK Pendaftaran AJK Jamuan : Siti Fatimah Binti Deraman : Mohd Amirulaizad Bin Othman Farah Nasyirah Binti Othman AJK Sukan & Aktiviti : Abdul Kohar Bin Ahmad Zahid Mohamad Ridzuan Bin Abd Rahman AJK Cenderamata & Hadiah AJK Protokol AJK Persiapan Tempat : Nurul Hafiza Binti Barkhia : Siti Norsyiqah Binti Azmi : Mohd Nadzri Bin Razali

PERSATUAN MAHASISWA SEJARAH (PERMAS) 4 LAPORAN HARI INTERAKSI : PERMAS 09

Newman Ojunal AJK Logistik AJK Audio Visual & Teknikal : Hasrull Bin Abd Rahman : Ahmad Baihaqi Bin Mohamad Yunus Samuel Sila Mathew Unjah AJK Keselamatan : Hairudin Bin Tajudin

PERSATUAN MAHASISWA SEJARAH (PERMAS) 5 LAPORAN HARI INTERAKSI : PERMAS 09

6.0 LAPORAN PERJALANAN PROGRAM HARI INTERAKSI PERMAS 09 Tarikh : 22 Februari 2009 (Ahad) Masa : 8.00 Pagi Semua ahli PERMAS berkumpul di Padang UPSI untuk sesi pendaftaran. Ketika pendaftaran, setiap peserta diberikan kupon makanan dan cabutan bertuah. Selepas sesi pendaftaran, peserta diberi sarapan pagi iaitu roti serta air diberikan kepada kesemua ahli PERMAS yang hadir. Walau bagaimanapun, sesi pendaftaran telah berakhir lewat daripada masa yang sepatutnya. Hal demikian disebabkan masalah kelewatan pengangkutan bas yang dihadapi oleh para peserta yang tinggal di kolej-kolej kediaman terutamanya peserta yang tinggal di Kolej Zaba dan Kolej Aminuddin Baki kerana lebih jauh dari kampus UPSI. Bagi memeriahkan lagi program ini, PA sistem disediakan juga untuk tujuan itu yang dikelolakan oleh Ahmad Baihaqi bin Muhammad Yunus selaku ketua AJK Publisiti dan dibantu oleh rakan-rakan lain. Sementara AJK lain melaksanakan tugas masing-masing dan menunggu para peserta hadir untuk menjalankan aktiviti yang dirancang, AJK Makanan pula menjalankan aktiviti bergotong-royong untuk menyediakan makanan tengahari dan air untuk para peserta yang diketuai oleh Mohd Amirulaizad Bin Othman dan dibantu oleh Nurul Izza, Farah Nashira, Huda, Nora, Azimah dan Sakinah. Masa : 9.00 Pagi Aktiviti senamrobik dijalankan di bawah bimbingan saudari Nor Zahara Binti Muhamad Jamal dan semua peserta perempuan semester 6 yang hadir. Kesemua ahli melakukan aktiviti tersebut bersama-sama dengan diiringi pelbagai lagu yang dipilih bersesuaian untuk menaikkan semangat dan mood para peserta. Seterusnya, aktiviti pertama yang dijalankan ialah Futsal Tertutup PERMAS di bawah kelolaan saudara Abdul Kohar bin Ahmad Zahid dengan dibantu oleh pengadil-pengadil serta jurutulisnya iaitu Samuel Sila Mathew Unjah. Setiap semester menghantar wakil yang terdiri daripada dua kumpulan lelaki dan satu kumpulan perempuan. Perlawanan dimulakan secara liga. Kerjasama yang telah diberikan oleh semua kumpulan melancarkan perlawanan yang dijalankan.

