Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI (Disediakan Oleh : HAFIZA AISHAH BINTI MOHAMAD) Setelah seminggu menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah, banyak perkara

baru telah saya perolehi sepanjang tempoh tersebut. Antara pengalaman yang telah saya perolehi adalah pengalaman melihat sendiri pengajaran guru Bahasa Melayu di sekolah tersebut. Semasa pemerhatian dijalankan, banyak maklumat yang saya pelajari dan aplikasi serta maklumat-maklumat yang saya tidak ketahui sebelum ini. Selain itu, saya juga mendapat kerjasama daripada semua guru di sekolah saya sepanjang melaksanakan PBS ini. Kerjasama yang diberikan oleh guru-guru Bahasa Melayu amat saya hargai dalam mendapatkan bahan-bahan serta maklumat tentang tugasan ini. Sebagai contohnya, saya diminta untuk mendapatkan bahan-bahan Rancangan Pengajaran Harian dan Tahunan KBSR dan KSSR. Berdasarkan bahanbahan yang saya perolehi, saya dapat melihat perbezaan antara contoh RPH KBSR dan KSSR. Jika sebelum ini, saya hanya mendapat gambaran yang ditunjukkan oleh pensyarah tentang contoh RPH KSSR, namun, melalui hasil pemerolehan bahan-bahan daripada guru Panitia Bahasa Melayu, saya dapat membezakan antara RPH KBSR dan KSSR. Berdasarkan pemerhatian saya terhadap pengajaran guru Bahasa Melayu, saya dapati guru tersebut turut mengaplikasikan strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa dalam kelasnya. Sebagai contohnya, pengajaran guru tersebut lebih kepada pemusatan murid dan sepanjang proses P&P berjalan, penglibatan murid dalam kelas sangat aktif. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang guru tersebut gunakan amat sesuai dengan P&P yang dijalankan. Apa yang saya perhati sepanjang pengajaran guru tersebut, dapat saya gunakan dan mengaplikasikannya dalam proses P&P apabila saya bergelar guru kelak. Dalam mendapatkan bahan-bahan tugasan, saya berpeluang untuk melihat sendiri buku Rancangan Pengajaran Harian salah seorang guru Bahasa Melayu. Penulisan RPH bertepatan dengan apa yang saya pelajari daripada pensyarah saya. Apa yang menarik perhatian saya tentang buku RPH guru tersebut adalah kreativiti

beliau dalam menghias dan mencantikkan buku Rancangan Pengajaran Hariannya. Kreativitinya dalam mencantikkan buku RPH tersebut dapat memotivasikan saya untuk menjaga kekemasan buku RPH saya apabila bergelar guru kelak. Selain itu, kerjasama daripada guru-guru di sekolah saya menjalankan PBS juga banyak membantu saya untuk mendapatkan maklumat sekolah. Saya dan rakan-rakan yang menjalankan PBS juga turut berpeluang mendengar taklimat oleh Guru Besar sekolah tersebut yang menceritakan tentang kerjaya seorang guru. Pelbagai pendedahan dan maklumat yang telah saya perolehi daripada apa yang diberitahu oleh guru besar. Segala nasihat beliau amat saya hargai dan mengaplikasikan apa yang diperkatakan untuk menjadi guru yang cemerlang. Secara kesimpulannya, Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini sangat menyeronokkan. Tambahan pula, PBS pada kali ini adalah yang terakhir dan selepas ini saya akan menjalani PRAKTIKUM. Segala pengalaman dan pengetahuan sepanjang 4 semester menjalani PBS akan saya aplikasikan apabila menjalani PRAKTIKUM di sekolah nanti.

Anda mungkin juga menyukai