PERSATUAN MAHASISWA SEJARAH (PERMAS) 6 LAPORAN HARI INTERAKSI : PERMAS 09

Masa

: 10.00 Pagi

Aktiviti Explore Race pula dimulakan. Kesemua peserta diberikan taklimat ringkas oleh saudara Rustang Bin Achok mengenai explorace yang bakal dijalankan beserta peraturannya. Ada kumpulan yang terdiri daripada semester yang sama dan ada juga yang berlainan semester. Ini dapat memantapkan kumpulan masing-masing. Kesemua kumpulan wajib membuat trak-mark masing-masing sebelum aktiviti bermula. Semua peserta memberikan kerjasama yang baik sepanjang aktiviti ini dijalankan. Masa : 12.00 Tengahari

Aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti membuat kerabu mangga yang dikelolakan oleh saudari Siti Norsyiqah Binti Azmi. Aktiviti ini disertai oleh empat kumpulan sahaja yang terdiri daripada pelbagai semester. Selain dapat mengeratkan hubungan antara para peserta, ia juga dapat meningkatkan semangat berpasukan dan dapat menguji bakat membuat kerabu ini dan ketepatan masa serta kreativiti para peserta. Sementara itu, aktiviti sukaneka juga dijalankan dengan beberapa acara sahaja kerana kesuntukkan masa dan para peserta juga semakin penat untuk meneruskan aktiviti ini. Antara aktivitinya ialah boling kelapa dan futsal belon. Walaupun sedikit sahaja acaranya tetapi cukup menggamatkan suasana ketika acara dijalankan. Ini jelas menunjukkan semua peserta memberi sepenuh komitmen sepanjang program ini berlangsung walau dalam keadaan penat sekalipun dan hujan lebat seketika. Masa : 1.00 Petang

Kesemua ahli PERMAS menikmati makanan tengahari yang telah dikelolakan oleh saudara Nurul Izza Binti Jimat dan dibantu oleh beberapa orang lagi. Makanan tengahari adalah sumbangan daripada PERMAS sendiri. Para peserta Program Hari Interaksi PERMAS 09 mengunakan masa yang ada untuk beriadah dan solat Zuhur sementara menanti pukul 2.30 petang. Masa : 2.30 Petang

Kesemua ahli PERMAS memberi tumpuan pula pada perlawanan akhir futsal. Pasukan futsal kategori perempuan yang berjaya ke peringkat akhir ialah pasukan semester 6 berlawan

PERSATUAN MAHASISWA SEJARAH (PERMAS) 7 LAPORAN HARI INTERAKSI : PERMAS 09

dengan pasukan semester 2. Kemenangan akhirnya berpihak kepada pasukan semester 2 dengan membelasah pihak lawan dengan 3 gol berbalas 1. Manakala kategori lelaki pula ialah pasukan semester 4 bertemu dengan pasukan semester 6. Perlawanan ini memihak kepada pasukan semester 4 dengan 4 gol berbalas 2. Secaratidak langsung, aktiviti ini berjaya mencungkil bakat-bakat baru ahli PERMAS sendiri untuk pergi lebih jauh lagi dalam sukan futsal ini. Tempat Masa : Dewan Rahman Talib : 3.00 Petang

Kemuncak kepada Program Hari Interaksi PERMAS 09 adalah acara Perasmian & Penutupan program dan acara penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Abu Hanifah Bin Haris selaku Yang DiPertua Persatuan Mahasiswa Sejarah (PERMAS) bagi mewakilkan penasihat PERMAS iaitu En. Muhamad Kamal Bin Kamaruddin yang terpaksa pulang awal kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Pengerusi Majlis iaitu saudari Rasmini Binti Nurung bagi mempengerusikan majlis ini. Seterusnya, bacaan doa oleh saudara Muhammad Nasrullah Bin Nasiruddin. Kemudian, saudara Edy Safbree Bin Salim selaku Pengarah Program Hari Interaksi PERMAS 09 memberikan ucapan. Upacara perasmian dan penutup dilakukan oleh wakil Penasihat PERMAS iaitu Abu Hanifah Bin Haris selaku Yang DiPertua Persatuan Mahasiswa Sejarah (PERMAS). Cenderahati berbentuk plak diberikan kepada wakil Penasihat PERMAS oleh Pengarah Program sendiri dan diiringi oleh AJK Protokol iaitu Lorelyne Jeceka Domion dan Elvina Wong. Acara diteruskan lagi dengan aktiviti cabutan bertuah dengan diselangi upacara penyampaian hadiah kepada kumpulan yang memenangi keseluruhan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung. Masa : 4.00 Petang Majlis tamat dan bersurai. Kemudian, aktiviti gotong-royong membersihkan dewan dan padang serta kawasan memasak dilakukan bersama-sama ahli PERMAS.

PERSATUAN MAHASISWA SEJARAH (PERMAS) 8 LAPORAN HARI INTERAKSI : PERMAS 09

7.0 LAPORAN KEWANGAN HARI INTERAKSI PERMAS 09 PENDAPATAN PERMAS JUMLAH (RM) PERBELANJAAN 950.00 Ayam Bahan Masakan Barangan Masakan Topup Gula +Air Batu Print + Fotostat Manila Kad 950.00 JUMLAH 10.63 JUMLAH (RM) 740.00 102.62 41.85 30.00 9.00 14.20 1.70 939.37

JUMLAH BAKI

Disediakan oleh :

_________________________ (NUHAA ZAFIRA BT SANIT) Bendahari, Program Hari Interaksi PERMAS 09, Persatuan Mahasiswa Sejarah (PERMAS),

PERSATUAN MAHASISWA SEJARAH (PERMAS) 9 LAPORAN HARI INTERAKSI : PERMAS 09

Universiti Pendidikan Sultan Idris. 8.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, Program Hari Interaksi PERMAS 09 dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya walaupun terdapat beberapa masalah yang timbul, namun ianya dapat ditangani dengan baik dengan kerjasama yang diberikan oleh semua ahli PERMAS serta komitmen yang tinggi oleh AJK pelaksana yang banyak membantu melancarkan lagi perjalanan program. Justeru, kelemahan yang ada adalah kerana terlalu ingin menjadi sempurna. Sesunguhnya kita hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukan segalanya. Ucapan ribuan terima kasih terutama kepada semua AJK yang telah bertungkus lumus sebelum, semasa dan selepas program dijalankan. Jasa baik semua akan dikenang selamanya. Begitu juga kepada semua peserta yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini dan tidak ketinggalan juga ucapan jutaan terima kasih kepada Penasihat PERMAS yang sanggup meluangkan masa bersama walaupun sekejap sahaja dalam keadaan hujan lebat tetapi cukup untuk dijadikan kenangan.

Disediakan oleh :

_________________________ (SHAIHA BINTI SULAIMAN) Setiausaha, Program Hari Interaksi PERMAS 09, Persatuan Mahasiswa Sejarah (PERMAS), Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Disemak oleh :

PERSATUAN MAHASISWA SEJARAH (PERMAS) 10 LAPORAN HARI INTERAKSI : PERMAS 09

_________________________ (EDY SAFBREE BIN SALIM) Pengarah, Program Hari Interaksi PERMAS 09, Persatuan Mahasiswa Sejarah (PERMAS), Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Disahkan oleh :

_________________________ (EN. MUHAMAD KAMAL BIN KAMARUDDIN) Penasihat, Program Hari Interaksi PERMAS 09, Persatuan Mahasiswa Sejarah (PERMAS), Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Ulasan Penasihat Program Hari Interaksi PERMAS 09: ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________

PERSATUAN MAHASISWA SEJARAH (PERMAS) 11 LAPORAN HARI INTERAKSI : PERMAS 09

___________________________________________________________________________ _______________

PERSATUAN MAHASISWA SEJARAH (PERMAS) 12 LAPORAN HARI INTERAKSI : PERMAS 09

GERAK KERJA

PERSATUAN MAHASISWA SEJARAH (PERMAS) 13 LAPORAN HARI INTERAKSI : PERMAS 09

FUTSAL

EXPLORACE

PERSATUAN MAHASISWA SEJARAH (PERMAS) 14 LAPORAN HARI INTERAKSI : PERMAS 09

SUKANEKA

ACARA KERABU MANGGA

PERSATUAN MAHASISWA SEJARAH (PERMAS) 15 LAPORAN HARI INTERAKSI : PERMAS 09

MAKAN TENGAHARI

MAJLIS PERASMIAN & PENUTUPAN

PERSATUAN MAHASISWA SEJARAH (PERMAS) 16 LAPORAN HARI INTERAKSI : PERMAS 09

Anda mungkin juga menyukai